Chapter 151 - Bab 151

Chu Qiao membuntangkan matanya dan berkata, "Awak masih nak berbahas!"

"Tak, tak," Yan Xun membalas dengan kesal. "Saya merepek tadi, banyak cakap pula itu. Jeneral Chu, tolong jangan berdendam dengan saya."

Chu Qiao mendengus menandakan wanita ini telah memaafkan pemuda itu.

Yan Xun melepaskan ketawa terbahak-bahak. Para tentera yang berada tidak jauh dari mereka itu tertanya-tanya mengapakah mereka berbincang mengenai hal ketenteraan sambil tertawa pula? Lantas mereka berdua mengangguk dan memperlakukan gerak geri yang sama. Adakah Jeneral Chu telah memutuskan untuk membunuh Maharaja Xia di Bandar Zhen Huang?

"Hati-hati. Pedang itu tak ada mata di dalam medan pertempuran jadi jangan letakkan diri awak itu dalam bahaya." Tidak kira betapa cekalnya hati seseorang wanita itu, dia masih akan berasa gelisah tanpa henti apabila berhadapan dengan sesetengah situasi. Seperti kini, Chu Qiao mula berleter berpanjangan setelah menerima takdirnya dia tidak akan mengiringi pemuda itu ke muka peperangan.

"Ya, saya tahu." Yan Xun mengangguk dengan ikhlas dan tingkah laku yang baik.

"Walaupun Encik Wu itu memimpin Pasukan Tentera Pertama, tapi hubungan dalaman mereka itu rumit sedikit. Kesatuan Da Tong ada banyak pengaruh kuasa di sana. Awak kena berhati-hati dan kawal hal politik dalaman."

"Jangan risau, saya ingat semua itu."

"Sempadan Meilin berdekatan dengan utara jadi ia akan menjadi sejuk. Awak kena sentiasa berpanas, pakai baju dengan lebih tebal, lindungi diri awak dengan lebih banyak selimut pada malam hari. Jangan lupa untuk makan ubat awak."

"Baiklah, saya akan ingat semua itu."

"Bila awak tidur, letak sebuah baldi yang berisi air di bawah katil awak. Awak itu kuat batuk. Asap daripada pendiang api itu tak bagus untuk awak."

"Ya, saya akan ingat."

"Mengenai hal dengan rakyat Quanrong pula, biarkan orang lain yang uruskannya untuk awak. Jangan buat semuanya bersendiri. Kita ini bukannya faham kehendak mereka jadi berwaspada daripada mereka."

"Jangan risau."

"Jangan lupa untuk tulis surat kepada saya setiap hari. Kalau saya tak dengar apa-apa berita mengenai awak dalam masa tiga hari berturut-turut, saya akan bergerak ke Sempadan Meilin untuk cari awak."

Pemuda itu membalas lemah, "Kalau saya mati pun saya akan tulis surat kepada awak dulu."

Wanita itu terus menjadi panik. "Mati? Kalau awak cakap bukan-bukan lagi, saya akan berkemas dan ikut awak!"

Yan Xun membalas pantas, "Saya merepek saja tadi itu. Saya bersalah. Ah Chu, kalau awak terus berleter, langit akan menjadi gelap."

"Apa salahnya kalau langit jadi gelap? Awak boleh berangkat esok kalau hari dah gelap sekarang."

Yan Xun yang berada di ambang tangisan terus menahan telinganya dan patuh tanpa daya, langsung tidak berani untuk membantah wanita itu.

"Berapa banyak kot yang awak bawa?"

"Lima."

"Kasut but? Salji ada di sekeliling kita. Ia akan cair kalau terkena api. Jangan pakai kasut but yang basah."

"Ya, saya tahu."

"Pek pemanas? Berapa banyak? Cukup ke?"

"Ah Chu." Yan Xun mula kebingungan. "Awak yang kemaskan untuk saya."

"Oh? Ya ke? Saya lupa." Tingkah-laku Chu Qiao benar-benar ikhlas. "Sekejap, awak ada bawa pelapik lutut? Ya. Stoking yang cukup? Oh, awak bawa 80 pasang. Topi? Baiklah. Topi ini diperbuat daripada kulit beruang, saya yang jahitkan kulit musang di depannya."

Chu Qiao mengangkat bagasi yang berada di atas kereta kuda dan meletakkannya di atas tanah sebelum bercangkuk dan menyelak-nyelak barangan yang berada di dalamnya. Setelah setekita, wanita ini kelihatan seperti telah teringatkan sesuatu, lantas melompat dan berteriak lantang, "Awak ada arang yang cukup tak? Saya akan siapkan satu kereta kuda penuh untuk awak."

