Ketika banjir terus meningkat, cenuram di bahagian tepi mula pecah, membuatkan lutut semua orang lembik ketakutan.
"Ini tak boleh jadi. Kita kena terus mendaki ke atas," cadang Zhou Qing. Oleh sebab kuasa kemusnahan banjir yang kuat, tiada sesiapa boleh menjamin tempat yang mereka duduk kini akan kekal stabil.
"Tapi, Abang Zhou, laluan itu berakhir di sini."
"Kalau begitu, buang semua benda yang tak perlu dan mari daki ke atas." Xia Hanmo mengarahkan. Sisi gunung ini jelas sekali lebih selamat kerana batu-batunya lebih stabil dan hutannya lebih tebal.
Selepas mendengar apa yang dikatakan Xia Hanmo, semua orang membuang barang kesayangan mereka dengan nekad ke tanah. Kerana, waktu begini, tiada apa yang lebih penting daripada nyawa mereka.
Kemudian, Xia Hanmo mengumpulkan sedikit jerami, menganyam jerami itu menjadi tali yang kukuh dan mengikat gadis-gadis itu bersama. Dengan ini, mereka boleh menjaga satu sama lain.