Chapter 15 - Bab 15

Masa merangkak berlalu dengan perlahan dan pengiring-pengiring di luar berulang kali memasuki ruangan itu untuk memeriksa apa yang mengambil masa yang lama. Akhirnya, Zhuge Yue menolak papan permainan go ke sisi dan berdiri. Gundik di sisinya serta-merta melangkah ke hadapan untuk menolong tuan muda keempat itu memakai kasut but berkulit rusa miliknya. Dia juga telah memakai jubah berwarna biru muda bersulamkan bunga-bungaan yang gelap bersama kot luaran yang diperbuat daripada bulu musang. Anak kecil yang belum berusia tiga belas tahun itu memancarkan sebuah kematangan yang tidak dapat diketahui datang dari mana.

"Jom kita pergi," Zhuge Yue menggumam semasa membawa sekumpulan gundik miliknya keluar dari ruangan itu.

Di perkarangan hadapan, segerombolan kuda-kuda baka terunggul sedang berkumpul dan menunggu tuan-tuan mereka di dalam dewan itu. Oleh kerana keleawatan Zhuge Yue untuk tiba, tuan muda yang lain daripada kediaman Zhuge telahpun beredar. Seorang hamba melutut di atas permukaan tanah untuk memberi peluang bagi Zhuge Yue untuk memanjat kuda tinggi dan tegap itu.

Setelah dia membuat segala persiapan untuk bergerak ke luar, Zhuge Yue secara tiba-tiba memalingkan kepalanya ke arah seorang gundik yang masih tercegat di pintu gerbang hadapan itu dan bertanya, "Xing Er, kau pernah nampak cahaya semasa festival lantera tu tak?"

Chu Qiao yang terperanjat dengan soalan yang diajukan oleh Zhuge Yue itu pantas menggelengkan kepalanya.

Zhuge Yue menganggukkan kepalanya dan lantas berkata, "Naik ke atas ni, aku akan bawa kau pergi jumpa dia orang."

Chu Qiao terpana seketika sebelum menyedari apakah yang dimaksudkan oleh Zhuge Yue dan menjawab segera, "Tuan Master, saya mana boleh buat macam tu."

Zhuge Yue memasamkan mukanya dan ingin menyuarakn pendapatnya namun Chu Qiao telah memotong percakapan tuan muda itu sambil mengambil satu langkah ke hadapan. "Xing Er boleh menunggang kuda lain."

Zhuge Yue berasa musykil akan hal ini dan merenung tubuh badan milik Chu Qiao yang kecil molek itu dan kemusykilannya semakin bertambah.

"Tuan, bagi Xing Er seekor kuda. Xing Er boleh menunggang kuda tu."

Zhuge Yue tersenyum lembut dan mengangguk ke arah pembantu peribadinya Zhu Cheng. Seekor kuda kecil berwarna merah gelap keunguan itu dipimpin keluar dari ladan yang meluas itu. Walaupun kuda itu sangat kecil jika dibandingkan dengan kuda-kuda yang lain, namun ia masih kelihatan seperti gergasi bagi Chu Qiao. Setiap anak mata hanya merenung gundik milik tuan muda keempat itu dan apabila mereka melihat yang ketinggiannya tidak melebihi kaki kuda pun, mereka tertawa kecil.

Anak kecil itu mengelilingi kuda itu sebanyak dua pusingan dan meraih kedua belah tangannya ke atas kepalanya untuk mengusap kuda itu namun dia hanya berjaya mengusap belakang kuda itu. Zhuge Yue yang merasakan situasi ini sangat lucu dan hampir memanggil seseorang untuk menolong anak kecil ini, tetapi dia telah menggenggam kuda itu kuat dan melonjak dengan sepenuh tenaga ke atas kuda itu. Tingkah lakunya apabila melonjak ke atas itu sangat cekap dan tepat.

