Chapter 248 - Bab 248

Apabila Chu Qiao dan yang lain memasuki ruang tepi Kuil Anyuan, wajah Chu Qiao bertukar kemerahan dengan malu. Ia telah membuatkan Jingjing dan yang lain hanya mentertawakan Chu Qiao oleh disebabkan reaksi wanita itu. Hanya Xiaofei sahaja yang serius, menyembah patung itu dengan penuh hormat sebelum berpaling dan merenung tajam kumpulan itu yang bising di belakang.

Dengan asap setanggi yang merebak di sekeliling ruang, suasana dewan itu senyap. Patung Guanyin yang sedang memakai senyuman yang tenang itu sedang terduduk di atas mezbah. Ia sedang menghadap ke ruang ibadat tenang yang diterangi oleh sinar matahari yang menembus abu kemenyan yang melayang di udara.

Suara Zhuge Yue dekat dengan telinga wanita itu. Dengan kelembutan yang luar biasa, dia secara diam-diam menyatakan, "Doa perlu dilakukan dengan ikhlas."

Chu Qiao memalingkan kepalanya untuk melihat mata jernih pemuda itu yang sedang tersenyum kepadanya. Senyuman wanita itu berbaur kesungguhan dan pada masa yang sama, terdapat semangat kenakalan. Dia berpaling dan berlutut. Tangannya diletakkan bersama-sama dan di dalam hatinya, dia mengucapkan kata-kata yang banyak wanita-wanita lain telah berdoa sebelum ini.

Sujud pertama, 'Tolong lindungi dia dan pastikan dia sentiasa sihat dan selamat.'

Sujud kedua, 'Tolong bantu kami untuk sentiasa bersama dan tidak akan pernah berpisah.'

Sujud ketiga, 'Tolong kurniakan hasrat kami untuk mempunyai anak yang sihat.'

Wanita itu kelihatan amat jujur ketika dia bersujud lagi. Wajahnya terukir ketenangan yang belum pernah dilihat sebelumnya.

'Buddha, kau telah melindungi ramai orang sebelum ini. Hari ini, tolonglah lindungi diriku juga.'

Jingjing, Pingan dan beberapa orang pembantu yang lain tersenyum apabila sikap wanita itu. Xiaofei yang berada di samping mereka segera memberi amaran supaya menghormati para dewa. Yue Qi dan He Xiao yang berada di luar sedang berbual dan bergosip. Ketika mereka mula bersembang tentang bagaimana salah seorang pegawai mereka ditangkap oleh isterinya ketika melawat rumah pelacuran itu, para pengawal itu mula ketawa.

Pada penghujung musim luruh, cuaca mula berubah menjadi sejuk. Di bawah langit yang meluas, Chu Qiao berlutut di depan para dewa, lantas merasakan kehidupan itu begitu damai dan tenang. Kenangan masa lalu yang penuh berdarah dan perangnya terasa sungguh jauh. Fikirannya tidak pernah begitu aman sebelum ini.

Zhuge Yue membantunya bangun sebelum memeluknya, bibirnya mencium dahi wanita itu dan mereka tersenyum di antara satu sama lain.

Jingjing, dengan mata yang tajam, segera memegang Xiaofei dan berkata, "Lihatlah! kakak dan kakak ipar tak menghormati para dewa!"

Mendengar itu, bunyi ketawa yang tertahan dapat didengari dari sekeliling mereka. Walaupun Zhuge Yue tidak begitu peduli tentang hal sebegini, namun wajah Chu Qiao telah berubah menjadi merah terang ketika dia melepaskan diri dari pelukan pemuda itu. Namun, tangannya memegang lengan Zhuge Yue dan enggan melepaskannya.

"Kita akan tinggal di gunung dan makan makanan vegetarian ke?" Zhuge Yue bertanya.

Sebelum Chu Qiao dapat membalas, dia dapat melihat Pingan sedang membuat muka yang pelik. Dia memahami akan maksud remaja itu dan terus berkata, "Mari kita turun gunung. Kita semua ini karnivor, jadi tak perlu berpura-pura bersikap alim."

