Chapter 219 - Bab 219

Ketika matahari terbit di celah kabus pagi, para pengembara dan pedagang dari pedalaman sudah melepasi kawasan tersebut sambil menyanyikan lagu mereka dengan kuat dan menjual barang dagangan mereka. Perlahan-lahan matahari sudah terpacak di atas kepala. Sekumpulan penunggang kuda yang terdiri daripada anak perempuan para pegawai menderap perlahan untuk menuju ke kuil sambil diiringi pengawal bersenjata dan penjaga pedang seperti yang selalu digambarkan dalam novel wuxia. Beberapa orang telah datang untuk menyambutnya ketika mereka melihatnya berdiri di dalam khemah. Walau bagaimanapun, gadis itu tidak melihat apa-apa. Dia berdiri di sana dengan senyap ketika sekelilingnya bertambah bising dan kemudiannya tenang. Ketika matahari terbit dan terbenam, bulan mengambil alih sebagai objek utama di langit. Ia berbentuk bulan sabit berwarna perak yang menyerupai wajah seorang ibu yang baik hati.

Landskap di situ kelihatan kesunyian dan juga kesepian. Dia berdiri keseorangan ketika dia merasakan seluruh anggota badannya terasa lemah. Ketika langit beransur-ansur gelap, dia tidak dapat melihat apa-apa lagi kecuali pancaran cahaya bulan pucat yang menyinari rumput. Perjalanannya, masa depannya… Semuanya sudah hilang. Dia mengambil nafas panjang dan menundukkan kepalanya sambil menggerakkan lehernya yang terasa tegang. Wanita itu lantas melepaskan perasaan kecewanya dengan mengeluh kepada dirinya sendiri lalu memendam segalanya di dalam hati.

Angin yang bertiup lembut merentasi dataran luas itu telah menyebabkan rumput-rumput bergeseran. Hatinya menjadi kosong apabila banyak kenangan lalu terbayang di dalam fikirannya. Segala memorinya terasa begitu jauh dan yang tinggal hanyalah sekeping tanah tandus yang memutih. Segala yang telah dialaminya dalam sepuluh tahun lalu menjadi seperti asap dan yang tinggal hanyalah kesuraman dan pemandangan yang sepi.

Dia berpaling dan memegang tali kuda. Kuda tersebut mendekatinya lalu menggosokkan kepalanya di muka Chu Qiao seolah-olah memandangnya dalam kebimbangan.

"Haha," Chu Qiao ketawa apabila dia berasa geli. Liu Xing, kudanya telah dipulangkan Zhuge Yue setelah menjaganya selama bertahun-tahun. Mereka tetap rapat seperti biasa. Dia menolak kuda itu dengan tangannya sambil menegur dengan suara yang serak, "Liu Xing, hentikannya." Tangannya tersentuh pipinya dengan tidak sengaja apabila dia menyedari angin telah menyebabkan luka di pipinya itu. Dia terkejut lantas berpaling ke arah Liu Xing. Kuda tersebut berpaling ke arah utara dan mendengus, seperti memberi isyarat mahu membawanya kepada seseorang.

"Budak baik," Dia mengusap kepala kuda tersebut sambil bersandar di lehernya. Kuda itu sudah berusia, sama seperti hatinya yang telah dilukai pengalaman pahit yang tidak terkira banyak. "Jom," Dia berdiri tegak dan menarik kudanya sambil menuju ke arah selatan.

Cahaya bulan yang menyinari tubuh wanita itu menghasilkan sebuah bayang-bayang panjang di atas tanah putih. Sekawanan burung gagak yang berterbangan pada waktu malam itu terkejut ketika mereka sedang terbang melintasinya. Bayang-bayang wanita muda itu menjadi pudar dalam kejauhan dan akhirnya hilang setelah beberapa ketika. Mungkin ketenangan dan kedamaian secara aslinya akan sentiasa mendahului ribut.

Hari itu merupakan hari ketujuh tahun baru. Bandar Zhen Huang masih meraikannya dalam suasana gembira. Salji lebat telah menyebabkan bandar itu kelihatan putih. Sekumpulan tentera memasuki pintu gerbang kota dengan diiringi tabik hormat dari pengawal sehingga mereka hilang di penghujung jalan yang panjang.