Orang-orang sekeliling yang sedang memerhati Chu Qiao itu melepaskan nafas pendek akibat terperanjat dengan kebolehan anak kecil ini. Zhuge Yue menoleh ke arah Chu Qiao dan terlihat anak kecil itu telah disaluti salju dan kelihatan seperti sebiji bola salju yang besar atas kuda, namun dia masih duduk tegak dan bangga. Dia tidak dapat menahan dirinya daripada melepaskan sebuah senyuman sebelum mengetuk perlahan badan kuda, mengisyaratkan kuda itu untuk beredar dari situ.

Chu Qiao sudah semestinya mengetahui cara untuk menunggang kuda. Walaupun tubuh badannya yang asing dan kecil ini agak menyusahkan, mujur juga kuda yang ditunggangnya seekor kuda yang jinak. Setelah dia melihat kuda-kuda yang lain sedang bergerak untuk beredar, ia juga mengekori kuda-kuda yang lain.

Perintah berkurung telah dimansuhkan di dalam bandar, dan kerana hari itu merupakan hari festival lantera, jalan-jalan penuh sesak dengan kehadiran orang-orang sekeliling. Malam hampir menjelma apabila langit yang membiru mula bertambah gelap dan lantas mercun api dan mercun bunga dinyalakan di langit itu bagi menerangi jalan-jalan sekeliling. Angin musim sejuk yang membeku meniup lembut. Melepasi lekuk sungai, cahaya lantera kelihatan indah di langit yang sekaligus menerangi laluan-laluan di sekeliling istana. Sepanjang laluan yang diambil oleh Zhuge Yue dan hamba-hambanya itu dipenuhi dengan lampu merah berbentuk naga dan rumah sewa yang berada di situ telah diubah suai untuk menjadi pentas bagi persembahan-persembahan yang sedang diadakan. Tarian, rancangan aneka ragam, drama dan muzik dapat dijumpai merata-rata. Cahaya dan mercun api telah menerangi langit sementara para penjual membuka gerai mereka di sepanjang jalan itu dan lantas mengajak pelanggan untuk mengunjungi kedai mereka, menjual arak, tembakau, makanan, pakaian, sayur-sayuran, buah-buahan, perabot, bunga-bungaan, dan perlbagai jenis mercun api. Apa saja yang diingini pelanggan, pasti ada gerai yang menjualnya. Langit pada malam itu kelihatan seperti kain sutera bersama percikan warna-warna terang bersama keindahan dunia yang terpancar jelas di bumi bersama festival di mana semua rakyat berkumpul.

Chu Qiao duduk di atas kudanya itu sambil melihat sekeliling, ingin mengingati suasana yang hanya pernah dibaca dan dilihat di dalam buku sejarah, namun dia tidak pernah melihat dan menyambutnya.

Keluarga Zhuge merupakan sebuah keluarga yang sangat berpengaruh dan terkenal. Di mana saja mereka berada, orang ramai akan memberi jalan mereka kepada keluarga ini. Zhuge Yue dan yang lain-lain telah melepasi sebuah bangunan elegan yang dihiasi lantera-lantera yang unik dan berwarna terang, seperti lantera bercorak haiwan-haiwan comel, juga bunga dan tumbuhan yang tersergam indah. Penjaga gerai itu terlihat Zhuge Yue yang bakal berhenti di gerainya, dan dengan segera membawa keluar lantera besar keemasannya dan mula menyanyi lagu pujiannya kepada Zhuge Yue.

Putera muda keempat itu kelihatan seperti dia tidak mengendahkan apa yang dituturkan oleh penjaga gerai dan pantas menudingkan jarinya ke arah lantera yang tergantung, "Bagi aku yang tu."

Pemilik gerai itu berpaling laju dan melihat yang putera muda itu telah menudingkan jarinya ke arah sebuah lantera bercorak arnab putil salji. Pemilik gerai itu terpana seketika dengan pilihan tuan muda ini.