Setelah mendengar itu, Pingan segera bergegas dan mula memberitahu Zhuge Yue tentang sesetengah restoran yang mempunyai masakan yang menakjubkan, dengan Jingjing di sisinya bersetuju dengannya. Zhuge Yue menjentik Pingan sambil berpura-pura memarahinya, "Budak nakal inilah!" Sebelum memimpin semua orang keluar dari kuil.

Setelah memberi sumbangan berjumlah besar, kuil itu menyediakan sudut yang tenang di taman untuk mereka. Ketika Yue Qi dan yang lain pergi untuk menyediakan kuda untuk perjalanan pulang mereka, hanya Zhuge Yue dan Chu Qiao sahaja yang berbual bersama-sama dengan beberapa orang lain yang tinggal di taman yang dikelilingi oleh daun musim gugur.

Mereka telah duduk buat seketika dan Xiaofei tiba-tiba mula berasa gelisah. Chu Qiao pada awalnya berfikir yang wanita itu ingin pergi ke tandas, jadi Chu Qiao menariknya ke sisi dan melihat Xiaofei sangat bingung dan hanya selepas teragak-agak seketika baru Xiaofei mendedahkan yang terdapat seorang peramal dalam kuil tadi. Ramalannnya sangat tepat dan ubatnya semua ubat ajaib. Hakikat di mana wanita ini boleh mempunyai dua orang anak juga kerana ubatnya. Namun, Yue Qi dan Tuan Muda tidak mempercayainya. Kali ini dia hanya boleh membelinya secara rahsia.

Sememangnya, Chu Qiao juga tidak mempercayainya. Dalam hati Chu Qiao, dia menganggap yang sebab dia mengandung kerana Yue Qi. Jadi, bagaimana pula hal itu berkaitan dengan peramal? Namun, setelah melihat bagaimana dia begitu bersungguh-sungguh dalam kata-katanya, Chu Qiao tidak mampu untuk menolaknya, jadi dia mengiringi Xiaofei selepas memberitahu Zhuge Yue mereka akan pergi untuk seketika.

Peramal itu berambut putih, kelihatan sepi dan misteri. Pada pandangan pertama, dia kelihatan seperti seorang dewa. Apabila melihat Chu Qiao, dia segera menyatakan yang Chu Qiao mesti menjadi orang yang mendapat kekayaan yang besar, namun dia akan terikat dengan segala jenis ikatan dalam hidupnya. Asalkan dia setia kepada Buddha, tentu saja ada cara untuk menyelesaikan semuanya. Mendengar itu, Xiaofei terus mengangguk, seolah-olah memberitahu Chu Qiao, "Lihat, Encik ini begitu tepat."

Namun, Chu Qiao dengan serta-merta tahu ini apa yang dikatakan oleh peramal ini kepada semua orang. Siapa yang tidak akan terikat dengan ikatan untuk seluruh hidupnya? Bagi kekayaan pula, sesiapa sahaja boleh tahu dengan melihat kualiti pakaian yang mereka pakai.

Xiaofei benar-benar asyik terduduk di hadapan kedai itu dan memulakan prosesnya. Chu Qiao, sebaliknya, berasa sangat bosan dan tiba-tiba terlihat seorang yang dikenalinya. Dia lantas berasa sangat terkejut. Selepas beberapa lama, dia menurunkan kepalanya untuk memberitahu Xiaofei dia akan pergi tidak lama lagi, Xiaofei pun mengikutinya dengan diam.

Sudah enam tahun berlalu.

Di dalam dedaunan merah yang sedang terapung, pemuda itu sedang memakai satu set pakaian putih, kelihatan ringkas dan bersahaja tetapi tanpa tenaga dan semangat yang pernah dimilikinya. Dengan angin musim luruh yang meniup, lengan bajunya berkibaran di udara.

