Chapter 66 - Bab 66

Mungkin di antara semua orang di dalam Bandar Zhen Huang, hanya Chu Qiao sahaja yang mengetahui bidang kuasa yang dimiliki Yan Xun dan dari perspektif jejaka itu, pembunuhan Li Ce merupakan sebuah rancangan yang bernas. Jika Li Ce mati, Zhen Huang akan merudum ke dalam kehuru-haraan akibat kehilangan kepercayaan di antara keluarga-keluarga ternama dan juga keluarga diraja. Empayar Xia dan juga Tang akan mengumpulkan pasukan tentera mereka sendiri demi mempersiapkan diri mereka untuk peperangan, manakala Empayar Song akan mengambil kesempatan ini untuk mengkhianati rakyat Quan Rong yang turut mengikuti peperangan ini daripada utara dan tidak lama selepas itu, kesuluruhan benua Barat Meng akan tergelincir ke dalam sistem anarki dan dimamah oleh api-api peperangan. Pada ketika itu, Maharaja Xia akan mencuba sedaya upaya untuk berhadap dengan Yan Xun dan mungkin akan bergantung kepada pasukan tentera putera ini untuk menghalang Quan Rong yang bakal datang dari Utara dan serta-merta kedudukan putera itu akan menjadi lebih teguh dan lebih berkuasa.

Jika kejadian ini benar-benar berlaku disebabkan Yan Xun, Chu Qiao patut meninggalkan jejaknya supaya pemuda itu dapat mencarinya, membunuh Li Ce, dan akhirnya menuding jari kepada keluarga-keluarga berpengaruh? Namun jika Yan Xun bukanlah dalangnya, Chu Qiao telah memahami kebaikan-kebaikan yang bakal Yan Bei dapati dengan perkara ini, dan dengan gambaran yang meluas di dalam minda, perlukah Chu Qiao mengambil kesempatan ini untuk mengikut sahaja arus semasa?

Kod etika sebagai seorang agen telah mengarahkan Chu Qiao untuk melihat gambaran yang penuh pada setiap masa dan tiada pengorbanan yang lebih besar demi pertukaran terbesar bagi kuasa-kuasa sahabat.

Tangan Chu Qiao digenggam erat, pisau belati yang disembunyikan di pinggangnya bersinar dengan kilauan yang menggerunkan, hampir mencucuk kulitnya. Chu Qiao enggan memikirkan bagaimana dia boleh tiba ke pantai setelah pengsan, bagaimana Li Ce telah mengendongnya dengan terhuyung-hayang di dalam hutan yang tebal ini, bagaimana pemuda itu telah terlolong memanggil nama Chu Qiao berulang-ulang kali dengan nada cemas dan gementar.

Tanpa aku, dia pasti sudah mati di tangan pembunuh upahan. Tuhan-tuhan sememangnya adil.

Chu Qiao mengecilkan matanya lantas jari-jemarinya bergerak ke arah pisau belati di pinggang dan pantas membuang segala emosi yang tak pragmatik terhadap putera itu. Dia sering mengetahui perihal yang perlu dilakukan, seolah-olah dia sedang menyelesaikan salah satu misinya. Selama lapan tahun ini Chu Qiao tidak mempunyai harapan lain daripada keinginan untuk pergi ke Yan Bei.

Pisau belati yang ringan dan mampat itu diperbuat daripada besi meteor dan mempunyai ukiran yang tidak memberikan apa-apa maksud yang terlipat di dalam kain. Memandangkan kematangan metalurgi ketika itu, pisau itu sudahpun menjadi sebuah objek yang berteknologi tinggi melangkaui kepakaran sesiapa sahaja pada era tersebut. Minda Chu Qiao terus berasa kosong dan tenang saat gadis itu menggenggam senjata tersebut, segala emosi yang tidak sepatutunya wujud dalam dirinya telahpun hilang dan dengan cekapnya gadis itu terus bertukar menjadi seorang agen berhati besi seperti selalu. Chu Qiao mencubit pisau tersebut dengan kedua jari telunjuknya dan juga jari hantu dan lantas mengeluarkan senjata tersebut daripada sarungnya, terus memusingkannya sebelum senjata itu terjatuh ke dalam genggaman!