Sementara Zhuge Yue memusingkan lantera itu untuk memeriksa sebarang kecacatan, dia lantas melepaskan satu senyuman yang sangat jarang. Dia menghulurkan lantera itu kepada Chu Qiao dan berkata, "Untuk kamu."

Chu Qiao terperanjat besar dan tanpa menyedari telah menghulurkan tangannya untuk mengambil lantera tersebut, langsung terlupa untuk mengucapkan terima kasih.

Raut wajah Zhuge Yue kekal membatu dan setelah lantera itu telah bertukar tangan dan diserahkan kepada Chu Qiao, Zhuge Yue terus berpaling dan mengetuk lembut badan kudanya supaya dapat meneruskan perjalanan seperti tiada apa yang berlaku. Orang-orang sekeliling merenung Chu Qiao dengan penuh waspada semasa mereka melepasinya, tertanya-tanya tentang apa yang telah berlaku.

Chu Qiao boleh terasa ironinya di sini kerana mereka semua telah melayannya seperti seorang budak-budak.

Lantera arnab yang telah diberikan kepada Chu Qiao itu sangat indah. Badan arnab itu diwarnakan putih suci bersama-sama dengan matanya yang merah, dan apabila Chu Qiao mengeluarkan jari telunjuknya untuk mengetip lembut mulut arnab itu, sejalur reben merah jambu telah yang mirip lidah arnab itu terjelir keluar, yang memeranjatkan Chu Qiao.

Pada masa yang sama, sebuah tawaan kecil dapat didengari. Chu Qiao memalingkan badannya, dan sebuah perarakan yang terang dan berwarna-warni telah melintasi mereka dan menghalang pandangan Chu Qiao. Terdapat banyak jenis kereta sorong yang menyertai perarakan itu seperti naga keemasan, phoenix berwarna-warni, rama-rama berwarna jed, musang salju, pari-pari, dewi dan juga pelbagai jenis bunga. Terdapat terlalu banyak lantera di hapadan matanya sehingga kepalanya berpusing kerana melihat mereka sekaligus. Orang ramai dan kereta-kereta sorong yang bergerak di sepanjang jalan itu yang memeriahkan lagi malam itu.

Akhirnya, mereka telah melepasi perarakan itu dan hujung jalan kelihatan tidak jauh daripada di mana mereka berada. Salji menimbun di atas permukaan air tasik yang beku itu, dan dahan-dahan pokok layu ke bawah akibat salji dan ais yang terkumpul di atas dahan tersebut. Kuda hitam berdiri bersahaja sambil seorang jejaka berjubah hijau berdiri dengan lengannya yang bersilang. Jejaka itu tanpa mengendahkan orang-orang lain telah bersandar pada pokok sambil termenung dengan anak matanya yang gelap itu dan akhirnya tersenyum manis.

Secara tiba-tiba, satu dentuman kuat kedengaran dan setiap mata yang berada di luar serta-merta memandang ke langit. Mereka lantas menyaksikan sebuah pertunjukan bunga api mewah yang menyerupai pari-pari yang sedang menari di atas awan gelap itu. Seorang anak nakal tanpa disedari telah membaling mercun bunga di bawah kuda milik Chu Qiao, dan disebabkan ia merupakan pertama kali kuda itu telah dibawa keluar dari ladang, ia menjadi terkejut dan ketakutan lalu mengangkat kedua telapuk kakinya dan memecut laju untuk melarikan diri

Lelaki muda yang sedang berehat di pokok itu terlihat akan segala kejadian yang berlaku dan serta-merta memanjat kuda hitamnya dengan pantas, memukul badan kuda itu kuat dan lantas kuda itu memecut ke arah kuda Chu Qiao.

Pekerja-pekerja kediaman Zhuge terkejut besar menyaksikan perlakuan ini, akan tetapi mereka sedikit terlambat dan telah dipisahkan oleh sekumpulan orang ramai dari perarakan dan sekaligus membuatkan mereka terlepas daripada bertindak dengan lebih cepat.

