Chapter 270 - Bab 270

Walau langit runtuh sekalipun, dia masih tidak akan pergi kerana dia membawa cinta di atas bahunya.

Angin sejuk menghembus lembut keningnya ketika dia melihat seorang peninjau muda kembali dengan menunggang kuda. Bahagian belakang peninjau muda itu membongkok kerana sedozen anak panah telah tertanam di belakangnya. Walaupun begitu, dia tidak jatuh. Sebaliknya, dia mengikat lembing di kudanya. Dia memaksa mayat badannyna itu untuk kembali walaupun dadanya telah ditembusi lembing. Baju perisai yang dipakainya telah terkoyak dan tertera beberapa perkataan yang ditulis dengan darah di atas baju putihnya: Tenggara, 15km, tentera berkuda ringan, 10 ribu.

Zhuge Yue memandang ke arah pejuang muda itu lalu menundukkan kepalanya. Selepas beberapa ketika, dia berkata, "Kamu sudah melakukan tugasan kamu yang terbaik."

Dengan itu, lembing yang telah lama berada di dalam tekanan itu akhirnya menembusi badan askar tersebut. Darah merah gelap segera memercik dari belakang badannya apabila dia terjatuh daripada kuda. Kuda tersebut mendengus dalam kesedihan sambil menjilat wajah askar tersebut dari atas hingga ke bawah.

"Raja!" Seorang pengawal berlari sambil memegang seorang lelaki tua yang kurus dan menjerit, "Kami telah menjumpainya!"

Lelaki tua itu berumur lebih dari 60 tahun. Pada masa ini, jarang benar untuk melihat umur sebegitu di kawasan-kawasan sekeliling. Dia kelihatan sangat kurus tetapi pemikirannya sangat jelas. Walaupun penampilannya tampak kolot, matanya bersinar dengan kecerdasan. Zhuge Yue memandangnya sebelum perlahan-lahan mengangguk. "Tuan Guru ini nampaknya masih sihat dan sepatutnya dia dapat menangani situasi yang teruk ketika dalam perjalanan jauh dengan mudah."

"Kamu… Qinghai itu sebuah tanah milik puak-puak gasar. Mereka semua tidak berbudaya dan tidak bertamadun. Lelaki tua ini pula seorang cendekiawan, jadi bagaimana boleh…"

Mata Zhuge Yue mencerlung ketika dia menatap lelaki tua itu. Dengan suara yang perlahan dan mantap, dia menekankan, "Saya sudah mengembara beribu-ribu batu jauhnya secara peribadi dan membawa pasukan yang kuat bersama saya. Nampaknya doktor ini berfikir yang saya masih tidak menunjukkan keikhlasan yang cukup." Kenyataan ini kedengaran sangat santai dan bersahaja namun ia dipenuhi dengan niat membunuh. Hal ini telah menyebabkan lelaki tua tersebut, Gao Qingzhu terpaku di tempatnya.

Mereka telah melalui banyak wilayah di sepanjang perjalanan dari Qinghai ke Cuiwei. Dengan itu, mereka sudah meninggalkan ramai askar dengan penuh ikhlas, lalu siapakah yang berani untuk berkata sebaliknya?

"Jemput Encik Qingzhu ke dalam pedati."

"Faham, Tuanku!"

Walaupun Bandar Maoling langsung tidak pernah dikacau-bilaukan oleh sebarang pertempuran, para pegawai tidak teragak-agak untuk membiarkan tentera Qianghai masuk ke dalam istana. Disebabkan oleh pergolakan di Benua Barat Meng dan penaklukan Empayar oleh Yan Bei, keluarga maharaja Xia telah berundur ke dataran Utara. Namun, walaupun semua garison telah menyerah diri kepada Yan Bei, masih ramai lagi di antara mereka yang belum berubah. Kerana bagi mereka, Zhuge Yue selaku bekas Marsyal Besar Empayar Xia telah dianggap seperti kawan lama mereka.

