Wanita itu telah menangis untuk seorang lelaki yang telah menyebabkan kematian adik-beradiknya dan juga yang telah memenjarakannya buat beberapa tahun.
Dia masih teringat akan pagi itu apabila berita buruk tersebut telah tersebar di seluruh kediaman Zhuge. Yue Shisan telah merempuh masuk ke dalam Perkarangan Kediaman Qingshan dengan debu yang penuh di seluruh tubuhnya, sambil diikuti dengan para orang gaji di perkarangan halaman. Mereka telah menyelongkar seluruh kediaman sebelum yang lain-lain dapat bertindak balas. Setelah itu, para pegawai dari Perkarangan Shang Lu, tempat-tempat kediaman daripada kediaman kuil-kuil agung dan juga pemeriksa daripada Majlis Ketua-Ketua Terhormat telah mengenakan beberapa kesalahan ke atas pemuda itu. Antara kesalahan yang telah dikenakan termasuklah jenayah bersekongkol dengan pihak musuh, mengganggu perintah ketenteraan, merosakkan reputasi ketenteraan melalui pemberontakan terhadap pegawai peringkat atasan dan juga pengkhianatan.
Reputasi Perkarangan Kediaman Qingshan telah dimusnahkan sehingga ke cebisan yang terakhir. Para pengawal Yue telah berkeliaran untuk menziarahi rakan-rakan Zhuge Yue daripada keluarga berbeza, merayu kepada mereka supaya membersihkan nama mereka. Setelah itu, mereka meminta supaya rakan-rakan mereka itu mengerahkan pasukan tentera mereka ke arah Yan Bei untuk meneruskan operasi penyelamatan mereka supaya dapat menjumpai pemuda itu. Namun, tiada sesiapa yang sanggup membantu mereka selain daripada Zhao Che yang telah mengalami nasib yang sama setelah kalah dalam peperangan tersebut, membuatkan semua orang membencinya. Malah ketua puak keluarga Wei, Wei Shuye juga telah mengabaikan mereka dan enggan bertemu dengan mereka.
Akhirnya, bahkan Zhao Che juga telah dibuang negeri ke utara sementara mayat Zhuge Yue dibawa pulang ke Xia oleh Yan Bei. Walaupun keluarga Zhuge telah membayar wang tebusan yang banyak untuk mendapatkan kembali mayat pemuda itu, namun mereka masih membuang namanya daripada salah-silah keluarga tersebut. Zhuge Muqing berdiri di hadapan pintu gerbang bandar apabila dia menerima kata putus Majlis Ketua-Ketua Terhormat untuk melibas mayat puteranya sendiri sebagai tanda memutuskan segala tali perhubungan mereka bersamanya. Setelah kematian Zhuge Yue, pemuda itu tidak dibenarkan untuk dikebumikan di dalam makam pusaka pun. Jadi, mayatnya telah dibuang ke dalam tapak perkuburan besar untuk penglihatan semua orang. Namanya dalam jabatan ketenteraan juga telah dihapuskan sepenuhnya. Para orang gaji wanita di Perkarangan Kediaman Qingshan juga telah diusir keluar untuk ditangkap ataupun dijual kepada pemilik hamba yang lain. Kehidupan mereka lantas terjatuh ke dalam gaung kesengsaraan.
Masa yang lama telah berlalu semenjak wanita muda itu merasai keperitan saat-saat kehidupannya yang lama itu. Oleh disebabkan pergelutannya untuk bekerjasama, bos pusat pelacuran itu telah membayar dua orang pemuda untuk memperkosanya. Kedua-dua pemuda itu mendekatkan diri mereka pada tubuh wanita itu dan dia masih lagi dapat membayangkan gigi kuning mereka yang disaluti dengan nafas yang tengik dengan bau alkohol. Kedua-dua mereka kuat dengan tapak tangan yang berkematu. Sebaik sahaja mereka memasuki bilik tersebut, mereka segera membuka seluar mereka, tidak mampu menahan nafsu binatang mereka lagi. Dengan seluar yang berkeronyok di kaki, wanita itu boleh terlihat perkakas durjana di tengah-tengah kaki mereka.