Zhuge Yue memasuki kediamannya melalui pintu belakang. Orang luar yang berharap untuk mencuri maklumat patut melupakan hasrat mereka kerana pegawai Kediaman Qingshan telah membuat segala persiapan beberapa hari lebih awal. Zhuge Yue masuk ke halaman itu dengan bersahaja sambil melemparkan jubahnya ke tangan Huan'er. Dia bertanya dengan nada yang berat, "Mana orang itu?"

"Dia ada di dalam. Dia sudah lama menunggu."

Ketika pintu bilik dibuka, bau wangi cendana merebak keluar dari dalam. Seorang lelaki berjubah hitam sedang berdiri dengan wajahnya yang tampan dan bentuk mukanya yang sangat menarik. Pandangan matanya tajam dan menakutkan namun lemah-lembut. Kedua-dua mereka saling bertatapan buat seketika. Akhirnya wajah dingin Zhuge Yue bertukar menjadi sebuah senyuman. Dia mengambil satu langkah ke hadapan ketika kedua-duanya saling menepuk bahu antara satu sama lain kemudian berpelukan.

"Sepanjang perjalanan kamu lancar ke?" Zhuge Yue mengeluarkan pedang di pinggangnya lalu mengambil tempat di atas kerusi sebelum menghirup air teh dari cawan Zhao Che.

Zhao Che tergelak sebagai respons. Dia sudah matang setelah mengalami banyak onar kehidupan sepanjang hari-harinya di sempadan. Jelas sekali dia tidak lagi kelihatan seperti seorang putera yang angkuh dan tidak boleh dikawal.

"Ia bagus, cuma saya masih tidak dapat membiasakan diri dengan bau kosmetik di sini. Dalam perjalanan saya ke sini, saya dah bersin beberapa kali."

Zhuge Yue menjawab dengan berjenaka, "Nasib baik kamu sedang bercakap dengan saya, kalau dengan orang lain mungkin kamu akan dibelasah."

Zhao Che merampas kembali cawannya dan melihat lelaki itu dari hujung matanya. "Kamu sempat lagi mengusik saya pada waktu begini. Nampaknya kamu tak langsung tak pandang tinggi pada lelaki Yan Bei itu."

Zhuge Yue mengangkat keningnya dan bertanya, "Kamu fikir yang mereka bertanggungjawab untuk ini juga ke?"

"Terang lagi bersuluh." Zhao Che ketawa dingin lalu menyambung, "Semasa konflik pertama di utara, Song telah membekalkan rangsum secara rahsia kepada Yan Bei melalui perairan selatan di Tang dan juga di sepanjang barat laut. Semasa konflik kedua, Song bekerjasama dengan Yan Bei kerana mereka melakukan latihan ketenteraan berhampiran sempadan timur Xia untuk menarik perhatian kita. Mesti ada hubungan rahsia antara Yan Bei dan Song. Cuma saya tak jelas siapa yang berjaya memujuk Puteri Nalan untuk bekerjasama dengan Yan Bei."

"Kita tak perlu tahu siapa orang itu. Cukuplah kalau sekadar tahu niat sebenar mereka," Zhuge Yue menjawab dengan tenang kerana tidak mahu membuang masa akan hal ini lagi. Dia berpaling dan bertanya, "Bagaimana dengan keadaan di timur laut? Bagaimana dengan persediaan kamu?"

Ekspresi bangga terpancar jelas di wajah Zhao Che ketika mereka membincangkan topik ini. Dia menyatakan dengan yakin, "Kamu tak perlu risau. Timur laut berada dalam keadaan stabil di bawah pengawasan saya. Laluan perdagangan di Roulan telah dibuka. Tanah di Hu'e di kawasan berat telah menjadi subur. Rakyat di sana menjalani kehidupan dengan selesa. Kami telah menjalankan kerja-kerja pembinaan secara rahsia selama dua tahun. Sekarang, tanah di Donghu di bawah pemerintahan saya. Dengan bantuan ekonomi dari kamu, ia telah menjadi sebuah tempat yang makmur. Dalam tiga hingga ke lima tahun lagi, kemakmuran Donghu akan menandingi Xia."

"Kamu memindahkan rakyat secara rahsia. Orang atasan tak sedar akan hal ini ke?"