"Tuanku, Tuanku mahu minum air?" Seorang pembantu yang kelihatannya berusia 18 hingga 19 tahun mendekatinya. Walaupun berpakaian seperti seorang lelaki, suara tersebut mirip seorang wanita muda. Dia membelakangi Chu Qiao, jadi Chu Qiao tidak dapat melihat wajahnya.

Zhao Song berpaling. Wajahnya yang suatu ketika dahulu pernah montel, keanak-anakan dan riang telah kini menjadi sangat kurus. Walaupun tubuhnya masih berdiri tegak, jelas hidupnya diselubungi kelelahan dan kesepian. Matanya kehilangan semangat yang biasa dimilikinya, dengan hanya ketenangan dan kematangan yang tinggal. Walaupun dia hanya dalam lingkungan 20-an, kedua-dua belah kepalanya sudah mula berubah menjadi putih.

Dia menggelengkan kepalanya dan berkata dengan tenang, "Saya ingin berjalan bersendirian."

Gadis muda itu tidak bergerak sama sekali dan mengangkat kepalanya sedikit. Memegang air dengan angin yang meniup mukanya, sememangnya sebuah perasaan yang sudah biasa untuk Chu Qiao. Pelayan itu tiba-tiba mengangkat kepalanya dan tegas bertanya, "Tuanku, Tuanku sedang menunggu seseorang ke?"

Wajah Zhao Song seolah-olah agak tidak berpuas hati. Dia mengerutkan dahi dan bertanya, "Apa yang kamu katakan?"

"Tuanku, Tuanku tak pernah tinggalkan istana kita buat masa yang lama. Tapi, kenapa tiba-tiba hari ini Tuanku berminat untuk datang ke sini?"

Anak mata Zhao Song jelas memancarkan ketidakpuasan hatinya ketika dia merenung gadis itu dengan dingin sebelum melangkah pergi. Pembantu itu terkejut lalu mengejar Zhao Song dan menarik lengan bajunya dan menasihatkan, "Tuanku, Tuanku dah lupa ke apa kata Tuanku Ke-14?"

Zhao Song berpaling perlahan-lahan setelah ditarik oleh seseorang. Matanya mendalam seperti sebuah tasik namaun dia langsung tidak mendedahkan emosinya. Dia merennung gadis muda itu yang berpakaian seperti seorang lelaki, tegas menyatakan, "Wuxin, bukan semua orang di dunia ini berhutang dengan kamu. Kebencian dalam diri kamu itu terlalu tebal ke?" Setelah menghabiskan katanya, dia lantas berpaling dan berjalan ke hutan luruh.

Gadis muda itu berdiri menghadap Chu Qiao. Badannya kelihatan begitu lemah dalam kalangan ranting-ranting yang melambai seolah-olah badannya terbang diheret angin. Terdapat sebuah kesepian yang melimpah dari hujung jarinya gelombang demi gelombang, tidak akan terhapus. Dia berdiri tegak dan setelah sekian lama beradadalam keraguan, akhirnya dia membuat keputusan sambil mengelap mukanya dengan lengannya seolah-olah dia sedang mencuci sesuatu sebelum mengejar Zhao Song.

Dengan pemergiannya, hutan kembali tenang seperti lazimnya dengan kicauan burung yang dibawa dek angin. Kenangan duka dahulu bermain di dalam ingatan Chu Qiao di mana berapa bertahun yang lalu, dia memakai satu set biru nilam yang bersulam dengan burung berwarna-warni dan awan yang indah. Di tangannya, ada cambuk keemasan dan dia berkata kepada Chu Qiao dengan bangganya, "Saya rasa kamulah yang paling cantik daripada semua pembantu kediaman. Bagaimana kalau saya memberi kamu jawatan menjadi jeneral yang mengawal pintu gerbang?"

