Tuan muda yang sedang memakai jubah keemasan itu meraih langsir dan melabuhkan punggungnya di atas katil yang besar lantas bersandar pada dinding sebelum mengangkat wajahnya ke arah wanita yang masih berlutut di atas lantai. Dia bertanya tenang, "Masih tak mahu datang ke sini?"
Wanita muda itu berdengung tanda akan menuruti kata tuannya lantas melangkah ke arah pemuda itu dengan kepala yang ditundukkan, masih melutut. Gadis itu menghulurkan tangannya yang cerah dan lantas meletakkannya ke atas peha pemuda itu yang berada di atas tapak sokongan, membuka kasut butnya dengan lemah gemalai.
Namun dengan sebuah dentuman, tuan muda itu menendang bahu gadis itu secara tiba-tiba. Walaupun dia tidak menggunakan tenaga yang kuat untuk menendang wanita itu, namun dia masih berjaya menepis tangannya ke tepi. Tindakan itu lantas mendapat kejutan daripada wanita muda itu yang terus menggeletar ketakutan, sekali pun tidak berani untuk meraih pandangannya dan berbalas pandangan tuannya itu.
Tuan muda tersebut terduduk di atas katil sambil merenung gadis itu, wajahnya dikerutkan bersama riak wajah suram yang juga berbaur dengan sekelumit perasaan marah, kecewa dan yang lebih sedikit adalah perasaan leganya. Tiada sebab untuknya mencari gadis itu lagi, lalu pemuda itu meraih kepalanya ke atas dengan perlahan dan merenung bumbung.
Pemuda ini sering berasa terlalu risau. Jika benarlah dia wanita sebentar tadi, bagaimanakah dia boleh ditangkap dengan sebegitu cepat? Walaupun gadis itu tercedera, dia pasti boleh menyelinap keluar dari sini. Bagaimanakah dia boleh berkhidmat dengan seseorang dengan penuh hormat sebegitu?
Bagi wanita penyerang sebentar tadi, bunyi terakhir dan juga pergerakan yang sungguh lincah itu mampu membuatkan pemuda itu mengenal pasti siapakah identiti pembunuh itu!
Dia berasa sungguh geram apabila memikirkannya. Hujankah yang telah membuatkan pemuda itu menjadi bodoh sebegitu? Tetapi, dia langsung tidak mengarahkan supaya orang-orang bawahannya dan juga pengawal-pengawal kediaman untuk menangkap wanita penyerang itu dan buat seketika, dia langsung tidak mengerti apakah niat sebenar yang disembunyikannya. Adakah dia terlalu risau untuk memulakan sebuah lagi pertempuran? Adakah dia masih lagi berasa 20 peratus sangsi akan kesimpulannya itu? Ataupun dia mengharapkan gadis itu berjaya melepaskan diri dan tidak ditangkap oleh pengawal-pengawal itu?
Dia tidak mahu memikirkannya dengan lebih lanjut, lantas pemuda itu pun berdiri dan mengambil langkah yang panjang untuk menuju ke arah kolam air panas yang terdapat di latar belakang pemuda itu sebelum melemparkan jubahnya ke atas tanah. Pemuda itu sedang memakai jubah berwarna putih di dalam, dengan rambutnya yang kusut masai di belakang kepala, wajahnya kelihatan cerah dengan bibir yang merah, sememangnya memancarkan aura yang kacak lagi memukau.
'Dia seorang wanita sajalah!'
Dia berfikir sendirian, 'Saya hanya mahukan apa hak saya.'
Tuan muda itu pantas membuka jubah dalamannya di bawah cahaya yang berkelip-kelip, lantas mendedahkan dada yang tegap sebelum melangkah ke arah sebuah bilik di latar belakangnya dan membuka sebuah pintu. Wap air yang menghembus dari bilik sebelah semestinya membuatkan suasana di dalam bilik tersebut lebih romantik.
Kepala Chu Qiao tertunduk, langsung tidak berani untuk melihat ke dalam mata pemuda itu. Benarlah itu, wanita muda di dalam jubah merah ini ternyata Chu Qiao. Para pengawal sedang berkumpul di luar pintu menjaganya dan lantas wanita muda itu tersedar yang dia tidak akan mampu menyelinap keluar dari kawasan ini walaupun jika dia mempunyai submesingan AK607.
