Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 187 - Tidak Pernah Sampai ke Tahap Itu

Chapter 187 - Tidak Pernah Sampai ke Tahap Itu

"Kamu pasti kamu berdua hanya kawan baik?"

Kata-kata itu kedengaran pelik. Su Qianci mendekati suaminya dan memeluk atas bahu lelaki itu dengan kedua lengannya, lalu bertanya, "Kamu rasa siapa dia kepada saya?"

Li Sicheng memandang isterinya. Dia masih ingat gambar Su Qianci bersama Lu Yihan. Ketika Su Qianci baru sahaja keguguran, dia sengaja membiarkan mereka berdua menghabiskan masa bersama. Walaupun ia memedihkan hatinya, dia cuba untuk membuatkan isterinya gembira… Li Sicheng tidak menjawab soalan itu, tetapi terus menghisap rokoknya dan menghembuskan asap.

"Saya tak ada ramai kawan sejak kecil." Mendengar kenyataan Su Qianci, Li Sicheng mengangguk. Dia tahu. Melihat daripada tahap kebijaksanaan Su Qianci dan kemahiran orang lain, tidak munasabah jika dia punyai kawan. "Saya pernah menyangka Liu Anan kawan yang baik, tapi dia khianati saya sepenuhnya. Saya juga pernah fikir Lin Wanting kawan saya, tapi kemudian baru saya sedar kebodohan saya."

Memang bodoh, sekali pandang sudah tahu keduanya orang yang sangat teruk, fikir Li Sicheng.

"Kecuali Lu Yihan. Dia rakan sekelas saya sewaktu di sekolah rendah dan menengah. Meja kami bersebelahan selama bertahun-tahun dan dia sentiasa layan saya dengan baik."

Mata Li Sicheng berubah dingin.

Jantung Su Qianci berdegup kencang ketika dia berkata dengan gementar, "Tapi, kami cuma kawan baik dan tak pernah sampai ke tahap itu…"

"Tahap itu?"

Tetapi dia dan Lu Yihan ada ikatan yang unik.

"Kalau kamu tak suka, saya akan cuba jauhkan diri daripadanya." Su Qianci berasa bersalah dan memandang Li Sicheng dengan berhati-hati. "Saya akan cuba untuk tak hubungi Lu Yihan kecuali tentang bisnes. Boleh?"

Li Sicheng memadam rokoknya dan merenung Su Qianci. "Kamu dan dia tak pernah sampai ke tahap itu… Bagaimana pula kamu dan saya?"

"Hmmm…" Su Qianci memandang wajah Li Sicheng sambil berpura-pura teragak-agak. Kemudian dia ketawa, "Kamu dan saya, suami isteri."

Li Sicheng tersenyum, lalu meletakkan tangannya pada pinggang Su Qianci dan menariknya duduk di atas ribanya. "Cium saya."

Su Qianci teragak-agak seketika, kemudian mencium bibir Li Sicheng sekilas.

"Itu saja?"

"Ya…"

"Itu bukan ciuman yang betul."

Wajah Su Qianci mula kemerahan dan dia teringat bagaimana lelaki itu menciumnya. Dia merapatkan wajah mereka dan meletakkan bibir atas lelaki itu di antara bibirnya. Bibir Li Sicheng nipis dan lembut… Dan ia terasa sedap. Su Qianci meniru cara Li Sicheng dengan berhati-hati.

Walau bagaimanapun, kelakuannya membuatkan Li Sicheng berasa hampir gila. Dia memegang muka Su Qianci lalu mencium bibirnya dengan rakus sehingga Su Qianci hampir tidak dapat bernafas.

Buat pertama kalinya, Su Qianci langsung tidak bergelut. Dia meletakkan kedua lengannya di sekeliling leher suaminya itu dan membalas ciumannya dengan penuh perasaan. Pergerakan Su Qianci yang tidak mahir lebih menyalakan nafsu Li Sicheng. Ketika dia hampir hilang kawalan, Li Sicheng tiba-tiba berhenti.

Su Qianci memandang lelaki itu dengan nafas tercungap-cungap. Pipinya kelihatan merah jambu dan matanya terasa kabur.

Li Sicheng mencium hujung mulutnya dan berkata, "Nanti saya bawa kamu berseronok."

"Berseronok?"

"Ya, walaupun tak seseronok ini."

Wajah Su Qianci kemerahan dan dia menolak Li Sicheng. "Pergi mandi!"

Related Books

Popular novel hashtag