Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 186 - Kamu Pasti Kamu Berdua Cuma Kawan Baik?

Chapter 186 - Kamu Pasti Kamu Berdua Cuma Kawan Baik?

"Hmmm… Ia tentang…" Lu Yihan tergagap-gagap dan kedengaran malu untuk mengatakannya. Lu Yihan jarang seperti itu. Mungkin dia tahu apa-apa rahsia buruk tentang Li Sicheng?

Su Qianci yang berasa tidak senang mendesak, "Bagitahu saja."

"Saya dengar suami kamu akan adakan parti dan ramai orang kaya dan berpengaruh dijemput, jadi saya nak…" 

Mendengar perkara itu, Su Qianci berasa lega. "Itu saja?" Perkara kecil sahaja…

"Ya…" Ia amat penting buat Lu Yihan dan bisnesnya. Jika dia dijemput, walaupun hanya sebagai tetamu, ia akan berguna untuk publisiti. Tambahan pula, dia merancang untuk mendapatkan sedikit pelaburan dan mendapatkan kawan baru di parti itu. Walaupun Lu Yihan berada dalam bisnes teknologi maklumat, dia amat pandai membina rangkaian. Mungkin dia akan berjaya mendapatkan pelabur baru melalui parti itu.

"Faham. Nanti saya hantar kad jemputan kepada kamu." Su Qianci ketawa kecil. "Kamu tahu parti ini sebenarnya dibuat untuk memperkenalkan saya kepada orang ramai? Hebat… Dia rancangkan untuk saya…"

Lu Yihan menarik nafas dalam dan berkata, "Apa? Hanya untuk perkenalkan kamu kepada orang ramai?"

Mata Su Qianci terkebil-kebil dan dia bertanya, "Majlis itu akan jadi besar-besarankah?

"Semestinya. Semua nama besar dalam industri dan selebriti terkenal daripada bidang lain juga dijemput, contohnya Luo Zhan dari industi teknologi maklumat, Ou Ming dari Bandar C, dan…"

Su Qianci langsung tidak tahu mengenainya. Dia teringat kejadian semalam dan bertanya, "Kalau ada kumpulan Song Yifan bermain muzik di majlis itu, adakah ia lebih hebat?"

"Song Yifan? Oh Tuhan!" Lu Yihan teruja. "Untuk jemput mereka perlukan lebih daripada sekadar wang. Suami kamu memang sangat mengagumkan."

"Dia biasa saja…" Walaupun mulutnya berkata begitu, Su Qianci tidak dapat mengelak daripada tersenyum. Dia menoleh ke arah cermin dan melihat seorang wanita berpakaian putih yang kelihatan berjaya dan… gembira! Su Qianci berasa bingung dan mencebikkan bibirnya. Tetapi dia masih merasakan dirinya seolah-olah berada di puncak dunia.

"Jadi…" Lu Yihan berasa tertekan tetapi tetap berkata, "Saya pasti akan ke sana dan umumkan yang Puan Li adalah kawan baik saya!"

"Okey, nanti kamu buat!" Su Qianci tersenyum dan berkata, "Saya perlu pergi sekarang."

"Bye!"

Jam sudah menunjukkan pukul 9 pagi apabila Su Qianci selesai menukar pakaian.

Li Sicheng duduk di atas katil sambil memegang sebatang rokok di antara jari-jemarinya. Abu-abu rokok itu berguguran jatuh ke bawah.

Su Qianci segera meletakkan bekas puntung rokok di bawah tangan Li Sicheng dan melambaikan tangannya di hadapan mata lelaki itu. "Kenapa?"

Li Sicheng mendongak, matanya kelihatan tajam. "Kamu cakap dengan siapa?"

Mendapat renungan itu secara tiba-tiba, Su Qianci terus faham bahawa Li Sicheng sedang cemburu. Dia menjelaskan, "Saya cakap dengan Lu Yihan."

Jujurnya? Li Sicheng berasa keliru sambil memandang isterinya.

"Kamu tahu kan kami ada bangunkan satu perisian muzik bersama-sama. Dia nak datang ke parti pada 15 haribulan nanti. Boleh?"

"Kamu nak dia datang?"

"Dia kawan baik saya, mestilah saya nak dia datang."

"Kamu pasti kamu berdua cuma kawan baik?"

Related Books

Popular novel hashtag