Chapter 104 - Bab 104

Pemuda itu pun tersenyum namun kekal berdiam diri, menyenangi rancangan gadis ini.

Chu Qiao merendahkan lagi nada suaranya dan berkata dengan penuh menggoda, "Tuan, di sini titik akupuntur Qianyun, untuk hilangkan rasa kepenatan tuan itu." Setelah menghabiskan ayatnya, gadis ini menggenggam penumbuknya dan menumbuk dada pemuda itu.

Seperti yang disangka, pemuda itu pun mengerang kesakitan sambil melengkungkan badannya ke belakang dan membubarkan kelakuannya yang malas.

Chu Qiao berpura-pura terkejut dan lantas melutut ke tanah sambil menundukkan kepalanya. Dia berkata dengan tergesa-gesa, "Saya urut kuat sangat ke?"

Pemuda itu mengerang beberapa kali lagi sambil bernafas dengan susah. Setelah seketika, dia berkata dengan suara yang serak, "Bukan masalah awaklah." Dia terduduk sambil tercungap-cungap di sisi kolam air panas, menggumam sendirian, "Perempuan tak guna, kuat betul dia pukul."

"Tuan sedang bercakap mengenai saya ke?"

"Bukan awak."

Chu Qiao serta-merta mengetahui siapakah yang sedang diperkatakan pemuda itu. Di situlah tempat di mana gadis itu telah menendangnya semasa pertempuran mereka sebentar tadi, namun cara percakapan pemuda itu kedengaran ganjil, seolah-olah mereka telah berkenalan sebelum ini. Gadis itu pun berkerut perlahan-lahan dan mengecilkan matanya.

"Awak dibeli di Bandar Xian Yang beberapa hari lalu oleh Tuan Tian ke?" Pemuda itu bertanya dengan teruja, cuba untuk memulakan sebuah perbualan. Ia kelihatan seperti wanita yang pengsan itu juga telah dibeli di Bandar Xian Yang, jadi mereka mempunyai satu persamaan. Chu Qiao yang masih berada dalam samarannya itu berkata dengan lembut, "Ya, Tuan."

"Hm." Pemuda itu terus bertanya, "Dari kedai yang mana satu ya?"

Dalam ramai-ramai pedagang hamba yang terdapat di Bandar Xian Yang, Chu Qiao hanya mengenali seorang sahaja. "Bos Mu daripada pasar barat."

"Pasar barat?" Pemuda di dalam kolam itu terus menjadi tertarik, lantas dia berpusing dan bertanya dengan nada suara yang rendah, "Awak pernah nampak tak gadis yang sama ketinggian seperti awak, tapi hebat dalam seni mempertahankan diri?"

Chu Qiao berkerut dan membalas, "Hebat dalam seni mempertahankan diri? Bukan ke dia patut dijadikan hamba abdi disebabkan hal ini?"

"Dia tercedera teruk."

Chu Qiao terperanjat, lantas berkerut dan bertanya, "Ada ramai orang yang tercedera teruk juga, Tuan. Tuan tahu nama dia?"

"Nama dia…" Pemuda itu terkaku dan berfikir buat masa yang lama sebelum berkata, "Tak mengapalah. Dia mesti dah gunakan nama palsu."

"Jadi saya tak tahu apa-apa." Chu Qiao berkata, cuba untuk berpura-pura bersahaja dengan menambah sedikit ketawa di hujung ayatnya. Dia bertanya dengan berwaspada, "Tuan sedang mencari seseorang ke? Memandangkan status Tuan, saya pasti hamba itu bukan kawan Tuan. Dia itu orang gaji keluarga Tuan ke?"

Pemuda tersebut berasa suram secara tiba-tiba, berpusing tanpa mengujarkan sebarang kata. Air panas yang mengalir daripada arca wanita-wanita cantik itu memercik-mercik memasuki kolam. Setelah seketika, Chu Qiao terdengar pemuda itu berbisik, "Saya tengah cari dia."

