Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 126 - Bercerai Lebih Awal

Chapter 126 - Bercerai Lebih Awal

Sebaik mendengar kata-kata itu, Su Qianci memandang wajah Li Sicheng. Mata mereka menatap satu sama lain. Su Qianci berasa tertekan melihat wajah dingin lelaki itu.

"Tentang perceraian".

Perceraian… perkataan yang sensitif itu bagai memukul telinganya. Fikiran Su Qianci tiba-tiba menjadi tidak keruan. Apa yang lelaki ini mahukan? Bercerai lebih awal? Su Qianci memandang Li Sicheng yang sedang merenungnya, dan berasa kecewa bercampur takut. Adakah lelaki ini sudah tidak sanggup untuk terus berpura-pura demi atuk? Adakah dia sudah tidak sabar untuk bersama dengan Tang Mengying?

Wajah Li Sicheng yang tenang mengingatkannya pada kehidupannya sebelum ini, sewaktu dia diminta oleh lelaki itu untuk menandatangani dokumen penceraian. "Mari bercerai." Itu adalah ayat terakhir yang Li Sicheng katakan kepadanya pada kehidupan lalu.

Melihat wajah yang serius dan dingin itu, Su Qianci seakan dapat melihat masa hadapan Li Sicheng. Dia merasakan matanya mula bergenang dengan air mata, lalu memalingkan mukanya dan berkata dengan suara perlahan,"Tiada apa yang perlu dibincangkan antara kita."

Su Qianci pantas berjalan ke arah sofa, mengambil laptopnya lalu menuju ke tangga untuk naik ke tingkat atas. Li Sicheng berkata lagi, "Berhenti."

Langkah Su Qianci terhenti seketika, tetapi kemudian dia memutuskan untuk tidak menghiraukan Li Sicheng dan berjalan kembali ke arah tangga. Jika dia adalah Su Qianci yang dahulu, dia pasti sudah berhenti. Tetapi sekarang, kenapa pula dia perlu patuh kepada lelaki itu tanpa sebab?

"Jika kamu berjalan selangkah lagi," Li Sicheng kedengaran lebih dingin, "Kamu tak akan dapat modal kamu."

Su Qianci terhenti dan terus menoleh ke belakang. "Bagaimana kamu tahu?"

Li Sicheng ketawa sinis. "Kamu ingat boleh rahsiakannya daripada saya?"

Su Qianci berasa seram sejuk dan bertanya dengan wajah tidak percaya, "Kamu intip saya?"

Li Sicheng kelihatan gembira apabila melihat Su Qianci berhenti. Dia tidak menafikan soalan Su Qianci itu, sebaliknya menunjuk ke arah kerusi yang bertentangan dengannya dan mengarah, "Duduk." Kemudian, dia mengeluarkan penyepit dan mula makan dengan tertib.

Su Qianci memerhatikan Li Sicheng makan dengan perasaan sedikit gementar. Lelaki ini mengintipnya? Dia kelihatan seperti tidak mengendahkan hal isterinya, tetapi sebenarnya sentiasa memerhatikan gerak-geri Su Qianci. Su Qianci tertanya bagaimana dia boleh terlupa yang lelaki itu adalah Li Sicheng. Pada umur yang baru mencecah 26 tahun, dia sudah menjadi orang yang amat penting di Kingstown. Sebelum menginjak 30 tahun, dia pasti akan berjaya membawa syarikatnya ke peringkat antarabangsa. Lelaki sepertinya mampu melakukan apa sahaja.

Su Qianci berjalan perlahan ke arah Li Sicheng. Walau bagaimanapun, setiap langkahannya terasa berat. Dia tidak mahu bercakap dengan Li Sicheng kerana dia tidak mahu bercerai dengannya terlalu awal. Tidak kira betapa besar kebencian Li Sicheng terhadapnya, dia tidak sanggup melihat Tang Mengying mendapat apa yang dimahukannya. Tang Mengying tidak boleh menjadi isteri Li Sicheng. Perempuan itu hanya layak menjadi perempuan simpanan. Su Qianci tidak akan bercerai selagi dia belum berjaya memusnahkan Tang Mengying sepenuhnya. Dia perlu segera memulakan rancangannya untuk menghancurkan hidup Tang Mengying. Tetapi dia belum bersedia lagi. Dan bagaimana dengan projeknya bersama Lu Yihan? Su Qianci merasakan dirinya berada dalam dilema.

Related Books

Popular novel hashtag