Chapter 240 - Bab 240

Fang Chu memberitahu pemuda itu secara senyap, "Tuan, Cik Puan Chu telah tiba." Ketika dia menghabiskan ayat itu, kelihatan sekumpulan orang yang muncul dari jauh. Wanita yang mengetuai kumpulan itu memakai jubah putih dan tersenyum lebar sambil bergegas menuju ke arah Zhuge Yue.

"Cik Puan!" Meixiang yang pada asalnya sedang terduduk di atas sebuah batu lantas melompat dalam kebahagiaan apabila melihat Chu Qiao.

Chu Qiao tiba di kumpulan pertama dengan pantas. Dia segera menghentikan kudanya, melompat turun dan memeluk Meixiang dengan erat. Meixiang berkata sambil menangis, "Cik Puan, saya ingatkan yang Cik Puan berbohong dan tidak akan datang."

Jingjing, Pingan dan yang lain semuanya berasa gembira sebelum bergegas ke arah Chu Qiao dan bertanya tentang pengalaman masing-masing. Pingan juga menjelaskan tentang pertempuran itu dengan butiran yang lengkap, jelas pemuda itu amat berpuas hati dengan prestasinya sendiri. He Xiao tidak mempunyai sebarang keluarga oleh itu dia tidak mahu tinggal di Empayar Tang dan mengikuti Chu Qiao. Walaupun dia tidak pernah bertemu dengan Yue Qi sebelum ini, namun mereka berdua saling mengenali akan reputasi masing-masing dan tidak lama kemudian mereka mula berbual-bual.

Satu-satunya pengecualian dalam pertemuan ini ialah Zhuge Yue. Dengan wajah keras, dia memandang dingin ke arah Chu Qiao yang sedang melayan Meixiang sambil gigi pemuda itu yang diketap erat, kelihatan seperti hampir pecah.

Akhirnya, pandangan tajam itu mengganggu perjumpaan riang ini. Tersenyum, Chu Qiao berjalan ke arahnya. Ketika Zhuge Yue melangkah, Chu Qiao segera mengangkat tangannya dan menjerit, "Saya menyerah kalah! Ini kali terakhir! Saya janji!"

Zhuge Yue terasa seperti ingin membelasah wanita itu untuk memastikan yang dia mengingati balasan ini. Tetapi selepas mengangkat tangannya buat seketika, dia tiba-tiba tidak pasti di mana untuk memukulnya. Setelah melihat yang wanita itu hanya meromok bersendirian sambil menunggu pukulan Zhuge Yue, dia berasa agak kecewa dan menjerit, "Kenapa awak tak cuba menghalang saya?"

Chu Qiao membuka matanya sebelum mencebik, kelihatan agak kesian apabila dia menjelaskan, "Saya betul-betul cuba nak memohon maaf."

"Awak tahu yang awak sepatutnya memohon maaf?" Zhuge Yue memandang wanita dari sudut matanya, mengabaikan orang-orang bawahannya yang tercuit hati dengan gelagat mereka. Dia segera mencubit wajah Chu Qiao dan bertanya dengan tegas, "Awak ini betul-betul dah jadi nyanyuk ke sehingga tak membalas semua surat saya?"

"Saya tak ada masa!" Chu Qiao menjawab sambil mengerutkan kening.

"Awak tak ada masa untuk membalas, tetapi awak ada masa untuk membakar surat saya?"

Chu Qiao terus berusaha untuk mencari dalih. "Kalau saya tidak berpura-pura bertekad, Sun Di pasti tak akan percaya pada saya. Kalau dia tidak mempercayai saya, yang lain, seperti Raja Jingan, lagilah tak akan percaya pada saya."

Zhuge Yue menatap wanita itu dan terus mempersoalkan, "Kenapa awak tak beritahu saya terlebih dahulu. Awak dah buat saya terpaksa mengembara sejauh ini!"

Chu Qiao tertunduk dan ketika dia mengelip matanya, dia kelihatan seperti dia akhirnya tidak mempunyai alasan lagi.

"Cepat, mengaku!"

"Saya hanya ikut apa yang Li Ce ingin saya lakukan. Kalau awak berani sangat, awak boleh mencari dia."

