Kata-kata Kapten Li mengingatkan semua tetamu di situ mengenai peristiwa qipao tadi, dan mereka secara tiba-tiba melihat Tang Mengying dengan pandangan yang pelik.
Tang Mengying menggenggam tangannya dan senyum. Walaubagaimanapun, senyumannya kelihatan terpaksa.
Seolah-olah dia telah membuat pernyataan yang tidak wajar, Kaptain Li berpura-pura tidak gembira dan berkata, "Hanya sekali ini sahaja, atuk akan terima. Tetapi jangan libatkan pakcik kamu dalam situasi sebegini lagi."
Su Qianci mengangguk, kemudian dia terpandang seorang yang tinggi datang dari bilik tidur. Senyuman Su Qianci tertangkap pada pandangan mata Li Sicheng sebaik sahaja dia keluar. Wajah gadis yang masih muda itu tersenyum seperti bunga yang mekar. Dia seolah-olah mempunyai aura di sekelilingnya.
Cantik adalah perkataan yang berada di fikiran Li Sicheng ketika itu. Dia kemudiannya menunduk, dan mengangkat wajahnya kembali.
"Ayuh pergi." Sambil berkata demikian, Li Sicheng sudah berjalan ke pintu hadapan.
Dingin. Sangat dingin yang membuatkan ia tidak kelihatan seperti dia sedang bercakap dengan isteri yang baru sahaja dikahwininya.
.
Tang Mengying terasa sedikit berpuas hati dan gembira. Dia memandang ke arah Su Qianci dengan pandangan mengejek. Tang Mengying percaya bahawa rancangannya semalam berjalan dengan lancar. Jika dia lebih bersungguh-sungguh, Su Qianci langsung tidak akan mendapat kepercayaan Li Sicheng lagi.
Pada ketika itu, tidak kira berapa banyak pengampuan yang si gadis bodoh ini lakukan, ia akan menjadi sia-sia. Lagipun, yang dikahwininya ialah Li Sicheng, bukannya Li Xun. Tidak lama lagi Tang Mengying yang akan menjadi isteri kepada Li Sicheng.
Melihat Li Sicheng berkelakuan sebegitu, Captain Li mengeluh perlahan. Pasangan muda itu kelihatannya memerlukan lebih banyak masa untuk mengenali satu sama lain.
Su Qianci sudah terbiasa dengannya. Dia memandang ke arah Puan Li dengan serba salah dan berkata, "Ibu, maaf, hadiah ibu…"
"Pergilah." Mata Puan Li kelihatan seolah tersenyum lantaran dia telah mengubah pemikirannya mengenai Su Qianci. Menantu perempuannya itu kelihatan tidak seteruk yang disangkakan.
Li Sicheng tidak menggunakan pemandu tetapi memandu sendiri keretanya ke hadapan pintu pagar, di mana Su Qianci sedang menunggu. Dia menjeling ke arah isterinya dan tidak berkata apa-apa. Su Qianci yang telah sedia tahu bahawa suaminya itu tidak menyukainya, turut berdiam diri.
Pada kehidupannya yang lalu, di dalam rumah lama itulah dia tidak berjaya mengawal kemarahannya disebabkan hasutan Tang Mengying. Dia telah mengamuk di depan ramai orang dan memalukan keluarga Li. Tidak seperti tadi, Kapten Li langsung tidak masuk ke ruang tamu itu. Su Qianci juga langsung tidak tahu bahawa datuknya itu tahu apa yang telah terjadi.
Bila difikirkan kembali, mungkin disebabkan amukannya itulah Kapten Li tidak menyuruh Li Sicheng menemaninya ke rumah keluarganya pada kehidupannya yang lepas itu.
Dia hanya teringat bahawa dia perlu ke rumah keluarganya pada hari itu selepas keluarga Su menelefon dan bertanya sendiri kepadanya. Disebabkan itu, tarafnya di dalam keluarga Su menjadi semakin rendah, dan dia menerima tekanan hebat daripada ibu dan bapa saudaranya.
Setelah beberapa minit Li Sicheng memandu, Su Qianci tiba-tiba menyedari bahawa lelaki itu tidak terus ke rumah keluarga Su, tetapi berhenti di kawasan pusat membeli belah.
"Ayuh," Li Sicheng berkata tanpa sebarang ekspresi di wajahnya.
Su Qianci mengetap bibirnya dengan kecewa. Tetapi sebenarnya ia telah dijangka. Walaupun ia suruhan datuk, Li Sicheng tidak mungkin patuh mengikuti kesemuanya. Asalkan dia boleh menipu datuk, itu sudah mencukupi. Memikirkan perkara tersebut, Su Qianci merasa sedikit bingung. Dia melepaskan tali pinggang keledar dan membuka pintu.