Chapter 21 - Bab 21

Zhuge Yue si musang licik! Chu Qiao berfikir sendirian. Dia jatuh melutut dengan penuh rasa cemas dan pantas berkata, "Xing Er takkan berani menipu."

"Ye ke?" Zhuge Yue menundukkan kepalanya dan tertawa kecil sendirian. "Jadi, terangkanlah pada saya."

"Pada empat haribulan bulan lepas, Xing Er dan juga beberapa kumpulan hamba perempuan dibawa ke sebuah arena pemburuan oleh tuan muda Huai. Akhirnya, Xing Er seorang saja yang terselamat dan bila Xing Er balik, Xing Er berasa takut sangat. Sementara menunggu kecederaan saya untuk sembuh, saya mengambil peluang untuk mengemas barang saya dan bercadang untuk larikan diri."

"Larikan diri?" Zhuge Yue meraih kedua belah keningnya dan lantas bertanya, "Kamu bercadang untuk melarikan diri ke mana?"

Chu Qiao kemudian menjawab lembut, "Saya pun tak tahu. Saya hanya tak nak duduk saja dan menunggu mati. Mungkin tuan muda berasa seperti Xing Er sedang memberontak kerana berfikir sebegitu, tapi kita semua hanya hidup sekali. Mungkin pada mata orang lain, hidup Xing Er ni tak bermakna, tapi bagi Xing Er, inilah satu-satunya yang saya ada. Namun, apabila saya ingin melarikan diri, saya ditangkap oleh Pengawal Song. Dia terus membelasah saya dengan teruk. Dan hari ni apabila Pengawal Song ternampak saya, dia mesti berasa takut yang saya akan membalas dendam kepada dia. Jadi, dia nak mencederakan saya supaya saya tak cakap apa-apa."

"Oh yeke? Barulah saya faham sekarang. Dia memang berani." Zhuge Yue meneguk tehnya dan berkata dengan nada yang tenang, "Kamu masih ingat sama ada dia pukul kamu atau tak?"

Chu Qiao terpana apabila melihat renungan mata Zhuge Yue yang sangat tajam bak renungan seekor ular yang tertumpu padanya. Chu Qiao lantas menundukkan kepalanya dan berkata, "Ia berlaku tak lama dulu. Sebab itu Xing Er masih ingat."

"Ingatan kamu tidaklah begitu teruk." Zhuge Yue mengangguk dan menyambung, "Jadi, kamu masih ingat bagaiman Jin Si dan Jin Zhu memperdayai saya untuk membunuh Lin Xi? Ingat bila Zhu Shun menjual kesemua ahli keluarga kamu? Ingat bila seseorang cuba untuk membunuh kakak-kakak kamu?"

Jantung Chu Qiao berhenti berdegup seketika dan lalu dia menghentakkan kepalanya ke lantai sambil berkata dengan air mata yang berjujuran di pipi, "Tuan muda, Xing Er ingat semuanya. Dia juga sedar akan dirinya sendiri dan tahu tugasan dan kuasa yang diterima."

"Apa yang kamu cuba cakap adalah pada hari kamu dapat semua kebolehan seperti dia, barulah kamu akan membalas dendam, ya?"

Chu Qiao terus mendongak dengan raut wajah yang tergamam kengerian lantas berteriak, "Tuan muda keempat!"

"Kamu tak perlu nak menafikannya lagi. Pertama kali saya melihat kamu, saya sudah tahu bahawa kamu bukannya seorang anak gadis biasa. Saya nampak yang mata kamu sedang melindungi banyak perkara."

Dengan air mata yang berlinangan tanpa henti, Chu Qiao memuncungkan bibirnya dan berkata, "Apa yang Tuan Muda fikir saya akan buat? Adakah dia berfikir yang Xing Er akan bunuh seseorang? Atau dia fikir yang Xing Er yang telah menganayai Jin Zhu dan Jin Cai? Xing Er masih muda lagi. Walaupun dirinya penuh dengan kebencian, dia masih tahu perkara yang sepatutnya dilakukan dan juga perkara yang tak patut. Keluarga Xing Er dan ramai lagi ahli suku kaum kami dibunuh. Xing Er yang dulunya dihormati telah menjadi hamba dalam masa satu malam saja. Kalau adanya benci, bukankah sepatutnya kebencian tu ditumpukan kepada maharaja Istana Sheng Jin, gereja Presbyterian yang keluarkan arahan tersebut, dan juga Tentera Huang Tian yang dah meniru keluarga dia? Tuan muda, Xing Er tak ada kemahiran yang handal begitu. Saya hanya nak hidup bahagia. Perkara tu semua terlalu serius untuk Xing Er lakukan."

