Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 166 - Kondom Saiz XXL

Chapter 166 - Kondom Saiz XXL

Su Qianci tiba-tiba berasa pening. Dia menuju ke arah lif untuk naik ke tingkat tiga bersama kunci di tangannya. Ketika berjalan ke arah lif, dia terserempak dengan seseorang.

"Puan Su?" kedengaran satu suara yang dikenalinya.

Sebaik mendengar suara itu, langkah Su Qianci terhenti dan dia berpusing ke belakang. Su Qianci terkejut melihat Sheng Ximing turut berada di situ. "Pak Cik Sheng Ximing, kamu pun menginap di hotel ini?"

Sungguh kebetulan!

Mendengar Su Qianci memanggilnya 'pak cik', Sheng Ximing berasa agak terkejut, tetapi dia sukakannya. Dia mengangguk dan berkata, "Ya, kebetulan pula. Yang mana satu bilik kamu?"

"Nombor 388, bilik Pak Cik di mana?"

"268. Yifan pun ada di sini, bilik nombor 266."

"Yifan? Song Yifan?"

Sheng Ximing mengangguk dan berkata dengan senyuman, "Kamu baru sampai?"

Su Qianci mengangguk dan bertanya, "Oh ya, apa nombor telefon Pak Cik?"

"Saya ada nombor kamu, nanti saya telefon."

"Okey. Saya nak ke bilik dulu."

"Jom makan bersama nanti?"

"Okey."

Sheng Ximing tidak menyangka Su Qianci akan bersetuju sepantas itu. "Jadi jumpa kamu nanti."

Su Qianci mengangguk dan terus menaiki lif yang tiba.

Setelah Su Qianci beredar, Sheng Ximing melihat rakannya menuju ke arahnya dan berkata, "Betullah dia menginap di sini. Kamu dah sedia?"

"Sudah."

Su Qianci menjumpai biliknya dan membuka pintu. Sebaik sahaja masuk ke bilik itu, dia terpegun dengan apa yang dilihatnya. Bilik itu kelihatan seperti bilik istana. Dia menarik langsir berat yang menutupi tingkap lalu memandang ke luar dari tingkap gaya Perancis yang besar itu. Langit kelihatan biru menenangkan. Burung-burung camar kelihatan terbang ke sana sini di bawah sinaran matahari yang memancar terik. Su Qianci memandang ke bawah dan melihat ramai orang sedang berseronok di pantai yang putih bersih itu.

Kemudian dia memerhatikan bahagian dalam biliknya. Katil bersaiz besar diletakkan di tengah-tengah bilik itu. Di atas cadar putih yang membaluti katil itu, lapisan tebal kelopak bunga ros merah diletakkan di bawah kelopak ros merah jambu yang membentuk hati. Membazirnya! Su Qianci berjalan ke arah telefon di bilik itu dan menghubungi staff hotel supaya membawa naik bagasinya ke bilik.

Nenek Rong dan dua orang gaji di rumahnya telah membantunya berkemas, jadi Su Qianci yakin dia telah membawa kesemua barang penting. Dia membuka beg pakaian dan mengemaskan pakaiannya dan juga pakaian Li Sicheng ke dalam almari. Ketika dia hampir selesai, Su Qianci memegang sehelai baju ketika sesuatu jatuh dari baju itu.

Dia melihat dua kotak dengan label kondom jenama terkenal di atasnya. Di bawah label itu tertulis : saiz XXL… Kemudian Su Qianci menjumpai kondom daripada pelbagai jenama di dalam beg pakaian itu. Saiz kondom itu berbeza-beza daripada L kepada XXL… Su Qianci merasakan dirinya mula mendapat tahu tentang saiz Li Sicheng. Dia berasa malu dan mencampakkan kotak itu jauh darinya.

Beep!

Mendengar bunyi itu, Su Qianci terus melihat ke arah pintu dengan wajah yang tidak percaya.

Sebaik Li Sicheng membuka pintu, dia melihat sesuatu terbang melintasinya.

Su Qianci berlari ke arah pintu dan mengambil kotak yang dicampakkannya, lalu menyembunyikan kotak itu di belakangnya.

Mata Li Sicheng terkebil-kebil melihat Su Qianci yang kelihatan gelisah. Dia bertanya, "Apa yang kamu sembunyikan daripada saya?"

Wajah Su Qianci terus bertukar merah padam sebaik mendengar pertanyaan itu. Malah telinganya turut bertukar merah jambu.

Related Books

Popular novel hashtag