Zhuge Yue meraih kedua belah keningnya, memukul badan kudanya menandakan bahawa dia ingin pergi mencari Chu Qiao, namun telah dihentikan oleh pengiringnya. Putera muda itu naik angin lalu menampar muka pengiringnya tersebut dan mengangkat mukanya, tekad untuk mengejar Chu Qiao namun melihat jalan itu yang sudahpun sesak dengan khalayak ramai dan lampu-lampu terang benderang itu, putera muda itu harus menerima kenyataan bahawa Chu Qiao telah hilang

Kuda itu berlumba ke hadapan semasa angin laju meniup. Bunyian dan juga percakapan antara manusia semakin berkurangan di kejauhan itu dan hanya tapak kaki milik kuda itu sahaja boleh kedengaran. Saiz kuda merah gelap itu mungkin kecil, namun bakanya ialah yang terunggul dan kelajuannya mengagumkan. Tangan Chu Qiao yang kecil itu menggenggam kudanya itu dengan kuat dan menundukkan badannya sementara dia memeriksa kawasan sekeliling dengan tenang. Mindanya laju berfikir. Tubuh badan Jing Yue Er yang kecil itu pasti tidak akan dapat terselamat apabila dia ingin meloncat jatuh ke tanah dari belakang kuda itu, tambahan pula dengan kelajuan yang tingg, jadi dia harus mencari jalan untuk melarikan diri.

Pada masa ini, bunyi telapuk kaki kuda yang banyak kedengaran datang dari belakang. Seekor kuda yang sedang mengejar Chu Qiao itu telah tiba ke destinasi Chu Qiao dan berdiri di sebelah kuda kecil miliknya itu.

"Merayu pada aku dan aku akan selamatkan kau!" Akibat angin bertiup. suara jejaka itu kedengaran datang dari sekeliling persekitaran Chu Qiao, namun dia dapat mengerti akan bait-bait kata jejaka itu. Dia memusingkan badannya ke belakang dan merenung dingin muka seorang jejaka muda yang sedang mentertawakan nasib malangnya. Anak matanya tertumpu pada jejaka itu namun tiada tanda cemas yang dapat dilihat.

"Atau kau bagitahu aku apa maksud tanda ni dan aku akan selamatkan kau!"

Angin sejuk yang bertiup itu semakin kejam apabila kuda kecil itu harus memecut di dalam salji setebal lutut kuda. Kelajuannya serta-merta berkurangan, tetapi tiada tanda yang kuda ini bakal berhenti.

Masa semakin suntuk. Chu Qiao segera melepaskan kedua tangannya daripada menggenggam kuda itu dan dengan menggunakan sebelah tangan, dia telah melonjakkan dirinya sendiri ke arah jejaka itu.

Dengan sebuah bunyi dentuman, tubuh badan Chu Qiao telah dilemparkan ke atas jejaka itu. Dia mengeluarkan nafas pendek dan cuba untuk menghentikan kuda kecil merah gelap itu namun ianya agak terlambat. Kedua-dua mereka telah terpelanting jatuh dari kuda sebelum bergolek di atas tanah. Kuda hitam itu tidak menyedari apa yang terjadi jadi ia masih mengejar kuda kecil merah gelap itu. Kuda-kuda itu berlari di bawah sinaran cahaya bulan dan tidak boleh dikesan lagi.

"Flurry!" Jejaka itu memanggil sambil mengangkat kedua belah keningnya. Dia terkial-kial untuk bergerak di dalam salji itu dan menyapu salju di pakaiannya, tetapi ianya sia-sia.

"Kuda tu patut diheret balik dan disembelih. Kalau dia tak sedar pemilik dia dah jatuh, apa guna nak simpan lagi?" Chu Qiao bercangkuk lantas berdiri, dan menepuk-nepuk salji yang melekat di tubuhnya, mujur dia tidak tercedera.