Segala teriakan dan pergelutannya hanya sia-sia sahaja. Walaupun dia pernah mempelajari beberapa teknik mempertahan diri oleh Zhuge Yue, namun wanita itu hanya telah mengikutinya dengan acuh tak acuh sahaja disebabkan oleh emosinya dahulu. Apatah lagi apabila dia telah diberikan ubat penenang, jadi segala tendangannya beransur-ansur menjadi semakin lemah. Dia hanya mampu termenung jauh dalam kesedihan yang teramat apabila dua binatang buas ini merobek-robek pakaiannya sebelum melangkah mendekatinya.
Bilik yang terletak bertentangan daripada wanita itu milik Lan'er daripada Perkarangan Kediaman Qingshan manakala bilik di belakangnya pula milik anak perempuan pengasuh Zhuge Yue iaitu Zhixiao. Segala lolongan pertolongan oleh si wanita dan juga gelak ketawa para lelaki bergema memenuhi setiap pelosok telinganya. Dia menganggap yang dia telah meraih kekuatan yang cukup daripada segala pengalaman yang ditempuhinya pada masa lalu. Dia menganggap yang dia mempunyai keberanian dan tulang belakang yang cukup kuat untuk tidak merayu kepada kepada bajingan-bajingan tak guna ini. Namun, di saat dia dicabuli oleh para lelaki itu, di saat kesakitan itu merebak ke setiap inci tubuhnya, dia tidak dapat menahan dirinya daripada menangis dengan penuh penghinaan. Seperti semua orang gaji lain di Perkarangan Kediaman Qingshan, wanita tersebut melaungkan nama pemuda itu dengan lantang.
"Zhuge Yue, selamatkan saya!" Dia menghamun kedua pemuda itu, berlaung tanpa henti, "Tuan muda akan balas dendam untuk aku! Kamu semua akan mati dengan kejam!"
Namun, para pemuda tersebut langsung tidak mengendahkannya dan menyatakan kebenaran yang sukar dipercayai itu dengan penuh santai: Zhuge Yue dah mati di Yan Bei. Mayatnya dah dimakan anjing liar.
Pada saat itu, wanita tersebut tidak mampu menahan air matanya lagi daripada terus berteriak setelah perasaan putus asa menghurungi setiap sendinya. Dia tiba-tiba teringatkan masa-masa lalu di saat pemuda itu telah mengajarnya cara untuk membaca, cara untuk menunggang kuda, cara untuk menjadi pakar strategi ketenteraan dan juga cara untuk mempertahankan diri. Kadangkala, pemuda itu akan mengarahkannya supaya berada di sisinya tanpa melakukan apa-apa. Walaupun setelah dimaki oleh wanita itu, riak wajah pemuda tersebut pasti tidak akan berubah semasa dia menghirup wainnya, saban kali menoleh ke arah wanita itu untuk menjeling.
Dia telah membunuh Linxi, Xiaoqi dan telah memenjarakannya selama sepuluh tahun. Pemuda itu telah memukulnya dan menghamunnya dan persengketaan mereka ini tidak dapat dipulihkan kembali. Namun, pemuda itu tidak pernah menghinanya sehingga sebegitu sekali. Dia telah menyelamatkan nyawa wanita itu sebanyak beberapa kali dengan memberikannya sebuah syurga yang selamat untuk didudukinya. Walaupun dengan pengetahuan untuk siapakah layanan ini sebenarnya ditujukan untuk dan juga walaupun darjatnya kini agak janggal, pemuda itu tetap melindungi dia. Sewaktu wanita itu masih muda dan mengharungi segala keperitan hidup itu, sewaktu dia masih lagi papa kedana, pemuda itu telah melindunginya untuk bertahun-tahun.
