"Bedebah!" Kata mereka berdua dengan serentak sebelum memutarkan bebola mata mereka dan perlahan-lahan melepaskan cengkaman leher masing-masing. Pada masa yang sama, pemuda itu menendang baldi kayu bersebelahan dengan kolam tersebut untuk melarikan diri dari bilik wap air itu tanpa mempedulikan kehadiran Chu Qiao.
Gadis ini sangat mahir dalam pertempuran jarak dekat jadi tidak perlulah berlawan dengan dia lagi. Jika dia mampu keluar dari bilik mandi wap itu, bunyi pertempuran boleh kedengaran dari luar jadi dapatlah dia mencapai kemenangan kelak!
Namun, Chu Qiao bertndak balas dengan sangat pantas, dan melonjak untuk menangkap lelaki itu! Renungan mereka serentak, berserta dengan pergerakan mereka! Tindakan mereka, laluan lepasan diri mereka, semuanya serentaki!
Dengan bunyi berdebap, pintu bilik wap air itu ditendang dengan kuat oleh pemuda itu walaupun telah ditendang oleh Chu Qiao.
Masa bukan lagi berpihak kepada Chu Qiao yang mengetahui bunyi tersebut pasti akan memeranjatkan pengawal-pengawal di luar. Dalam masa tiga saat sahaja, pengawal-pengawal itu akan membuka pintu ini dan membidik anak panah ke arahnya lalu mengepung gadis itu daripada melepaskan diri, dan satu-satu harapan gadis itu adalah dengan memaksa lelaki di hadapannya ini menyerah diri selama tiga saat saja. Chu Qiao melompat ke atas tempat tidur dan berpura-pura menjalinkan hubungan intim!
Chu Qiao sudah tidak mempunyai banyak masa untuk memikirkan cacat-cela rancangannya lagi jadi dia pun lompat ke hadapan dan lantas menanggalkan pakaiannya, hanya memakai sepasang seluar pendek sahaja. Gadis itu lantas menggunakan dinding sebagai batu loncatannya untuk menerpa ke arah lelaki itu. Dengan membalik kuang sebanyak dua kali, akhirnya gadis itu berjaya menghempat ke atas belakang lelaki itu yang menyebabkan kedua-dua mereka rebah di atas katil! Pada saat ini, bunyi tapak kaki semakin kuat kedengaran, nampaknya dia sudah berjaya memaksa lelaki ini untuk menyerah diri dan dijadikan sebagai tebusan.
Chu Qiao berasa dirinya sudah tidak waras lagi.
Dengan pergerakan pergelangan mereka yang tangkas, mereka berdua bertukar 20 lagi serangan ganjil lagi sehinggalah bunyi tapak kaki di hadapan pintu itu berhenti dan akhirnya Chu Qiao berjaya melaksanakan rancangannya untuk memerangkap pemuda itu dengan mencekik lehernya, namun cekikan itu dibalas oleh Zhuge Yue juga!
Situasi ini menyerupai situasi sebelum ini. Mati bersama? Mati bersama!
Bunyi ketukan pintu yang kuat kedengaran dari luar itu diikuti dengan bunyi pekikan daripada pengawal-pengawal. Cahaya lampu di dalam bilik itu samar-samar dan pada waktu itulah mereka berdua berpeluang untuk melihat wajah masing-masing setelah setengah malam mereka bersama dan sebaik sahaja menatap wajah masing-masing, mulut mereka ternganga luas sambil menjeling tajam ke arah satu sama lain!
Pintu bilik itu telah dipecahkan dengan bunyi dentuman dan pengawal-pengawal di luar itu pun terus meluru masuk ke dalam bilik itu. Kemudian, ketua pengawal mengujar, "Tuan Keempat! Tuan Keempat! Apa dah berlaku?"
Mata mereka terbeliak terkejut setelah melihat dua susuk tubuh yang sedang terbongkang di atas tempat tidur. Bilik itu berselerak dengan air yang terpercik di merata tempat dan juga permaidani sudah bersepah, begitu juga dengan selimut yang berselerak di atas lantai bersama pakaian mereka. Seorang lelaki dan wanita sedang berada dalam posisi yang intim di atas tempat tidur yang gah itu. Para pengawal itu menatap mata satu sama lain sebelum mengalih pandangan mereka ke pintu.
"Siapa yang benarkan kamu masuk?"