Gadis ini yang sudah terdesak tidak mempunyai pilihan lain dari menyamar menjadi wanita yang sememangnya telah berada di dalam bilik itu dengan memakai pakaiannya, lantas berjaya memperdaya Tian Chengshou yang langsung tidak menyedari akan hal itu.
Chu Qiao tersenyum, bangga dengan dirinya sendiri. Dia berharap pemuda yang sering merosakkan rancangannya itu tidak melakukan perkara itu semata-mata kerana nafsunya, dan berharap dia akan dihalau keluar dari bilik tersebut dengan salah sebuah ceramah panjangnya, supaya dia dapat berjalan keluar dengan terbuka.
"Kamu, datang ke sini." Tragedi bakal bermula. Sebuah suara lemah bergema dari bilik sebelah apabila Chu Qiao tergelak sendirian, "Tolong urut belakang saya."
Riak wajah Chu Qiao sukar ditafsirkan. Mengerut dahinya, dia mempertimbangkan sama ada dia patut menyelinap masuk ke dalam bilik sebelah dan membunuh pemuda itu dengan satu tikaman pantas dan licik namun apa yang diperkatakan pemuda itu seterusnya sekaligus membuatkan Chu Qiao kembali bertenang.
"Kamu boleh pergi lepas itu."
Lebih sedikit masalah, lebih bagus. Chu Qiao lantas berdiri dengan penuh teruja sebelum melangkah ke arah bilik tersebut dengan maruah dan harga diri seorang hamba.
Apabila dia membuka pintu bilik wap air, ledakan air hangat tiba-tiba menjemputnya dengan kabus wap yang dapat kelihatan di seluruh bilik, sekaligus membuatkan gadis itu sukar untuk terus membuka matanya dan bernafas. Chu Qiao pun berkerut, dan pemuda itu berkata dengan nada yang rendah apabila dia ingin memasuki bilik tersebut, "Buka kasut kamu."
Chu Qiao terus merasakan kehangatan di kakinya apabila dia berbuat sedemikian. Kasutnya telah habis basah lencun, dan dengan pantas gadis ini memasuki bilik tersebut, berkaki ayam.
Saiz bilik wap air itu lebih besar darip bilik tidur di luar. Tiada sesiapa yang dapat menjangka sebuah bilik yang sebesar ini dapat disembunyikan di belakang tabir. Di tengah-tengah bilik wap air itu, terdapat sebuah kolam air panas yang bersaiz sebesar kolam renang dengan ketiga-tiga dinding di sekeliling kolam air panas itu yang dihiasi dengan empat arca wanita yang indah cantik, diukir daripada jed putih. Keempat-empat arca wanita itu diukir dengan tubuh badan wanita-wanita yang separa bogel, bersama gaya yang menggiurkan. Air panas memancut dari belakang kedua-dua belas arca itu ke dalam kolam, mengikuti arus air yang deras menuju ke semua sudut bilik, dan akhirnya keluar daripada bilik wap air melalui sistem penyaliran.
Chu Qiao menjangka ia sesuatu proses yang sukar untuk diteruskan jika air kolam itu dipanaskan secara manual, apatah lagi jika suhu air itu tinggi. Memandangkan teknologi semasa pada zaman ini, air pasti sudah menjadi sejuk sebelum memasuki bilik tersebut jadi wap air ini datang dari mana? Ternyata kediaman ini dibina di atas mata air panas bawah tanah, namun tiada siapa yang mengetahui sama ada ia adalah mata air panas semula jadi ataupun buatan manusia.
Beberapa buah lampu ditempatkan di keempat-empat sudut bilik wap air yang menambahkan lagi suasana romantik bilik itu. Ukiran dapat dilihat pada dinding bilik tersebut dan apabila dilihat dengan lebih dekat, Chu Qiao tersedar ukiran-ukiran tersebut semuanya milik iblis wanita bogel yang sedang mempamerkan gaya-gaya menggoda dengan bahagian sulit mereka yang terlindung dengan posisi tubuh badan mereka yang menggiurkan.
