Chapter 73 - Bab 73

Tanpa mengendahkan siapa yang mengutarakan kenyataan terakhir itu, seluruh pasukan tentera tergamam setelah mendengarnya.

"Para pahlawan Yan Bei!" Yan Xun terduduk di atas kudanya sambil merenung tangan-tangan yang diraih ke udara, dan lantas matanya dikecilkan menjadi satu garisan apabila dia meneruskan, "Ayahanda saya dibunuh dengan kejam lapan tahun yang lalu! Yan Bei sudah jatuh merudum selepas dilanyak dengan kuasa jahat. Kemegahan pahlawan-pahlawan Yan Bei juga dihapuskan oleh Empayar jijik itu! Kita semua rakyat yang taat pada perintah Empayar, kita yang mengawal sempadan dan berperang dengan orang-orang gasar semasa ingin menjaga keamanan Empayar. Namun setelah masa berlalu, kemakmuran ibu negara telah mengaburi mata ketua-ketua terhormat, dan mereka lupa siapa yang telah bertarung demi mereka di sempadan sana, mereka lupa siapa yang membina tembok yang hebat itu menggunakan darah dan juga peluh! Mereka lupa siapa yang mengharungi cuaca-cuaca buruk untuk menghalang rakyat-rakyat Quan Rong jauh daripada sempadan. Mereka lupa siapa yang telah menyelamatkan Empayar semasa saat-saat genting!"

"Kami yang lakukannya! Kami, Yan Bei!" Pasukan tentera itu bersorak.

"Betul itu! Kami yang lakukannya!" Angin mula untuk bertiup, dan pemuda tersebut menanggalkan jubah merah terangnya dan lantas mempamerkan pakaian pertempuran berwarna hitam yang telah bersulamkan seekor burung helang keemasan. Itu merupakan bendera peperangan milik Yan Bei! Seekor burung helang keemasan!

Yan Xun memekik tegas, "Maharaja bukan lagi seorang pemerintah yang bijaksana. Beliau kini dah tak boleh memisahkan ketaatan daripada kejahatan! Kita boleh mati di dalam pertempuran, kita boleh berperang demi rakyat-rakyat bandar ini, tetapi kita tak boleh terus menjadi hamba kepada tuan yang membayar ketaatan dengan amukan!"

"Kita tak akan menjadi hamba!" Semua orang melaungkan secara serentak.

Apabila angin mula bertambah kencang, Yan Xun mengeluarkan pedangnya dari karung di pinggang. Angin tersebut telah mengepakkan hujung bajunya dengan sulaman tersebut juga bergerak lantas membuatkan burung helang keemasan itu kelihatan seperti telah bersedia untuk terbang pada bila-bila masa! Setelah terperangkap selama lapan tahun, Putera tersebut melepaskan ngauman yang kuat, "Pahlawan! Ikut saya! Keluar dari ibu negara dan pulang ke Yan Bei! Kita tak ada pilihan lain daripada memberontak! Mulai daripada sekarang, Yan Bei akan menjadi daerah yang merdeka!"

"Keluar dari ibu negara! Pulang ke Yan Bei!" Teriakan ceria tersebut mencucuk ke langit!

Kini di istana Ying Ge, Chu Qiao sedang menunggu di bawah langit menghitam dengan memakai blouse hitam yang panjang, dan di belakangnya terdapat sekumpulan pemuda yang memakai pakaian yang sedondon dengannya. Seekor burung helang putih yang sedang berterbangan di udara akhirnya mendarat di bahu Chu Qiao yang sedang membaca sepucuk surut dengan bersungguh-sungguh sebelum melepaskan sebuah keluhan kelegaan, mengarah, "Pergi dari sini. Jom kita guna isi perut jijik milik mereka-mereka yang berkuasa sebagai sebuah pengorbanan untuk kebangkitan kembali negara kita!" Dengan bunyi desiran yang pantas, perkarangan istana tersebut terus menjadi senyap sepi.

Sementara itu, seorang pegawai wanita berpakaian ranggi meluru ke arah puteri, raut wajahnya mempamerkan panik, "Tuan Puteri! Majlis dah nak bermula! Kenapa Tuan Puteri masih ada di sini? Pegawai majlis tengah menunggu Tuan Puteri dan beberapa orang gaji sedang melutut di dalam Dewan Bai He!"