Chu Qiao berasa seram sejuk menyelubungi dirinya. Gadis ini telah menjangka lambat laun pasukan tentera Xia bakal menangkapnya juga, lagipun mereka berkeupayaan untuk menjejak kesan gadis itu walaupun setelah bersembunyi. Mereka juga telah mengepungnya di Bandar Wupeng dan juga menjejaki lokasi kedai Bos Mu terlebih dahulu. Jika dia tidak menyamar sebagai seorang hamba di atas kapal bersama keluarga Zhan, dia pasti sudah berada dalam permasalahan yang besar. Jika gadis ini tahu, dia lebih rela tinggal di dalam kapal itu berbanding dikejar tentera Xia.

Apabila Chu Qiao sedang asyik mengelamun, pemuda di hadapannya tiba-tiba berdiri. Chu Qiao yang terperanjat itu pun kehilangan segala keseimbangan badannya, dan terus gadis itu terjatuh dengan kepalanya yang terlebih dahulu ke dalam kolam air panas itu dengan satu percikan gergasi, lantas mendarat ke atas lantai kolam itu dengan keras. Jika bukan kerana air kolam itu yang dalam, gadis itu pasti sudah mati disebabkan oleh impak jatuhan itu yang kuat.

Chu Qiao berasa pening dan seterusnya pening-pening lalat apabila diheret ke permukaan air oleh seseorang.

Bunyi batuk memenuhi ruang bilik wap air.

Arus air di sisi mula menjadi semakin deras, menyebabkan kabus berwarna putih untuk terus menyelubungi kawasan bilik. Chu Qiao telah dibantu oleh pemuda itu dan sedang bersandar pada lengannya sambil terbatuk-batuk tanpa henti, dengan air yang masih tercekik di tekaknya, muka gadis itu merah dan memang kelihatan menderita.

Gadis yang berada di dalam pelukan pemuda itu menggigil sambil terbatuk-batuk yang kelihatan seperti dia akan mengeluarkan paru-parunya sendiri. Dia kelihatan tinggi namun kurus dengan daging badannya yang sekelumit, namun ia masih terasa selesa apabila memeluknya. Kulitnya mempunyai keanjalan yang berbeza, membuatkan diri gadis ini kelihatan lebih berseri-seri dan mesra. Gadis itu basah lencun di dalam kabus memutih itu, dengan bajunya yang melekat pada badannya lantas menonjolkan lagi tubuh badannya. Kakinya yang panjang dan berotot itu bersentuhan dengan badan pemuda itu, jelas mempamerkan kulitnya yang tidak dapat dibandingi dengan kulit anak-anak perempuan bangsawan.

Secara tidak sengaja, pemuda itu telah menunjukkan sedikit aura kemesraan, lantas dia menghulurkan tangannya dengan lembut dan menepuk-nepuk belakang gadis itu untuk menenangkan dirinya daripada batuk berterusan namun sebelum sempat tapak tangan pemuda itu mendarat pada belakang Chu Qiao, jubah gadis ini yang nipis tiba-tiba terlucut dari tubuhnya dan telapakangan pemuda ini terus bersentuhan pada kulit wanita muda ini yang lembut dan amat selesa untuk diusap.

Badan Chu Qiao tiba-tiba membatu, terus terlupa dia sedang terbatuk.

Sebuah pandangan syaitan tiba-tiba berlayar di mata pemuda itu, lantas dia terus menundukkan wajahnya sambil merentap lengan gadis itu untuk mengucup bibir Chu Qiao dengan kasar. Chu Qiao yang terkejut diperlakukan sebegitu terus meradang, namun lengan pemuda itu masih lagi menempatkan Chu Qiao ke dalam pelukannya dengan erat dan kuat. Sebelum sempat gadis itu mengetap bibirnya, ia dibuka luas oleh lidah pemuda itu yang lincah. Suasana bilik itu terus menjadi liar dengan pemuda itu yang sedang mendakap gadis itu dengan sebelah tangan manakala tangannya sebelah lagi sedang menolak belakang kepala gadis ini untuk merapatkan mukanya dengan pemuda itu. Tingkah lakunya yang penuh dengan keangkuhan dan sikap suka menguasai orang lain ini membuatkan Chu Qiao tidak mampu melepaskan dirinya.