Yan Xun membalas lemah, "Cukuplah, Ah Chu, cukup. Jangan risau. Pasukan tentera kita ada dalam barisan di sepanjang jalan. Kalau saya tak cukup arang, saya boleh minta daripada mereka."

"Mana boleh begitu." Chu Qiao berkerut. "Kita guna arang yang diperbuat daripada kayu cendana putih sebab ia menghasilkan asap yang paling sedikit. Para tentera guna arang yang diperbuat daripada tanah dan ia menghasilkan asap yang banyak. Nanti paru-paru awak sakit, dan awak susah nak bernafas."

Sebelum Yan Xun sempat menghalang Chu Qiao, wanita itu telah mengarahkan seorang tentera di belakang mereka, "Awak. Ya, awak. Mari sini. Pergi ke Jabatan Bekalan Tentera dan isi dua kereta kuda penuh dengan arang. Ingat, arang itu diperbuat daripada kayu cendana putih. Cepat. Ini berkaitan hal kehidupan dan kematian para tentera kita. Tuanku percayakan awak, sebab itu dia dah perintahkan perkara ini kepada awak. Awak kena siapkan tugas ini secepat mungkin, faham? Yan Bei akan menghargai ketaatan awak."

Wajah tentera itu bertukar kemerahan dek keterujaan, menahan segala emosinya untuk sekian lama sebelum berteriak dengan sungguh kuat, "Demi Yan Bei!" Pemuda itu terus meluru pergi setelah melepaskan laungannya walaupun dia tidak mengerti apa kaitan di antara dua kereta kuda berisi arang dengan kemenangan tentera Yan Bei namun dia juga mengetahui yang Jeneral Chu ini merupakan seorang pakar taktik, jadi apa sahaja arahan yang diberikan wanita ini pasti mengandungi motif yang sangat mendalam. Pemuda itu juga percaya kedua-dua kereta kuda yang berisi arang inilah yang akan menentukan kemenangan atau kekalahan tentera Yan Bei dalam pertempuran mereka yang seterusnya. Maka, dia menjalankan tugasan yang telah diamanahkan kepadanya dengan penuh telus dan sangat teruja sehingga dia terlupa untuk menunggang kudanya.

Matahari meninggi di langit dataran bersalji apabila kedua-dua remaja ini mengucapkan selamat tinggal dengan penuh keberatan.

"Yan Xun, jaga diri. Di sana itu bahaya. Awak kena jaga semua orang yang berada di sisi awak."

Yan Xun mengangguk dan membalas, "Saya tahu. Awak juga. Orang mungkin akan perlekehkan awak bila saya tak ada di sini nanti. Ingat nama mereka saja dan jangan bergaduh dengan mereka. Bila saya balik nanti saya akan uruskan mereka seorang demi seorang."

"Baiklah. Pada masa itu kita akan bunuh keluarga mereka dan rampas semua aset mereka."

"Baiklah, kita pun akan ikat mereka juga dan awak boleh belasah mereka sesuka hati awak."

"Baiklah, kita akan lakukan sebegitu." Chu Qiao mengangguk dan membalas, "Saya dah tugaskan 4,000 pemanah untuk awak. Ambil mereka sebagai pengawal peribadi terdekat awak. Jangan terjun ke dalam sesebuah pertempuran itu dengan sebegitu mudah. Saya sendiri yang dah ubah suai senjata mereka itu dan ia sangat berkuasa. Kita akan simpan senjata itu sebagai senjata rahsia."

"Baiklah, saya akan ingat."

"Jangan makan makanan sejuk, sebab ia tak sihat untuk awak. Rehat secukupnya dan jangan bekerja dengan terlalu melampau."

"Baiklah, jangan risau."

"Jangan selalu sangat menunggang kuda, dan lebihlah kerap duduk dalam gerabak kuda awak itu. Angin ini kuat, jadi sejuk pasti akan meresap ke dalam badan awak walaupun baju awak itu tebal."

"Baiklah."

"Jangan minum air sejuk. Saya dah sediakan madu untuk awak, jadi minum minuman itu dengan lebih banyak. Awak dah semakin susut sekarang ini."