"Kita patut berterima kasih kepada Wei Shuye kerana telah menyelamatkan saya ketika di dewan persidangan. Lagipun, Donghu itu terlalu jauh dan mempunyai Pergunungan Baicang sebagai pelindung. Rakyat awam mereka pun terdiri daripada pelbagai etnik jadi orang atasan tidak mengambil peduli mengenai hal ini."

Zhuge Yue mengangguk dan menjawab dengan nada yang berat, "Baiklah."

Zhao Che menghembuskan nafas panjang sambil menepuk bahu Zhuge Yue dengan pandangan rasa ingin tahu dalam matanya. Dia tersenyum lalu berkata, "Kamu sudah melakukan yang terbaik untuk Donghu. Kalau kamu ada masa pergilah melawat tempat itu. Kamu pun sudah lama tak berjumpa dengan Ah Rou."

Api yang menyala di pendiangan itu telah menyebarkan kehangatannya ke seluruh bilik. Masa berlalu dengan pantas dan dalam sekelip mata sahaja dua tahun telah berlalu. Kedua-dua mereka yang telah dipandang hina dan langsung tidak berstatus ini kini sedang berdiri memandang satu sama lain seperti segalanya yang telah berlaku kepada mereka itu semuanya mimpi.

Pada tahun itu ketika Zhao Yang gagal dalam usaha penaklukannya di utara dan Zhao Qi telah terkorban dengan sungguh tragis, Zhuge Yue dan Zhao Che menawarkan diri mereka sebagai ketua pasukan tentera Xia. Mereka telah kalah dengan teruk dan kembali ke Sempadan Yanming lalu mencetuskan permulaan konflik kedua di utara. Pada tahun di mana mereka bekerjasama, hubungan mereka telah bertukar daripada musuh politik yang selalu bertelingkah kepada rakan perang yang menjaga antara satu sama lain. Oleh kerana mereka telah melalui banyak peperangan bersama-sama, mereka telah membentuk satu pasukan yang paling stabil di benua Barat Meng. Kedua-dua lelaki yang dahulunya telah mengharungi banyak onar hidup ini kini telah menjadi kawan. Dari rasa kebaikan terhadap satu sama lain, rasa penghargaan, penghormatan dan kepercayaan antara satu sama lain perlahan-lahan berkembang melalui fasa hidup dan mati yang mereka telah alami secara umumnya.

Komunikasi antara mereka terputus sementara ketika Zhuge Yue kalah dalam pertempuran di Yuegong manakala Zhao Che pula telah dilucutkan jawatan ketenteraannya dan dibawa pulang ke Zhen Huang. Selepas Zhao Che tiba di Zhen Huang, dia tidak memutuskan perhubungan dengan Zhuge Yue. Sebaliknya, dia mengerahkan tenteranya untuk melakukan operasi menyelamat di Yan Bei sementara dia cuba untuk membersihkan nama dan reputasi pemuda itu di dewan persidangan. Akhirnya dia dimarahi oleh para pegawai kerana tindakannya itu. Zhao Che juga terkesan apabila dia dibuang ke kawasan timur laut yang miskin untuk menjaga sempadan di sana.

Layanan yang diterima oleh Zhao Che membolehkan dia melihat watak-watak hina di zaman pemerintahan dinasti ini merosot sekali lagi. Keluarganya berbuat demikian kerana mereka tidak boleh membunuhnya. Dia meninggalkan ibu negara tersebut dengan rasa kecewa dan mengembara untuk menuju ke destinasinya. Bagaimanapun, ketika dia hampir sampai ke sempadan itu, dia telah bertemu dengan Zhuge Yue yang telah menjejakinya dari jauh.

Dua orang bangsawan mulia yang telah kehilangan segala-galanya ini telah membuat perjanjian berdarah untuk menyelamatkan negara mereka di bawah tanah sejuk yang dibinasakan oleh angin utara. Oleh itu, mereka mengembara ke arah yang bertentangan di sudut masing-masing di mana tiada sesiapa yang akan mengganggu mereka. Juga, tiada sesiapa yang mengetahui mereka mempunyai sokongan ketika mereka berjuang untuk negara dengan semangat patriotik yang penuh di dada. Walau bagaimanapun, Zhao Che mengetahui alasan sebenar buat Zhuge Yue membantu Xia dengan menghapuskan banyak krisis negara itu. Sebab utamanya ialah membalas budi baik Xia kerana telah menolongnya. Dia kelihatan dingin di luar tetapi sebenarnya dia seorang yang menyenangkan. Pemuda itu akan mengingati setiap jasa yang telah diberikan kepadanya, tidak kira seremeh masa jasa tersebut.