Wanita itu tiba-tiba berasa sejuk disebabkan oleh angin yang bertiup. Suara Xiaofei semakin mendekatinya ketika wanita itu sedang mencari Chu Qiao dan lantas wanita itu kembali tersedar dari kenanganya dan kembali ke realiti. Chu Qiao kemudian kembali sambil memegang tangan ibu yang beranak dua ini.

Orang ramai nampaknya agak letih selepas berkeliaran di seluruh kawasan. Ketika mereka turun dari pergunungan tersebut, mereka membawa kereta kuda bersama. Zhuge Yue terperasan yang Chu Qiao kelihatan agak tidak bersemangat dan segera bertanyakan jika dia letih. Chu Qiao berkata yang dia memang letih sebelum bersandar pada bahu Zhuge Yue dan tertidur.

Zhuge Yue memegang tangannya dan merasakan dia sangat sejuk. Dia tiba-tiba rasa bimbang dan mengarahkan Yue Qi untuk mempercepatkan perjalanannya.

"Zhao Che akan berkahwin tidak lama lagi." Chu Qiao agak terkejut semasa dia mengangkat kepalanya daripada bahu Zhuge Yue. Zhuge Yue segera menjawab, "Dia tidak bernasib baik baru-baru ini. Dia hampir menjadi bujang untuk seumur hidup. Awak tak kenal siapa pengantin perempuannya, tetapi saya rasa awak pasti akan menyukai dia. Dia anak perempuan muda pemimpin Donghu. Nama dia Wan Yanrou. Walaupun namanya kedengaran lembut, dia selalu menjadi gila. Walaupun begitu, dia dikenali sebagai seorang yang ikhlas dan baik. Apabila dia datang ke ibu negara nanti, saya pasti akan membawa awak untuk berjumpa dengan dia."

Chu Qiao mengangguk dan tiba-tiba teringat sesuatu, tetapi tidak berkata apa-apa.

Selepas perayaan musim luruh, cuaca mula bertambah sejuk dengan keseluruhan tasik yang mula membeku. Salji yang lebat turun sekaligus mewarnai seluruh langit putih dengan hanya bahagian dalam bilik yang terasa hangat, menyebabkan semua orang menjadi malas.

Pada masa ini, terdapat ramai orang yang sibuk bergegas di dalam kediaman Marshal Besar dan Zhuge Yue nampaknya terlalu sibuk. Malah Yue Qi juga sukar untuk dijumpai. Menurut Xiaofei, dia telah dihantar untuk menyelesaikan sebuah misi oleh Zhuge Yue dan telah pergi selama seminggu.

Pada malam itu, Chu Qiao telah bertanyakan hal ini kepada Zhuge Yue secara santai, namun dia cuba bermisteri dan berkata dia akan memberikannya sebuah kejutan. Kejutan itu telah hadir lebih awal daripada jangkaan. Tiga hari kemudian, Sun Di menghantar orang-orang bawahannya untuk membawa surat peribadi dan dokumen rasmi. Ternyata Marshal Besar dari Empayar Xia ingin melamar Chu Qiao melalui Empayar Tang kerana Chu Qiao kini secara rasminya telah berpihak dengan Empayar Tang. Mas kawin pertama telah sampai ke Empayar Tang.

Zhuge Yue masih lagi berada di atas katilnya sewaktu dia mendengar berita itu. Dia yang sedang memakai baju tidur sutera putih itu lantas menopangkan tangannya dengan tangan sebelah lag. Dia mempunyai sebuah wajah yang seakan-akan sedang tersenyum, namun kemalasan masih bermaharajelala.

Chu Qiao berjalan dan melemparkan surat kepadanya dan bertanya, "Apa ini?"

Zhuge Yue bersungguh-sungguh menjawab, "Apa yang salah? Saya sedang bersiap sedia untuk perkahwinan kita. Bukan ke memang sebegitu?"

Chu Qiao berkerut. "Identiti saya ini agak sensitif di dalam Empayar. Awak tak risau tentang gosip ke?"

