Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 174 - Buli

Chapter 174 - Buli

Su Qianci memandag Kapten Li dan Li Sicheng silih berganti apabila menyedari kedua-duanya berkelakuan pelik. Melihat datuk mengangguk ke arahnya, Su Qianci keluar dan menutup pintu. Sebaik sahaja wanita itu keluar, Li Sicheng melemparkan beberapa keping gambar ke atas katil. Gambar-gambar itu diambil dalam cahaya yang kurang jelas. Seorang perempuan dan seorang lelaki sedang bercumbuan di pantai.

Melihat gambar-gambar itu, Kapten Li terus terbatuk dan wajahnya bertukar merah padam. Dia kelihatan malu dan memutuskan untuk menutup mata, berpura-pura tidak tahu apa-apa tentangnya.

Li Sicheng mengusiknya, "Atuk terlampau gembira hinggakan diserang darah tinggi?"

Kapten Li merenung Li Sicheng apabila mendengar kata-kata itu dan menafikannya, "Kenapa pula kamu fikir ia disebabkan ini? Ingat tak ada perkara lain yang boleh buat atuk gembira?"

Li Sicheng diam seketika sebelum mengangguk, "Baiklah. Nampaknya saya perlu berpura-pura yang saya tak nampak atuk hantar seseorang untuk ambil gambar kami secara senyap-senyap, dan juga yang atuk ambil passport kami untuk buatkan kami terpaksa berkongsi bilik."

"Budak, kalau bukan sebab atuk, kamu ingat kamu akan dapat saat istimewa sebegini? Dan Qianqian akan maafkan kamu?"

"Cucu kamu ada daya tarikan tersendiri. Dia boleh uruskannya."

Tambahan pula, bantuan jenis apa itu? Dia terlalu gembira hinggakan pengsan. Dewa cinta yang paling teruk! Li Sicheng merasakan suhu badannya masih belum turun sejak kehilangan saat-saat istimewa tadi.

"Rehatlah dulu, esok kami daftarkan atuk keluar."

Kapten Li jelas tidak gembira mendengar perkara itu. Dia merungut, "Pergi. Atuk nak Qianqian di sini." Kemudian dia menjerit, "Qianqian, suami kamu buli atuk."

Li Sicheng menjeling datuknya dan meletakkan kembali gambar-gambar itu ke dalam sampul. Mendengar jeritan Kapten Li, Su Qianci bergegas masuk. Apabila melihat wajah datuk yang muram, dia berasa bingung lalu bertanya kepada Li Sicheng, "Apa yang berlaku?"

"Perangai orang tua yang berlaku." Li Sicheng berjalan keluar dari wad itu dengan wajah yang tiada perasaan dan berkata, "Saya pergi beli makanan."

Selepas Li Sicheng pergi, Kapten Li bertanya dengan suara perlahan, "Budak itu ada buli kamu tadi?"

Buli… Wajah Su Qianci terus bertukar merah padam. Apabila melihat senyuman pada wajah datuk, Su Qianci tahu tiada apa yang dapat disembunyikan daripadanya.

"Kamu dah berbaik semula?" Kapten Li berkata dengan girang. "Biasalah kalau suami isteri bergaduh, tapi kamu tak patut biarkan saja dia. Tunjukkan kepada dia siapa bos."

Su Qianci ketawa kecil dan terus menukar topik. "Atuk nak air?"

Setengah jam kemudian, Li Sicheng kembali ke wad itu. Dia membawa sedikit santapan ringan dan bubur, sesuai untuk dimakan lewat malam. Kapten Li makan dan bergurau-senda dengan Su Qianci, manakala Li Sicheng kelihatan tidak gembira. Menyedari apa yang berlaku, Kapten Li seolah dapat melihat tiga perkataan tertulis pada wajah cucunya itu: 'keinginan belum tercapai'. Selesai makan, Kapten Li berkata, "Tak apalah. Atuk takkan mati di sini. Kamu berdua balik dulu, esok atuk balik ke hotel."

