Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 167 - Barang Lain

Chapter 167 - Barang Lain

Jantung Su Qianci berdegup laju. Melihat wajah lelaki itu yang kebingungan, dia hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.

Li Sicheng mengecilkan matanya dan kelihatan curiga, tetapi tetap masuk ke dalam bilik itu.

Su Qianci berasa lega. Walau bagaimanapun, dia baru tersedar masih banyak kondom yang berada di dalam bilik tidur.

Li Sicheng memasuki bilik tidur dan melihat pelbagai jenis kondom di bahagian bawah beg pakaian mereka. Matanya tiba-tiba kelihatan bersinar.

Kemudian dia menjeling ke arah Su Qianci dan berkata, "Jadi, nampaknya ada barang lain."

Wajah Su Qianci terasa seperti terbakar. Dia mencampakkan kotak kecil yang dipegangnya ke dalam beg pakaian itu dan berkata tergagap-gagap, "Saya tak tahu… Mungkin Nenek Rong yang letakkannya… Bukan saya…"

Li Sicheng tidak berkata apa-apa, tetapi merenung katil besar yang dipenuhi kelopak ros itu. Dia tiba-tiba mengangkat cadar yang membaluti katil itu, lalu membuatkan kelopak-kelopak ros berterbangan di udara sebelum jatuh perlahan-lahan. Dari sudut mata Li Sicheng, dia dapat melihat seorang wanita berpakaian putih sedang berdiri di bawah hujanan kelopak ros itu, dan ia kelihatan seperti satu pemandangan yang teramat cantik.

Su Qianci terkejut dengan situasi romantik yang tiba-tiba itu. Kelopak-kelopak ros berguguran ke lantai lalu membuatkan bilik itu berbau wangi. Li Sicheng kelihatan puas hati melihat mata Su Qianci yang bersinar melihat perkara itu. Walau bagaimanapun, apabila Su Qianci melemparkan pandangan ingin tahu kepadanya, Li Sicheng segera menoleh ke tempat lain dan berkata, "Rehatlah dulu jika kamu letih. Kita boleh keluar nanti."

Kemudian dia mengambil pakaiannya dan terus masuk ke bilik air. Su Qianci kebingungan. Adakah lelaki itu menyiapkan katil untuknya berehat? Namun dia segera menggelengkan kepalanya dan tersenyum sinis. Pasti lelaki itu hanya benci melihat kelopak ros yang membentuk hati itu. Su Qianci menarik nafas dalam, mengambil baju tidur dan memakainya lalu berbaring di atas katil.

Apabila Li Sicheng keluar dari bilik air, Su Qianci telah tertidur. Ketika mengelap rambutnya dengan tuala, Li Sicheng terpandang telefon bimbit Su Qianci di atas almari sebelah katil yang sedang berdering.

Panggilan itu datang daripada nombor yang tidak dikenali, dan nombor itu menunjukkan pemiliknya adalah penduduk Kingstown. Merasakan seperti nombor itu pernah dilihatnya, Li Sicheng mengambil telefon itu dan menjawabnya.

"Hello, Puan Su. Marilah turun dan makan bersama kami. Saya sedang duduk di tepi tingkap di lobi. Di sini boleh lihat pemandangan laut yang cantik."

Li Sicheng diam seketika sebelum bersuara, "Kamu ada di Maldives juga?"

Tambahan pula, daripada kata-katanya, lelaki itu tahu Su Qianci turut berada di hotel yang sama. Adakah mereka sudah berjanji untuk bertemu di sini? Tak mungkin. Sedangkan orang sehebat dirinya juga tidak disukai Su Qianci, jadi tidak mungkin wanita itu akan sukakan lelaki tua ini. Adakah lelaki itu mengekori Su Qianci? Mata Li Sicheng berubah dingin. Lelaki itu cukup tua untuk menjadi ayah Su Qianci. Adakah dia pasti dia dapat memiliki Su Qianci?

Sheng Ximing tidak menjangkakan dia akan mendengar suara lelaki, jadi dia menyangka telah tersilap nombor. Selepas melihat skrin telefonnya dan pasti ia betul-betul nombor telefon Su Qianci, dia bertanya, "Kamu suami Puan Su? Mana dia?"

Li Sicheng memandang Su Qianci yang sedang tidur nyenyak dan menjawab dengan dingin, "Di atas katil saya. Ada apa-apa kamu perlukan?"

Related Books

Popular novel hashtag