Chapter 276 - Bab 276

13 tahun sudah berlalu. Rumput-rumput yang telah layu bercambah buat berulang kali apabila anak-anak muda mula belajar menghayunkan bilah pedang mereka. Darah peperangan masih tidak berubah selama 13 tahun namun ia bakal kembali hidup semula.

Sempadan Meilin sekaligus menjadi sesak apabila pasukan berkuda Quanrong mengerumuni kawasan tersebut. Dengan selautan tentera dan bilah pedang, kuda-kuda mereka menghentakkan kaki di atas tanah Empayar Yan. Tentera-tentera yang menggerunkan serta ribut pasir yang mengekori dari belakang kumpulan tersebut telah membuatkan para pembela kota yang tidak terhitung jumlahnya meromok dalam ketakutan. Mereka segera melarikan diri tanpa berlawan dan meninggalkan bandar yang sepatutnya mereka lindungi.

Pada 13 April, sejumlah enam puak besar orang Quanrong iaitu Puak Hongdi, Puak Huangmang, Puak Lanxiang, Puak Hexue, Puak Baishang dan Puak Heishui telah tiba di Sempadan Meilin untuk berjumpa dengan empat puak yang telah berangkat terlebih dahulu. Pada 15 April, Khan Agung dari orang-orang Quanrong tiba bersama puak mereka sendiri iaitu Puak Nayan. Kesemua 11 puak orang Quanrong sudah tiba dan jumlah keseluruhan pasukan mereka lebih 1.5 juta orang.

Walaupun kesan darah tentera Yan masih belum kering, tentera Quanrong telah pun memasuki pusat bandar. Orang awam bersembunyi di dalam rumah mereka, menggeletar ketakutan kerana mereka risau akan bertentangan dengan musuh-musuh yang kejam itu. Tetapi disebabkan oleh anggota tentera mereka yang sungguh besar, ia amatlah mustahil untuk meletakkan keseluruhan kumpulan tersebut di dalam bandar. Oleh sebab itu, putera ketiga Quanrong iaitu Tuoha telah memberikan arahan untuk membunuh beberapa orang awam untuk mendapatkan rumah mereka untuk meletakkan askar-askarnya.

Jelas sekali arahan ini menandakan permulaan mimpi ngeri di Sempadan Meilin. Berikutan itu, puak-puak lain semua mengikuti perintahnya. Ketika Nayan Minglie mendengar mengenai hal ini, ia sudah terlambat. Seluruh Sempadan Meilin sudah tidak mempunyai sebarang penduduk lagi yang masih hidup. Sepanjang sepuluh hari, Zhao Chun'er dan orang-orang bawahannya tinggal di kediaman tentera Sempadan Meilin. Bunyi pembunuhan, raungan, jeritan, pembakaran dan tangisan wanita-wanita yang dirogol memecah kegelapan malam dan tersebar ke seluruh bandar.

Salah seorang orang bawahannya datang menghampiri wanita itu dengan wajah yang pucat. "Cik Puan, puak-puak gasar ini semuanya gila. Mereka membunuh orang awam dengan kejam."

Tanpa perasaan, Zhao Chun'er duduk di dalam gelap seolah-olah dia tidak mendengar apa yang diperkatakan oleh orang bawahannya itu. Namun, Zhao Chun'er tidak tahu tidak jauh dari sini, ketua Quanrong sudah pun membuka peta dan mula merancang tentang pembahagian wilayah di seluruh Benua Meng Barat. Selepas menceroboh Sempadan Meilin, mereka merancang untuk menyerang seluruh benua. 11 orang ketua puak Quanrong telah terjerumus dalam perbahasan yang hangat sehinggalah dengan bantuan Khan Agung Nayan, mereka mencapai kesepakatan dengan sukar. Keesokan harinya, setiap puak telah mengetuai pasukan mereka untuk keluar dan bergegas menuju ke utopia yang selama ini mereka impikan berabad-abad lamanya.

Termasuk kawasan autonomi seperti wilayah Song, bendera Qinghai adalah yang pertama sekali menyatakan mereka bersedia untuk menggerakkan satu pasukan besar untuk menangkis serangan orang-orang Quan Rong untuk Empayar Agung Yan.