"Baiklah…"

"Kalau ada sesiapa yang berani nak melakukan sebarang hubungan intim dengan mana-mana wanita, bunuh mereka. Kita tak tahu sama ada wanita itu sihat ataupun tidak. Jangan pandang wanita-wanita itu lama sangat, faham?"

"Ya… Ya…"

"Kalau ada mana-mana pegawai yang berani menghadiahkan seorang jelitawan kepada awak, ingat nama mereka dan beritahu saya bila awak pulang nanti. Wanita-wanita itu mungkin pengintip yang dihantar untuk mengawasi setiap pergerakan awak. Jangan simpan mana-mana wanita. Ini untuk kebaikan awak juga."

"..."

"Selepas awak menyelinap masuk ke Sempadan Meilin, jangan bunuh keluarga para pemberontak sebab awak boleh tugaskan mereka untuk melakukan kerja-kerja buruh di lombong. Jangan simpan para wanita di dalam bahagian tentera dan halau mereka keluar daripada sempadan sebab para wanita hanya akan menjatuhkan tahap semangat juang para tentera kita saja. Mereka semua itu bukannya boleh diharap." Leteran Chu Qiao yang berbaur penghinaan itu ditujukan para wanita yang merosakkan tahap semangat juang para tentera tanpa menyedari dia juga seorang wanita di dalam bahagian tentera yang menyandang jawatan yang tinggi dan pengaruh kuasa yang banyak pula itu…

"Yan Xun," Chu Qiao merenung pemuda itu dengan penuh keikhlasan dan berkata, "Kesucian sekumpulan tentera dan parti politik itu terletak pada daya kepimpinan si pemimpin yang menyandang jawatan tertinggi. Awak itu Raja Yan Bei. Kualiti hidup awak dan prinsip moral awak akan mempengaruhi hala tujuan politik Yan Bei, dan takdir yang akan menimpa negara itu, termasuklah Benua Meng Barat juga. Putera-putera buaya darat di Bandar Zhen Huang itu terlalu gembira dan tak pratikal kerana mereka hanya tahu berpesta saja. Mereka juga tak bertanggungjawab jadi awak jangan tercemar dengan tingkah-laku mereka. Walaupun awak itu berstatus tinggi sekarang, ada pengaruh kuasa, tapi awak kena ingat yang awak itu dalam bahaya walaupun awak berada dalam suasana yang tenang. Ingat itu! Ini nasihat-nasihat terikhlas yang saya pernah bagi kepada awak sebagai seorang kawan, seorang yang membesar bersama-sama awak, seorang lawan yang sering berkelahi dengan awak, dan dah hidup bersama dengan awak semenjak kecil."

Yan Xun terkelu apabila mendengar kata-kata terakhir wanita itu.

Chu Qiao menjadi sakit hati dengan perlakuan Yan Xun itu terus berkerut dan mencemuh, "Awak dengar tak apa saya cakap ini?"

Yan Xun yang terasa seperti hendak menangis itu berkata dengan wajah keperitan. "Ah Chu, saya dengar."

Kemarahan Chu Qiao reda sedikit apabila merenung pemuda ini dan menyambung, "Bila awak sampai Bandar Luoan malam ini, hantar seekor burung merpati utusan kepada saya. Jangan biarkan saya risau."

Hati Yan Xun seumpama sedang berdarah. Hari semakin lewat, jika kudanya mampu mendapatkan empat lagi kaki tambahan secara magis sekalipun, mereka pasti tidak akan sempat tiba di Bandar Luoan pada malam ini.

Chu Qiao tidak mempunyai dalih lain untuk memanjangkan leterannya semasa melihat tentera yang membawa arang itu akhirnya kembali dengan riang hati, lantas air mata wanita ini bergelinang apabila dia diselubungi perasaan sedih. Chu Qiao menarik-narik hujung lengan baju Yan Xun menandakan ketidakrelaan hatinya untuk melepaskan pemuda itu pergi, memang bukan seperti dirinya yang selalu. Wanita ini pasti yang pemuda itu sedang mentertawakannya di dalam hati, mungkin juga Ah Jing ataupun yang lain namun dia sememangnya berat hati untuk melepaskan pemuda ini kerana kali terakhir mereka berpisah, mereka telah terpisah buat masa yang sangat lama dan ia pertama kali mereka berpisah setelah bertahun-tahun. Wanita ini cuba untuk menelan segala perasaannya mengenai perpisahan kali ini namun kegelisahan tetap meragut-ragut jiwanya yang membuatkan wanita ini menjadi takut, jadi dia cuba mencari topik lain untuk dibualkan sambil kepala yang tertunduk malu seperti seorang isteri yang telah dimarahi. Chu Qiao menggumam sendirian tanpa dapat didengari Yan Xun.

