Wanita itu sedang menungang kudanya dengan pakaian yang kotor, namun ia masih jelas kelihatan ia telah diperbuat daripada bahan yang sangat berkualiti. Gaun hijau yang panjang itu telah dilipat ke dalam beberapa lapisan yang bersulamkan corak bunga ke atasnya, tetapi hiasan-hiasan yang sederhana tersebut lebih menjadikan pakaian mewah ini untuk kelihatan elegan. Rambut wanita itu yang hitam mengurai di belakang badan kecil molek miliknya, dengan kaki panjang dan pinggang kurus dan nipis. Dari sekilas pandang sahaja, kecantikannya memang langsung tidak dapat dinafikan, namun wanita ini nampaknya dia sedang berada dalam keadaan yang lemah, seolah-olah sudah pengsan di atas kuda yang ditunggangnya..
"Eh, nampak macam si jelatawan yang sedang tidurlah!" Seseorang yang sedang diikat kemas mengesan akan kehadiran wanita itu, jadi dengan segera dia menyeru rakan-rakannya yang lain, "Jangan malukan saya depan perempuan ini! Cepat, buka ikatan saya!"
Melihat kepadanya, Tie You dengan bersahaja berkata, "Tidak boleh!"
Tiupan bayu yang telah megusutkan rambut panjang wanita itu tidak mampu membuatkan Li Ce terlepas akan kehadiran Chu Qiao lalu dengan mulut yang tergamam, dia cepat bertindak. "Qiao Qiao! Tolong bantu saya! Saya Li Ce!"
Suaranya yang kedengaran tajam itu telah memeranjatkan orang-orang di sekelilingnya yang lantas melompat dan juga kuda yang telah mendengar suaranya. Kuda itu telah mengembara di sebalik jalan berliku-likuan di pergunungan yang sepi itu untuk masa yang lama, jadi sudah tentulah dia berasa terkejut apabila terdengar bunyi jeritan tersebut kerana ia telah beranggapan ia datang daripada seekor serigala, jadi ia pun mengangkat kedua telapuk kaki depannya dan meringkik dengan kuat. Wanita di belakang kuda itu serta-merta dilemparkan sebelum dia terjatuh ke atas tanah dengan dentuman yang kuat, dan kuda itu pun terus melarikan diri.
"Ah!" Teriak Li Ce dengan terkejut., dan lantas mukanya bertukar menjadi pucat dan dia pun menjerit, "Kenapa kamu semua berdiri di sana? Pergi dan selamatkan dia, cepat!"
Tidak lama kemudian, sebuah gerabak milik keluarga Maharaja Tang bergerak dari gunung Yu Ping. Beberapa orang lelaki pertengahan umur meninggalkan tempat bersembunyi mereka dalam hutan, semuanya sedang berpakaian seperti tukang kayu. Seorang lelaki membuka mulutnya dan berkata yang lain, "Pergi dan lapor balik kepada Raja Luo. Putera itu dah cuba melepaskan diri daripada perkahwinannya sebanyak enam kali. Dia lebih gila dan kebudak-budakan daripada reputasinya. Semuanya akan berjalan ikut rancangan."
"Baiklah!" Salah seorang daripada kumpulan lelaki itu menjawab dan lantas beredar. Tidak lama kemudian, seekor kuda hitam menderap laju dari dalam hutan. Tukang kayu itu terus melonjak ke atas kudanya dan menghilangkan di dalam kejauhan.
Kedua-dua belah jalan gunung tersebut telah dihiasi dengan pemandangan yang menghijau. Hujan lebat yang membasahi permukaan bumi sejak beberapa hari lalu seolah-olah menghidupkan lagi tempat ini. Chu Qiao memasuki Tang Jin, pusat perdagangan di seluruh benua, melalui jalan ini. Pada mulanya wanita ini berniat untuk mencari Yan Xun di Tang Jing, namun racun yang sedang berlegar-legar di dalam badannya itu kini kembali menyerangnya lantas menyebabkan wanita itu pengsan di atas kudanya, namun nasibnya baik kerana dia masih tiba ke destinasinya.