Sebagaimana semua orang sedang menunggu dan berbincang, dua orang raja Qinghai telah mengumpulkan pasukan tentera mereka di Sempadan Cuiwei untuk mengembalikan keseluruhan pasukannya yang sedang bertarung dengan Empayar Agung Yan. Mereka juga telah membuka sempadan dan menghantar pasukan mereka keluar ke kawasan utara untuk membekalkan bantuan kepada Sempadan Beishuo.

Pada masa yang sama, Qinghai telah memecahkan pasukan mereka kepada tiga bahagian. Raja Qinghai iaitu Zhuge Yue mengetuai pasukan utama untuk memperkuatkan Beishuo manakala Marsyal Yue Qi dipercayainya bakal menuju ke utara. Raja Xiuli iaitu Chu Qiao pula secara senyap-senyap telah menuju ke Empayar Tang untuk membincangkan mengenai urusan ketenteraan.

Pada tiga Mei, Zhao Che telah bersetuju dengan cadangan Zhuge Yue untuk menghantar bantuan ketenteraan ke Tanah Tinggi Yan Bei. Yang hairannya, Maharaja Agung Empayar Yan telah membuka pintu gerbang ke wilayahnya tanpa harus teragak-agak dan membenarkan musuh ketat mereka untuk menjejakkan kaki ke dalam wilayah Yan. Bukan itu sahaja, Maharaja Tang, Li Xiuyi juga telah mewakilkan kuasa kepada Sun Di untuk memimpin 200,000 orang askar Tang untuk membantu Raja Xiuli, Chu Qiao yang berlepas dari Sempadan Tanghu.

Itulah kejadian lucu yang tidak diduga. Jika bukan disebabkan pencerobohan ini, seluruh dunia tidak akan mempercayai akan tibanya satu hari di mana empayar-empayar ini akan bersatu tangan. Dalam tempoh enam tahun yang lepas, keempat-empat pasukan itu telah berperang tanpa henti dan membenci satu sama lain. Siapa yang menjangkakan mereka boleh bekerjasama untuk menangkis serangan musuh yang lebih besar? Tanpa menghiraukan era sekarang atau era yang akan datang, tidak ada sesiapa yang boleh menghapuskan kesan Raja Xiuli dalam seluruh kerajaan campuran.

Dialah Cik Puan Shangshen, kesatria wanita yang digelar Valkyrie Tanah Tinggi Yan Bei dan pernah menjadi orang kepercayaan Maharaja Yan. Dia juga orang yang telah melindungi Sempadan Beishuo daripada jutaan pasukan Xia. Kini, dia seorang isteri kepada Raja Qinghai dan juga seorang tokoh yang penting di dalam pembangunan Maharaja Tang. Selain itu, suaminya saudara kepada ketua bahagian utara iaitu Zhao Che dan para jeneral di bawah pemerintahannya kebanyakannya daripada Tanah Tinggi Shangshen.

Tambahan pula, dengan serangan rakyat Quanrong, Empayar Xia mampu berdiri dan melihat ke kawasan utara di mana Empayar Tang sedikit pun tidak terjejas dan autonomi Empayar Song boleh mengambil peluang ini untuk bebas kembali. Empayar Agung Yan perlu memisahkan perhatiannya untuk menangkis serangan pencerobohan dan pada masa yang sama mereka perlu membuat lebih banyak pengawalan. Hanya wanita ini sahaja yang mampu melihat dengan tepat bagaimana pilihan yang dibuat sekarang dapat mempengaruhi seluruh pertempuran dan dengan tenang mengenali ancaman yang diberikan oleh rakyat Quanrong. Dia telah membuang sepenuhnya perasaan dendamnya sebelum ini dan secara aktif telah mula menghubungi semula pelbagai pasukan untuk bekerjasama.

Semuanya sudah ditakdirkan dia akan menjadi koordinator terbaik dalam kerajaan campuran ini. Mungkin hanya dia sahaja yang boleh menghapuskan semua sumber ketidakbahagiaan di dalam kerajaan campuran ini untuk menindas semua jenis ketidakpercayaan dan kecurigaan untuk membentuk satu persekutuan yang masuk akal.

