Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 168 - Dia di Atas Katil Saya

Chapter 168 - Dia di Atas Katil Saya

Sheng Ximing tiba-tiba berasa lidahnya kelu untuk berkata. Entah kenapa, dia dapat merasakan Li Sicheng seperti tidak berpuas hati dengannya. Su Qianci pasti sedang tidur, tetapi tidak bolehkah dia memberitahu Su Qianci sedang tidur atau Su Qianci ada di atas katil sahaja? Adakah perlu dia menyebut "di atas katil saya"?

"Jangan salah faham…"

"Ada apa?" suara Li Sicheng membuatkannya berasa seram sejuk walaupun mereka hanya bercakap menerusi telefon.

Tidak kira bagaimana Li Sicheng cuba menyembunyikannya, Shen Ximing tahu lelaki itu tidak mahu dia menghubungi Su Qianci. Dia berasa janggal dan menjelaskan, "Saya tak bermaksud untuk…"

"Kalau kamu tak perlukan apa-apa, tak perlu telefon."

Suara dingin itu kedengaran mendatar. Kemudian Li Sicheng terus memutuskan talian.

Sheng Ximing tidak pernah dilayan sebegitu dan mula berasa agak malu. Dia memandang lelaki yang duduk berhadapan dengannya, lalu mengeluh dan berkata, "Nampaknya sukar untuk kita bertemunya buat masa sekarang."

Selepas memutuskan talian, Li Sicheng merenung isterinya yang masih nyenyak tidur dan tidak tahu apa yang berlaku.

Li Sicheng melihat telefon Su Qianci. Dia tersenyum sinis sebelum menyekat nombor Sheng Ximing di telefon itu.

Su Qianci terbangun dengan rasa lapar. Waktu di Maldives lambat tiga jam berbanding waktu Beijing. Jam menunjukkan pukul 7 petang sewaktu dia bangun, bermakna di Beijing sudah pukul 10 malam. Tidak hairanlah dia berasa lapar. Dia terjun dari katilnya lalu mandi dan bersiap bagi turun ke tingkat bawah untuk makan. Ketika mengambil telefonnya, dia melihat satu mesej daripada datuk: 'Qianqian, atuk di ruang makan di tingkat bawah. Datanglah sini bersama cucu baby sayang.'

Su Qianci ketawa sebaik membaca mesej itu. Cucu baby sayang?

Apabila membayangkan wajah dingin yang dapat membekukan dunia itu, Su Qianci merasakan Li Sicheng tidak layak mempunyai panggilan secomel itu. Mesej itu dihantar dua minit lepas, jadi atuk pasti masih ada di sana. Sebaik tiba di tingkat bawah, Su Qianci melihat ruang makan itu dipenuhi orang ramai.

Telefon Su Qianci bergetar sewaktu satu mesej lagi diterima daripada datuk. 'Atuk duduk di tepi tingkap, di hujung ruang makan.' Su Qianci memandang ke arah tempat yang dikatakan dan ternampak datuk melambai ke arahnya. Su Qianci melambai kembali dan bergegas ke arah datuknya itu. Walau bagaimanapun, ketika semakin hampir ke meja itu, dia tiba-tiba hilang keseimbangan lalu terjatuh.

"Hati-hati!" Kedengaran satu suara lelaki ketika sepasang tangan sempat menyambut Su Qianci sebelum dia terjatuh.

Apabila melihat wajah lelaki itu, Su Qianci terkejut dan berasa bingung. Dia bertanya dengan nada tidak percaya, "Bo Xiao?"

Bo Xiao kelihatan terkejut apabila seseorang yang tidak dikenali tahu namanya. Sebagai lelaki budiman, dia hanya mengangguk dan berkata, "Ya saya."

Sudah tentulah Su Qianci mengenalinya. Bo Xiao akan menjadi pemuzik paling terkenal sedunia. Keluarganya kaya-raya dan sangat misteri. Jika apa yang diingatinya betul, pada kehidupannya yang lalu, Bo Xiao akan mula terkenal dalam masa tiga tahun dari sekarang. Dia kemudiannya akan menjadi lebih terkenal daripada Song Yifan.

"Kamu kenal saya?"

Mendengar soalan itu, Su Qianci hampir mengangguk tanpa sedar, tetapi sempat menghentikan perbuatannya. Dia menggelengkan kepalanya dan berkata, "Tidak!"

Tiba-tiba, Su Qianci berasa sesak ketika dia menyedari satu susuk tubuh yang tinggi sedang berjalan ke arahnya dengan wajah dingin, yang seolah-olah dapat membekukan semua yang berada berdekatan dengannya. Walau bagaimanapun, lelaki itu tidak memandangnya, tetapi memandang lelaki budiman yang menyambutnya, Bo Xiao.

Related Books

Popular novel hashtag