Musim panas kini sedang berada di tahap kemuncaknya dengan bayu sejuk yang lantas membawa aroma bunga teratai ke menara yang mengelilingi tasik yang indah. Dua orang gaji wanita boleh dilihat sedang mengipas kiub-kiub ais beku yang telah diletakkan di atas dulang di dalam bilik dengan menggunakan kipas-kipas yang besar sambil separa melutut di atas lantai supaya mereka dapat menurunkan suhu udara bilik tersebut di dalam kepanasan musim ini. Di belakang sehelai tirai lutsinar yang dihiasi dengan kristal berkilauan itu pula, seorang wanita yang sedang memakai sepasang gaun kuning yang sederhana boleh dilihat sedang berbaring di atas katil dengan lemah-longlainya. Rambutnya tersebar di atas katil, dengan bulu keningnya yang sedikit berkerut. Walaupun kulit wanita tersebut kelihatan pucat, namun ia sedikit pun tidak mengurangkan kecantikannya. Selimut sutera tipis dengan sulaman bunga mawar yang berwarna putih memudar, dan terdapat beberapa helai benang keperakan yang telah disulamkan bersama benang putih. Di bawah cahaya matahari yang sedang terbenam, benang keperakan tersebut kelihatan seperti air yang sedang mengalir.
Wanita di atas katil itu mengerutkan keningnya sedikit dan tangan putih mulusnya mula bergerak, lantas matanya berkelip bagaikan sepasang sayap rama-rama merenung keadaan sekeliling. Wanita ini sememangnya Chu Qiao. Wanita itu serta-merta diselubungi dengan kekeliruan sesaat anak matanya yang jernih itu tidak mampu mengenalpasti lokasinya.
"Oh awak dah terjaga!" Orang gaji ini hanyalah berumur 13 atau 14 tahun. Apabila dia melihat Chu Qiao telah terbangun, dia kelihatan sangat gembira, lantas dia berlari keluar dan menjerit kepada orang-orang yang sedang berada di luar, "Dia sudah bangun!"
"Cik Puan, tolong baring dulu. Doktor maharaja akan datang untuk periksa nadi Cik Puan." Ketika orang gaji itu menyatakannya, beberapa orang lagi orang gaji mula berdiri dan membuka sehelai tirai tebal untuk menyelimuti katil supaya Chu Qiao dapat berehat tanpa sebarang gangguan.
Dengan matanya yang tajam, Chu Qiao segera menyedari walaupun bilik itu terasa begitu sejuk, dan walaupun lantai tikar itu diperbuat dari bahan mahal yang terasa sejuk, namun gadis yang sedang bercakap dengannya itu masih dilencuni dengan peluh sehingga beberapa helai rambutnya telah terlekat pada peluh di dahinya. Chu Qiao bertanya, "Siapa Cik Puan itu?"
"Awaklah!" Orang gaji wanita itu segera menjawab, jelas dia keliru dengan soalan itu.
Wajah Chu Qiao bertukar suram, lantas wanita itu memeriksa sekelilingnya dengan lebih teliti sebelum mempersoalkan dengan bersungguh-sungguh, "Saya ada di mana ini? Kamu siapa? Kenapa saya ada di sini?"
Pembantu rumah muda itu benar-benar terkejut dengan persoalan-persoalan yang ditujukan wanita itu dan akhirnya menjawab "Ini Istana Maharaja. Nama... nama saya Qiu Sui. Cik, Cik dah dibawa balik ke mari oleh Tuanku."
"Istana Maharaja?" Chu Qiao mengerutkan dahnyai dan lantas teringat akan mimpinya mengenai seseorang yang amat menjengkelkan, yang tersenyum begitu meluas sehingga wanita itu terasa seperti ingin membelasahya.
'Tak mungkinlah....'
Dia segera menolak gadis itu, melompat dari katil dan berlari keluar.
"Cik! Cik! Kasut Cik!" Orang gaji itu berasa sungguh keliru dengan peristiwa aneh ini sampai dia hampir menangis ketika dia mengambil kasut Chu Qiao dan mengejar wanita itu.
Matahari merah terang menyinari air tasik hijau yang damai. Mengangkat hujung bajunya, Chu Qiao berlari berkaki ayam di koridor yang digilap licin, wanita itu dapat melihat daun teratai yang meliputi air tasik akuamarin dari sudut pandangannya. Terdapat sebuah struktur yang diukir halus di tengah-tengah tasik itu yang memancarkan aura zaman dahulu. Astaka ini telah diperbuat sepenuhnya daripada kayu merah yang tidak dicat, malah cincin pokoknya masih lagi kelihatan yang terbuka di semua arah, sekaligus menyediakan pengedaran udara yang sangat baik. Tirai nipis digantung di setiap sisi istana, berkibaran seperti seekor rama-rama yang sedang menari-nari dalam buaian bayu petang..