Pada saat itu, Yue Qi dan yang lain berasa seperti mereka sedang dilanda ribut taufan. Ya, Zhuge Yue sahaja yang mampu memberikan ketakutan yang sebegitu dahsyat kepada pengawalnya. Lantas, raut wajah mereka terus berubah pucat malah ada yang sudah rebah ke lantai kerana takut dan dalam masa tiga saat sahaja, pintu tadi telah ditutup semula.
Setelah sekian lama, dua orang dalam bilik itu menatap mata masing-masing sambil berkata, "Awak?"
Kesenyapan mula memenuhi setiap ruang bilik tersebut dengan cahaya yang menerangi bilik itu kadangkala membuat percikan api. Cahaya bulan yang samar-samar pula menyinari bilik itu melalui tingkap menjadikan suasana di Bandar Wupeng lebih segar dan berangin pada malam ini.
Seseorang yang mahir dalam seni mempertahankan diri pasti akan mempunyai deria pendengaran yang cemerlang terutama sekali pada malam yang sunyi seperti ini. Suara-suara sumbang lelaki di luar bilik perlahan-lahan menyusup bilik, kedengaran sedang bergosip tentang tuan mereka.
"Selalunya tuan nampak serius. Saya tak sangka dia suka permainan macam ini."
"Mestilah. Mereka bermain kuat sangat sampai bertaburan baju mereka. Hebat betul!"
"Bertuah betul perempuan itu sebab jadi kesukaan tuan kita."
"Perempuan itu ada susuk tubuh yang menawan dengan dua kaki yang putih melepas dan panjang…"
"Gilalah kamu ini! Perempuan itu milik Tuan lah! Dia cungkil biji mata kamu baru kamutahu!"
"Ah, Abang Zhang ini. Maksud awak kita perlu lupakan semua ini dan berpura-pura tak nampak ke?"
"Aku dah lama tinggal dalam kediaman itu jadi walaupun Tuan itu dah semakin baik hati jangan ingat yang dia akan lepaskan kamu! Dulu dia sangat kejam dan ditakuti oleh semua penduduk! Dengar cakap aku, aku tak bohong! Tapi kan, susuk tubuh hamba wanita itu memang menawan cuma… kenapa aku rasa macam kenal saja?"
"Semua orang cantik awak akan kata yang awak kenal."
Pengawal-pengawal itu terkekeh-kekeh ketawa lalu berjalan pergi dari bilik itu.
Di dalam bilik itu, mereka berdua masih lagi terbelit bersama dalam posisi seperti tadi sambil mencengkam leher masing-masing. Setelah mata mereka bertemu, pelbagai perasaan yang bermain dalam fikiran mereka.
Angin bertiup memasuki bilik melalui jendela dengan kain langsir satin berwarna merah yang melayang-layang apabila ditiup angin. Masa berlalu begitu perlahan dan bunyi dentuman yang terhasil dari jam berkumandang di dalam bilik gergasi itu.
Renungan mereka pun sudah kembali normal dari terperanjat, malu, kecewa dan permusuhan sehinggalah kembali tenang. Mereka kemudian melepaskan cengkaman leher masing-masing dan berundur.
Chu Qiao mencapai selimut sutera untuk menutup bahagian dadanya yang terdedah kemudian memandang lelaki di hadapannya itu tanpa berkedip walau sekali pun. Pada saat ini, dia hanya berasa berwaspada sahaja dan berjaya mengatasi perasaannya yang lain.
Lelaki yang naik berang sebentar tadi pun sudah mula tenang. Renungannya dingin dan keningnya berkerut namun tiada niat permusuhan yang terdetik dalam dirinya terhadap gadis ini, kemudian mengekalkan wajah tegas yang kelihatan malas namun dingin itu sekali lagi. Setelah sekian lama, lelaki itu turun dari tempat tidur tanpa peduli dan berjalan ke tengah-tengah bilik lalu memakai jubah yang ditanggalkannya sebentar tadi yang menampakkan dada bidangnya itu. Tanpa disangka-sangka Chu Qiao, pemuda itu telah menunjukkan kebaikannya lagi dengan menggeledah lantai yang bersepah itu dan mencapai jubah Chu Qiao yang basah lencun. Kemudian, dia menghampiri gadis itu lalu menghulurkan baju basah tersebut dengan satu tangan manakala tangannya yang lagi satu dihulurkan sambil berkata, "Serahkannya cepat."
"Apa?" Kerut Chu Qiao. "Serahkan apa pula?"
Zhuge Yue melemparkan jelingan, tanda mengarahkan Chu Qiao supaya tidak berpura-pura bodoh.