Wanita itu masih memanggil-manggil namanya sewaktu melalui saat-saat penghinaan yang paling teruk dalam hidupnya, berharap yang pemuda itu akan menyelamatkannya. Namun, itu semua berada di luar kawalan pemuda itu. Dia telah mati di tanah bersalji Yan Bei demi kakaknya dan di dalam tangan pasukan tentera Yan Bei.
Dia telah meraung dengan sungguh kuat pada malam itu bagaikan seekor anak harimau yang baru sahaja kehilangan ibunya, sememangnya sebuah adegan yang menyedihkan. Namun, kesedihannya hanya berlangsung buat satu malam. Dia ternyata bukanlah seperti Zhixia dan Lan'er yang telah membunuh diri mereka setelah kejadian itu, akan tetapi wanita ini seumpama telah menjadi lebih bersemangat. Dia mula belajar cara untuk bermain alat muzik, bermain catur, membaca, melukis dan juga cara untuk menggoda para lelaki. Dia mula belajar tentang ilmu-ilmu yang bermanfaat buatnya untuk meneruskan kehidupannya di kawasan ini. Semenjak dia tidak mampu menaruh kepercayannya terhadap sesiapa, wanita itu hanya mampu bergantung kepada dirinya sahaja untuk melakukan segalanya. Semenjak dia telah dihumban ke dalam dunia pelacuran, wanita itu telah membuat keputusan untuk menjadi wanita yang paling terkenal dan diingini.
Dengan itu, dia seorang dirinya mampu melancarkan rancangan sulitnya untuk membunuh lelaki-lelaki yang pernah menodainya dua bulan dahulu. Apabila dia melihat darah pemuda-pemuda itu mengalir daripada setiap rongga badan mereka, wanita itu berasa puas setelah memastikan yang mereka telah mendapat balasan yang setimpal. Dia beranggapan yang dia bakal meneruskan kehidupannya dalam kefoya-foyaan ini sehinggalah dia bertemu dengan pemuda itu.
Pada hari di mana dia bertemu dengan Zhao Song, wanita itu sedang mengiringi seorang pedagang kaya di sebuah tasik. Lelaki gedempul yang berusia 50 tahun itu seorang yang amat gatal. Semua orang dapat menyaksikan sewaktu dia merobek-robek baju wanita itu sehingga terbuka. Disebabkan oleh perasaan panik yang tiba-tiba menguasai dirinya, wanita itu telah mencakar muka lelaki itu, membuatkan dia mencampakkan wanita itu ke dalam tasik.
Cuaca di Zhen Huang masih lagi sejuk pada bulan lima. Permukaan tasik itu telah mula mencair walaupun cuaca masih lagi berada di tahap beku. Wanita itu dilitupi dengan pakaian yang tebal namun sendi-sendinya sudah mula terasa kebas. Dia tidak tahu cara untuk berenang, jadi dia sudah mula ditenggelami air beku dan sedang perlahan-lahan menuju ke dasar tasik setelah pergelutannya tidak membuahkan apa-apa hasil. Kadar pernafasannya mula beransur pudar sementara cahaya matahari, langit dan juga awanan mula menghilang dari pandangan matanya dan digantikan pula dengan kegelapan yang mengerikan bersama kesejukan yang tidak terhingga. Semasa wanita ini berada di ambang kematian, dia telah memikirkan tentang Zhuge Yue sewaktu saat-saat kematiannya. Adakah dia merasai perkara yang sama, sejuk dan juga sepi dengan kehangatan yang memancar hanya berpunca daripada dadanya? Adakah sasi-baki kehangatan ini bakal menghilang juga?
