Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 104 - Sebelum Ribut

Chapter 104 - Sebelum Ribut

"Bukan salah kau yang kau ni bodoh. Tetapi kau tidak sepatutnya berlagak pandai." Yu Lili tersenyum dan mengejek, "Cik Lin Wanting, IQ kau sudah capai 50?"

Semua orang mula ketawa. Lin Wanting menangis dengan lebih kuat.

"Ini sudah melampau," Liu Anan akhirnya bersuara, tidaklah kedengaran terlalu marah. Su Qianci baru saja memanggilnya Puteri Salju. Ini membuatkan dia gembira.

"Baiklah. Cukuplah tu." Di atas pentas, Fu Lengbing kelihatan tinggi dan kacak. Dia memegang mikrofon. "Terima kasih semua kerana hadir ke majlis perjumpaan yang saya anjurkan..."

Su Qianci dan Lu Yihan menemui tempat untuk duduk, dan kemudian Yu Lili menyertai mereka. Ketiga-tiga mereka minum dan berbual. Mereka kelihatan sedang berseronok.

Liu Anan menjeling Yu Lili dan Su Qianci dengan pandangan iri hati dan menarik Lin Wanting ke satu sudut. "Kau masih ingat rancangan kita? Ada perubahan. Selepas ini saya akan bercakap dengan mereka. Kau ambil peluang untuk masukkan dadah ke dalam gelas Su Qianci dan Lu Yihan. Yu Lili menyukai Lu Yihan, dan dia juga rakan baik Su Qianci. Aku akan buatkan dia sedar sahabatnya ada hubungan dengan lelaki yang dicintainya." Liu Anan membuat rancangan jahat. Dia bukanlah dalang di sebalik rancangan ini, tetapi ini rancangan terbaik pernah dia dengar. "Dengan cara ini, kita boleh membuatkan Yu Lili sengsara dan juga merosakkan status Su Qianci dalam keluarga Li."

Selepas mendengar rancangan ini, Lin Wanting kelihatan muram. Dia bertanya, "Ini tidak sesuai, bukan?"

Liu Anan sangkakan Lin Wanting sedang lembut hati. Dia memijak kaki Lin Wanting dan berkata. "Mereka melakukan perkara yang teruk terhadap kau, menjadikan kau bahan jenaka, dan meninggalkan hutang yang banyak untuk kau. Kau tak mahu balas dendam?"

Lin Wanting mendengarnya dan mencemuh. "Maksud aku, bukankah rancangan ini terlalu mudah untuk mereka?"

Liu Anan tidak menjangkakannya dan bertanya, "Apa idea kau?"

"Kau nampak orang itu?" Lin Wanting menunjukkan kepada seseorang.

Liu Anan kenal lelaki itu. Dialah yang paling gemuk dan hodoh di dalam kelas mereka. "Ding Haibo?"

"Ya. Lelaki itu bukan sahaja berbadan besar, tetapi tidak bermoral. Beberapa tahun lepas, dia telah meniduri beberapa orang pelakon dan model. Aku juga dengar ada di antara mereka mati di atas katilnya and kes tersebut semuanya telah dihapuskan oleh ayahnya, direktor pasukan polis."

"Aku juga ada dengar tentang hal itu. Adakah kau mahu…"

"Aku akan membuatkan Su Qianci tidur dengan lelaki jahanam ini dan manakala Yu Lili dengan Lu Yihan."

"Tak boleh. Kau mahu membuat impian Yu Lili tercapai?"

"Kau tak tahu Yu Lili itu perempuan simpanan?"

"Biar betul?"

"Lelaki yang memberi wang kepada dia adalah Ou Ming. Jika lelaki itu tahu dia tidur dengan Lu Yihan, apa yang kau fikir akan berlaku kepada mereka berdua?"

Liu Anan terperanjat dan tersenyum faham. "Kemudian mereka tidak akan hidup bahagia lagi. Ou Ming pasti mempunyai cara untuk menyeksa mereka."

"Lagi satu, kau fikir apa kesannya pada Su Qianci selepas menipu seseorang seperti Li Sicheng?"

"Ha ha, pasti lebih teruk daripada Lu Yihan dan Yu Lili."

Lebih penting lagi, Li Sicheng berada di hotel ini. Sekiranya dia dapat melihat sendiri … Itu akan menjadi sangat menyeronokkan. Melihat tiga kawan yang masih berbual itu, Liu Anan dan Lin Wanting tersenyum jahat.