"Bagaimana dengan kegeringan maharaja?"

Kening Zhao Che terangkat lalu dia menjawab dengan tenang, "Maharaja gering sangat. Mungkin dia tidak mempunyai banyak masa lagi."

Zhuge Yue berkerut lalu berkata dalam nada yang berat, "Kita perlukan sedikit masa lagi."

Zhao Che mengangguk sambil ketawa, "Bagaimanapun, ia mungkin juga tak akan berlaku. Beberapa tahun yang lalu doktor juga ada bercakap perkara yang sama namun dia masih hidup sampai ke hari ini. Dia seorang yang bercita-cita tinggi dan dia tak akan mangkat dengan begitu mudah."

Zhuge Yue berpaling sambil mengerutkan keningnya dan berkata, "Dia ayahanda kamu."

"Lupakan semua itu. Kami hanya ayahanda dan anakanda atas nama sahaja. Kalaulah Wei Shuye tidak mencampur tangan bagi pihak saya, saya mungkin tak akan ditugaskan ke sempadan dan kepala saya pasti dah dipenggal di Platform Jiu You. Semua orang tahu mengenai hal ini. Orang hipokrit macam dia buat saya rasa jijik."

Zhao Che kelihatan lebih seperti seorang askar oleh kerana pemuda itu telah menghabiskan dua tahun yang lalu dalam kepayahan hidup. Dia memerhatikan Zhuge Yue sebelum bercakap dalam nada yang berat, "Bagaimana pula dengan kamu? Macam mana kamu akan menangani perkara ini?"

Zhuge Yue memandang wajah sahabatnya itu dan bertanya, "Apa pendapat kamu?"

"Pendapat saya, kenapa kamu tak bersetuju saja untuk berkahwin dan lihat reaksi mereka? Saya rasa mereka menjangkakan yang kamu akan menolak tawaran perkahwinan itu. Apa kata kita berikan kejutan kepada mereka?"

Zhuge Yue mengerutkan keningnya sedikit. Ini sememangnya cara yang terbaik untuk mereka perbaiki. Walau bagaimanapun, dia tersenyum tanpa mengucapkan apa-apa perkataan seperti ekspresi wajahnya yang tetap sama.

"Cinta itu sememangnya perkara yang menjatuhkan seorang pahlawan. Saya rasa kamu memang sesuai sangat dengan ungkapan ini. Sampai sekarang kamu masih lagi tak berputus asa?"

Zhuge Yue mengabaikan soalannya dengan menjawab, "Ada cara lain juga. Kalau mereka mahu bermain permainan ini, saya dengan senang hati akan menerimanya. Saya boleh mengalihkan perhatian mereka dan membuka peluang lain untuk kamu."

Zhao Che menjawab dengan nada yang berat, "Mereka sangat agresif kali ini. Kamu ada jalan lain untuk melarikan diri?"

"Tiada jalan lain untuk melarikan diri?" Zhuge Yue tersenyum dan membalas dengan dingin, "Kalau begitu, saya akan membuatnya sendiri."

Zhao Che mengangguk sambil berdiri dan memegang pedang di tangannya. Jubah hitamnya menonjolkan posisi tubuhnya yang menakutkan. Dengan nada yang tegas dia berkata perlahan, "Sia-sia saja kalau kita hanya berterusan membuat rancangan sulit terhadap orang lain. Pada akhirnya, pedang kita juga yang akan bertindak. Saudara Keempat, semuanya dah tidak sama lagi seperti dulu. Jika ada perkara yang kita tidak suka, tak perlu lagi untuk kita bertolak ansur. Dengan kuasa yang kamu ada, tiada siapa yang boleh paksa kamu."

Zhuge Yue ketawa dengan penuh semangat lalu berkata, "Kamu ini membuatkan saya kelihatan seperti seorang wanita lemah yang terpaksa melakukan perkara yang saya tak suka tetapi saya menghargai niat kamu. Kamu mesti bersembunyi dengan berhati-hati kerana kamu menyelinap masuk ke dalam bandar."

Zhao Che menyatakan, "Walau apa pun yang berlaku, saya masih perlu melawat kamu."

Related Books

Popular novel hashtag