Namun, apabila dia bersiap sedia untuk mengambil nafasnya yang terakhir, seseorang telah merenggut pinggangnya. Wanita itu telah ditarik keluar ke permukaan tasik oleh orang lain. Dia lantas terbatuk-batuk sesaat dia dapat mengambil nafasnya yang panjang dan melihat cahaya matahari yang bersinar pada kulitnya itu sekali lagi. Dia tidak dapat menghalang kegembiraannya setelah diselamatkan daripada genggaman dewa maut.
Zhao Song sedang berdiri di sisinya dan bercakap-cakap dengan budak kundang yang telah lencun itu. Semasa wanita itu meraih wajahnya untuk memandang pemuda itu, Zhao Song juga telah menoleh untuk membalas renungannya itu dengan pandangan yang tenang. Perasaan terkejut terlintas dalam anak mata pemuda itu sewaktu dia berkerut. Yang peliknya, dia tertawa sebelum berkata, "Kebetulan betul. Awak nampak macam seseorang yang saya kenal pada satu masa dulu."
Dahulu, pemuda itu telah mengatakan ayat ini dengan senyuman yang terukir di wajah, namun wanita itu dapat mengesan kepiluan yang tersalut dalam kata-katanya itu. Raut wajahnya nampak tenang tapi masih dingin.
Hanya dengan begitu, wanita itu telah berada di bawah penjagaan Zhao Song. Pemuda itu merupakan seorang putera yang telah tewas, namun dia masih lagi salah seorang keturunan maharaja. Wanita itu akhirnya dilucutkan dari segala darjatnya sebagai seorang hamba, sekaligus meraih kebebasan yang didamba-dambakan wanita itu selama sepuluh tahun yang lalu. Namun, akhirnya, dia rela untuk menjadi seorang pembantu kepada pemuda tersebut. Setelah Zhao Song mengetahui tentang berita ini, pemuda itu tidak menghalangnya, malah telah menghormati keputusannya itu.
Dalam sekelip mata sahaja bertahun-tahun telah berlalu dari saat itu.
Wanita ini tidak mampu menjelaskan perasaannya terhadap Zhuge Yue. Melalui peredaran masa, melalui segala kebencian dan kebergantungannya terhadap pemuda itu, hubungan mereka telah bercambah menjadi sesuatu yang terlalu rumit. Dia tidak mampu memahaminya mahupun ingin memahaminya. Akan tetapi, dia sememangnya jelas tentang perasaannya terhadap Zhao Song. Tiada perasaan bersyukur mahupun berterima kasih yang terdetik di dalam hatinya. Apa yang wanita ini ingin lakukan ialah berada di samping pemuda itu, berharap agar pemuda itu akan melihatnya dan mengingati namanya. Namun, segala angan-agannya itu tidak berbuah.
Wanita itu hanya pernah mencintai dua orang pemuda dalam hidupnya sahaja, namun kedua-dua pemuda itu telah mencintai wanita lain. Wanita itu kakaknya, wanita yang dia patut berterima kasih.
Takdir ini sememangnya kejam dan gemar untuk mengejek kehidupan seseorang.
Jadi, wanita itu telah merasai segala perasaan yang rumit terhadap kakaknya yang sering diingatinya sebagai seorang yang berani dan berazam tinggi. Di saat wanita itu ternampak wajahnya, dia hampir tidak mampu menahan segala emosi yang terbuku di dada.
Namun, segalanya tidak penting lagi kerana ia telah berakhir dan wanita itu bakal berangkat dengan pemuda itu. Segala kerisauan yang terdetik di dalam dirinya telah terhapus. Jadi, mengapa perlu dibesar-besarkan tentang perbezaan dalam darjat mereka? Jadi, mengapa perlu dibesar-besarkan tentang ketewasannya? Jadi, mengapa perlu dibesar-besarkan tentang hatinya yang telah dimiliki oleh lain? Wanita ini bersungguh-sungguh ingin mengikuti pemuda itu. Segala jenis halangan boleh muncul di hadapannya, namun semangatnya dan kesungguhannya tidak akan pernah memudar.