Semuanya berlaku dalam sekelip mata, Li Ce terus menerkam ke arah Chu Qiao dengan panik dan terjerit, "Qiaoqiao, hatii-hati!" Seekor anjing gergasi tiba-tiba muncul di belakang Chu Qiao dan dalam beberapa saat, haiwan itu telah menggigit pergelangan tangan Li Ce yang telah digunakan pemuda itu untuk melindungi Chu Qiao. Tanpa mereka sedari, seekor anjing yang lebih besar daripada yang pertama menjenguk dari belakang Li Ce namun pisau belati yang kejam itu tidak berubah arah. Mengikuti rentaknya, senjata tersebut telah menikam artori karotid binatang itu dengan menyentakkan pisau tersebut secara mendatar! Darah terpercik! Ngauman kedengaran kuat! Chu Qiao berpusing dan lantas menendang pinggang seekor lagi anjing dan ia terjatuh dengan ngauman rintihan.

Enam orang jejaka berpakaian serba hitam dengan muka yang telah diselindungi dengan kain hitam muncul di sebalik hutan. Pandangan tajam dan tapak kaki yang kedengaran pasti itu menandakan kecekapan mereka dalam seni mempertahankan diri. Chu Qiao bergerak ke hadapan bersama Li Ce yang bersungguh-sungguh menahan kesakitan daripada luka gigitannya itu. Mengeluarkan Pedang Pemecah Bulan dengan senyap, anak mata Chu Qiao benar-benar tertumpu kepada enam orang jejaka ini.

Irama peperangan laju dan pantas apabila tuan-tuan yang berperang. Pedang Pemecah Bulan di dalam genggaman Chu Qiao itu bagaikan sebilah pisau yang membelah sebentuk mentega, dapat membelah dua bilah pedang milik pihak musuh dan juga telah memangkas bahu seorang lagi jejaka. Diikuti dengan tendangan ke kaki, tangan kiri Chu Qiao menerkam leher seorang lagi pemuda dengan dengan suatu retakan yang kuat kedengaran, Chu Qiao berjaya mematahkan lehernya tanpa sebarang peluang bagi pemuda tersebut untuk menjerit kesakitan. Dalam sekelip mata, seorang telah dijemput ajal dan seorang lagi tercedera parah. Kehebatan Chu Qiao memang tidak dapat ditandingi.

Pada ketika ini, empat orang lagi jejaka sudahpun berpecah dan meluru ke hadapan dengan dua orang yang meluru ke arah Chu Qiao, dan dua orang lagi ke arah Li Ce dan perihal tersebut pantas dilihat oleh Chu Qiaot. Dengan muka yang dimasamkan, Chu Qiao terus melemparkan Pedang Pemecah Bulan itu dengan tinggi, membuat suatu bunyi yang mengerikan apabila ia memangkas angin yang lantas memberikannya sebuah aura kilat yang menyabung. Dalam sekelip mata, bunyi retakan tengkorak dapat kedengaran dengan kuat. Pembunuhan secara tiba-tiba amatlah cekap dan menakutkan, dan sebelum mereka sempat memberi sebarang reaksi, pandangan mata mereka mula menghitam dan darah yang telah bercampur dengan cebisan otak itu terpancut keluar.

Pada masa yang sama, teriakan kesakitan datang daripada hadapan Li Ce. Pada ketika Li Ce hampir dibunuh pembunuh upahan, sebilah pisau belati yang tajam telah tertusuk ke dalam belakang badan pembunuh tersebut dan lantas hujung pisau yang berdarah itu terkeluar dari dadanya, hanya beberapa inci daripada dada Li Ce.

Wajah Li Ce memucat bagaikan dia baru sahaja ternampak hantu namun sebelum dia dapat berteriak, seorang lagi pembunuh upahan melonjak ke hadapan. Gadis muda itu meluru ke arah Li Ce dan lantas menarik Pedang Pemecah Bulan yang tersemat di dalam badan seorang mayat sebelum memotong pergelangan tangan pembunuh upahan yang masih hidup itu, memusingkan mata pisaunya dan lantas memangkas sikunya. Chu Qiao dengan pantas merentap pisau belati di tangan jejaka itu, memusingkan badannya dan membelah perut jejaka itu sehingga organ dalamannya terkeluar.

Dengan pergerakan yang selembut air, pembunuh upahan, yang kelihatan sangat kejam dan berani sebentar tadi, kini tercengang akibat isi perutnya yang terkeluar dengan darah yang tidak berhenti mengalir daripada belahan yang besar sebelum terjatuh terjelepek ke atas tanah dengan dentuman yang kuat.