Chu Qiao melutut di atas tanah dengan tulang belakangnya lurus dan kepala yang tegak, bahu Chu Qiao bergetar tanpa henti bagaikan dia berada dalam ketakutan yang amat, sehingga air matanya pun tidak mengalir.

Zhuge Yue merenung anak gadis ini dengan tajam yang lama kelamaan menjadi semakin lembut semasa mendengar tangisan yang menimbulkan rasa belas itu. Zhuge Yue lantas meletakkan cawan tehnya ke atas meja, lalu bersandar di atas sofa dan berkata perlahan, "Berdiri."

Chu Qiao merapatkan bibirnya, matanya yang berair dan kemerahan itu terbeliak.

Zhuge Yue memandang gadis kecil di hadapannya ini, melihat tubuh badannya yang kecil itu dan muka yang merah berserta genggaman tangannya yang cemas dan kecil itu bagaikan dia sedang mencuba sedaya upaya untuk menahan tangisannya, Zhuge Yue lantas melepaskan keluhan panjang. Dia telah mengalami banyak pengkhianatan, lantas dia telah belajar untuk mencurigai segala perkara yang berlaku di sekelilingnya sehinggakan dia mencurigai seorang anak kecil.

"Okay. Saya dah salah mentafsir kamu. Menangis dengan kuat sajalah." Pada orang-orang suruhan Zhuge Yue, ini sudah dikira sebagai sebuah permohonan kemaafan kerana dia tidak pernah bercakap dengan sopan sebegitu dengan yang lain, kecuali kepada gadis kecil yang sedang berdiri di hadapannya ini, dengan matanya yang besar, bulat dan berlinangan itu.

Zhuge Yue secara tiba-tiba berasa jengkel tanpa sebarang sebab. Dia lantas melambai tangannya dan berkata, "Pergilah. Jangan berdiri tercegat di situ saja dan merenung saya."

Tanpa menguturkan sebarang kata, Chu Qiao berpaling marah dan mula untuk beredar.

"Berhenti dekat situ!" Zhuge Yue tiba-tiba menjerit dan Chu Qiao dengan patuh berdiri di situ, membelakangi Zhuge Yue.

Zhuge Yue mengeluarkan sebuah botol tembikar kecil dari dalam laci dan dengan perlahan mengorak langkahnya ke arah Chu Qiao. Dia lantas meletakkan tangannya ke atas bahu Chu Qiao dan berhasrat untuk memalingkan Chu Qiao untuk mendepaninya. Namun, jari-jemari Zhuge Yue dapat merasakan ketegangan di bahu Chu Qiao, dan lantas meraihkan kedua belah keningnya sementara Chu Qiao bersungguh-sungguh cuba untuk menahan daripada dipalingkan menghadap Zhuge Yue. Zhuge Yue yang lebih tua dan mempunyai kudrat yang lebih daripada gadis kecil itu akhirnya berjaya untuk memusingkan badan kecil itu untuk menghadapinya. Anak kecil yang berwajah sendu berdiri di hadapannya dan setelah melihat Zhuge Yue, tangisan anak kecil itu berjujuran dengan berterusan.

"Tak mengapa. Berhenti menangis. Saya hanya marah kamu sikit saja." Tuan muda itu berkata sambil mengerutkan dahinya, "Kamu yang membuat kesalahan dan lepas tu tak sangka yang orang lain akan menuduh kamu?"

"Saya tak buat apa-apa perkara yang salah pun. Tuan muda yang menyuruh saya untuk menunggang kuda. Saya sedang belajar dengan baik dan tiada sesiapa yang berkata apa-apa." Budak kecil berusia lapan tahun itu akhirnya melepaskan ketidakpuasan hatinya dan melawan kembali kata tuannya. Sementara mengomel, dia masih teresak-esak sambil hingus yang mengalir ke dalam mulutnya.

Zhuge Yue mengerutkan mukanya sedikit dan lantas mengeluarkan sapu tangan untuk mengelap air mata yang mengalir dari pipi anak itu. Sambil mengelap air matanya, dia berkata, "Kamu masih berani untuk menangis? Kamu dah hilangkan kuda saya kelmarin, dan hari ni seekor kuda padi pun dah mati disebabkan kamu. Kamu masih tak nak mengaku itu salah kamu?"

