Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 117 - Abang Sicheng, Perlahan Sedikit…

Chapter 117 - Abang Sicheng, Perlahan Sedikit…

Hati Su Qianci bergetar. Dia merenung telefonnya yang berdering dengan perasaan bingung.

Tang Mengying, Li Sicheng…

Dia mengambil telefon bimbit itu tetapi masih teragak-agak untuk menjawabnya. Satu perasaan pedih mula dirasakan dalam hatinya. Patutkah dia menjawab panggilan itu? Dia tidak berani. Dia takut akan mendengar bunyi yang teruk itu lagi; suara dua orang sedang berasmara yang telah menghantuinya setiap hari pada kehidupan lalu.

Tetapi bagaimana jika kali ini berbeza… Sudah banyak kejadian yang berbeza daripada kehidupan lalu telah berlaku. Bagaiman jika panggilan itu untuk perkara lain? Jawablah… Cuba jawab sahaja. Lagipun dia telah melalui perkara yang lebih teruk, bukan? Ketika deringan itu hampir terhenti, Su Qianci menjawabnya.

"Hmmm… Abang Sicheng… Perlahan sikit…" Ia suara Tang Mengying, dan diselang-seli dengan bunyi nafas lelaki yang berat dan bunyi tubuh yang saling bergesel. "Oh… abang… sedapnya…"

Su Qianci merasakan hatinya seperti dirobek-robek. Telefon itu terlepas daripada genggamannya, dan dia terus menangis. Dia sudah tahu itu akan terjadi. Kenapa dia jawab panggilan itu? Kenapa dia perlu membuatkan dirinya sakit seperti ini lagi… Dia tahu suaminya tidak mencintainya, tetapi dia gagal menghalang hatinya daripada terus disakiti oleh lelaki itu…

Su Qianci merebahkan dirinya di atas katil, menyelubungkan dirinya di dalam selimut dan terus menangis sepenuh hati. Dia sangat membenci dirinya sekarang. Segala perkara yang diangankan terus hilang. Dia tidak mahu melihat dirinya seperti ini lagi.

"Encik Li, saya dah tempah tiket penerbangan, tapi…" Cheng You teragak-agak, "tapi memang Encik Li perlu balik sekarang? Rasanya sama saja jika kita balik esok."

Li Sicheng sedang duduk di sofa sambil menyilangkan kakinya. Dia menjeling pembantunya itu, lalu bangun dan berkata, "Mari pergi."

Cheng You agak kecewa. Bosnya itu seorang yang kuat bekerja. Bukan sahaja dia berjaya menyiapkan kerja yang sepatutnya mengambil masa sebulan hanya dalam 28 hari, tetapi dia juga mahu pulang ke rumahnya pada tengah malam seperti ini. Oh Tuhan! Cheng You terfikir entah apa jenayah yang dia telah lakukan pada kehidupannya yang lalu sehingga mendapat bos seperti ini?

Walau bagaimanapun, apabila Li Sicheng baru sahaja mahu melangkah keluar dari hotel itu, dia mendapat panggilan daripada Tang Mengying. "Abang Sicheng… Saya ada di bilik. Boleh abang datang dan bantu saya? Saya rasa tak sihat…"

Li Sicheng mengerutkan dahinya, tetapi tetap bertanya, "Kenapa?"

"Saya rasa tak sihat, sangat-sangat tak sihat… Abang Sicheng, saya tunggu di bilik saya…"

Li Sicheng jelas menyampah dan berasa agak marah. Tetapi kebiasaannya Tang Mnegying tidak akan menghubunginya tanpa sebab. Li Sicheng berfikir sejenak sebelum menaiki lif untuk ke bilik wanita itu. Sebaik sahaja sampai di bilik Tang Mnegying, dia dapat menghidu bau arak yang kuat.

Tiba-tiba, Tang Mengying terus menerpa ke arahnya dan membuatkan Li Sicheng terpaksa menolak wanita itu. "Abang Sicheng, semua orang paksa saya minum di majlis tadi… Saya rasa sangat tak sihat sekarang…" Jelas Tang Mengying telah minum terlalu banyak. Li Sicheng tidak dapat menafikan Tang Mengying yang telah membuatkan majlis tadi berjalan lancar. Tetapi kenapa pula wanita itu memanggilnya ke bilik? Mata Tang Mengying kelihatan bergenangan dengan air mata ketika dia terus merayu, "Tolonglah… Abang Sicheng… Tolonglah saya…"

Related Books

Popular novel hashtag