Lantas wajah Chu Qiao bertukar menjadi kemerahan, mungkin disebabkan oleh suhu bilik itu yang tinggi, ataupun mungkin juga disebabkan oleh hal lain dan terus gadis itu menundukkan wajahnya, tidak berani untuk terus merenung ukiran tersebut. Terdapat sebuah platform tinggi yang terletak di bahagian atas kolam air panas tersebut dengan api yang dinyalakan terang dari bawahnya, sekaligus memanaskan platform itu. Sehelai tikar yang diperbuat daripada kulit beruang ditempatkan di tengah-tengah platform bersama buah-buahan, wain, dan daging yang telah diletakkan di sebelah tikar. Chu Qiao hanya perlu merenung sekali imbas sahaja untuk mengenal pasti apakah tujuan susunan sebegini. Dengan api yang berada di bawah platform, ia akan terus memanaskan tikar tersebut walaupun keadaan bilik yang hangat dan berwap dan melalui cara ini, ia akan menjadikannya lebih mudah bagi si lelaki untuk memulakan langkahnya untuk menodai hamba-hamba wanita setelah mereka bermandi-manda.
"Awak dah mati ke?" Sebuah suara rendah tiba-tiba kedengaran di halwa telinga Chu Qiao.
Chu Qiao memutarkan matanya dengan dingin. 'Urut belakang awak? Saya akan koyakkan kulit awak!' Terus wanita muda itu melangkah ke dalam bilik dan wap semakin menebal semasa dia mendekati kolam air panas dan daya penglihatannya amat terbantut sehingga dia tidak mampu melihat jari-jemarinya sendiri.
Chu Qiao melangkah dengan perlahan, menggunakan kakinya untuk meraba-raba laluan di hadapan yang disebabkan oleh kabus tebal yang mengelilingi wanita itu. Chu Qiao yang tidak pasti sama ada dia telah mendekati sisi kolam air panas itu tiba-tiba kehilangan keseimbangan badannya dan terus tergelincir ke dalam kolam itu dengan percikan yang besar. Bukannya gadis itu tidak mampu mengimbangkan kembali badannya, tetapi memandangkan seorang musuh cekap yang juga berada di dalam kolam air panas itu, Chu Qiao tidak mempunyai pilihan lain dari terjatuh ke dalam kolam itu.
Pada masa ini, sepasang tangan yang panjang tiba-tiba menggenggam pinggang wanita muda ini dan dengan sedikit tenaga, pemuda itu menolak Chu Qiao untuk melutut di sisi kolam air panas.
"Saya suruh awak urut belakang saya saja. Tak perlu menyibuk sangat." Suara yang rendah itu bergema di dalam bilik wap air yang berkabus tebal itu. Suara tersebut kedengaran bersahaja namun berbaur dengan kebencian, jelas menyedari tindakan Chu Qiao yang berada dalam samaran itu.
Chu Qiao mengambil nafas yang panjang, cuba untuk menyembunyikan kemarahan yang membuak-buak di dalam dirinya. Gadis itu melutut di sisi kolam air panas dan mengenal pasti keadaan sekeliling namun dia masih gagal untuk mengesan tuala yang digunakan untuk mengurut belakang lelaki tersebut. Peluh berciciran dari dahinya lantas membuatkan gadis ini berkerut.
Dengan bunyi air yang memercik kuat, Chu Qiao dapat merasai renungan mata pemuda itu yang sedang tepat meluru ke arahnya walaupun gadis ini tidak dapat melihat wajah pemuda itu.
Disebabkan Chu Qiao yang mahu kekal dalam samaran, dia telah menukar nada suaranya akibat gadis ini yang pernah berbual dengan pemuda itu di hujung pertempuran mereka. Dia pun berkata dengan nada yang lembut dan jelas, "Tuan, bolehkah saya urut tuan dulu?"
Lelaki di hadapannya itu kekal berdiam namun berpusing ke belakang, menandakan persetujuannya.
Chu Qiao lantas melipat lengan baju dan menghulurkan lengannya yang putih mulus untuk mengurut tuan muda itu. Gadis ini perlu menyamar menjadi banyak identiti yang berbeza untuk banyak situasi yang berbeza dengan sempurna semasa dia menjadi seorang agen lama dahulu, malah bagi agen wanita pula, kadangkala mereka perlu melakukan pengorbanan seksual untuk menyelesaikan misi mereka. Jadi Chu Qiao telah mendapat latihan mengurut secara profesional semasa dia masih berada di dalam zaman moden, dan setiap pelajarannya masih tersemat dalam ingatannya walaupun ia langsung tidak digunakan selama beberapa tahun ini dan dengan kelincahan teknik urutan profesionalnya itu, dia mampu menawan hati pemuda itu. Chu Qiao sedar lelaki ini telah mula bertenang apabila sendi-sendirnya mula mengendur.