Rangkaian peristiwa ini sudah cukup untuk membuatkan seorang yang cerdik pandai mengalami sakit kepala namun dia masih dapat menanganinya dan mencapai kejayaan.

Selepas mendapat maklumat seluruh Benua Meng Barat telah bergabung, Khan Quan Rong menjadi marah. Mereka telah mempertimbangkan situasi seperti itu sebelum menyerang Sempadan Meilin. Namun, semua ketua-ketua puak hanya mentertawakannya. Siapa yang tidak tahu mengenai hubungan dingin ketiga-tiga pihak dengan Yan Xun? Jika mereka tidak menikam belakang Yan Xun semasa peperangan masih berlangsung, mungkin mereka akan menolong Yan Xun. Namun, realitinya begitu kejam dan memusnahkan impian puak-puak gasar untuk menyerang kilat seluruh Benua Meng Barat. Dalam kekecewaan mereka, orang-orang Quan Rong memulakan pembunuhan kejam secara beramai-ramai sehingga menembusi jauh ke dalam tanah Yan Bei.

Pada 23 Mei, Sempadan Beishuo sekali lagi menjadi perhatian utama seluruh Benua Meng Barat apabila jumlah askar yang terkumpul di sana melebihi 1.2 juta.

Sebelum pertempuran bermula, kerajaan gabungan perlu memilih komander utama untuk mengawasi semua operasi. Empayar Agung Yan tidak berasa ragu-ragu untuk berpihak dengan Yan Xun manakala pasukan Qinghai pula berpihak dengan Zhuge Yue. Wilayah Utara pula tersepit di antara Zhao Che yang telah menakluki pelbagai negara kecil di Utara dan Zhao Yang yang sentiasa berperang dengan Yan Bei. Empayar Tang Li Xiuyi tidak hadir namun Sun Di masih mencadangkan supaya dia menjadi penyelia komander. Menurut Sun Di, penghantaran maklumat setiap hari boleh dilakukan dengan menggunakan burung merpati.

Dengan semua pendapat yang timbul dalam kerajaan gabungan ini, pelbagai ahli strategi yang berdebat hampir memusnahkan khemah utama. Selama dua hari berturut-turut, mereka masih tidak dapat mencapai kata putus. Akhirnya, Sun Di mencadangkan Raja Xiuli iaitu Chu Qiao sebagai komander utama untuk keluar daripada keadaan buntu itu. Dengan itu, perdebatan itu akhirnya selesai.

Walaupun Chu Qiao isteri kepada Raja Qinghai, namun dia salah seorang tokoh ibunda di Empayar Tang. Memandangkan hubungannya yang baik dengan Li Xiuyi dan juga kejayaannya dalam mempertahankan Negara Tang beberapa tahun yang lalu, pasukan Tang sebulat suara bersetuju dengan cadangan tersebut. Pasukan Qinghai memikirkan beberapa ketika sebelum bersetuju kerana tekanan dari Zhuge Yue yang menyokong isterinya. Zhao Che juga bersetuju dengan Zhuge Yue. Zhao Yang yang sememangnya tidak mahu Zhao Che dan Yan Xun memegang kuasa tinggi turut bersetuju dengan idea itu. Pihak akhir sekali iaitu Empayar Agung Yan akhirnya bersetuju selepas seharian menyatakan pendapat Maharaja Yan: Tiada bantahan.

Dengan itu, kuasa besar yang terdiri sepenuhnya oleh golongan elit ini akhirnya berada di bawah arahan Chu Qiao.

Formasi yang terdiri daripada 1.2 juta orang ini diketuai oleh seorang wanita.

Pada 25 Mei, Pertahanan Beishuo secara rasminya sudah bermula. Chu Qiao mula menggerakkan seramai 600,000 orang askar dan 500,000 orang awam untuk membina tembok pertahanan yang bermula dari Gunung Luori sehinggalah ke Bandar Beishuo. Pertahanannya merangkumi semua bentuk dan dibina sempurna memandangkan ia merangkumi semua wilayah.