Ketika tentera Qinghai memasuki Bandar Maolin, orang awam menganggap pasukan kerajaan Maharaja telah memulakan serangan balas terhadap mereka. Ramai penduduk lelaki yang telah membawa kapak dan bilah pedang. Malah, orang awam turut memberikan mereka makanan kepada mereka dengan harapan untuk menyertai tentera itu. Jalan-jalan di sana dipenuhi dengan kegembiraan, sama sekali tidak seperti sebuah bandar yang baru sahaja dimusnahkan.

"Raja." Guo Huai membawa bersama sebilah pisau yang besar dan berat sambil berlari. Dia membuang debu di atas mukanya sambil bertanyakan dengan kuat, "Tentera Yan ada di sini. Apa yang patut kita buat?"

Zhuge Yue memandang ke arah tenggara dan tanpa menukarkan ekspresi di wajahnya, dia berkata dengan tenang, "Kita berlawan."

Ketika itu, seluruh tentera bersorak dengan penuh kegembiraan. Kumpulan askar ini daripada golongan elit Qinghai. Dari saat mereka berlepas dari Sempadan Cuiwei, mereka telah meromok ketakutan dan menyembunyikan jejak mereka serta berundur dari setiap pertempuran. Ini disebabkan kekecewaan mereka yang terpendam. Pada masa ini, apabila mereka mendengar mereka boleh bertarung, semua bersorak gembira.

Akhirnya Pasukan Tentera Yan tiba sewaktu senja menjelma namun mereka tidak memulakan serangan tetapi hanya mengepung sekeliling bandar itu. Zhuge Yue dapat memberitahu dengan serta-merta yang mereka sedang menunggu untuk menerima bantuan. Pada saat bantuan sampai, dia akan menerima kerugian yang sangat besar. Pada malam yang sama, sebelum Tentera Yan menyelesaikan formasi mereka, tentera Qinghai telah bergegas keluar dari Maoling. Selepas tiga kali gelombang serangan, tentera Qinghai berjaya merobohkan kepungan tembok kukuh Tentera Yan dan melarikan diri daripada pengepungan. 10,000 orang tentera ini bukanlah pasukan yang hebat namun mereka pasukan simpanan yang telah dikerahkan segera kerana kejatuhan Maoling. Pasukan seperti itu sudah pasti dapat dikalahkan oleh tentera elit Qinghai.

Ketika itu, seluruh lampu jalan di sepanjang Empayar Agung Yan telah dibakar satu persatu apabila pelbagai pasukan elit telah dihantar keluar. Namun, kuda perang Qinghai tersangatlah pantas. Ketika pasukan elit sampai, mereka hanya dapat melihat kesan debu yang ditinggalkan oleh tentera Qinghai.

Tidak lama kemudian, mereka berhadapan dengan barisan pertahanan terakhir iaitu Sempadan Gunung Cangming. Selepas melintasi gunung itu, mereka akan sampai di Sempadan Qinghai Cuiwei. Malam tadi, pahlawan-pahlawan Qinghai telah menggilap senjata-senjata mereka sebagai persiapan untuk menghadapi perlawanan yang sukar ini.

Zhuge Yue yang berpakaian perisai sejuknya telah mengangkat tangannya supaya burung helang putih salju milik pemuda itu dapat mendarat di pergelangan tangannya. Sejurus selepas itu, Zhuge Yue mengambil sepucuk surat yang diselitkan di celah kaki burung tersebut. Dia membaca kandungannya sebanyak dua kali dengan penuh teliti sebelum meletakkan di dadanya seolah-olah dia dapat merasakan kehangatan kata-kata itu. Ia seolah-olah dia sedang memegang pemanas pada musim sejuk.

Setiap orang mempunyai perkara yang sangat berharga bagi mereka. Bagi sesetengah orang, ia kekayaan dan bagi orang lain ia ialah kuasa. Tetapi bagi pemuda itu, ia hanyalah buat seseorang.

Dia tahu dia bukanlah seorang yang baik. Hanya disebabkan oleh wanita itu sahajalah pemuda itu sanggup mengetepikan sisi jahatnya. Namun, itu tidak bermakna dia telah melupakan cara untuk membunuh.