Zhuge Yue nampak sangat kecewa dan akhirnya dia berkata, "Baiklah. Tapi, kalau ini berlaku lagi, saya akan mengambil alih semua wilayah Li Ce. Pada masa itu awak dah tak boleh menjadi seorang gundik!"

'Teruskan berpura-pura.' Chu Qiao tergelak di dalam hatinya, namun dia masih berpura-pura mematuhi Zhuge dan berkata, "Sudah tentulah, saya bersetuju. Saya kotakan semua janji saya. Ini akan menjadi kali terakhir."

Zhuge Yue menggelengkan kepalanya seolah-olah egonya telah berkembang.

"Wah!" Tangisan seorang bayi tiba-tiba bergema dari kereta kuda yang dibawa oleh Chu Qiao. Suara itu segera mengejutkan semua orang. Chu Qiao dengan cepat mengangkat tudung kereta untuk memperlihatkan dua orang pengasuh yang sedang membawa bayi yang berusia hanya empat hingga lima bulan. Bayi tersebut baru saja terbangun dan kini sedang mengamalkan satu-satu kemahirannya iaitu menangis.

Chu Qiao segera mengangkat anak kecil itu dan mula menenangkannya.

"Apa ini?" Zhuge Yue kelihatan agak suram ketika dia bertanya dengan dingin.

Chu Qiao memberikan pandangan yang pelik apabila dia menjawab dengan jujur, "Bayi."

"Saya tahulah ini bayi!" Zhuge Yue tidak sabar dan mendengus, "Anak siapa ini?"

Chu Qiao tiba-tiba teringat yang dia belum menjelaskan keseluruhan keadaan ini kepada pemuda itu. Jadi, dia mula menjelaskan, "Ini putera ketiga Li Ce iaitu Li Qingrong. Tapi, kita mungkin perlu memberi nama yang berbeza kepada dia buat sekarang ini. Bonda dia bernama Zhan Ziming. Sebelum kematian Li Ce, dia telah menyerahkan anak ini kepada saya dan meminta saya untuk membawa dia keluar dari istana kerana berkemungkinan besar anak kecil ini akan tercedera jika dia terus tinggal di istana."

"Putera Li Ce?" Zhuge Yue mengerutkan kening untuk melihat bibir merah, gigi yang putih tulen dan juga sepasang mata berwarna hitam milik anak kecil itu yang sedang memandangnya. Pada ketika ini, dia sedang bermain dengan perhiasan yang tergantung pada pakaian Chu Qiao, matanya kerap bergerak mengikuti arus perhiasan tersebut. Sikapnya kelihatan sama seperti seseorang yang telah meninggal dunia itu.

Hati pemuda itu tiba-tiba berasa suram. Ketika Zhuge Yue hendak membuka mulutnya, anak itu tiba-tiba beralih kepadanya. Dengan matanya yang terguling-guling, kanak-kanak itu mula menangis dengan segala kekuatannya lagi, seolah-olah berasa terganggu oleh sesuatu.

"Apa yang berlaku? Kenapa dia menangis? "Chu Qiao kelihatan agak bingung.

Meixiang bergegas juga untuk bertanya kepada pengasuh, "Mungkin budak itu lapar?"

Pengasuh itu dengan segera menggelengkan kepalanya dan menjelaskan dia baru saja minum susu beberapa minit lalu. Meixiang segera memeriksa lampin kanak-kanak itu tetapi ia langsung tidak memberi tanda yang ia perlu ditukar.

Chu Qiao tiba-tiba memikirkan sesuatu dan dia berpaling dan bercakap dengan Zhuge Yue, "Anak kecil ini mungkin tak suka pada awak."

Wajah Zhuge Yue terus memucat apabila dia melaung, "Kenapa dia tak suka saya pula?"

"Apa kata awak bergerak ke belakang sikit untuk tengok sama ada kata-kata saya itu benar atau tidak."

Zhuge Yue tidak dapat menerima cadangan tersebut sambil dan menjawab, "Kenapa? Bukannya saya pernah membelasah dia pun."

"Sesetengah orang memang tak pandai berurusan dengan bayi. Mungkin awak termasuk dalam kategori ini."

"Betul itu, abang ipar, apa kata abang cuba berjalan lebih jauh. Mungkin Rong'er tak akan berasa begitu takut selepas melihat abang berjalan pergi." Jingjing terus menjadi batu api.