"Ia bukan… ia bukannya seperti saya yang mahu menunggang kuda. Lagipun, Putera… Putera Yan dah pulangkan balik kuda yang hilang tu. Saya dengar tadi." Anak kecil itu masih degil dan ingin mempertahankan dirinya sehingga mati, dengan air mata yang masih mengalir membasahkan sapu tangan milik Zhuge Yue.

Zhuge Yue ingin mengambil sehelai lagi sapu tangan, namun gadis kecil itu lebih pantas menyambarnya dan mengesat hingus di hidungnya. Terkejut, Zhuge Yue merenung sapu tangan yang kotor dan melekit itu. Anak kecil itu menyambung dan berkata, "Malah kuda padi tu pun dah dibunuh oleh tuan muda sendiri."

"Jadi, maksud kamu, kamu tidak melakukan apa-apa kesalahan?"

Kanak-kanak itu merendahkan pandangannya lantas berbisik, "Apa yang saya cakap adalah hakikatnya."

Cahaya mentari menyinari dari penjuru tingkap ke bahu mereka. Anak gadis yang kecil itu hanya berada di paras bahu tuan muda itu walaupun dia sedang berdiri tegak. Mukanya merah bak sebiji epal.

"Ini untuk kamu." Zhuge Yue meletakkan sebuah botol tembikar ke dalam genggaman tangan Chu Qiao dan berkata, "Pergi balik dan sapu pada diri kamu sendiri."

Lagipun, anak kecil itu tidak dapat menumpukan perhatian buat masa yang lama dan dia juga senang terganggu. Zhuge Yue tersenyum licik sambil memandang gadis itu, yang memegang botol tembikar itu dan bertanya dengan penuh curiga, "Apa ni?"

"Ubat untuk sembuhkan luka."

Sebentar tadi, tapak tangan Chu Qiao telah digores apabila kuda padi itu sedang berlari pantas. Anak kecil itu menggigit bibirnya, mengangguk faham dan berkata, "Tuan muda keempat, boleh ke kalau Xing Er beredar sekarang?"

Tuan muda keempat itu kembali ke sofanya dan menundukkan wajahnya dengan raut wajah yang seolah-olah dia tidak mahu melihatnya lagi. Zhuge Yue lantas melambaikan tangannya sambil berkata, "Kamu boleh pergi sekarang."

Chu Qiao baru sahaja ingin membuka pintu bilik apabila Zhuge Yue tiba-tiba terjerit, "Xing Er, lepas ni kalau kamu jumpa Putera Yan, jangan dekati dia."

Chu Qiao menyengetkan kepalanya dan lantas merenung Zhuge Yue dengan kebingunan.

Zhuge Yue memasamkan mukanya dengan bengang dan menjerit, "Faham tak?"

"Faham!" Anak kecil itu membalas dengan lantang dan lalu memalingkan badannya untuk beredar. Badannya yang kecil itu tersadung ambang pintu yang tinggi itu dan menyebabkan dia untuk hampir terjatuh.

Gadis kecil itu sudah mula untuk menjadi lebih berani. Raut wajah tuan muda itu bertukar muram sambil mengambil nafas yang dalam.

Sebaik sahaja dia membuka pintu, Xing Er terlihat raut wajah bimbang milik Zhu Cheng. Dia berlari pantas ke arah Xing Er, dan terlihat akan muka sembamnya dan lantas bertanya dengan penuh kebimbangan, "Apa yang tuan muda cakap? Dia marah ke?"

Chu Qiao merenung mata Zhu Cheng dan mengangguk sedih dan lantas terus memasuki bilik tidurnya.

Zhu Cheng memasuki bilik Zhuge Yue dengan perasaan takut dan terlihat kepala tuan muda itu sedang tertunduk. Dia tidak berani untuk berbuat sebarang bunyi dan dia terus berdiri di situ dengan diam. Setelah seketika, terdapat sesuatu benda yang sedang melayang terus ke arah kepalanya dengan tiba-tiba. Zhu Cheng berada dalam ketakutan yang teramat. Dia tidak berani untuk mengelak pun dan dia berkata sendirian, aku akan mati. Namun, benda yang menghentak kepalanya itu adalah sesuatu yang lembut, jadi kepalanya langsung tidak terasa sakit. Dia melihat ke bawah dan ternampak bahawa ianya adalah sehelai sapu tangan bersama perkataan "Yue" yang telah disulamkan di atasnya.

"Buang sapu tangan ni."