Dia mengangkat kepalanya perlahan-lahan. Langit yang gelap kelihatan begitu rendah sehinggakan bintang-bintang yang berkelipan kelihatan bagaikan mereka hampir tergelincir dan lantas terjatuh dan Zhuge Yue dapat mencapai dengan tangannya. Angin yang bertiup dari jauh membawa aroma unik di Qinghai. Hatinya seperti rumput panjang yang tumbuh di Qinghai, ringan berayun apabila ditiup angin.

Pada hari kedua, mereka dapat melihat pembentukan kumpulan musuh yang berjumlah 8,000 orang. Berbeza dengan pertemuan sebelum ini dengan pasukan Xia yang dipaksa menjadi lemah dan pasukan simpanan Empayar Yan yang baru direkrut, mereka rakyat asal Yan Bei yang dilahirkan dalam selautan bilah pedang dan juga sehujanan darah.

Angin yang sentiasa sejuk di sempadan melintasi dataran yang luas lalu meniupkan helaian rumput yang tumbuh di atasnya. Ahli Pasukan Tentera Qinghai segera mengetatkan tali hitam di pergelangan tangan mereka sambil menggenggam kemas bilah pedang sebelum memandang dingin ke arah musuh di hadapan mereka. Keinginan untuk menang dalam pertempuran ini membara-bara di medan perang. Ia seolah-olah walaupun angin bertiup dengan lembut, ia bergema dengan bunyi dentuman gendang perang.

Namun, pada masa kritikal ini, kelihatan seperti ada beberapa perkara yang telah membuatkan formasi garison Gunung Cangming nampak panik. Zhuge Yue yang masih berada di atas kudanya berkerut apabila dia perasan garison tersebut perlahan-lahan berpisah dan membuka jalan di tengah. Pintu gerbang yang berat itu lantas terbuka dan seolah-olah mereka telah menghamparkan karpet merah di hadapan tentera Qinghai.

"Apa yang mereka sedang lakukan ini?" Beberapa orang askar bertanya dengan senyap.

"Ini mesti satu perangkap! Anjing-anjing Yan Bei itu sedang mempermainkan kita." Sekumpulan orang ramai memasuki kekecohan itu seperti titisan minyak yang baru sahaja menitik masuk ke dalam periuk air yang sedang mendidih.

Zhuge Yue memandang ke arah Tentera Yan yang dilanda sunyi sepi sambil berkerut. Masa berlalu dengan perlahan dalam keadaan yang aneh ini. Pasukan Tentera Yan berdiam diri dan tidak mengambil sebarang tindakan. Malah, Pasukan Tentera Qinghai juga tidak membuat sebarang pergerakan. Lautan rumput yang setinggi lutut itu bergoyang ditiup angin.

Kuda Zhuge Yue melangkah ke hadapan. Guo Huai berdiri dengan segera di hadapannya dan memberi amaran dengan bersungguh-sungguh, "Raja, berhati-hati kerana ia mungkin satu perangkap."

"Mereka berani membuka pintu gerbang di hadapan saya, jadi bagaimana pula saya boleh berasa tidak berani untuk berjalan masuk?" Suara Zhuge Yue kedengaran lembut dan nadanya mendatar tetapi maksud kata-katanya itu segera menyemarakkan keinginan seluruh askar untuk bertempur. Zhuge Yue mengangkat kepalanya dan tertawa kecil sambil menunjukkan ke arah sarung pedangnya kepada para tentera tersebut lalu dia bertanya dengan kuat, "Siapa yang berani untuk mengikuti Raja ini masuk ke dalam?"

"Saya sanggup!" Ketika itu, seluruh tentera Qinghai bersorak. Suara mereka kedengaran seperti guruh yang bergema merentasi seluruh daratan lantas menghasilkan gempa kecil di laluannya. Seramai 3000 orang pasukan Qinghai mengikuti belakang Zhuge Yue untuk bergegas masuk ke dalam pintu gerbang yang besar itu.

300 meter, 150 meter, 100 meter… Mereka semakin hampir sehinggakan mereka dapat melihat wajah setiap orang askar Yan Bei dan keinginan mereka untuk bertempur. Namun, tiada siapa yang menghunus pedang mereka dari sarungnya dan tidak juga kedengaran bunyi isyarat peperangan. Mereka telah melepasi pintu gerbang Sempadan Gunung Cangming dengan mudah tanpa perlu mengorbankan ramai rakan seperjuangan mereka seperti yang telah dijangkakan.