"Selepas Yan Xun lari pulang ke kampung halamannya dengan pengemis-pengemis Persatuan Da Tong itu, mereka dah tiada duit sangat ke sampai hantar awak ke sini untuk mencuri?"
"Apa kau cakap ini?" Tempik Chu Qiao. "Jaga mulut kau itu sikit!"
Zhuge Yue memandangnya tidak berperasaan dan kemudiannya mencemuh, "Dah nak mati pun tapi awak masih nak sombong diri."
Chu Qiao terdiam di atas tempat tidur itu namun raut wajahnya tetap mendingin. Dia telah tumpas sepenuhnya malam ini jadi dia berasa sangat kecewa dan menghamun akan nasib yang tidak menyebelahinya sejak kebelakangan ini.
Namun, setelah melihat wajah Zhuge Yue, sebuah perasaan lega yang tidak dapat digambarkan terdetik di dalam hatinya namun gadis ini tidak akan pernah mengakuinya. Mungkin ia lebih baik baginya untuk ditangkap oleh pemuda ini dari kebarangkalian yang lain! Setidak-tidaknya dia tidak akan dihukum bunuh serta-merta, sedar ibu negara pasti hanya menginginkan kepalanya sahaja.
"Serahkan balik." Kata Zhuge Yue lagi.
"Serahkan apa?"
"Jangan nak berlakonlah!" Dengus lelaki itu sambil memandangnya dengan dingin. "Awak juga yang berada di serambi itu kan? Awak dah curi sesuatu daripada saya. Awak nak saya sebut apa benda juga ke?"
Chu Qiao yang baru sahaja menyedarinya itu masih lagi berdegil, "Siapa yang peduli tentang barang kau? Aku dah buanglah. Kalau kau nak, hantarlah seseorang dari kediaman ini untuk cari di tasik."
Zhuge Yue perlahan-lahan mengangkat keningnya. Perasaan sugul jelas terpancar pada matanya namun Chu Qiao hanya menatap matanya tanpa rasa gentar.
Dengan sepantas kilat, Zhuge Yue melemparkan baju basah tadi ke muka Chu Qiao lalu berjalan ke arah pintu. Setelah itu, seorang gaji datang ke arahnya, lalu pemuda itu pun memberikan arahan mudah untuk mencari loket jednya di tasik. Setelah mendengar arahan tuan mudanya itu, orang gaji tersebut mula bingung. Tasik itu bukanlah sebesar mana dan boleh dikelilingi dengan bot dalam masa sejam sahaja namun tasik itu sedalam 40 kaki. Mencari seutas loket jed di dalam tasik sedalam 40 kaki itu ibarat mencari jarum dalam timbunan rumput kering…
Salah seorang dari orang gaji yang berada di hadapan Zhuge Yue mendongakkan kepalanya untuk membantah, "Tapi Tuan…"
Sebelum sempat dia menghabiskan kata-katanya, Zhuge Yue telah menampar lelaki itu dengan kuat dan membuatkannya menunduk semula.
"Siapa yang benarkan kamu mendongak?"
Orang gaji itu mengangguk ketakutan dan langsung tidak berani untuk meraih kepalanya lagi.
Chu Qiao terpana kerana pintu bilik itu betul-betul berhadapan dengan katil yang didudukinya tanpa berpakaian itu.
Zhuge Yue menoleh untuk melihat Chu Qiao yang baru sahaja memakai pakaian basahnya kembali. Namun, pakaian itu diperbuat daripada kain yang nipis lantas lencunan itu telah menjadikannya hampir lut sinar, mempamerkan susuk tubuhnya yang menawan.
Zhuge Yue memandang ke arah Chu Qiao dan berkerut. Setelah melihat raut wajah pemua tersebut sebegitu, Chu Qiao pun berasa janggal yang amat, lantas pemuda itu meluru ke arah sebuah almari lalu membukanya. Tiba-tiba raut wajah Chu Qiao berubah seolah-olah teringat akan sesuatu dan sebelum sempat dia menghentikan langkah Zhuge Yue, seorang wanita yang telah diikat kemas tiba-tiba merebah di kaki Zhuge Yue dengan bunyi berdebap.
Zhuge Yue bertindak dengan cepat kerana menyangkakan wanita yang sedang bersembunyi di dalam almari itu merupakan salah seorang pembunuh upahan jadi sebelum sempat tubuh wanita itu menyembah ke lantai, Zhuge Yue telah menendangnya keluar dari bilik seperti sebiji bola sepak.