Perasaan panik dan ketakutan tiba-tiba meluap-luap di dalam diri Chu Qiao yang membuatkan dia menjadi buntu namun dalam sekelip mata sahaja gadis ini mampu tersedar dari ketakutannya dan terus menendang pemuda ini sekuat hatinya. Malangnya, gadis ini sedang berada di dalam kolam dan disebabkan oleh rintangan air terhadap tendangannya, dia tidak berjaya merealisasikan rancangannya dan lantas gadis itu terjatuh ke belakang pula.

Pemuda itu melepaskan sebuah ketawa mengerikan sekali lagi sambil menerjun ke dalam air bersama Chu Qiao yang berada di dalam dakapannya. Titisan air yang memercik ke udara itu berbunyi kuat apabila ia mencecah ke lantai! Air suam meluru masuk ke dalam telinga mereka dari semua arah, bersama rambut hitam mereka yang kelihatan seperti sedang melambai-lambai di dalam air dan lantas menghalang daya penglihatan mereka. Pemuda itu mendekatkan dirinya dengan tubuh badan Chu Qiao apabila mereka berdua sedang tenggelam ke dasar kolam yang sedalam lebih dari satu meter itu. Kelopak-kelopak bunga yang terdapat di permukaan kolam mula berpisah antara satu sama lain dan menuju ke suatu-suatu sudut. Apabila mereka semakin mendekati dasar kolam, pemuda itu menggunakan sebelah tangannya untuk menolak kepala Chu Qiao ke arahnya sambil tangannya yang sebelah lagi sedang dililitkan di sekeliling pinggang gadis itu, dan terus pemuda itu mencium gadis itu dengan penuh ghairah sekali lagi.

Teknik yang digunakan pemuda itu untuk bercumbu ternyata penuh berbaur dengan keghairahan. Lidahnya bermain-main kasar di dalam mulut gadis itu, seolah-olah dia cuba menyedut kecantikan dan kekuasaannya. Chu Qiao yang sedang berkerut itu sudah tidak mengendahkan tentang samarannya lagi, dan lantas gadis itu cuba untuk menumbuk pemuda itu, namun segala daya yang telah diletakkan olehnya kedalam tumbukan itu serta-merta hilang disebabkan oleh rintangan air. Pemuda itu segera menggenggam penumbuk milik gadis itu dan menahannya di belakang badan gadis itu sambil melilitkan kakinya pada kaki Chu Qiao. Dengan tangan yang sebelah lagi, pemuda itu mula meraba-raba pinggang Chu Qiao yang runcing, perutnya yang kempis, dan buah dadanya yang pejal…

"Hm…" Erang Chu Qiao apabila dia cuba untuk menolak segala pergerakan pemuda ini namun tanpa dipelawa, tangan pemuda ini telah meneroka buah dadanya. Chu Qiao yang sudah terdesak cuba untuk menentang pemuda ini dengan menggunakan sebuah teknik penyerahan supaya dapat terkeluar dari genggaman tangan pemuda ini dan lantas menyiku dada pemuda itu dengan kasar. Chu Qiao akhirnya berjaya menuju ke permukaan air dengan satu lonjakan besar.

"Fuh!" Wajah Chu Qiao telahpun bertukar menjadi kemerahan akibat terlalu lama berada di dalam air sambil tercungap-cungap. Setelah seketika, kepala pemuda itu pun muncul ke permukaan air.

"Mari ke sini!" Suara serak yang bernada rendah itu berkumandang. "Saya tak nak main permainan ini!"

"Hm, baiklah." Chu Qiao lantas memberikan pemuda itu sebuah senyuman yang mengerikan, seperti seorang pemangsa yang sudah terjumpa mangsanya. Gadis ini yakin dia akan membunuhnya.

Malangnya, kabus yang terlalu tebal itu menyukarkan pemuda itu untuk melihat ekspresi wajah Chu Qiao dan apabila gadis itu mendekatinya, pemuda itu berfikir gadis ini benar-benar telah berserah diri kepadanya. Namun pada masa yang sama, Chu Qiao melonjak lebih dari satu meter di atas air dengan kasar, dan lantas menendang pemuda itu dengan menggunakan kaki kanannya!

Plup! Titisan air meloncat ke udara dengan tinggi sekali lagi. Pemuda itu yang masih pening-pening lalat setelah ditendang di dadanya itu terus terpelanting ke belakang dan dalam sekelip mata sahaja, singa betina itu menerkam pemuda itu yang sekaligus tercampak jatuh ke dalam kolam sambil menumbuk-numbuk wajah kacak milik pemuda itu.