Walaupun gadis ini tidak mampu melihat wajah pemuda di hadapannya ini, namun dia harus mengakui tubuh badan tuannya itu tegap, sangat tengap. Badannya berotot, namun bukanlah seperti ahli-ahli terkemuka dalam seni mempertahankan diri itu, dengan ototnya yang ketara kelihatan namun tidaklah terlalu besar ataupun terlalu kecil. Jelas kelihatan badannya yang maskulin namun tidak terlalu menonjol itu.
Chu Qiao mengaut air suam di sisi dengan menggunakan tangannya untuk membasuh belakang badan pemuda itu, dengan air yang mengalir dari badannya itu yang kembali berciciran ke dalam kolam air panas. Gadis itu mampu mengenal pasti titik akupuntur lelaki itu lantas jari-jemari gadis itu mencubit belakang badan tuannya dengan daya yang kuat, mempamerkan kehandalannya. Pemuda itu mengambil nafas yang dalam dan lantas mendongakkan kepalanya, hampir bersandar pada peha Chu Qiao dan terlena.
Chu Qiao yang berasa seperti dirinya tidak berupaya itu berkerut. Jauh di sudut hatinya, dia sedar pemuda ini seorang yang cekap dan walaupun jika mereka bertarung sehingga ke pengakhirannya, gadis ini masih tidak pasti sama ada dia mampu menyelinap keluar atau tidak dan walaupun jika Chu Qiao mampu untuk membunuhnya, ia pasti akan menjadi mustahil buatnya untuk keluar daripada bilik itu oleh kerana pengawal yang ramai di luar bilik. Lantas gadis itu memicit badan pemuda tersebut dan sekaligus mengurutnya, memendam perasaan marah yang menyelubungi diri dan setelah seketika, gadis itu mula menjadi lencun dek peluhnya sendiri, berasa lebih penat berbanding mengharungi pertempuran.
Plup! Setitik peluh tiba-tiba terjatuh dari dahinya dan terus ke hidung pemuda itu, namun tuan muda itu langsung tidak mengendahkannya, dan lantas berkata penuh bersahaja, "Buka baju awak."
"Hah?" Chu Qiao terpana, namun tersedar dari panaannya itu dengan pantas. Dia cuba untuk menampung segala perasaannya, dan membalas dengan tergesa-gesa, "Tuan, apa yang tuan cuba lakukan?"
"Kamu mesti tertanya-tanya apa yang saya nak lakukan pada awak," Tuan itu berkata sambil tertawa, suaranya bersalutkan dengan nada mengejek. "Tapi sayangnya saya tak berminat nak lakukan perkara itu sekarang. Saya tak pernah tengok sesiapa pun yang masih pakai baju di dalam bilik wap air ini. Saya hanya ingatkan awak sebab hati saya ini baik, jangan sampai kamu terbakar pula sebab panas."
"Terima kasih untuk peringatan itu, Tuan. Saya tak panas."
Walaupun pemuda itu sedar Chu Qiao sedang berbohong, namun setelah memikirkan apa yang Tian Chengshou katakan, pemuda itu langsung tidak mengendahkannya dan terus berdiam. Lagipun, gadis ini masih seorang dara dan walaupun dia mempunyai beberapa muslihat yang boleh digunakan, namun hati gadis di belakangnya ini bukanlah sekeras batu.
Akibat kabus yang terlalu tebal, ini bermakna Chu Qiao tidak perlu menyembunyikan perasaan sebenarnya jadi riak wajahnya bertukar bengis. Lelaki ini memang sudah melampau. Lantas gadis itu terbayangkan bagaimana pemuda itu telah menyentuhnya di atas bumbung serambi biara tidak lama sebelum itu dan dia pun tersenyum dingin dengan kening yang diraih, memikirkan rancangan di mindanya. Chu Qiao melirikkan jarinya lembut mengikuti bahu pemuda itu menuju ke lehernya dan kemudian ke dadanya, mengukir bulatan-bulatan kecil dengan niat untuk menggoda pemuda itu.