Dalam kadar panik yang sama, wanita berpakaian merah terang itu terkial-kial mencari tangan pegawai wanita tersebut. "Penjaga Miao, apa yang patut saya buat? Sekarang dah lepas waktu yang ditetapkan, tapi dia masih belum pulang. Ada sesuatu yang berlaku ke?" Pegawai wanita itu kelihatan dalam lingkungan 20-an namun perwatakannya amat matang bagi umurnya, lantas menenangkan Zhao Chun'er dan memeluknya erat. Dia berkata lembut, "Sekarang rakyat jelata sedang bersorak di luar sana dan terlambat disebabkan rakyat-rakyat itu suatu perkara yang biasa. Awak tak perlu risau."

Zhao Chun'er mengetap bibirnya dengan perasaan risau yang masih lagi menghinggap dirinya, memaksa dirinya untuk mempercayai setiap bait kata yang diujarkan Penjaga Miao dan cuba untuk berhenti daripada berfikir bukan-bukan. Zhao Chun'er lantas mengekori penjaganya itu dan mula melangkah ke arah Harem Maharaja.

Di dalam kegelapan, kening pegawai wanita itu dikait rapat. Terdapat masa-masa yang telah ditetapkan untuk majlis-majlis maharaja sebegini. Bagaimana rakyat jelata boleh berani menghalang majlis sebegini? Mesti ada sesuatu yang buruk telah berlaku.

Ketika itu, seekor kuda tiba-tiba muncul di pintu gerbang istana. Seorang askar melonjak turun dari kuda tersebut dan terhuyung-hayang melangkah ke arah pintu gerbang tersebut dengan nada cemas, namun dihentikan oleh para pengawal yang lain. "Saya ada perkara mustahak untuk dilaporkan kepada Maharaja! Biarkan saya masuk!"

Namun para pengawal tetap membatu untuk menghalang pengutus tersebut. Salah seorang daripada pengawal itu berkata, "Tunjukkan kepada kami perintah daripada Maharaja!"

Askar tersebut yang sudah berpeluh mula untuk menengking, "Perkara ini terlalu mustahak! Kalau dilambatkan, sepuluh kepala kalian pun tak akan dapat membalasnya!"

"Apa yang sedang berlaku?" Tanya Zhao Chun'er.

"Tuan Puteri?" Hanya dengan sekali imbas, askar tersebut dapat mengenal pasti puteri tersebut. Pemuda itu melangkah ke hadapan dan berbisik kepada gadis itu. "Tuan Puteri, keadaan teruk sangat! Putera Yan Bei, Yan Xun, memberontak! Sekarang dia sedang menghala ke sini dengan tenteranya daripada Garison Utusan Barat Daya!"

Bedebuk! Salah sebuah pemanas tangan yang berada di dalam genggaman Puteri Chun terjatuh ke atas tanah, dengan mukanya sepucat sehelai kertas dan bibirnya bertukar biru kehitaman. Dia sangat terkejut sehingga tidak mampu menguturkan sebarang kata.

"Mereka dah menguasai laluan ke Majlis Ketua-Ketua Terhormat dan juga ke Dewan Bandaraya Ibu Negara. Ketua-ketua Terhormat dan juga para Pegawai semuanya masih berada di dalam istana. Sebelum mereka pergi, kita perlu memberitahu mereka supaya mereka dapat membuat rancangan! Tuan Puteri? Tuan Puteri?"

"Ah, kamu, kamu betul." Akhirnya bersuara, Puteri Chun mengangguk canggung. Wajahnya yang ketakutan sebentar tadi kini telah hilang dan mempamerkan raut wajah yang tenang, dia berkata, "Ikut saya."

Askar tersebut, yang berasa gembira, membontoti tuan puteri yang mendapat kerutan dahi daripada seorang pengawal yang akhirnya berkata kepada Zhao Chun'er, "Tuan Puteri, ini dah melanggar undang-undang."

"Undang-undang apa?!" Pegawai wanita itu menengking marah, "Kalau Tuan Puteri nak bawa seorang hamba masuk ke dalam, dia perlukan persetujuan kamu ke? Kamu taat kepada siapa yang jadikan kamu berani berasa sangsi terhadap Tuan Puteri?"