Gadis muda itu kembali ke postur badan yang asal sambil angin beku menghembus ke badannya dengan darah di rambut yang masih menitik mencecah ke tanah. Daripada saat mereka diserang sehingga kini, segalanya telah berlaku dalam sekelip mata namun dalam beberapa ketika yang singkat itu, keberanian, kearifan, ketangkasan dan juga skil kedua-dua belah pihak telah diuji dan jelas sangatlah daripada apa yang baru terjadi bahawa gadis agen yang cekap daripada abad ke-21 ini lebih hebat.

"Qiaoqiao!" Li Ce meluru ke arah Chu Qiao dan mendakapnya, lantas terjerit gembira, "Awak sangat hebat!"

Chu Qiao dengan pantas menolak pemuda itu ke tepi dengan wajah yang membatu. Pandangannya tajam menghala ke dalam hutan sebelum dia berlaung, "Kamu semua boleh keluar sekarang!"

Li Ce terus tercengang dan raut wajah cerianya kini terus bertukar menjadi serius. Memusingkan badannya, dia ternampak empat lagi jejaka yang bergerak keluar dari hutan tebal itu dengan bersahaja. Pisau mereka masih lagi berada di dalam karung, seolah-olah mereka baru sahaja tiba ke tempat kejadian.

Empat orang jejaka itu merenung gadis muda yang kelihatan lemah ini dengan darah yang berderau. Mereka hanyalah beberapa langkah di belakang kumpulan pertama, namun telah menjumpai enam pembunuh upahan yang telah mati dan seorang yang tercedera parah dalam masa sesingkat itu. Kekuatan apakah yang telah digunakan gadis lemah ini?

Muka Chu Qiao yang megah itu pantas merenung tajam ke arah empat jejaka itu dengan ejekan lalu mendesis dan bertanya, "Seorang demi seorang, ataupun semua sekali?"

Tanpa menjawab, keempat-empat pemuda itu mengeluarkan pisau belati daripada karungnya.

Dengan sebuah lagi desisan, Chu Qiao melemparkan Pedang Pemecah Bulan itu ke tanah. "Berlawan dengan orang seperti kalian, kalau berlawan menggunakan tangan saja pun akan dianggap membuli."

Mereka tercengang apabila mendengar kata-kata Chu Qiao itu, namun tidak lama kemudian mata mereka dihurung dengan perasaan teruja. Pada mereka, mereka gembira kerana gadis bodoh ini sememangnya terlalu membangga diri dan pemuda-pemuda ini tidak pernah melihat kebodohan seperti ini sebelum ini. Menjadi pembunuh upahan, moral dan juga kehormatan undang-undang Jianghu boleh dipandang dengan sebelah mata dan dengan pantas mereka menerkam gadis muda ini.

Pedang-pedang berkilauan dengan pantulan cahaya bulan dan mata pisau yang tajam memberikan tekanan mengerikan kepada pori-pori muka Chu Qiao namun gadis muda itu masih berdiri tanpa membuat sebarang pergerakan, tenang. Bibirnya lantas mengukir sebuah senyuman menyindir, seolah-olah dia sememangnya tidak menghiraukan pemuda-pemuda ini langsung. Keempat-empat pemuda itu tersenyum di dalam hati dan lantas mahu mengambil kesempatan ini untuk menyelesaikan misi mereka, tanpa sebarang rasa ragu-ragu mereka meluru ke arah gadis itu sepantas kilat!

Chu Qiao tiba-tiba bergerak, dan dengan menggerakkan pergelangan tangannya sedikit, dia mampu mengeluarkan empat bilah pisau tersembunyi yang telah diperkemas dengan permukaan yang telah digilap sehingga ia boleh dijadikan cermin, sememangnya sebuah seni.

Namun, keempat-empat pemuda itu tidak dapat menikmati pisau hebat yang sedang meluru ke arah mereka dengan muka mereka yang bertukar terkejut dan mata yang dipenuhi dengan ketakutan. Siapa yang tidak takut jika berhadapan dengan senjata pembunuh yang lebih laju dan lebih sukar untuk dielak daripada pedang dan seperti yang disangka, mereka semua terlalu lambat untuk berundur. Chu Qiao mengerakkan pergelangan tangannya dan melemparkan keempat-empat belah pisau itu, seperti malaikat maut yang sedang memburu nyawa mereka. Dengan jarak yang dekat sebegitu, mereka memang tidak dapat mengelak mata pisau dan ia terus tertusuk ke tekak mereka dengan tepat dan pantas. Darah memercik laju daripada leher pembunuh-pembunuh upahan tanpa memberikan mereka sebarang peluang untuk menyatakan muslihat sebenar.