Zhuge Yue tersenyum dan menolak kebimbangan itu. "Saya akan berkahwin, jadi bagaimana pula gosip itu berkaitan dengan saya?"

Ia terasa seolah-olah sebuah lubang telah dicucuk ke dalam beg air panas dan kehangatan itu lantas meresap memenuhi seluruh hati. Senyuman Chu Qiao memenuhi mukanya ketika dia bercangkung dan menyandarkan kepalanya pada peha pemuda itu dan kekal situ sekejap..

Zhuge Yue terduduk dan membalas pelukan wanita itu sambil membongkok dan mengusap rambutnya dengan dahinya dan berbisik, "Saya dah fikirkan semua ini selama bertahun-tahun. Bagaimanalah saya boleh membenarkan awak menikah dengan saya dengan senyap? Saya pasti akan memaklumkan seluruh dunia dan memberitahu semua orang yang awak ini milik saya."

Selepas hari itu, seluruh tempat tiba-tiba menjadi sibuk. Chu Qiao tidak tahu akan jenis kaedah yang telah digunakan Zhuge Yue, tetapi keseluruh Bandar Zhen Huang bagaikan telah terlupa akan segala memori lama mereka. Ia terasa seperti tiada sesiapa yang teringat dialah yang telah membantu Yan Xun melarikan diri dari Bandar Zhen Huang dan tiada siapa yang bercakap tentang bagaimana dia telah menghasilkan dua Kempen Utara yang tidak berjaya. Lebih-lebih lagi, tiada sesiapa yang menyebut bagaimana wanita ini telah membunuh Putera Ketiga, Zhao Qi secara peribadi.

Dalam beberapa hari akan datang, para wanita dari pelbagai keluarga bangsawan atasan telah melawat tempat kediaman mereka satu persatu sambil diiringi dengan pelbagai jenis hadiah yang sukar didapati. Malah, beberapa orang pegawai yang tidak terlalu rapat dengan Zhuge Yue dan Zhao Che juga telah memberikan hadiah sebagai tanda kehormatan.

Pada hari ketiga bulan Disember, berita telah tiba dari Istana Sheng Jin yang mengatakan Maharaja amat gering disebabkan oleh penyakitnya itu dan telah memerintahkan supaya Zhuge Yue beradap ke istana. Sebenarnya, apabila Maharaja gering, selain daripada Putera atau adik-beradiknya, beliau tidak sepatutnya memerintahkan mana-mana pegawai untuk beradap. Namun, kerana Maharaja kini terlalu tenat, tiada siapa yang tahu apabila dia akan menghembuskan nafas terakhirnya. Oleh itu, Tuan Mu dari Lingnan bersama-sama dengan raja-raja dari keluarga-keluarga mulia semua diperintahkan untuk beradap dengan Maharaja. Pada masa ini, membiarkan Zhao Che menghadapi orang ramai seorang diri di istana bukanlah langkah yang baik. Oleh itu, Zhuge Yue telah memohon masuk ke istana juga. Apa yang boleh dikatakan Maharaja yang sakit tenat? Sebenarnya, untuk Zhao Yang dan lain-lain, mereka juga agak tidak selesa dengan membiarkan Zhuge Yue berada di istana dengan bebas dengan apa yang berlaku di istana. Dengan itu, Istana Sheng Jin menjadi sibuk kerana kuasa-kuasa besar di seluruh Empayar itu telah dikumpulkan di sebuah tempat yang kecil ini.

Namun, pada malam di mana pelbagai pemimpin memasuki istana itu, tentera Donghu yang terletak di Barat kota mula berperang dengan tentera peribadi keluarga Mu. Tiada siapa yang mengetahui sebab yang tepat di sebalik pertempuran itu, tetapi pada masa itu Chu Qiao telah dikejutkan kerana kebisingan konflik itu. Dia dapat melihat seluruh langit yang telah bertukar menjadi warna merah, dengan utusan yang disekat dari memasuki istana. Memang sudah jelas yang segala ini telah disengajakan..