Chereads / Perceraian Ke-99 / Chapter 103 - Pakaian Ibu

Chapter 103 - Pakaian Ibu

Kata-kata Liu Anan segera mendapat perhatian ramai.

Su Qianci mengemam bibirnya dan berkata sambil berjalan,"Muka kamu memang perlukannya."

Yu Lili tiba-tiba tersedak arak yang diminumnya, dia terus ketawa. Sewaktu dia sedang ketawa, orang di sekelilingnya juga tidak mampu menahan diri mereka dan turut sama bergelak ketawa.

Wajah Liu Anan menjadi marah kerana dia faham Su Qianci mengatakan dia sebenarnya hodoh. Liu Anan melenting. "Su Qianci!"

Su Qianci menjelingnya. "Kamu perlukan sesuatu?"

Melihat keadaan Su Qianci yang tenang, Liu Anan berasa dia bagaikan hanya menumbuk kapas, tidak tahu bagaimana mahu memberi reaksi. Sewaktu semua orang memerhatikannya, Liu Anan berasa serba salah.

Sewaktu dia merancang untuk menyumpah seranah Su Qianci, gadis itu sudahpun berpaling memandang Lu Yihan dan bertanya, "Ini majlis tari-menari bertopengkah?"

Lu Yihan berasa hairan. "Tidak."

"Baiklah ... Saya sangkakan mereka berdua berpakaian seperti Snow White dan ratu jahat. Saya tersilap."

Mendengarkan kata-kata itu, semua orang memandang Liu Anan dan Lin Wanting. Seorang berpakaian warna biru, dan seorang lagi berpakaian hitam, sama seperti Snow White dan ratu jahat. Lin Wanting bagaikan mahu naik gila. Dia merasakan semua orang memandangnya dengan kejam. Seolah-olah semua orang merasakan dia kelihatan hodoh. Air mata Lin Wanting bercucuran sambil dia naik radang. "Su Qianci, kenapa kau buat begini pada aku? Aku langsung tidak buat apa-apa!"

Su Qianci terkejut dan berkata, "Apa yang aku lakukan pada kau?"

Lin Wanting berhenti seketika dan kemudian dia melenting. "Aku melayan kau sebagai kawan baik, tetapi kau berpakat dengan Yu Lili untuk memperdayakan aku supaya membeli pakaian yang mahal dan memotong rambut. Tidakkah kau fikir ini perbuatan melampau?"

Yu Lili tidak gembira mendengarnya. "Hei, janganlah begitu tidak tahu malu. Kau pinjam wang dari Qianqian untuk membeli pakaian dan kasut kau. Kalau aku tidak menjamin kau, bolehkah kau pinjam wang begitu banyak?"

Seorang gadis tiba-tiba kelihatan terkejut. "Saya fikir dia tiba-tiba menjadi kaya. Ibu saya mempunyai pakaian yang sama dan harganya sekurang-kurangnya seratus ribu. Jadi dia meminjam wang untuk membeli pakaian ini?"

"Tak mungkin...Ibu kamu mempunyai pakaian yang sama?"

"Ya. Beraninya dia meminjam wang sebegitu banyak."

Lin Wanting tiba-tiba menjadi pucat, kerana dia tidak menyangka Yu Lili akan mendedahkan hal itu di khalayak ramai.

"Betul, saya masih mempunyai IOU kamu. Jangan lupa bayar balik duit Qianqian." Yu Lili mengambil satu nota dari beg tangannya dan memberikannya kepada Su Qianci. "Nah, kamu tertinggal nota ini tempoh hari."

Melihat IOU yang ditulisnya sendiri, Lin Wanting menjadi lebih pucat dan berhenti. "Yu Lili, Su Qianci, apa yang pernah aku lakukan kepada kamu berdua sehingga aku dimalukan seperti ini?"

"Memalukan kau?" Su Qianci kelihatan hairan. "Kau yang meminjam wang, menulis IOU, dan menyebutkan hal ini dulu. Bila pula kami memalukan kau?"