Qinghai merupakan wilayah yang luas. Orang yang tidak pernah menjejakkan kaki di kawasan ini sebelum ini pasti tidak akan pernah terfikir yang terdapat sebuah syurga yang indah terletak di sebalik hutan yang dipenuhi dengan darah askar-askar yang gugur.
Kira-kira 140 kilometer ke timur Chifeng adalah Sempadan Cuiwei. Ia terletak megah di atas lanskap seperti gunung.
Zhuge Yue berada di atas kuda bersama lebih dari seratus ekor kuda lain yang mengikuti di belakangnya. Pengawal peribadi, Guo Huai, memimpin sekitar 20 hingga 30 orang askar di belakang untuk menjaga kereta kuda kerajaan maharaja. Angin bertiup dari arah timur dan membawa bau bumi yang tanahnya telah menjadi asas bagi musim panas yang akan tiba di tanah luas yang Qinghai bersamanya.
Apabila mereka tiba di sempadan, pengawal rondaan sudah pun menunggu ketibaannya. Setelah melihat Zhuge Yue, dia menabik hormat dan menyambutnya sebelum membuka pintu gerbang yang berat itu.
Zhuge Yue dengan tenangnya bersua-muka dengan kereta kuda itu dan berkata, "Pak Cik Ketiga, ampunkan saya kerana tak dapat menghantar pak cik pergi."
Tirai pedati itu diselak lalu menampakkan wajah berusianya yang menampakkan kecerdikan akalnya. Raut wajahnya nampak keliru dan berduka. Dia mendongakkan kepalanya dan memohon buat kali terakhir, "Tuanku, itu memang kebodohan saya tapi tolong maafkan saya kali ini."
Zhuge Yue kekal diam. Matanya seolah-olah dibaluti dengan selapisan ais, dingin memantulkan rayuan lelaki tua itu.
Lelaki tua itu terus merayu dalam kesedihan, "Xia dah tak wujud lagi. Saudara-mara semua telah mengiringi Tuanku Ketujuh ke wilayah utara. Dengan wilayah Hongchuan di bawah pimpinan si bedebah Yan Xun itu, bagaimana mungkin saya dapat menguruskannya kalau Tuanku hantar saya kembali ke sana?"
"Itu masalah pak cik, bukan saya."
Mata lelaki tua itu mula berkaca tatkala dia berlutut di atas lantai pedati itu sambil merayu kesedihan, "Tuanku, Pak Cik Ketiga telah mengecewakan Tuanku. Tapi, saya lakukannya demi keturunan Tuanku, jadi sebab itulah saya menjodohkan Tuanku dengan Chou'er. Saya tak mempunyai niat jahat terhadapnya, saya hanya..." Lelaki tua itu belum selesai berkata-kata tetapi Zhuge Yue sudah pun berpaling tanpa ragu-ragu. Azamnya kukuh ibarat besi.
Lelaki tua itu terperanjat lalu berkata, "Saya tak buat apa-apa! Ia hanya satu idea!"
"Idea-idea sebegitu pun sudah cukup," Jawab Zhuge Yue dengan tenang. Suaranya bergema tatkala dibawa angin seperti daun yang berterbangan tanpa tujuan di sebuah kolam.
"Kita sedang bercakap tentang isteri dan anak-anak saya sekarang ini. Idea yang bermain dalam kepala awak dan diketahui oleh saya juga terlalu keterlaluan." Sebaik sahaja dia selesai berkata-kata, seekor burung putih terbang dari dataran Qinghai sambil menggigit sebatang dahan pokok. Ia merupakan seekor burung yang baru saja selesai membina sarangnya.
"Guo Huai, bawa mereka."
Pintu gerbang segera dibuka sebelum ditutup kembali tidak lama selepas itu. Tanpa mengucapkan sebarang kata-kata, dia mengetuai pasukannya untuk kembali apabila terdengar bunyi telapuk kaki kuda dan burung helang yang berterbangan di langit sana. Mereka kedengaran tenang dan damai sekali lagi.
Qinghai merupakan rumahnya, sesebuah kawasan pemerintahannya yang akan dilindungi walau apapun. Segala yang dianggap sebagai ancaman kepada keamanan itu akan dihapuskan tanpa belas kasihan, walaupun ia hanya idea atau pemikiran.