Dia meraih pandangannya untuk melihat wajah pemuda itu. Ini merupakan kali pertama dalam masa empat tahun di mana dia telah memperagakan sehelai pakaian yang berupa seorang jelitawan di hadapan pemuda itu. Wanita itu telah memakai alat solek untuk berhadapan dengan putera mulia yang telah jatuh ini. Anak matanya bersinar terang menghiasi wajahnya yang jelita. Senyumannya bergemerlapan di bawah cahaya mentari semasa wanita itu tergelak dan berkata, "Saya bukannya mencari masalah. Saya hanya nak ikut Tuanku."
Zhao Song telah menolak pelawaannya itu dengan dingin dan berkata, "Kenapa awak nak ikut saya? Pergi balik."
Xiaoba menundukkan pandangannya, tidak berani untuk menentang anak mata pemuda itu sewaktu dia mengeluarkan sebilah pisau untuk dihulurkan kepada pemuda itu.
"Jadi, bunuhlah saya."
Zhao Song berkerut sebelum memerintahkan budak kundangnya, "Ah Jiang, bawa dia turun dari kereta kuda ini."
"Apa-apa sajalah," Xiaoba segera berpaling dengan yakin dan membalas. Dia lantas mengemaskan segala dokumen yang berada di dalam tangannya itu dan berkata ceria, "Saya sudah ada dokumen yang lengkap. Saya ada dokumen untuk diri saya mengembara secara sah dan mengikut undang-undang. Saya bukan lagi seorang hamba yang kebebasannya terbatas. Saya ada wang dan juga makanan bersama saya. Tuanku boleh halau saya, tapi Tuanku tak boleh halang saya daripada mengekori belakang Tuanku. Saya akan ikut Tuanku sehinggalah ke Qianghu. Kalau Tuanku tak mahukan saya, saya akan cari tempat tinggal yang berdekatan dengan TUnaku. Walaupun Tuanku itu putera Xia, tapi Tuanku tak boleh halang seorang rakyat yang mengikut undang-undang daripada mengembara."
Wanita itu memandang wajah Zhao Song dengan tenang dan santai, langsung tidak kelihatan panik ataupun risau. Wajahnya yang jelas terpampang kedegilannya itu berbaur dengan kedendaman yang sering didondonkan oleh para penjudi yang bercita-cita tinggi.
Hati Zhao Song tiba-tiba direnggut dengan perasaan sedih apabila dia memandang wajah wanita itu, lantas mengingati kali pertama pemuda itu telah menghalau wanita itu pergi. Kini dia dapat melihat gadis yang degil ini di hadapannya pula. Suaranya kedengaran rendah dan dingin semasa dia berkata tenang, "Awak tahu tak yang selepas saya tinggalkan tempat ini, saya bukan lagi putera Xia?"
Dada Xiaoba berdegup kencang dengan kesedihan. Dia merenung wajah Zhao Song yang telah kecundang itu semasa hatinya membara-bara dengan keghairahan. Namun, dia langsung tidak menunjukkan sebarang emosi, malah dia mengejek dengan dingin pula. "Identiti Tuanku itu bukan masalah saya. Lupakan sajalah kalau Tuanku tak benarkan saya ikut Tuanku. Saya akan pergi dahulu. Apa-apa pun, saya akan ekori belakang Tuanku bersendirian."
Setelah menghabiskan ayatnya, wanita itu berpaling dan bersedia untuk melonjak turun dari kereta kuda tersebut.
Tiba-tiba, dia dapat merasakan satu lengan panjang yang telah memeluk lembut pinggangnya. Tapak tangannya terasa kurus namun kuat manakala kulitnya pula nampak cerah walaupun terdapat kematu di tapak tangannya. Walaupun tangan yang sedang memegang pinggangnya itu merupakan tangan sebelah kiri milik pemuda itu, namun ia masih lincah apabila bergerak.