Ketika mereka memasuki dataran luas, pintu-pintu yang berat itu tertutup di belakang mereka. Bendera perang hitam pekat digantung tinggi di atas pintu pagar istana. Terasa seperti ada seseorang yang sedang memerhatikan mereka ketika mereka berlalu pergi. Zhuge Yue senyap-senyap memandang ke belakang sebelum berpaling dan mengarahkan Guo Huai, seorang jeneral anak kelahiran Qinghai yang naik melalui pangkat, "Maklumkan kepada Yue Qi untuk membawa kembali orang-orang bawahan dia."

Guo Huai berasa sedikit terkejut. Untuk bekerjasama dengan operasi ini, Jeneral Yue Qi dan Jeneral He Xiao telah mengetuai 30,000 tentera dan bersembunyi di sekitar Bandar Zhen Huang. Sekiranya ada sesuatu yang berlaku, mereka akan menyerang Zhen Huang dengan segera. Dengan kerjasama saki-baki tentera yang masih bertugas di Empayar Xia, mereka akan mengalihkan perhatian Yan Bei supaya mereka dapat kembali dengan mudah. Namun, memaklumkan mereka untuk kembali seperti itu akan membazirkan usaha mereka sebelum ini untuk menyusup masuk. Tetapi Guo Huai tidak memberi sebarang komen, malah dia hanya menurut arahannya. Tidak lama kemudian, Qinghai muncul di hadapan mereka.

Ketika doktor tersebut berlalu pergi, Zhuge Yue masuk ke dalam bilik. Istana yang besar itu dipenuhi aroma setanggi yang sungguh menenangkan. Dia melambai-lambai ke arah pelayan wanita, mengarahkan mereka keluar lalu berjalan ke sisi katil dan duduk di situ.

Wanita itu semakin susut dan dia kelihatan seperti orang yang berbeza. Pada masa ini, dia sedang tidur dan nafasnya agak stabil. Kulitnya kelihatan berwarna merah jambu kerana dia baru saja selesai makan ubat. Ia mungkin kesan palsu tetapi Zhuge Yue merasakan setelah doktor tua itu merawatnya, wanita muda itu kelihatan lebih sihat daripada sebelumnya.

Zhuge Yue telah berjuang di sepanjang perjalanannya dan telah membentangkan permaidani merah dari darah serta berasa sangat bimbang di sepanjang jalan. Pada masa ini, semua rasa itu telah bertukar kepada rasa kebahagiaan dan kepuasan.

Nasib baik… Dia mengeluh perlahan di dalam hatinya sambil mengakui pemikiran yang bermain di fikirannya.

Nasib baik wanita itu baik-baik sahaja.

Kedengaran bunyi kecil yang datang dari atas katil bayi yang terletak di sebelah katil. Zhuge Yue berpaling untuk melihat seorang anak kecil yang sedang memandangnya dengan sepasang mata yang bulat, besar dan berwarna hitam pekat. Dia masih terlalu kecil dan lehernya juga masih lembut serta tidak dapat diangkat. Tetapi genggamannya kelihatan sangat kuat ketika dia melihat ke arah lelaki yang mencurigakan di sebelah katil ibunya. Anak kecil itu memandang Zhuge Yue dengan pandangan yang serius sambil mengerutkan dahinya.

Zhuge Yue menatap wajah anak lelakinya itu dan dia terasa seperti telah kembali ke alam nyata. Dia tidak tahu apakah ekspresi wajah yang patut ditunjukkan kepada anaknya itu. Dia mengangkat jari dan meletakkan di sebelah bibirnya, mengisyaratkan supaya dia tidak mengganggu tidur Chu Qiao. Anak kecil itu jelas tidak memahami isyaratnya. Mungkin dia kelaparan kerana dia mengangkat kakinya untuk dimasukkan ke dalam mulutnya.