Bab 178 - Menyambung Urusan Yang Belum Selesai

Walaupun datuk berkata begitu, tidak mungkin Li Sicheng akan meninggalkannya seorang diri di hospital. Akhirnya dia hanya menghantar Su Qianci pulang ke hotel. Disebabkan itu kali pertama datuk pengsan kerana tekanan darah tinggi, doktor mencadangkan supaya dia berada di hospital selama dua hari lagi.

Mereka pulang ke hotel pada hari keempat mereka berada di Maldives. Su Qianci yang telah bergilir-gilir bersama Li Sicheng menjaga Kapten Li selama dua hari, berasa penat dan terus tertidur. Selepas seketika, pinggangnya terasa kebas dan membuatkannya terjaga. Dia menyedari tubuhnya sukar untuk bergerak. Su Qianci membuka mata dan melihat wajah Li Sicheng di hadapannya.

Wajah suaminya itu kelihatan kurang dingin dan tegang ketika tidur. Lengannya memeluk pinggang Su Qianci, manakala kakinya berada di atas tubuh isterinya itu. Su Qianci baru tersedar kedudukan mereka itu dan bertukar merah padam. Li Sicheng sedang memeluknya. Adakah dia melakukannya dengan sedar? Su Qianci cuba memusingkan tubuhnya untuk mengalihkan lengan lelaki itu dengan berhati-hati, bimbang ia akan menjadi situasi memalukan jika dia terjaga.

Walau bagaimanapun, tidak kira bagaimana Su Qianci cuba melepaskan diri, Li Sicheng langsung tidak bergerak. Lengannya terus berada pada pinggang Su Qianci tanpa beralih walau seinci. Su Qianci cuba mengangkat kakinya pula, tetapi ketika dia menyangka dia hampir berjaya, Li Sicheng meletakkan kakinya kembali ke atas tubuhnya, dan mengunci kaki Su Qianci. Kemudian, lelaki itu tiba-tiba berpusing dan naik ke atas tubuh Su Qianci, menahan tangannya pada katil dan berposisi merangkak.

Su Qianci yang terkejut merasakan jantungnya terus berdegup kencang sambil matanya memandang Li Sicheng.

"Dah bangun?" Mungkin kerana dia baru terjaga, suara Li Sicheng kedengaran serak.

"Hm…" Belum sempat Su Qianci menjawab, lelaki itu terus mencium bibirnya bertalu-talu, menghilangkan semua kata-katanya.

Mata Su Qianci terbeliak dan dia cuba menolaknya. "Hmmm…"

Li Sicheng melepaskannya sambil bernafas tercungap-cungap, dan berbisik, "Boleh kita sambung urusan kita yang belum selesai?"

Wajah Su Qianci seakan terbakar ketika dia menggelengkan kepalanya. "Lepaskan saya… Saya nak ke bilik air…"

Pinggangnya masih terasa sakit, dan Su Qianci dapat merasakan sesuatu mengalir turun di kakinya. Dia segera menyedari apa yang berlaku dan ia perlu diuruskan. Pasti memalukan jika Li Sicheng melihatnya.

Li Sicheng mencebik bibirnya, kelihatan kecewa. Tetapi dia memusingkan badannya dan kembali berbaring.

Su Qianci berasa lega dan segera masuk ke dalam bilik air. Sangkaannya benar, dia datang bulan. Nasib baiklah dia sudah bersedia. Dia mengeluarkan pad yang disembunyikan di dalam bilik air itu.

Apabila selesai, dia kembali ke katil. Satu tangan yang besar terus menariknya dan menindih tubuhnya.

Sepanjang hidupnya selama 26 tahun, sejak Li Sicheng tahu erti seks, dia sentiasa dapat menahan keinginnya ke arah itu. Walau bagaimanapun, dia sukar melupakan saat bersama isterinya pada malam perkahwinan mereka. Sebelah tangannya meramas payudara Su Qianci manakala sebelah lagi menyeluk ke bawah skirt yang dipakai isterinya itu.

Su Qianci menghentikan tangan yang nakal itu dan berkata perlahan, "Saya baru… datang bulan…"

Li Sicheng terhenti dan terdiam seketika sebelum dia menyumpah, "Tak guna!"

Related Books

Popular novel hashtag