Seseorang lelaki muda sedang bersandar di salah satu tiang kayu merah di tengah-tengah astaka tersebut, dengan botol wain yang diukir halus berwarna perak berada di sebelah tangannya manakala kakinya pula sedikit membengkok. Tiada segelesa cawan yang dapat dilihat di sekeliing pemuda itu, hanyalah beberapa biji benih bunga teratai yang baru sahaja dikupas tersebar di atas tanah seperti beberapa butir mutiara. Tangannya pula sedang menggenggam sebuah seruling hijau jed, namun pemuda itu langsung tidak memainkan alat muzik itu dan hanya memusing-musingkannya di dalam tangan dengan pantas dan cekap, kelihatan memukau. Kabus nipis yang telah menyelubungi kawasan yang datang dari tasik itu telah mengaburi wajah pemuda itu, hanya pakaian merahnya sahaja yang dapat dilihat sedang berkibar dalam angin.
"Cik! Cik!" Segerombolan orang gaji sedang mengejar Chu Qiao, masing-masing memegang berbagai-bagai objek. Seorang sedang memegang kasut, manakala seorang lagi sedang membawa sepasang jubah, cincin, pin rambut dan lain-lain. Suara lembut mereka memanggil wanita itu seorang demi seorang, tidak ubah dari sekumpulan anak burung yang berkicauan di atas dahan pokok.
Bibir pemuda itu lantas membentuk sebuah senyuman melebar ketika Chu Qiao sedang mendekatinya yang kelihatan amat tampan bagaikan sebuah lukisan yang rumit dan halus, lantas mendepangkan tangannya, melepaskan seruling panjangnya sebelum mengisytiharkan, "Mari ke sini, Qiao Qiao, jom kita berpelukan dengan penuh erat untuk meraikan pertemuan kita kembali!"
Dengan bunyi dentuman yang sungguh kuat, Chu Qiao menumbuk pemuda itu di dadanya, yang lantas mendapat pekikan yang memekakkan darinya. Chu Qiao pun menyentap leher bajunya sebelum menengking, "Li Ce! Apa yang awak cuba lakukan?"
"Ah, lindungi Tuanku!"
"Pembunuh upahan! Selamatkan Tuanku!"
Keadaan sudah menjadi semakin riuh, namun Li Ce yang sedang melepaskan batuk hanya melambaikan tangannya pada orang ramai yang bergegas untuk melindunginya supaya berundur. "Jangan risau, saya baik-baik saja! Berundur!"
Dengan berat hati, tenteranya tidak mempunyai pilihan selain dari mematuhi tuan mereka. Selepas orang ramai beredar, Li Ce merenung Chu Qiao dengan penuh tajam sebelum mengeluh dengan gementar, "Qiao Qiao, boleh tak awak berhenti lepaskan marah awak kepada saya macam ini?"
"Apa rancangan awak? Kenapa awak ambil awak sebagai tahanan awak?"
Li Ce mengeluh dan menjawab dengan perasaan tidak berdaya, "Qiao Qiao, awak betul-betul nak layan orang yang dah selamatkan nyawa awak macam ini?"
Langsung tidak terkesan dengan jawapannya itu, Chu Qiao tegas berkata, "Jangan tipu!"
"Betullah." Li Ce mengeluh sekali lagi. "Semasa saya sedang melarikan dari daripada perkahwinan saya, saya nampak awak pengsan. Kalau saya tak berhenti untuk selamatkan awak, saya pasti takkan diikat dan diheret balik ke istana oleh orang-orang suruhan ayahanda saya. Qiao Qiao, saya dah berkorban banyak untuk awak, tapi awak masih layan saya macam ini, saya terasa hati betul."
Chu Qiao yang masih merenung pemuda itu dengan penuh syak wasangka terus melembutkan wajahnya. "Biar betul?"
Li Ce segera mengangkat tangannya dan bersumpah, "Betul!"
Chu Qiao lantas mengerutkan dahinya dan berfikir dengan lebih lanjut sebelum melonggarkan cengkamannya dan dengan meminta maaf dengan lembut, "Saya minta maaf."
"Tak mengapa" Sambil tersenyum Li Ce meneruskan, "Saya dah biasa dengan perempuan cantik yang sensitif." Sejurus selepas itu, pemuda itu tiba-tiba berdiri dan menolak Chu Qiao ke belakang tiang tempat duduknya itu, dan terus pemuda itu melabuhkan punggungnya dengan posisi yang sama apabila wajahnya menjadi suram. Semasa bergerak, dia segera memberitahu Chu Qiao, "Jangan lari, semuanya akan berakhir sekejap saja lagi."
