Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 125 - Sungguh Memalukan

Chapter 125 - Sungguh Memalukan

Sungguh memalukan! Su Qianci mula sedar dirinya telah tersilap tafsir kata-kata Li Sicheng. Dia mendongak dan matanya bertembung dengan mata lelaki itu yang dingin seperti biasa. Tetapi Su Qianci tidak menyedari pandangan lelaki itu jelas menunjukkan nafsunya sedang meningkat. Li Sicheng mendekatinya perlahan-lahan. Matanya merenung wajah itu yang merah padam kerana malu. Su Qianci dapat merasakan tubuh lelaki itu semakin hampir dengannya, tetapi matanya terpaku pada wajah tampan itu dan dia seolah-olah terpukau.

Li Sicheng menaikkan sebelah keningnya lalu berkata dengan suara yang dalam, "Kamu ingat saya nak ajak kamu lakukan…"

Su Qianci bangun secara tiba-tiba dari kerusinya dan meletakkan tangannya pada mulut lelaki itu. Dia menghalang Li Sicheng daripada meneruskan kata-katanya. Li Sicheng terkejut; dia tidak pernah diperlakukan sebegitu sebelum ini. Wanita ini sudah menjadi semakin berani. Mata Su Qianci jelas memperlihatkan perasaan malu yang menebal, seolah-olah menjerit: tolong jangan sebut perkataan itu. Tangan itu terasa sungguh lembut dan membuatkan Li Sicheng ingin menciumnya.

Li Sicheng terus merenungnya dan membuatkan Su Qianci semakin berharap untuk menyembunyikan diri dan tidak berjumpa lelaki itu lagi. Adakah dia menganggap saya perempuan murahan sekarang? Walau bagaimanapun, Su Qianci kemudiannya tersedar apa yang telah dilakukannya. Dia cepat-cepat menarik tangannya tetapi terlalu gementar sehingga tidak tahu ke mana tangan itu patut pergi. Oh Tuhan! Li Sicheng sangat benci orang menyentuhnya, lebih-lebih lagi di bahagian muka. Dan sekarang dia telah melanggar pantang larang itu.

Su Qianci mengelak renungan tajam Li Sicheng dan berkata dengan gementar, "Saya akan masakkan kamu sesuatu!" dan terus berjalan pantas masuk ke dapur.

Apabila melihat Su Qianci melarikan diri dengan tergesa-gesa, Li Sicheng tersenyum kecil. Sepintas lalu, ada kegembiraan terpancar di wajahnya. Kemudian dia menoleh ke arah skrin komputer Su Qianci dan ternampak perbualan atas talian wanita itu dengan seseorang.

Hanya ada beberapa bahan yang tinggal di dalam peti. Oleh kerana Li Sicheng tiada di rumah, orang gaji tidak menyediakan bahan makanan yang banyak. Su Qianci hanya menjumpai beberapa biji telur dan beras. Tidak lama selepas itu, Su Qianci selesai memasak semangkuk bubur dengan beberapa hidangan sampingan, dan membawanya ke meja makan.

Li Sicheng baru sahaja siap mandi. Sebaik melihat makanan yang dibawa Su Qianci, dia terus duduk di meja makan.

"Saya masuk bilik dulu. Makanlah."

"Tunggu dulu."

Langkah Su Qianci terhenti.

"Duduk," arah Li Sicheng dengan nada lembut.

"Kita perlu berbincang."

Related Books

Popular novel hashtag