Laluan kedua untuk memasuki Empayar Tang dengan menggunakan Sempadan Bai Zhi adalah dengan menggunakan pengangkutan air. Setelah peperangan tamat, segala perlindungan di sepanjang laluan air juga telah ditarik kembali. Chu Qiao mengetahui banyak urusan sulit yang berlaku disini, termasuklah penyelinapan rakyat-rakyat yang tidak mempunyai sebarang dokumen dengan menggunakan bot untuk memasuki empayar dan dengan harga yang mahal, jadi gadis muda ini harus mengambil risiko memasuki bandar Xian Yang untuk mencari seseorang yang berurusan sebegitu.
Dia mengesan seluruh pasar gelap tersebut selama dua hari sebelum memutuskan masanya. Chu Qiao bakal menaiki sebuah bot di Terusan Qian Shui, yang terletak 30 batu dari bandar tersebut pada pukul sebelas malam keesokan harinya. Malam sudah menjelma, dan Chu Qiao pun berjalan terburu-buru di sepanjang laluan panjang itu. Demi mengekalkan samarannya, Chu Qiao telah memakai pakaian lelaki dalam lingkungan enam belas atau tujuh belas tahun, bibirnya yang merah dan gigi yang putih membuatkan dia kelihatan kacak. Bandar Xian Yang yang bersaiz besar itu terletak berdekatan dengan sempadan Empayar Xia, dan semua pedagang harus menggunakan bandar itu apabila mereka berada di dalam daerah Xia. Jalan-jalan masih lagi bergemerlapan walaupun ia sudah larut malam dengan ramai pedagang yang masih giat mempromosikan barang-barang jualan mereka yang memeriahkan lagi keadaan.
Chu Qiao bakal mengembara menggunakan pengangkutan air selepas ini jadi dia telah menjual kudanya yang baru sahaja dibeli dengan harga yang rendah dan juga membeli beberapa rangsum kering. Apabila wanita muda itu bersiap sedia untuk beredar, seorang pedagang hamba yang mempunyai ramai pelanggan telah menangkap pandangan mata gadis itu dan lantas diikuti dengan kerutan di keningnya setelah melihat sebuah sangkar logam yang mempunyai 80 ke 90 orang hamba lelaki dan wanita di dalamnya. Salah seorang lelaki di dalam sangkar itu sedang memakai pakaian cendekiawan, jadi pemuda itu sudah semestinya lebih terserlah daripada hamba-hamba yang lain dan lantas mempunyai ramai wanita setengah abad yang mengerumuni kawasan itu untuk membelinya sebagai seorang hamba, wanita-wanita ini cuba bertawar-tawaran dengan pedagang hamba supaya mendapatkan harga yang terbaik.
"Hai!" Chu Qiao bersandar pada sangkar tersebut dengan badan yang dicondongkan. Gadis itu sedang memegang beberapa biji tembikai di dalam tangannya dan lantas memanggil pemuda yang berada di dalam sangkar itu, dan gadis itu pun meludahkan biji tembikai itu ke arah pemuda itu sambil tersenyum, kelihatan tidak ubah seperti seorang lelaki tak guna daripada keluarga berpengaruh.
Pemuda itu meraih wajahnya dan merenung anak mata gadis ini dengan tajam, dahinya berkerut dengan muka yang diselubungi perasaan cemuh. Tanpa sebarang tindak balas, pemuda itu menundukkan wajahnya kembali.
"Baru sekejap saja tapi awak dah lupakan saya? Awak bernasib baik, sebab baru beberapa hari saja awak dah ada tuan baru!"
Liang Shaoqing terpana seketika, lantas meraih pandangannya dan mengecam wajah wanita muda yang berpakaian seperti seorang lelaki ini dan setelah dia mengenal pasti siapa wanita itu, dia pun berkata dengan penuh teruja, "Ah! Awak ke itu? Kenapa awak berpakaian sebegini?"
"Macamlah awak tak tahu." Wanita muda itu tergelak. "Saya ini bukan ke penyangak."
