Melahap makanan di satu sudut, Ding Haibo melirik ke kiri dan kanan. Di majlis perjumpaan sekolah tinggi ini, mereka bukan hanya bersaing dengan kekayaan dan pekerjaan, yang perempuan turut menayangkan bentuk badan mereka. Lurah dada kelihatan di mana-mana. Walau bagaimanapun, keadaan ini membosankan Ding Bao tidak lama kemudian. Dia memandang ke satu sudut dan melihat beberapa orang rakan sedang berbual dengan gembira. Gadis dalam baju berwarna biru kelasi itulah yang paling anggun dan menawan.
Itu Su Qianci! Dia gadis paling cantik sewaktu di sekolah menengah dan yang paling cantik di majlis perjumpaan ini. Sewaktu Ding Haibo berada dalam keadaan berkhayal, dia tiba-tiba terhidu bau minyak wangi murah ketika seorang wanita berpakaian hitam berdiri di hadapannya ...
Melihat Yu Lili, Su Qianci, dan Lu Yihan berbual-bual, beberapa orang rakan mereka juga datang menyertai mereka. Mereka berseronok bersama-sama. Su Qianci sudah mabuk sedikit dan bangun untuk pergi ke tandas. Dia terlihat Liu Anan mengatakan sesuatu kepada pelayan, tetapi tidak terlalu memberi perhatian.
Walau bagaimanapun, apabila dia keluar dari tandas, dia bertembung dengan seseorang yang dikenali. Lin Wanting sedang bersolek di depan cermin. Melihat Su Qianci berjalan keluar, dia segera meletakkan alat soleknya dan memandang Su Qianci dengan marah. Su Qianci tidak mempedulikannya. Dia membasuh tangan dan bersedia untuk keluar. Walau bagaimanapun, sewaktu berjalan keluar dari pintu, dia tiba-tiba merasakan ada sesuatu di belakangnya.
Walaupun pengalamannya di studio seni mempertahankan diri tidak menyenangkan, tetapi akhirnya, dia telah mempelajari jiu jitsu. Melihat ada tangan yang cuba menyentuhnya, Su Qianci mengerutkan dahi, mengelak, dan menghalang serangan itu. Memegang pergelangan tangan orang itu, Su Qianci menariknya ke hadapan.
Lin Wanting tidak menjangkakan Su Qianci begitu berwaspada. Dia jatuh ke hadapan dan kehilangan keseimbangan lalu menjerit. Mendengar jeritan itu, Ding Haibo, yang sedang menanti di pintu, menjadi sangat gembira. Dia membuka pintu seperti yang telah diberitahu kepadanya dan mendepangkan tangannya. Memegang satu tubuh badan yang lembut, Ding Haibo tidak melihat siapa yang dipeluknya dan tiba-tiba berasa sangat puas. Dia segera memegang payudara gadis itu dan menggosoknya dengan kuat. Sewaktu dia mahu melebih-lebih, Ding Haibo terlihat Su Qianci berdiri di dalam tandas wanita dalam keadaan terkejut.
Memandangkan Su Qianci berdiri di hadapannya, siapakah yang berada dalam pelukannya? Ding Haibo memandang ke bawah dan terlihat ekspresi aneh di wajah Lin Wanting.
"Ah!" Lin Wanting menjerit dan menolak Ding Haibo.
Melihatnya, Ding Haibo berasa agak tidak puas hati. "Kau buta? Hati-hatilah sikit bila berjalan." Ding Haibo kemudian melihat telapak tangannya, merindui apa yang dipegangnya tadi.
Lin Wanting berasa malu dan marah. Dia berpaling dan marah. "Su Qianci!"
Su Qianci kelihatan agak bersimpati dan kemudian menjeling Ding Haibo dan berkata, "Kamu beruntung, bukan?"
Ding Haibo terlalu terkejut dan merasakan seperti ada kucing yang telah mencakar hatinya. Dia menatap Su Qianci yang berlalu pergi, tidak sabar mahu melakukan sesuatu.
Lin Wanting menggetap giginya. Apabila dia ingin membalas semula pada Su Qianci, dia melihat Su Qianci mengambil gelas koktel daripada seorang pelayan. Itulah pelayan yang telah bercakap dengan Liu Anan. Melihat keadaan ini, Lin Wanting menjadi tenang dan mencemuh dalam hatinya.
Su Qianci, nantikan apa yang akan terjadi.