Ketika barisan hadapan Quanrong tiba, Putera Ketiga Tuoha berasa sangat terkejut sehinggakan mulutnya ternganga. Melihatkan barisan pertahanan yang besar itu, reaksi pertamanya ialah musuh-musuh itu sudah gila. Tiada siapa yang berani menyerang kubu yang tidak dapat ditembusi itu. Oleh itu, Putera Tuoha bercadang untuk melepasi halangan ini dengan mengambil jalan lain iaitu jalan di Chidu.

Tuoha tidaklah begitu bodoh, walau bagaimanapun, tidak ada seorang ahli strategi yang memilih untuk menyerang apabila menghadapi pertahanan seperti itu. Apa yang Tuoha tidak tahu, di belakang kubu tersebut hanyalah terdapat 500,000 orang awam. Mereka tidak mempunyai senjata dan tugas mereka hanyalah untuk memegang bendera. Apabila musuh tiba, mereka akan menghentakkan kaki mereka untuk menghasilkan debu.

Hanya itu sahaja.

Namun, di Bandar Chidu, terdapat seangkatan tentera seramai 800,000 orang yang sedang menunggu ketibaan Tuoha untuk menyerang hendap.

Dikepung itu satu perkara biasa. Selepas tiga hari bertempur dengan ganas, jumlah bilangan askar Tuoha yang pada awalnya seramai 100,000 itu menurun dengan cepat, sehingga baki yang tinggal hanyalah dalam 40,000 askar. Darah mengalir ke dalam Sungai Chidu. Sungai tersebut bertukar sepenuhnya kepada warna merah dan airnya langsung tidak boleh diminum. Tanpa bekalan makanan, Tuoha tersekat di jalan mati. Gabungan tentera bersekutu yang silih berganti menyerang, menjadikan perjuangan tentera Tuoha sebagai perjuangan maut.

Akhirnya, pada hari kelima, pengutus Tuoha telah kembali untuk menandakan yang mereka akan menyerah. Namun, perintah dari khemah berpusat telah mengejutkan semua pihak. Chu Qiao mengarahkan mereka tidak akan menerima pengakuan menyerah Putera Tuoha kecuali mereka dihadiahkan dengan kepala Tuoha sendiri untuk menenangkan 200,000 roh di syurga.

Tuoha lantas mengamuk setelah mendengar berita itu, namun dia masih tidak dapat mencari jalan untuk keluar dari kepungan tersebut.

Dua hari kemudian, dia telah dibunuh oleh pegawai peribadinya sendiri pada waktu malam. Pasukan tenteranya telah dikalahkan dan ditangkap sepenuhnya. Peristiwa tersebut ialah kejayaan pertama yang dikecapi oleh angkatan tentera Quanrong semenjak penaklukan bermula.

Dengan perancangan strategi yang berani dan taktik yang sempurna, Chu Qiao telah berjaya menghapuskan 100,000 tentera yang kuat sepenuhnya. Dengan kejayaan yang besar dan kehilangan yang minimum, beliau juga berjaya membunuh 70,000 orang dan menangkap 30,000 tentera, berserta kematian komander tentera musuh. Kejayaan yang dikecapinya itu kejayaan yang sempurna.

Setelah maklumat tentang kejayaan tersebut diterima oleh penduduk, mereka semua segera bersorak dalam suasana kegembiraan tanpa mengira asal negara. Pada malam itu, ketika Zhao Che melawat Zhuge Yue dan Chu Qiao, Zhao Che meraikan Chu Qiao dan memujinya, "Awak ini sememangnya seorang jeneral yang paling berbakat dalam benua ini".

Pada hari kedua, Chu Qiao dengan segera menyusun atur kembali keseluruhan tentera dan pulang ke bandar Beishuo. Sebelum pembentukan formasi pertahanan yang mengagumkan itu, dia telah menggantung kepala Tuoha terlebih dahulu di dalam formasi tersebut, sambil menunggu Khan Agung dari rakyat Quanrong – Nayan Minglie.

Secara tiba-tiba, kedengaran gelombang gendang perang berserta bendera mula berkibar dengan laju. Pengutus tersebut bagaikan dalam keadaan tergesa-gesa di saat kehuru-haraan mula timbul di dalam kalangan angkatan tentera Quanrong.

Keseluruhan situasi ketika itu berada dalam keadaan kacau-bilau.