"Oh, betullah itu," Apabila dia berkata, dia menggelengkan kepalanya, membetulkan dirinya sendiri. "Tak betullah. Macam mana awak boleh jadi penyangak? Mesti pegawai dah salah faham itu, bercakap buruk mengenai seseorang yang baik sangat."
"Hehe," Chu Qiao tergelak dan menyindirnya, "Apa yang awak cakap ini? Kita bukan ke lelaki budiman. Kita berdiri tegak, tetap pendirian, dan berdiri dengan ketinggian tujuh kaki. Kita tak perlu buang masa lah. Apa yang terjadi? Awak nak merayu supaya saya tolong awak lagi?"
"Cik, tolonglah bawa saya pergi dari tempat ini," Rayu Liang Shaoqing. "Awak tak boleh tengok saya dihina seperti seorang hamba. Mereka tak percaya sepatah kata pun yang saya beritahu mereka. Saya tak kenal tempat ini, jadi awak seorang saja yang boleh bawa saya keluar sekarang."
"Selamatkan awak?" Wanita muda itu melemparkan biji tembikainya ke atas tanah dengan mata yang terbeliak. "Bagaimana saya nak selamatkan awak?"
"Awak beli saya?"
"Tak eloklah orang tengok."
"Kenapa tak elok pula?"
Chu Qiao menggeleng kepalanya sambil berkata, "Awak itu cendekiawan dan awak akan dibeli oleh segerombolan rakyat jelata. Bukan ke itu satu penghinaan kepada status awak. Awak itu penyelamat saya, bagaimana saya boleh buat perkara yang memalukan awak?"
Lidah Liang Shaoqing menjadi kelu bersama wajah yang kemerahan. Setelah sekian lama, dia tergagap, "Kita dah kesuntukan masa, dan ini suatu kecemasan. Mari… Mari kita tolak pendirian kita ke tepi dulu."
Chu Qiao lantas melepaskan ketawa yang terbahak-bahak setelah mendengar ayat yang keluar dari mulut pemuda itu. Apabila dia hendak membalas kata Liang Shaoqing, seorang wanita montok berusia dalam lingkungan lima puluh tahun yang memakai pakaian mewah bersama solekan yang tebal bergerak ke arah dua orang remaja ini dengan iringannya di belakang. Wanita itu lantas merentap kolar baju Liang Shaoqing dan berkata, "Yang ini."
Bos tersebut terpaku sambil tergelak, "Cik Puan, pada harga yang kita dah bincangkan tadi?"
"Ikut suka hati kamu!"
"Baiklah! Tunggu sekejap ya!"
Wajah Liang Shaoqing terus bertukar pucat, anak matanya jelas terpancar rayuannya apabila merenung Chu Qiao.
Wanita itu diiringi sepuluh orang gaji bersama dua puluh orang hamba yang baru sahaja dibeli, setiap seorang daripada mereka berbadan tegap dan berwajah kacak.
Chu Qiao menggigit-gigit lidahnya dan lantas mara ke arah wanita itu sambil mengukirkan sebuah senyuman. Dia berkata dengan perlahan, "Cik Puan, awak ni dah lanjut usia. Awak boleh tahan ke kalau beli ramai hamba-hamba berbadan tegap ini?"
Wanita itu langsung tidak terhibur mendengar kata-kata Chu Qiao, dan lantas dia merenung gadis ini dengan penuh dingin, membalas, "Si bodoh ini datang dari mana? Ke tepilah."
"Saya lakukan ini untuk kebaikan Cik Puan juga! Kenapa awak tak beri saya salah seorang daripada hamba awak saja?"
"Dalam mimpi kamu sajalah!" Amuk wanita tersebut. "Kalau kamu terus cakap karut macam ini, aku akan patahkan kaki kamu!"
"Amboi, garangnya!" Chu Qiao mengelak ke tepi, sambil meraung kepada bos tersebut, "Bos! Berapa harga hamba ini? Saya akan bayar dua kali ganda!"
Apabila bos tersebut, yang sedang membawa Liang Shaoqing keluar dari sangkarnya itu terdengar kata-kata Chu Qiao, lelaki itu terus terpaku dan hanya merenung gadis itu dengan penuh keriangan.