"Apa yang kamu cakapkan?" Yue Qi melenting dengan pantas dalam cubaan untuk menyelamatkan tuannya. "Sebenarnya, Tuan ini agak baik dan mesra..." Suaranya pudar dan tidak dapat didengar.

Akhirnya, Zhuge Yue melangkah pergi. Li Qingrong tiba-tiba berhenti menangis. Walaupun dia menangis dengan kuat sebelum ini dan kini dia masih menangis, tetapi kelihatan senyuman yang ketara di pipinya. Tidak lama kemudian orang ramai ketawa dengan bingit. Nampaknya, anak kecil itu secara tidak sengaja telah mencederakan kepalanya semasa dia sedang bermain dengan pedang Yue Qi dan akhirnya menggigit bahu Yue Qi sebagai balasannya.

Zhuge Yue mengambil tempatnya di atas batu yang jauh dan melihat orang ramai tersenyum di jauh, dia berbisik dalam hatinya, "Budak kecil ini benar-benar sama seperti ayahandanya."

Chu Qiao bergegas ke arah Zhuge Yue dan duduk di sebelahnya.

Malah Yue Qi yang berkuasa dan yang lain juga tidak tahu bagaimana untuk menguruskan anak ini. Mereka menyerahkan anak kepada Fang Chu yang terkejut dan berseru, "Ah! Anak kecil ini nampak macam dia begitu terkejut saja. Mari ke sini, peluk dia dulu. Hish! Saya suruh awak peluk dia, ambillah dia!"

Chu Qiao memeluk lengan Zhuge Yue dan bersandar pada bahunya. Dia memandang pemuda itu dari sisi sambil menghela nafas lega dan berkata, "Insiden ini akhirnya sudah berakhir."

"Awak letih tak?"

"Sedikit letih." Chu Qiao menutup matanya ketika cahaya keemasan matahari terkena ke mukanya. "Saya bimbang kerana awak mungkin berasa bimbang, jadi saya cuba mempercepatkan semuanya."

Zhuge Yue masih berasa agak kecewa dan terus bertanya, "Kenapa awak tak membaca surat saya?"

"Saya tak tahu sama ada saya akan berjaya." Chu Qiao mengangkat kepalanya dan tersenyum kepada Zhuge Yue. "Saya tak pasti sama ada saya akan berjaya dan ada juga kemungkinan yang saya boleh mati. Saya bimbang selepas membaca surat awak, saya mungkin tak mempunyai keberanian yang cukup untuk meneruskan rancangan itu."

Chu Qiao tersenyum seperti sekuntum bunga yang memekar, sebuah senyuman yang tidak pernah dilihat Zhuge Yue sebelum ini. Wanita itu tersenyum tanpa sebarang kebimbangan sebelum meneruskan, "Awak ini kelemahan saya. Awak membuatkan saya tidak mahu kekal kuat."

Melihat wajahnya, wajah Zhuge Yue menjadi lembut. Dia segera menarik wanita itu supaya mendekatinya sebelum berkata dengan suara yang tenang dan dalam, "Bila awak berada di sisi saya, awak tak perlu menjadi kuat." Pemuda itu lantas mencium dahi Chu Qiao setelah dia habis berkata-kata.

.

"Ah! Memalukan betullah! "Jingjing menjerit.

Langit yang luas itu telah menjadi latar belakang kepada sebuah landskap merah dengan daun-daun yang berguguran pada musim luruh.

Chu Qiao tidak pernah melihat Zhuge Yue tidur sebegitu nyenyak sebelumnya. Semenjak pemuda itu menjejakkan kakinya di atas kapal di Cangzhou ini, dia telah terlena dan tidak membuka matanya sepanjang hari. Malah, dia juga langsung tidak menyedari ketika Chu Qiao memasuki biliknya. Yue Qi berkata dia tidak tidur dengan lena sejak berangkat dari Bandar Zhen Huang. Dia mungkin berasa terlalu letih sekarang.

Keadaan Zhuge Yue tidak baik. Dalam beberapa hari yang lalu, dia telah melihatnya memakan ubat hitam secara senyap. Wanita itu telah bertanya kepada Yue Qi mengenainya, tetapi pemuda itu cuba menyembunyikannya daripadanya. Meixiang tahu sedikit tentang ubat-ubatan dan merumuskan yang Zhuge Yue mungkin terlalu letih dan akibatnya selesema.

