Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 122 - Direka Untuk Dia

Chapter 122 - Direka Untuk Dia

Li Sicheng menggenggam jari-jemarinya yang panjang itu lalu menghancurkan rokok yang dipegang. Hubungan terbuka yang bodoh! Tiba-tiba telefonnya berdering dan nama Cheng You terpapar pada skrin. "Encik Li, lakaran untuk barang kemas yang encik minta direka khas itu dah siap. Encik akan terima barang kemas itu bulan depan untuk hari jadi Puan Li."

"Okey," Li Sicheng menjawab malas.

Cheng You dapat mendengar nada suara Li Sicheng yang seakan sudah hilang minat terhadap barang kemas itu. Dia berasa hairan kerana pada mulanya Li Sicheng cukup bersemangat tentangnya. Sedikit gementar, dia bertanya, "Encik Li nak tengok lakaran itu?"

"Kamu buatlah keputusan untuk saya."

"Baiklah." Cheng You berasa semakin hairan. Baru beberapa hari lalu, walaupun Li Sicheng sangat sibuk, dia tetap bersemangat tentang perihal barang kemas itu. Bagaimana semuanya tiba-tiba berubah? "Saya rasa ia cantik. Jadi saya akan terus suruh mereka hasilkannya, boleh Encik Li?"

"Okey." Li Sicheng memutuskan talian lalu bersandar pada sofa sambil menghembuskan asap rokok. Matanya kelihatan tajam di bawah cahaya lampu kuning rumah itu. Setelah berfikir buat seketika, Li Sicheng menghantar pesanan ringkas kepada Cheng You. "Hantar lakaran itu kepada saya."

*****

Selain pergi ke kelasnya, Su Qianci banyak menghabiskan masa dengan bekerja bersama Lu Yihan. Pada awalnya, kemahiran usahawannya memeranjatkan Lu Yihan. Lelaki itu menyangka Su Qianci hanya mahu menjadi pelabur dan tidak ambil peduli tentang pengurusan. Tetapi akhirnya dia membuatkan Lu Yihan sangat kagum. Walau bagaimanapun, Su Qianci langsung tidak berasa bangga dengan kemahirannya. Lagipun, dia sebenarnya telah hidup lebih lima tahun daripada umurnya sekarang.

Sudah dua minggu Su Qianci langsung tidak melihat kelibat Li Sicheng di rumah mereka. Sebelum ini, dia takut perasaannya akan terganggu jika dia melihat Li Sicheng sepanjang masa. Tetapi dia tidak menyangka perasaannya sama terganggu apabila langsung tidak dapat melihat lelaki itu. Setelah hampir 20 hari berlangsungnya 'perang dingin' mereka, Su Qianci mendapat panggilan daripada Kapten Li.

"Atuk?"

"Qianqian, kamu dah makan?"

"Dah atuk."

"Atuk dengar kamu dan Li Sicheng bergaduh?"

Su Qianci diam seketika sebelum menjawab, "Tidak atuk."

"Betul?"

"Betul. Siapa beritahu atuk kami bergaduh?"

"Oh, atuk dapat tahu daripada Nenek Rong yang budak itu dah dua bulan tak balik rumah. Atuk tahu dia ada kerja di luar negara bulan Ogos lepas. Tapi bulan ini, dia tidur di hotel. Sampai bila kamu mahu tipu atuk?"

Su Qianci berasa tersentuh apabila mendengar kata-kata Kapten Li. Tidak kira pada kehidupan lepas atau sekarang, atuk satu-satunya saudara yang mengambil berat tentangnya. Atuk juga ibarat idolanya. Walau bagaimanapun, Su Qianci masih tetap menafikan. "Tidak, kami tak bergaduh."

"Jadi budak lelaki itu tidak pedulikan kamu?"

"Atuk, tiada apa yang berlaku. Mungkin Nenek Rong silap faham. Kami baik-baik saja."

"Atuk rasa kamu sengaja mahu lindungi dia. Baiklah kalau macam itu. Cuti umum dah dekat. Kamu ada apa-apa perancangan?"

"Buat masa sekarang belum ada."

"Bagaimana kalau kamu ikut atuk bercuti?"

Su Qianci bingung seketika, lalu bertanya, "Atuk mahu pergi bercuti?"

"Ya. Atuk dengar Maldives tempat yang menarik. Atuk patut pergi sementara masih sihat. Marilah ikut atuk!"

Related Books

Popular novel hashtag