"Dua kali ganda?" Wanita itu berkata penuh dingin dan tajam, "Saya akan bayar empat kali ganda! Kamu nak bergaduh dengan aku ya?"
Chu Qiao tergelak, masih bersandar pada sangkar, dan gadis itu membalas bersahaja. "Saya akan bayar sepuluh kali ganda."
"Dua puluh kali ganda."
Chu Qiao menggeleng kepalanya dan berkata, "Saya akan bayar empat puluh kali ganda."
"Aku akan bayar seratus kali ganda!"
"Dua ratus kali ganda!"
"Seribu kali ganda!"
"Wah! Seribu kali ganda!" Chu Qiao tersenyum dan berkata, "Saya akan beri dia kepada awak. Saya tak boleh melawan angka itu."
Pedagang hamba itu hanya tersenyum lebar, dan meluru ke hadapan sambil berkata, "Cik Puan Qian, kita telah membuat rundingan pada seribu kali ganda harga asal, dan harganya sekarang dua ribu daun emas."
Wanita itu hanyalah membuat perjanjian tersebut disebabkan kemarahannya dan setelah menyedari hamba ini tidak sepatutnya bernilai sebegitu banyak, dia berpaling ke arah pedagang hamba tersebut dan menengking, "Bagus sangatlah itu! Bos Mu, awak dah bersubahat dengan orang lain untuk menipu saya!"
"Bukan- Bukan macam itu! Walaupun saya berani nak menipu orang, tapi saya tak berani tipu Cik Puan!"
"Hm! Aku tak nak beli dah! Kita akan tunggu dan lihat!" Wanita tersebut menempik sebelum beredar bersama orang-orang gajinya.
Bos Mu yang masih berdiri tegak di tempatnya itu kelihatan bingung, memaling ke kiri dan ke kanan sebelum menoleh ke arah Chu Qiao yang masih berdiri di sisi sangkar. Pedagang hamba itu pun meluru ke arahnya dan berkata dengan senyuman, "Tuan Muda, wanita itu dah pergi. Semenjak tuan berminat dengan hamba ini, saya akan jual dia kepada tuan dengan harga yang dah tuan sebutkan tadi. Dua ratus kali ganda, dan itu akan menjadi empat ratus keping daun emas."
"Bos, awak fikir yang sebab saya ini muda dan tidak berpengalaman, jadi awak boleh membuli saya?" Chu Qiao tersenyum sebelum menyambung, "Saya buat perkara itu kerana saya sengaja nak naikkan angin wanita itu saja. Sekarang dia dah pergi, awak masih minta saya wang yang sebanyak itu? Awak jual hambalah, bukannya tuan putera."
"Dua keping daun emas, sama seperti harga asal yang telah dipersetujui awak."
"Apa?" Bos Mu terpana, dan dia pun berkata dengan wajah yang dikerutkan, "Saya patut jual dia kepada wanita itu tadi. Kenapa saya naikkan kemarahannya demi awak? Awak kena tambah sedikit lagi wang."
Chu Qiao mendesis dan bersedia untuk beredar. "Ikut awaklah. Kalau awak tak jual dia kepada saya, awak boleh pergi cari balik pelanggan lama awak itu."
"Eh! Tunggu sekejap, tunggu sekejap!" Bos Mu mengeluh dan berkata, "Baiklah."
Liang Shaoqing melepaskan keluhan lega yang panjang namun sebelum sempat dia mengukir sebuah senyuman, Chu Qiao membuat sebuah lagi pembongkaran, "Tapi Bos, saya tak bawa duit bersama saya hari ini. Apa kata kalau saya bagi awak sekeping slip IOU, dan saya akan bayar awak balik selepas itu."
"Apa?" Semua orang yang berada di kawasan itu terpana seketika, Bos Mu pula mengamuk, "Tuan Muda, jangan main-main dengan saya. Saya ini dah tua, dah hidup dalam bandar ini selama lebih daripada 20 tahun, dan saya tak pernah berjumpa pelanggan macam awak walau sekali pun."