"Apa kata…" Yan Xun bertanya lembut, "Awak ikut saya separuh jalan? Tapi, awak kena balik sebelum kita sampai Gunung Louri."

Swoosh! Sekelibat bayangan putih tiba-tiba melintasi Yan Xun yang membuatkan pemuda itu berfikir yang dia telah terlihat hantu dan dalam sekelip mata sahaja, Chu Qiao sudah pun hilang daripada tempat asalnya tadi. Raja Yan Bei pun terperanjat dan sebelum sempat dia memberi sebarang respons, Chu Qiao telah meluru ke arah pasukan pemuda ini dan menunggang salah seekor kuda mereka, berteriak ke arah Yan Xun, "Mari sini! Dah pukul berapa ini? Awak ini lambat betullah!"

Para tentera yang lain terus merenung Yan Xun seolah-olah ingin berkata, "Oh, Tuanku pun mungkin tak pernah bertempur dalam medan peperangan sebelum ini jadi dia mesti teragak-agak nak berangkat!" yang membuatkan Yan Xun terasa bingung sama ada untuk tertawa atau menangis.

Pasukan itu akhirnya berangkat. "Cik! Cik ikut kami ke?" Para tentera dari Pasukan Tentera Helang Hitam yang agak rapat dengannya bertanya riang.

"Taklah, saya hanya ikut awak ke Pergunungan Luori saja."

"Kalaulah Cik ikut kami berperang. Cik ini hebat betullah dalam pertempuran!" Seorang tentera yang mengikuti Yan Xun semenjak dia berada di Zhen Huang lagi berkata dengan penuh yakin.

"Betul itu. Saya tengok sendiri dengan mata kepala saya sendiri. Cik boleh lawan dengan 100 orang tentera berseorangan. Para tentera itu tinggi-tinggi dan mata mereka semuanya besar-besar, penumbuk mereka itu pasti boleh pecahkan kepala sesiapa. Saya pun tak boleh berlawan dengan seorang daripada mereka. Cik ini hebat sangatlah. Mereka itu semua dikalahkan dengan pergerakan yang ringkas saja oleh Cik yang langsung tak terkena darah."

"Hah? Hebat sebegitu?!" Mata para tentera yang lain terus membuntang.

"Betul itu, kamu tak tengok, jadi kamu tak tahu. Saya langsung tak menokok tambah cerita."

Chu Qiao berkata dengan penuh rendah diri, terasa malu pula, "Haha, saya tak hebat manalah. Biasa saja. Biasa."

"Kalaulah Cik ikut kami." Para tentera itu mengeluh bersama-sama.

Chu Qiao berpaling dan melihat Yan Xun dengan raut wajah yang tersirat, 'Dengar itu? Dengar itu? Para tentera itu pun beranggapan sama seperti saya!'

"Jangan main-main dan jalan elok-eloklah!" Tengking Yan Xun dengan wajah yang kelam, mengabaikan pandangan Chu Qiao itu dan berpura-pura bagaikan perbualan tentera sebentar tadi hanyalah mengenai cuaca ataupun makanan pada hari ini.

Pasukan iringan itu akhirnya tiba di Pergunungan Luori dalam masa kurang dari dua jam dan Yan Xun melangkah ke hadapan barisan bersama-sama pengawal peribadinya. Mata Chu Qiao sudah kembali memerah lalu dia pun menundukkan kepalanya sambil bermain dengan jari-jemarinya, jadi Yan Xun yang melihat wanita ini mengeluh resah sebelum menuruni kudanya dan mendakap wanita ini ke dalam pelukannya. Pemuda itu berkata lembut, "Saya berjanji yang saya akan jaga diri. Saya akan berwaspada. Kalau situasi itu terlalu berbahaya buat saya, saya akan terus berundur. Saya tak akan bertindak melampau. Saya akan kembali kepada awak dalam keadaa yang baik. Kalau saya langgar satu peraturan, awak boleh hukum saya bila saya balik nanti. Jangan macam ini. Macam mana saya nak teruskan perjalanan saya dengan tenang kalau awak terus begini? Ah Chu, awaklah manusia paling kuat yang pernah saya jumpa. Awak kena sokong saya. Awak rakan seperjuangan dalam pertempuran yang terdengar, dan kekasih saya yang paling setia. Betul, tak?"