"Penjaga Miao, jom kita pergi." Zhao Chun'er yang kini menjadi lebih pucat terus melangkah ke arah Dewan Fang Gui. Majlis perkahwinan yang mewah pada malam ini akan diadakan di sana dengan para pegawai yang sudah menghadirkan diri. Apabila puteri tersebut dan kumpulannya memasuki dewan itu, semua pengawal merenung sesama sendiri dengan mata mereka yang berkomunikasi dengan masing-masing.

Melepasi pelbagai jenis bangunan yang berada di dalam istana tersebut, langit di atas pun sudah bertukar menjadi kelam dan gelap gelita selain daripada kawasan-kawasan berobor api yang memberikan cahaya malap untuk menerangi kawasan sekeliling yang sunyi sepi. Zhao Chun'er tiba-tiba berhenti di dalam perjalanannya dengan raut wajahnya yang sungguh pucat sehingga ia agak membimbangkan, memusingkan badannya ke arah askar tersebut dan berkata, "Mari ke sini, saya ada sesuatu untuk ditanya kepada kamu."

Terus askar tersebut melangkah ke arah Puter Zhao Chun'er, dan sebelum mendekatinya askar tersebut telah menunduk hormat kepada gadis tersebut. Pegawai yang berada tidak jauh dari situ berkerut, namun apabila dia mahu mengujarkan kesangsiannya, dia terdengar satu teriakan yang kuat dan diikuti dengan tendangan yang telah diberikan oleh askar tersebut kepada Tuan Puteri. Lantas Zhao Chun'er terjatuh ke atas tanah bersama sebahagian besar jubahnya yang sudah tercarik.

Pegawai wanita yang menyaksikan kejadian tersebut terkejut besar dan berteriak, "Pembunuh upa-..." Namun menghentikan dirinya sebelum dia sempat menyelesaikan ayatnya. Berada di hadapannya, askar tersebut sedang mengejang di atas lantai, seluruh badannya dipenuhi darah dan Zhao Chun'er berdiri dengan bersusah-payah daripada lantai dan terus merangkak ke arah dada askar tersebut! Darah yang banyak dan suam terus terpercik di sekeliling mereka tanpa sebarang tanda puteri tersebut akan berhenti dari terus menghayunkan pisau belatinya walaupun dirinya sudah dilumuri darah. Bunyi pisau yang membelah tulang kedengaran mengerikan di dalam koridor yang tidak berpenghuni ini.

"Tuan Puteri! Tuan Puteri!" Pegawai wanita tersebut yang teresak-esak dalam tangisan bergerak ke arah Zhao Chun'er dan mendakapnya erat, menghalang puteri itu daripada terus menghayunkan pisaunya, "Dia dah mati! Dah mati!"

Clang! Pisau belati itu terjatuh ke lantai dan dengan membeliakkan matanya, Zhao Chun'er terus rebah ke atas tanah dengan tangan yang masih menggeletar.

"Saya dah bunuh seseorang… Saya dah bunuh seseorang…"

"Tuan Puteri, apa yang terjadi? Lelaki ini cuba untuk menyakiti tuan puteri ke?"

"Penjaga Miao!" Zhao Chun'er menggenggam tangannya dengan erat, matanya kemerahan dan lantas mengarah, "Tinggalkan istana ini secepat mungkin dan cari Putera Yan. Beritahu dia jangan bertindak melulu! Jangan hancurkan masa depan dia! Saya tahu dia tak mahukan perkahwinan ini. Saya faham sepenuhnya dan saya takkan paksa dia lagi. Saya akan pergi terangkan kepada Maharaja sekarang juga!"

"Tuan Puteri! Apa yang Tuanku cakap?"

"Pergi!" Puteri tersebut berkata tegas. Setelah menenangkan dirinya, dia menyambung, "Pergi dan cari dia sekarang dan bagitahu apa yang saya dah katakan kepada awak. Saya akan pergi ke Maharaja sekarang dan hentikan majlis ini. Saya takkan paksa dia lagi!"