"Hey! Hey!" Liang Shaoqing berbisik, "Awak awak buat ini? Bayarlah!"
"Duit saya dah habis." Chu Qiao berpusing balik dan berkata, "Kalau awak tak percaya saya, awak boleh periksa barang-barang saya. Saya dah habiskan setiap sen. Siapa suruh awak tolak duit saya dulu?"
Liang Shaoqing bertukar pucat dan dia pun berbisik dengan nada terdesak, "Apa yang kita patut buat sekarang?"
"Tiada cara lain. Saya hanya boleh melakukan ini."
Liang Shaoqing sudah bersedia untuk bertanya kepada Chu Qiao tentang rancangannya namun wanita muda itu mengeluarkan sebilah pisau belati miliknya. Dengan pantas, Chu Qiao menghalakan pisau belati tersebut ke leher Bos Mu sambil bergelak ketawa, "Saya dah tawarkan slip IOU, tapi awak tolak slip itu. Sekarang, saya tiada pilihan lain selain dari merompak awak secara terang-terangan."
Mulut Bos Mu menggeletar, dan dia pun tergagap-gagap berkata, "Berani… Berani betul!"
"Saya tak pasti betapa beraninya saya, tapi awak ini Bos Mu, awak memang berani. Dah dihalakan pisau pun awak masih boleh bercakap dengan lancang."
"Lepaskan bos kami!" Orang ramai yang menyaksikan babak ini semakin ramai dan Chu Qiao pun tersenyum sambil berpusing-pusing, berbisik di telinga Bos Mu, "Memandangkan status awak yang tinggi di sini, layak ke awak mati hanya demi dua keping daun emas?"
Pisau belati tersebut menghiris leher Bos Mu yang sekaligus mencederakannya dengan darah yang mengalir keluar. Pedagang hamba yang berusia lebih dari enam puluh tahun itu memberikan sebuah teriakan yang membingitkan telinga.
"Diamlah!" Chu Qiao menendang lelaki itu di pehanya. Gadis itu berkata dengan nada yang dingin sambil wajah yang berkerut, "Lepaskan dia!"
"Cepat! Lepaskan dia!" Ia hanyalah sehiris luka yang kecil, namun Bos Mu sedang berteriakan bersungguh-sungguh.
Chu Qiao tersedar akan sekumpulan kuda milik Bos Mu yang berada di sebelah sangkar itu dan dalam sekelip mata, gadis itu melonjak dan lantas menendang Bos Mu di dadanya. Merentap lengan Liang Shaoqing, Chu Qiao melonjak naik ke atas kuda dan dengan sebuah ringkikan, gadis itu meluru keluar dari penglihatan orang ramai di dalam kejauhan tidak lama selepas itu!
"Cepat! Kejar mereka!" Teriak Bos Mu dengan lantang, namun kedua-dua pemuda itu memang tidak dapat dikesan lagi. Keamanan kembali menyelubungi kawasan itu tidak lama kemudian di dalam kesejukan malam yang panjang.
Di dalam sebuah kuil usang di luar bandar, Liang Shaoqing sedang terduduk di atas jerami kering. Chu Qiao menghulurkan sebuah rangsum kering yang berada di dalam beg galasnya kepada pemuda itu dan tergelak, "Makanlah sikit."
Cendekiawan Liang tidak mencapai rangsum yang dihulurkan namun Chu Qiao tidak memaksanya untuk mengambil makanan itu, dan lantas gadis itu menghulurkan beberapa helai wang kertas dan berkata, "Saya akan berangkat esok. Kita akan berpisah mengikut haluan masing-masing, jadi saya dah tak boleh nak selamatkan awak kalau awak berada dalam masalah lagi. Ambillah wang kertas ini."
Liang Shaoqing berkerut dan berkata, "Bukan ke awak dah kehabisan duit?"
"Siapa kata duit saya dah habis?"
"Awak yang cakap sendiri di pasar tadi."
Chu Qiao meraih keningnya dan membalas, "Saya ada duit, tapi tak banyak. Hanya tinggal ini saja, dan kalau saya beri dia wang ini, apa akan terjadi pada awak?"