Zhu Cheng tiba-tiba teringat akan muka Chu Qiao yang lencun dengan tangisan itu, dan dia juga teringatkan sesuatu. Setelah seketika, Zhu Cheng mengangguk dan membalas, "Ya, tuan."

Namun, apabila dia ingin berangkat pergi, dia terdengar akan suara Zhuge Yue yang berkata, "Tunggu sekejap." lantas Zhu Cheng memusingkan badannya untuk menghala ke arah tuan mudanya itu dan menunggu arahannya dengan patuh, seperti seorang hamba.

Wajah Tuan Muda itu terus bertukar merah dalam sekelip mata dan dia berfikir buat masa yang lama namun tidak menguturkan sebarang kata.

Zhu Cheng dengan penuh waspada mengangkat kepalanya dan terlihat akan kerutan muka Zhuge Yue, seolah-olah tuannya itu akan membuat suatu keputusan yang besar. Zhu Cheng mengenali bahawa raut wajah inilah yang sering dibuat Tuan Muda semasa dia ingin menyelesaikan suatu permasalahan yang besar, jadi Zhu Cheng menjadi sangat peka untuk mendengar arahan seterusnya. Akhirnya, suatu nada memerintah mengarahkan Zhu Cheng, "Pergi dan basuh sapu tangan tu. Bawa ia kembali lepas ia dah bersih."

"Apa?" Zhu Cheng terjerit akibat terperanjat.

Darah Zhuge Yue kembali membuak, "Apa? Kau tak faham ke?"

"Saya faham. Saya akan lakukannya sekarang."

Chu Qiao berjalan di sepanjang koridor dengan kepala yang tertunduk dan lantas tidak mengendahkan sesiapa sahaja yang melepasinya. Setelah dia menutup pintu bilik tidurnya, mukanya tidak lagi kelihatan sugul dan murung, malah ianya kelihatan tenang dan anak matanya bersinar. Dengan tangan di dada, dia lantas duduk di atas bangku dan menuangkan secawan teh namun tidak meminumnya.

Akhirnya, cabaran hari ini telah berakhir. Tidak kira betapa Zhuge Yue meletakkan kepercayaan ke atas dirinya, tampaknya Chu Qiao terselamat buat masa kini.

Apabila angin kuat meniup bajunya yang basah, Chu Qiao dapat merasakan kesejukan di tulang belakangnya. Setelah meneguk teh di dalam cawan itu, dia mula untuk berasa tenang dan lantas menutupi matanya dan melepaskan sebuah keluhan penuh kelegaan.

Apa pun yang bakal terjadi, dia harus meneruskan rancangannya kerana dia telah kesuntukan masa.

Salji yang turun pada tahun ini amatlah sejuk sehingga ia boleh menikam kulit sehingga ke tulang rusuk.

Di tengah-tengah malam yang gelap, bintang-bintang yang bergemerlapan itu menyinari bumi. Musim sejuk telah tiba dan kini salji tebal boleh dilihat sejauh mata memandang. Festival Yuan baru sahaja berlalu dan Bandar Zhen Huang telah menyambut permulaan kepada kemalangan yang bakal menimpa mereka.

Bandar Zhen Huang diliputi ais, dan jalan di antara istana dan juga rumah-rumah Presbyterian dinyalakan dengan lampu-lampu dan juga sibuk dengan kereta kuda. Pasukan tentera yang telah berkawad ke barat untuk menentang dalam pertempuran itu telahpun dikalahkan dan bau darah mereka boleh dihidu daripada sungai yang mengalir turun dari bukit itu. Semua orang sedar akan kekalahan mereka itu.

Pasukan tentera Quan Rong bertambah maju untuk memprovokasi negara itu, lantas membangkitkan kemarahan para bangsawan. Mereka merasakan bahawa kuasa mereka dicabar dan mereka juga berasa terancam, lantas tercetusnya sebuah peperangan baru. Sebelum itu, seseorang harus bertanggungjawab ke atas kekalahan mereka sebelum ini supaya maruah empayar dapat dijaga rapi.

Dekri yang bersalutkan emas itu dihantar daripada istana Sheng Jin, melepasi rumah ketua-ketua Presbyterian dan juga melalui dataran Zi Wei, jalan utama Jiu Wai, mazbah Cheng Tian, pintu utama Qian Kun dan terus ke daerah sempadan.

Malam sebelum keadaan menjadi huru-hara, rakyat bandar itu langsung tidak menyedari akan permulaan sebuah peperangan dan sedang nyenyak tidur di dalam rumah mereka sendiri.