"Tuan Puteri…"

"Penjaga Miao, tolonglah…" Titisan air mata yang gemuk mengalir dari kedua mata milik Zhao Chun'er dengan mukanya yang masih pucat dan bibir yang biru kehitaman. Matanya kini memang merah. Sambil mengetap bibir bawahnya, Zhao Chun'er mencuba sedaya udaya untuk tidak mengalirkan air mata dan lantas mendakap erat lengan pegawai wanita tersebut dengan kukunya yang membenam ke dalam kulit pegawai tersebut, bersama tompokan darah yang masih di leher.

Pegawai wanita yang tidak berpengalaman itu kini harus mengharungi situasi yang kacau-bilau seperti ini terus menangis teresak-esak akibat terlalu takut, "Tuan Puteri, jangan risau, saya akan pergi cari Putera Yan."

"Baik, jadi pergilah sekarang. Istana sekarang ini kacau-bilau sangat. Berhati-hati." Zhao Chun'er mengelap sisa baki air matanya.

"Tuanku tak perlu risau tentang saya." Kedua gadis itu bertukar kata-kata ucapan sebelum berpisah ke arah yang berlainan.

Angin sejuk yang bertiup mampu menyapu habuk-habuk dan dedaunan di atas tanah, pegawai wanita itu sedang meluru merentasi laluan-laluan di dalam istana dengan pantas namun terserempak dengan sebuah kilat berwarna putih yang memenuhi setiap rongga penglihatannya apabila dia melepasi air pancut hiasan di dalam istana. Sebelum dia mampu mengenal pasti penyerang tersebut, dia terjatuh ke dalam lopak darahnya sendiri. Beberapa orang pemuda meluru keluar di dalam kegelapan tersebut bersama ketua mereka, si askar.

"Saudara Yu, mengenai Tuan Puteri…"

"Jangan risau, dia tidak akan menyebarkan mesej tersebut." Lelaki tersebut, dengan wajah yang membatu, berbisik, "Tutup pintu gerbang utara dan bersiap sedia untuk berjumpa dengan cik puan kita di pintu gerbang barat."

Di dalam pondok usang berdekatan pintu gerbang barat, seorang wanita berpakaian putih sedang berdiri di perkarangan istana. Melihat api biru yang membakar tinggi ke udara, riak wajahnya langsung tidak menampilkan sebarang emosi dan lantas mengarahkan orang-orang bawahannya setelah seketika, "Menurut rancangan asal, dalam masa dua jam, kamu kena lumpuhkan Pasukan Tentera Hijau, Pasukan Askar Berkuda Tanpa Gentar, dan juga semua pusat arahan tentera di dalam ibu negara."

Xia Zhi dan Xirui mengangguk setuju dengan senyap. Bian Cang melangkah ke hadapan berkata, "Cik Puan, semuanya tenang di dalam istana. Pintu gerbang di bahagian timur dan juga utara sudah pun berada di dalam kawalan. Rancangan Cik Chu dah berjaya."

"Betul, mari kita jalankan rancangan api." Cik Puan Yu mengangguk.

Perayaan masih lagi diteruskan dengan pantulan cahaya bulan yang tenang kelihatan dari dalam air. Namun, hanya segelintir sahaja yang mengetahui tentang bahaya yang semakin menghampiri kawasan-kawasan tidak berpengawal di dalam Empayar.

Setelah dua jam berlalu, sekumpulan jejaka dalam pakaian serba hitam meluru ke arah pintu gerbang barat dengan pengawal-pengawal di pintu gerbang tersebut yang tidak berbuat sebarang bunyi mahupun reaksi, seolah-olah mereka langsung tidak menyedari kehadiran sekumpulan jejaka ini.

"Zuo Qiu, bawa khabar ini kepada Tuanku. Segalanya mengikut rancangan, boleh teruskan seperti yang dirancang."

"Ya, Cik." Orang bawahan yang setia itu meninggalkan istana dan Chu Qiao menanggalkan pakaian peperangannya yang dilumuri darah itu dan mempamerkan sepasang jubah menakjubkan. Dengan pantas gadis itu bergerak ke pedati yang terselindung di sebalik belukar yang lantas di angkat oleh para hamba tanpa sebarang kata dan bergerak ke hadapan.