Li Ce mengangkat seruling dan meletakkannya di sebelah bibirnya dengan bayu yang lembut meniup dan juga di atas tasik yang tenang. Chu Qiao yang menganggap pemuda itu bakal memainkan alat muzik tersebut terdengar bunyi alunan seruling yang tidak enak namun di belakangnya, alunan melodi yang tenang mula bermain.
Chu Qiao terus berpaling dengan perasaan ingin tahu dan lantas terlihat seorang tua berambut putih yang sedang bermain seruling di dalam dalam posisi yang sangat janggal.
Chu Qiao yang sedang benar-benar keliru dengan pemandangan di hadapan matanya itu tiba-tiba terdengar suara ketawa mengekeh yang bernada tinggi. Memandang ke belakang, dia melihat ramai wanita jelita yang sedang berjalan ke arah tasik, seolah-olah mereka semua telah berpaling ke sini apabila terdengar bunyi seruling Li Ce dan serta-merta menjadi terpesona dengan sikap elegan pemuda itu.
Li Ce yang langsung tidak terkesan dengan perkara itu terus memainkan alat muziknya dengan tenang. Pemuda itu jauh termenung, entah apa yang sedang direnungnya. Tirai nipis di sekeliling astaka yang berkibar-kibar dibuai bayu itu menambahkan sentuhan misteri kepada putera ini.
Para jelitawan itu pun beredar setelah beberapa minit, dan Li Ce pun melepaskan keluhan lega apabila melihat seorang hamba yang sedang mengibar-ngibarkan sehelai bendera merah sebelum menoleh ke arah orang tua yang sedang bersembunyi di belakang tiang itu dan berkata, "Sudah cukup, awak boleh berhenti."
Namun kaki orang tua itu sudah kebas setelah bercangkuk buat masa yang lama, dan dia pun berdiri dengan kaki yang menggeletar. Mengabaikan peluh yang menitis dari kepalanya, dia pun berkata, "Tuanku..."
"Baiklah, Tuan Yu, awak boleh pergi. Saya akan jamin yang anak lelaki awak takkan dihantar ke Sempadan Selatan untuk kawal sempadan. Saya akan gantikan dia... Dengan... Oh ya, saya akan hantar anak lelaki Tuan Lu sebagai ganti. Dia boleh salahkan diri dia sendiri sebab dia tak boleh main apa-apa alat muzik dan anak perempuannya sangat hodoh. "
"Ya, ya, terima kasih, Tuanku, sebab bantu saya!" Lelaki tua itu mengucapkan terima kasih kepada Li Ce sebelum beredar sambil dipapah oleh beberapa orang hamba.
Chu Qiao yang sedang merenung Li Ce dengan hairan itu bertanya. "Apa yang awak cuba dapatkan?"
"Awak tak nampak ke?' Mata Li Ce bergemerlapan dengan perasaan gembira ketika dia meneruskan, "Ada seorang wanita yang pakai skirt hijau dalam kumpulan wanita yang lalu tadi. Awak nampak tak?"
Chu Qiao pun menjawab dengan muka yang masam, "Saya sibuk sangat tengok persembahan awak yang menakjubkan sangat itu, macam mana saya nak tengok dia?"
"Oh, sayang betul..." Li Ce menggeleng kepalanya perlahan-lahan. "Dia anak perempuan Encik He yang baru pindah ke ibu negara ini. Anak perempuan dia hebat bermain seruling, dan cantik pula itu! Tetapi masalahnya dia langsung tak pedulikan saya walaupun kita dah jumpa dua kali!"
"Jarang ke perempuan tak pandang awak betul-betul?"
"Mestilah!" Li Ce membalas dengan segera seolah-olah ia merupakan suatu fakta. "Baiklah, sudahlah itu. Awak dah bersusah payah datang ke Empayar Tang, jadi saya mesti jadi tuan rumah yang baik. Jom, saya akan bawa awak keluar bermain hari ini!
Chu Qiao yang terkejut dengan cadangan yang mengejut itu terus bertanya, "Bermain?"
Li Ce meregangkan tangannya sebelum mencengkam bahu Chu Qiao dan tersenyum dingin. "Qiao Qiao, awak tak boleh jadi lurus bendul sangat. Selain daripada dendam, selain daripada Da Tong, selain membunuh orang lain, ada banyak lagi keseronokan dunia ini!"