Semuanya berlaku dalam sekelip mata sahaja. Walaupun kehandalan pemuda ini dalam seni mempertahankan diri tidaklah kurang hebatnya berbanding dengan Chu Qiao, namun dia masih tidak dapat mengahalang serangan bertubi-tubi yang diberikan gadis itu. Bunyi tumbukan demi tumbukan yang diberikan bergema kuat memenuhi setiap ruang bilik. Jika bukan kerana pemuda itu yang sudah ditenggelami air, hidungnya pasti sudah patah akibat ditumbuk gadis ini.

Pemuda itu terus menjadi terpana. Akibat dirinya yang sudah tidak berdaya lagi itu, dia telah melakukan sesuatu yang di luar perwatakannya selama ini di mana sebelum sempat dia bertukar tumbukan dengan gadis itu, pemuda itu telah menolaknya ke tepi dan merangkak ke hujung kolam air panas itu, langsung tidak berdaya lagi.

"Nak larikan diri ya?" Chu Qiao lantas meludahkan air yang terdapat dalam mulutnya sebelum menerkam pemuda itu sekali lagi! Kepantasan, tumbukan-tumbukan yang tidak dijangkakan dan kemarahan yang membuak-buak itu bercampur menjadi satu kuasa luar biasa dan lantas membuatkan pemuda itu kehilangan segala daya untuk berlawan kembali, dan lantas dijatuhkan kembali oleh wanita kental ini. Setelah serangan bertubi-tubi tanpa belas kasihan itu, pemuda itu berjaya bergerak ke sisi kolam air panas dan cuba untuk melarikan diri keluar dari bilik wap air namun wanita muda ini melonjak ke arahnya kembali sambil menggenggam pinggangnya dengan erat, lantas kedua-dua remaja ini terjatuh ke atas tanah dengan satu dentuman kuat.

Pergerakan pemuda itu tidak lagi disekat oleh rintangan air setelah mereka berdua keluar dari kolam air panas itu, dan terus pemuda itu mula menentang Chu Qiao kembali dan menggugurkan niatnya untuk berundur. Di dalam ketebalan kabus itu, dua kelibat ini kelihatan seperti dua orang yang sedang menari dan mempamerkan pergerakan-pergerakan mereka yang halus dan menakjubkan. Setiap tumbukan mereka bersalutkan dengan daya yang tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pun di dunia ini.

Samaran Chu Qiao akhirnya terbongkar dan jika pemuda ini mampu melepaskan diri, maka nahaslah gadis in. Hal ini membuatkan Chu Qiao berlawan dengannya sepenuh hatinya.

Pemuda itu juga mengambil keputusan untuk tidak memperlakukan gadis itu seperti dia seorang hamba biasa, dan lantas pemuda itu membuka langkahnya tanpa ada sekelumit pun perasaan belas kasihan!

Tiada senjata, tiada pembunuhan upahan, tiada taktik perdayaan. Apa yang ditunjukkan kedua remaja ini hanyalah pergerakan seni mempertahankan diri yang tulen dalam sebuah pertempuran demi mencari pejuang yang terhebat!

Dengan dewa maut yang sedang merenung tajam ke arah kedua remaja ini, pergerakan mereka berbaur dengan harmoni semasa mereka sedang mencekik leher masing-masing. Leher pihak musuh pastinya akan patah melainkan jika salah seorang daripada mereka menggerakkan tangan mereka.

Ganjilnya, kedua-dua mereka terus berhenti dalam langkah mereka, dan lantas meraih tangan secara serentak tanda berdamai. Mati bersama-sama? Itu satu tindakan yang bodoh jika diambil oleh kedua-dua belah pihak, dan lantas mereka mengendurkan cengkaman pada leher masing-masing dan berundur dengan perlahan-lahan.

Pada masa ini, satu lagi ledakan air tiba-tiba meluncur keluar dari belakang arca-arca dan pada saat genting ini, mata air panas itu memercik ke dalam kolam air panas. Dengan pergerakan air itu, kedua-dua mereka terus meluru ke arah satu sama lain, mencengkam leher satu sama lain sekali lagi.