Tiba-tiba, bunyi telapuk kaki kuda sayup-sayup kedengaran. Zhuge Yue lantas memandang untuk mendapati seorang wanita berpakaian kuning menghampirinya dengan menunggang kuda.
"Yu..." Chu Qiao menghentikan kuda itu dan memandang jauh sambil bertanya, "Pak Cik ketiga awak dah pergi?"
"Ya." Zhuge Yue mengangguk.
"Kenapa awak tak suruh saya saja untuk menghantarnya?"
Zhuge Yue tersenyum, "Dia enggan meninggalkan rumah lama dia. Dia mahu kembali ke sana. Tak perlu nak susahkan awak."
Chu Qiao mengerutkan dahinya, "Dia kan orang tua awak. Tak manis kalau saya saya tak hantar dia."
"Kenapa awak nak baik sangat?" Zhuge Yue dengan santai mengangkat bahunya sebelum menunggang kudanya, "Saya bukannya rapat dengan dia pun."
Oleh disebabkan lelaki itu yang sudah berangkat pergi, Chu Qiao hanya boleh mengeluh sambil menjawab, "Tapi awak tak beri saya pilihan. Jangan cakap yang saya memalukan awak kalau perkara ini berulang lagi."
Pasangan itu mula berjalan pulang ke rumah mereka sambil berbual tentang perkara harian. Bunga-bunga yang tumbuh di kedua-dua belah jalan telah mengeluarkan aroma yang wangi. Jalan itu merupakan satu-satunya jalan ke kawasan luar sempadan. Keadaan di Hongchuan telah diselesaikan dan Yan Bei telah memasuki kawasan timur. Konflik sivil di Tang pula telah reda dan ia bermaksud yang Song kini telah menjadi sebahagian daripada empayar Yan. Keadaan politik yang stabil bermakna perdagangan mula berkembang semula. Apabila Qinghai membuka pintu gerbangnya semula, hubungan perdagangan telah ditubuhkan dengan Tang. Kegiatan perdagangan yang berlaku bermakna jalan itu akan banyak digunakan kerana lebih dari sepuluh kereta kuda pedagang menggunakan jalan itu dalam waktu yang singkat.
Kedua-dua Zhuge Yue dan Chu Qiao berpakaian pakaian seperti orang biasa, manakala para pengawal mereka di belakang sedang menemani mereka tanpa sebarang perisai. Dari jauh, pasangan itu kelihatan seperti pasangan lain yang datang melawat kawasan itu.
Tidak lama kemudian, bunyi dentuman gendang memenuhi udara. Apabila mereka memandang ke hadapan, seorang pengantin perempuan berada di dalam pedati merahnya dan dibawa oleh kuda putih. Setelah menyaksikannya, Zhuge Yue tersenyum, "Hari ini merupakan hari yang gembira. Seronok betul bertembung dengan orang awam yang mengadakan majlis perkahwinannya sewaktu kita keluar."
Apabila dia selesai berkata-kata, dia menyuruh Guo Huai untuk memberi laluan kerana semua orang berjalan ke tepi jalan. Ketika rombongan pengantin itu sudah berarak pergi, pengantin lelaki di atas kudanya memberikan isyarat terima kasih dan Zhuge Yue hanya mengangguk.
Apabila Chu Qiao memandang ke arah rombongan pengantin itu, dia berasa sedikit terpegun kerana dia samar-samar teringat suatu ketika dahulu, dia juga pernah duduk di atas kereta kuda yang berarak di jalan dalam suasana meriah yang sama.
Dia hamil pada waktu itu, sehingga ia sudah tidak menjadi sebarang keraguan dari sudut pandangan orang luar. Setelah mengetahui budaya di sana, seorang wanita hamil yang berkahwin akan menyebarkan khabar angin dalam seluruh kalangan masyarakat. Namun, dia bertegas dia akan mengadakan sebuah majlis rasmi sebelum anak itu dilahirkan. Oleh itu, Chu Qiao telah menjadi pengantin wanita yang paling hangat dibicarakan dalam sejarah sekali lagi ketika dia duduk di dalam pedati diraja sambil memakai jubah besarnya ke pintu gerbang istana yang megah.
Takdir itu sesuatu yang agak pelik. Seseorang boleh merancang dan berusaha untuk melakukan sesuatu dengan cepat, tetapi pada suatu ketika mencuba sesuatu yang santai dan mempunyai ikatan yang tidak dapat dipisahkan dalam hidup.