Yan Xun berpaling dan merenung Chu Qiao sambil memakinya, "Flurry tu kuda yang berharga. Dia dibawa pulang oleh ayah aku masa dia balik daripada berburu di Yan Bei. Kuda tu berjauhan dengan aku selama setengah bulan dan sekarang dia dah tak kenal aku. Apa yang pelik mengenai tu? Kau yang berani sangat terbang daripada kuda tu. Kau rasa siapa yang patut terima hukumannya?"

Chu Qiao mencemuh, "Aku tak suruh pun kau ikut aku. Kau yang tak pandai jaga kuda, tiada kena mengena dengan aku."

"Kau ni berani sangat, berani kau cakap macam tu dengan aku?"

Chu Qiao mengerutkan dahinya sambil merenung lelaki muda berpangkat tinggi, Tuanku Maharaja Yan, dengan jijik. Dia mendesis marah ke arah Yan Xun dan bergerak pulang ke arah bandar.

Yan Xun melopong kerana tidak mengetahui yang dia akan beredar begitu sahaja. Dia dengan pantas mengejarnya dan bertanya, "Kau nak pergi mana?"

Chu Qiao merenungnya tajam. "Sudah tentulah aku nak balik rumah. Kau fikir aku nak bermalam di sini ke?"

Salji menghujani bumi dengan lebih laju dan telah menimbun tinggi. Bahagian yang bersalji sedikit pun berada di bawah paras lutut Chu Qiao, dan bahagian yang bersalji tebal itu telah menimbusi paras pehanya. Yan Xun berjalan di sisi Chu Qiao dan menyedari bahawa ianya agak susah untuk Chu Qiao yang sangat kecil itu berjalan di dalam salji yang menggunung itu, kemarahannya akibat kudanya yang hilang itu terus lesap dari fikiran. Dia tersenyum lebar semasa berjalan bersama dengan Chu Qiao, namun setelah beberapa ketika senyumannya juga lesap apabila kakinya tiba-tiba goyah dan dia terjatuh ke atas tanah.

Semasa terdengar bunyi retak itu, Chu Qiao menyedari yang Yan Xun telah tercedera. Pada mulanya, Chu Qiao meletakkan lengan Yan Xun di atas bahunya untuk memikul berat badan Yan Xun namun badan Jing Yue Er yang berusia lapan tahun itu tidak mampu menanggungnya. Dengan hentaman yang kuat, kedua-dua mereka terjatuh ke dalam sebuah gua besar yang bersalji

"Hey… apa perasaan kau?" Yan Xun muncul dari timbunan salji setelah sedaya upaya mengorek lubang di atas kepalanya. Dia ternampak tangan seorang anak kecil yang tersembul daripada timbunan salji itu dan menariknya keluar daripada terus tertimbus di dalam. Setelah berjaya membawa Chu Qiao keluar, dia menggoncangkan kepalanya. "Kau belum mati lagi kan?"

"Lepaskanlah." Anak kecil itu berkata jengkel sambil memasamkan mukanya. Dia menggerakkan kakinya, dan setelah terasa sengatan yang berterusan, muka Chu Qiao bertambah masam.

Yan Xun berasa sedikit bimbang, "Kau cedera ke?"

"Aku takkan matilah." Setelah itu Chu Qiao mengangkat kepalanya dan menjenguk ke atas. Gua salji ini bukanlah sedalam mana dan lantas bertanya Yan Xun, "Kau rasa kau boleh panjat ke atas?"

Yan Xun cuba untuk membuat kiraan di dalam mindanya dan lalu menggelengkan kepalanya, "Salju dalam gua ni lembut. Kalau kita ada dekat tanah rata, aku boleh lompat ke atas. Tapi kalau dalam ni, kita hanya akan jatuh lebih dalam."

"Kita akan mati kesejukan dalam satu malam je." Chu Qiao menggumam dan lalu berdiri pantas, "Kau berdiri atas bahu aku dan naik ke atas, lepas tu pergi cari orang untuk selamatkan aku."