Menjadi terlalu letih dan selesema…

Chu Qiao terduduk di atas kerusi sambil menadah dagunya. Perjalanan kapal itu agak lancar kerana tiada angin mahupun gelombang. Walaupun tingkap ditutup rapat, seseorang masih dapat melihat dengan samar pemandangan yang kian dijauhi.

Dia sekali lagi diingatkan pada masa itu ketika dia dipaksa melarikan diri oleh Zhao Chun'er. Pada masa itu, Zhan Ziyu dan Zhan Ziming hanyalah bangsawan yang dibuang negeri dan Li Ce masih sihat dan hidup sebagai Putera Empayar Tang. Encik Wu, Puan Yu dan lain-lain semuanya masih sihat dan hidup, berjuang untuk impian mereka. Yan Xun masih lagi seorang kawannya yang paling rapat dan juga kekasihnya. Bagi dirinya sendiri, dia penuh dengan keyakinan dia boleh menyumbangkan sesuatu kepada dunia ini, dibantu oleh rakan-rakan seperjuangan yang bersependapat.

Namun, pembunuh paling kejam di dunia ini adalah masa. Sekarang, Li Ce telah mangkat, Encik Wu dibunuh, Puan Yu mati dalam pelukannya, Zhan Ziyu menyeret keluarganya bersama-sama dengan cita-citanya. Rakan-rakan terdekatnya tidak pernah setia kepada perjuangan dan kebanyakannya meninggalkannya. Malah Yan Xun juga telah berubah menjadi orang asing.

Dengan peredaran masa, pencapaian yang banyak juga akhirnya diliputi dalam habuk seperti mimpi hilang; seperti rumput tinggi pada hujung musim luruh, bergoyang di angin dengan daun yang kering.

Sesungguhnya tiada siapa yang dapat menhentikan perubahan. Malah dirinya, bolehkah dia mengatakan dia adalah orang yang sama?

Berpaling dengan perlahan-lahan, Zhuge Yue nampaknya masih tidur. Dia selalu menjadi orang yang degil dan janggal. Walaupun semasa dia tidur, bulu keningnya telah berpeluh dengan banyak. Sepasang mata yang biasanya dingin itu kini ditutupi oleh kelopak mata, ciri kacaknya lebih jelas kelihatan seperti biasa. Khabar angin ada mengatakan yang pemuda-pemuda yang berciri wajah seperti itu kebiasaannya seorang yang dingin dan tidak beremosi. Namun, dia yang begitu teguh dalam emosinya dan berpegang teguh pada perasaannya sehingga Chu Qiao berasa kasihan padanya.

Empayar Tang telah menjadi lebih kelam daripada yang dijangkakan, bagaikansuatu amaran tentang bahaya yang bakal ditempuhi. Ia agak berbeza dari konflik yang ditunjukkan oleh Empayar Xia dan kebanyakannya adalah dalam bentuk anak panah yang tidak kelihatan. Dibungkus dengan perhiasan demi perhiasan, anak panah tersembunyi ini boleh membunuh sesiapa sahaja sebelum mereka dapat menyedari kehadiran pembunuh itu. Akhirnya, wanita itu dapat mengetahui kematian ayahanda Li Ce juga adalah berpunca daripada ibunda Li Ce.

Dia telah berulang kali cuba membunuh Maharaja dengan pelbagai cara, daripada racun sehinggalah ke pembunuhan upahan. Dalam proses itu, dia hampir berjaya beberapa kali, tetapi mantan maharaja selalu membiarkannya tanpa mendedahkan kejadian itu. Mantan Maharaja juga berasa agak murka jadi dia telah mengancam Raja Luo dan keluarganya. Malah, dia juga cuba membangkitkan sifat cemburu wanita itu dengan memberikan perhatiannya kepada wanita lain sebelum meletakkan wanita itu di bawah perintah berkurung banyak kali. Namun, dia masih tidak dapat memenangi hatinya. Ketika dia bertambah tua, dia menolak seluruh haremnya dan memberikan perhatiannya kepada wanita itu sahaja. Dia yang seolah-olah telah tersentuh dengannya dan akhirnya memberikan pemuda itu beberapa tahun yang damai.