Pada hari itu, Zhuge Yue akan mendokumenkan perkahwinannya di atas platform sycamore yang dapat menyaksikan seluruh wilayah Qinghai. Dia telah menggunakan segala usahanya untuk menganjurkan majlis perkahwinan megah di atas tanah yang telah diperjuangkan dengan bersusah payah untuk memberikannya sebuah syurga dan sebuah rumah.
Chu Qiao juga berasa sangat bersyukur. Lagipun, melalui pelbagai pertempuran yang tidak dapat terhitung lagi dan melarikan diri dari ambang kematian, lelaki sepertinya merupakan seorang lelaki yang setiap wanita inginkan. Seorang lelaki sepertinya layak untuk dicintai oleh mana-mana wanita di dunia ini seumur hidup mereka. Namun, dalam kalangan mereka semua, dia yang terpilih dan bertuah.
Malam itu, apabila Zhuge Yue memakaikan solekan pada Chu Qiao dalam samar cahaya lilin, mereka berdua menyedari hari ini ialah hari yang mereka nantikan. Ia langsung tidak ubah dari angin yang berhembus di darat mahupun lautan tetapi akhirnya akan kembali ke gunung. Mereka telah menemui tempat yang dinamakan rumah.
"Xing'er?" Zhuge Yue bertanya dengan hairan, "Apa yang awak menungkan?"
Chu Qiao tiba-tiba dibawa kembali ke realiti dan tersenyum. "Saya teringat sewaktu kita mengadakan perkahwinan kita, awak tak menunggang kuda apabila menyambut saya."
Zhuge Yue memandang dengan penuh perhatian pada rombongan pengantin yang berangkat dan mengangguk, "Ya, apa kata kalau kita lakukannya sekali lagi?"
"Saya okey saja dengan cadangan itu."
Pasangan itu bergurau senda antara satu sama lain semasa mereka berjalan masuk ke Bandar Qiuye, memasuki Istana Xingyue melalui pintu belakang.
Namun, tatkala mereka masuk ke Istana Taihe, mereka dapat mendengar kekecohan yang datang dari dalam. Zhuge Yue mengangkat tangannya, berkerut dengan apa yang sedang berlaku apabila orang gaji itu ingin melaporkan. Seperti yang dijangkakan, orang gaji semua berdiri di sebelah halaman, terkejut dengan apa yang dilihat oleh mereka. Putera Zhuge Yue telah mengheret barang-barangnya ke pintu istana, sementara bantal bapanya telah dilemparkan ke luar, seolah-olah dia telah diusir.
"Zhou'er, apa yang kamu nak buat?"
Kanak-kanak yang baru berusia tiga tahun setengah itu terkejut apabila mendengar suara ayahandanya dan dia segera duduk di atas lantai. Dengan berhati-hati, dia menoleh kepalanya sambil menutup matanya dengan tangan dan hanya melihat raut wajah ayahnya yang marah melalui celah-celah jarinya.
Nasi sudah menjadi bubur. Saya sudah tertangkap jadi apa yang boleh dikatakan lagi?
Zhuge Yunzhou berdiri dan berkata dengan bangga, "Saya nak pindah rumah!"
"Rumah apa?"
Anaknya menjawab dengan berani, "Ayahanda dan saya mempunyai lima hari setiap satu. Hari ini hari kelima!"
Zhuge Yue sememangnya bersetuju dengan istilah seperti itu. Walaupun kedua-dua dia dan Chu Qiao ialah golongan elit dan mempunyai wawasan, tetapi apabila bercakap tentang anak mereka, mereka terus berbeza dari diri mereka yang biasa. Oleh itu, sehingga kanak-kanak itu berusia dua tahun, keluarga itu telah hidup bersama. Namun, pengaturan ini telah membawa kesulitan tersendiri. Salah satu daripadanya apabila mereka mahu melakukan hubungan intim pada waktu malam, kanak-kanak itu akan merenung mereka.
Akhirnya, Zhuge Yue tidak dapat bertahan lagi. Sebaliknya, dia melakukan perjanjian dengan anaknya di mana mereka masing-masing akan tinggal di tempat yang berasingan dan mendapat perhatian Chu Qiao selama lima hari, jadi pasangan itu mempunyai masa untuk menikmati waktu mereka masing-masing pada waktu malam.