Zhuge Yue mengerutkan dahinya ketika dia berfikir mengenai perbuatan anaknya itu. Dia merasakan perbuatan anaknya itu tidak begitu bersih. Tangannya yang panjang itu dihulurkan dan dia menarik keluar kaki anaknya daripada mulut dan selepas itu dia menjegil ke arah anak kecil itu.

Walaupun bayi itu masih kecil, dia mampu memberitahu sikap orang lain terhadapnya. Tanpa sebarang ketegangan, anak kecil Qinghai itu mula meraung sekuat hatinya. Pada masa itu, semua pelayan wanita, pengasuh, pelayan dan doktor terkejut dan mereka muncul dari setiap penjuru istana tersebut. Chu Qiao yang sedang tidur nyenyak juga terjaga dan duduk menegak.

"Apa yang berlaku?"

"Anak itu kencing ke?"

"Panggil doktor!"

"Tuanku Muda, jangan menangis. Tengok sini, apa ini?"

Sekumpulan pelayan menolak kasar beberapa orang lelaki. Mata anak kecil itu memandang mereka sebelum berhenti pada wajah ibunya. Dia yang kelihatan sangat kecewa menghulurkan tangannya yang tembam itu dan terisak-isak di pangkuan Chu Qiao. Chu Qiao memeluk bayi itu ke dalam pelukannya dan melihat sekeliling. Ketika itu barulah dia menyedari kehadiran suaminya setelah sekian lama mereka berpisah. Namun dia mengerutkan dahinya dan membentak, "Awak membuli anak kita!"

"Bukan saya," Zhuge Yue segera menafikannya dan mahu berjalan mendekatinya. Namun, anak kecil itu seolah-olah mahu menafikan kata-kata Zhuge Yue lalu dia mula meraung dengan kuat apabila Zhuge Yue semakin menghampirinya.

"Awak masih cakap awak tak buat?" Chu Qiao menatap Zhuge Yue. "Awak dah tua tapi masih membuli anak kecil!"

Zhuge Yue berasa marah. Adakah itu benar-benar anaknya? Melihatkan bayi itu menyapu hingus di baju Chu Qiao, kemarahan Zhuge Yue semakin membara. Apakah ini? Selepas dia menjalani kehidupan yang sukar untuk membawa pulang doktor tersebut, inikah balasan yang dia terima?

"Tuanku? Tuanku dipenuhi dengan debu semasa dalam perjalanan. Doktor menasihati supaya Tuanku keluar dahulu."

Zhuge Yue menjegil ke arah pelayan wanita itu dan membuatkan dia hampir pengsan. Namun, walaupun dia menjegil buat seketika, akhirnya dia diusir keluar oleh doktor yang dilarikan olehnya sendiri.

"Ah! Putera muda kencing rupanya!"

"Tolong bawakan lampin! Pengasuh, tolong ke mari, putera muda mungkin lapar." Istana itu menjadi huru-hara apabila semua pelayan bergegas masuk dan keluar tanpa mempedulikan kehadirannya.

Raja Qinghai kelihatan sedih apabila dia hanya duduk di sana dengan wajahnya yang muram. Situasi itu sangat berbeza dengan apa yang dibayangkan olehnya.

Ia sepatutnya begini: Seorang anak yang taat kepada ibu bapa, seorang yang lemah lembut, sekumpulan orang bawahan yang memandangnya dengan penuh rasa hormat dan memuji pencapaiannya. Namun keadaan ini sangat berbeza daripada imaginasinya. Anak kecil ini hanya tahu menangis dan menggigit kakinya malah isterinya terlalu sayangkan anak kecil itu.

Dia menghela nafas panjang dan terus duduk di sana dengan sedih.

"Meixiang, Tuanku Muda patut memakai pakaian biru ini atau pakaian yang berwarna kuning air?"

"Cik, Tuanku Muda muntah. Dia makan terlalu banyak ke?"

"Ah,Tuanku, boleh tak Tuanku berdiri sebentar? Tuanku sedang duduk di atas barang mainan Tuanku Muda."

Setiap orang mempunyai perkara yang sangat berharga bagi mereka. Bagi sesetengah orang, ia adalah kekayaan dan bagi orang lain, ia adalah kuasa. Bagi dirinya, cuma ada dua orang.

Related Books

Popular novel hashtag