Melihat kelajuan Chu Qiao membunuh pembunuh-pembunuh upahan itu, Li Ce menjadi tercengang dengan mulut yang dingangakan sedikit. Setelah tersedar, pemuda itu terus berteriak, "Qiaoqiao, kejamnya itu!"

Tidak pasti sama ada ia merupakan suatu pujian ataupun sindiran, Chu Qiao hanya melihat pemuda itu dengan dingin dan tiba-tiba gadis itu kehilangan segala daya, terjatuh ke atas tanah.

"Alamak! Awak berdarah balik!"

Chu Qiao langsung tidak berupaya untuk melindungi Li Ce lagi. Melihat seorang lagi pembunuh upahan yang sedang terbaring di atas tanah di sebelah sana, dia mengarahkan pemuda itu, "Pergi, bunuh dia."

"Baiklah!" Li Ce membalas dengan tangkas, dan setelah meraba-raba tanah buat seketika, dia mengangkat sebuah batu dan terus berlari ke arah pembunuh yang telah pengsan akibat kehilangan darah yang begitu banyak.

"Amboi! Berani kau hendak serang aku ya? Aku akan bawa kau pergi jumpa Tuhan kau!" Dengan itu, Li Ce mengangkat lengannya tinggi dan menghentakkan batu tersebut ke kepala pemuda itu.

"Ah!" Teriakan nyaring kedengaran kuat, yang membuatkan Chu Qiao berkerut dan Li Ce yang tidak kelihatan begitu bagus juga. Gayanya yang tadi amat kelihatan megah dan yakin itu bukan sahaja tidak dapat membunuh lelaki itu, malah telah membangunkannya pula. Berasa sakit, pemuda itu melaung kuat, dan laungan tersebut telah tersebar jauh, sudah pasti boleh terdengar oleh pihak-pihak musuh yang berada dalam lingkungan beberapa batu.

Renungan mata Chu Qiao lebih tajam dan dingin dari biasa. Li Ce yang menjadi kalut terus menutup mulut pemuda itu daripada menjerit dengan sebelah tangan, manakala sebelah lagi diangkat tinggi dan terus menghayunkan batu bertubi-tubi ke kepala pembunuh itu dan setelah beberapa ketika, kepala pembunuh upahan itu bertukar menjadi lenyekan bahan-bahan organik yang sangat menggelikan, tiada apa pun yang dapat dikenal pasti lagi.

Chu Qiao berasa simpati kepada si pembunuh. Dia boleh dikira sebagai seorang yang cekap dalam seni mempertahankan diri tetapi telah mati di tangan seorang yang bodoh, dan dalam keadaan yang sangat menyedihkan.

"Qiaoqiao, awak masih boleh berjalan ke?" Li Ce melangkah ke arah Chu Qiao, menggosokkan kedua belah tangannya akibat malu.

Sambil memandang Li Ce dingin, Chu Qiao berdiri dengan menggunakan karung pedang sebagai alat sokongan.

Bunyi air terjun deras dapat didengari, cahaya obor milik pihak musuh dapat dilihat dari sekeliling mereka tanpa mengetahui cara untuk mendapatkan pertolongan maharaja. Mereka langsung tidak boleh menjadi cuai.

"Qiaoqiao, pergerakan awak tadi sangat hebatlah! Boleh tak awak ajar saya?"

"Qiaoqiao, awak rasa mereka yang mati tadi itu disebabkan oleh pisau terbang awak ataupun sebab mereka takut sangat dengan awak dan mereka mati? Saya rasa dua daripada mereka tak pejamkan mata… Mesti sebab mereka tak dapat mati dengan tenang."

"Qiaoqiao…"

"Diam!" Chu Qiao terus melenting dan terus menumpukan perhatiannya dalam mengesan kawasan di hadapan mereka. Dia hampir terlupa rancangan mereka sebelum ini dan memikirkan tentang anjing gergasi yang telah mencederakan pergelangan tangan Li Ce.

Kita ambil itu sebagai suatu bayaran dan biarkan dia hidup lebih lama sahajalah.

Li Ce, yang masih mengekori Chu Qiao dari belakang, langsung tidak menyedari bagaimana anjing tersebut telah menyelamatkan nyawanya. Dia hanya melihat lukanya dengan jengkel dan marah, merungut, "Dalam istana saya ada sekumpulan anjing. Kalau saya pilih salah seekor daripada mereka, pasti boleh mengalahkan lapan atau sepuluh anjing-anjing liar tu."