Malangnya, kepercayaan Zhuge Yunzhou terhadap ayahnya telah turun secara mendadak. Setiap beberapa hari atau lebih, Zhuge Yue akan menemui beberapa alasan untuk tidak menyerahkan isterinya kepada anaknya. Akhirnya, anak itu berfikir tiada siapa yang menghormati pendapatnya kerana usianya yang masih muda. Anak itu mengikuti kata-kata ibunya dan menyelesaikan urusannya sendiri.
Oleh sebab Zhuge Yue keluar dari rumah atas urusan kerja hari ini, Zhuge Yunzhou bertekad untuk menggunakan segala kekuatannya supaya dia boleh memindahkan semua barangannya ke bilik ibunya dan membuang bantal bapanya ke luar sebagai tanda tekadnya itu.
"Ehem..." Zhuge Yue mendehem sambil berkata dengan serius kepada anaknya, "Zhou'er, kamu dah besar. Sudah tiba masanya kamu menjadi seorang lelaki sejati dan belajar untuk bebas daripada bonda kamu."
Zhuge kecil itu menggaru kepalanya sambil memandang ayahandanya dengan teliti. Apabila dia berfikir yang dia telah berjaya membasuh fikiran anaknya, Zhuge Yue menambah lagi tanpa malu, "Sewaktu ayah seusia kamu, ayah dah belajar memanah, menunggang kuda dan belajar puisi. Gunakan tenaga kamu untuk perkara-perkara yang lebih berguna dan produktif daripada isu harian, ya nak?"
Zhuge junior mengangguk kepalanya lalu menjawab dengan penuh taat, "Faham."
Zhuge Yue kelihatan teruja. Anaknya akhirnya matang dan terbuka.
"Tetapi, tak seronoklah." Si Zhuge kecil memuncungkan mulutnya. Tangannya yang kecil dihalakan ke arah Chu Qiao sambil berkata, "Bonda, tangan saya sakit. Saya penat."
Setelah melihat anaknya yang tersayang dalam keadaan sedemikian, hati besi Chu Qiao dengan serta-merta menjadi lembut. Dia segera bergegas ke hadapan dan memerintahkan orang-orang gajinya untuk membantu kanak-kanak itu membawa barang-barangnya. Apabila Zhuge Yue berdiri di halaman dan melihat isterinya berubah dalam sekelip mata, ia hanya telah membuatkan hatinya lebih dingin.
Apabila malam menjelang, seseorang bangun dan melangkah masuk ke dalam dewan. Puas, orang yang di luar bertanya, "Dia dah tidur?"
"Ya", Chu Qiao mengangguk, "Cepatlah, saya perlu bangun awal esok."
"Nakal betul awak ini. Awak berani menentang saya?! "
"Perlahankan suara awak. Anak kita boleh dengar nanti."
Tatkala kegelapan menyelubungi langit, seorang kanak-kanak mengintai di sebalik tingkap, melihat pasangan itu berjalan sebelah-menyebelah sebelum mengeluh kesedihan, "Bonda dah bepaling tadah."
Tanah yang kini bernama Qinghai bukannya sebuah tanah yang berprestij semenjak dahulu lagi. Ia sekeping wilayah yang dipandang hina di mana apabila seseorang melangkah masuk dan melihat pemandangan yang luas dengan kehijauan. Jadi, dia memutuskan untuk menamakan wilayah Qinghai sewajarnya.
Zhuge Yunzhou pernah bernama Zhuge Kongming. Hanya selepas ibunya mempunyai mimpi buruk mengenai seorang lelaki tua yang menggunakan kipas untuk memukulnya, dia telah membuat keputusan untuk menukar nama anaknya itu kepada namanya yang kini.
Istana Xingyue sekali lagi hanyalah sebidang tanah yang tandus. Hanya selepas kedatangan sebuah keluarga yang memutuskan untuk menetap di tanah ini dan membina keamanan, maka wujudnya istana ini.
Ketika para pahlawan perang melangkah keluar dari kekacauan medan perang ke dalam kesusahan duniawi seharian, kebahagiaan mula kembali ke dalam kehidupan mereka perlahan-lahan. Mereka tidak terganggu oleh kesengsaraan dan konflik yang tidak pasti lagi.
Lagipun, hidup ini langsung tidak bermakna jika seseorang itu tidak menikmati kehidupan seharian.