Chereads / Perkahwinan Tersembunyi Markah Penuh / Chapter 5 - Tuan Muda Telah Dijumpai

Chapter 5 - Tuan Muda Telah Dijumpai

Sementara itu, suasana di dalam bilik tetamu Eden Wain Bar sangat tegang.

Pemilik bar, pengurus, pegawai keselamatan, dan semua kakitangan yang berkenaan menggigil dalam ketakutan, seolah-olah suatu bencana buruk bakal melanda.

Ini semua kerana pewaris muda Perbadanan Lu, anak lelaki tersayang Lu Tingxiao, telah hilang di dalam bar mereka.

Riak wajah Lu Tingxiao amat suram. Dia duduk di atas sofa seperti arca ais, tanpa sedikit pun kesan emosi. Walau bagaimanapun, kekuatan auranya memancarkan tekanan yang kuat terhadap semua yang berdiri depannya. Mereka amat takut, sampai kedua-dua kaki mereka menggigil dan mula berpeluh seperti hujan lebat. Tidak ada seorang pun yang berani mengeluarkan bunyi.

Seorang lelaki muda sedang meniarap di kakinya dan menangis sambil mengelap air mata dan hidungnya yang berair. "Abang, minta maaf! Semua ni salah aku! Aku tidak patut bawa Si Cilik ke bar ini! Kalau ada apa-apa yang terjadi padanya, aku tidak mungkin dapat memaafkan diriku sendiri!"

Sebaik saja dia habis bercakap, satu tendangan hinggap ke dadanya.

Bunyi tulang mengerkah meremangkan bulu roma. Semua yang hadir bertambah gementar.

Lu Jingli meraba-raba dadanya sambil batuk. Dia kembali meniarap di tepi kaki Lu Tingxiao sambil meneruskan tangisan.

Kedua-dua ibu bapa Lu Jingli sedang bercuti di luar negara dan masih tidak tahu tentang kehilangan Si Cilik. Seandainya mereka dapat tahu kehilangannya, sudah pasti mereka menghukumnya dengan lebih berat lagi. Dia mungkin akan dipotong hidup-hidup!

Lu Jingli berasa putus asa dan keliru untuk berbuat apa-apa. Tiba-tiba, mereka terdengar satu bunyi ketukan pada pintu.

Pemilik bar yang berdiri paling dekat dengan pintu membukanya dengan cepat. Dia hairan bila tidak terlihat sesiapa pun di sebalik pintu. Namun, apabila dia menundukkan kepalanya, dia terkejut. "Tuan... Tuan Muda!!!"

"Si Cilik…? Oh Tuhanku! Si Cilik! Sayang! Ke mana kamu pergi?" Lu Jingli bangun dan memeluknya dengan kuat. Dia tidak dapat mengawal emosinya sehingga menangis dengan sedih ditemani hingus dari hidungnya.

Semua orang turut menumpang lega kerana mereka baru selamat daripada bencana yang hampir berlaku.

Lu Tingxiao berjalan ke arah pintu. Dia memegang kolar Lu Jingli lalu melemparkannya ke tepi. Dia berlutut di depan anaknya dan bertanya, "Apa yang berlaku?"

Sebaik saja dibebaskan daripada pelukan dahsyat bapa saudaranya yang kedua, Si Cilik menggenggam tangan Lu Tingxiao dan bergegas menariknya ke depan.

Lu Tingxiao mengikuti anaknya dari belakang. Selain bau wain, hidungnya juga tercium bau wangian yang lembut. Bau wangian itu tidak sekuat minyak wangi. Bau itu macam bunga yang tumbuh dari glasier. Ia berbau ringan dan dingin. Dia berasakan dirinya mungkin mengenali bau itu. Hatinya berdebar-debar kerana terasa sedikit takut.

Apabila dia perasan bahawa Lu Tingxiao telah berhenti berjalan, Si Cilik menuding jari kecilnya ke depan dengan riak wajah yang amat risau. Lu Tingxiao mengangkat anaknya ke dalam dakapan dan menghala ke arah tempat yang ditunjukkan oleh anaknya.

Di belakang, dia diikuti semua orang melihat antara satu sama lain dengan tidak berdaya sebelum turut serta.

Lima minit kemudian, mereka sampai di hadapan pintu bilik stor bar di tingkat atas.

Si Cilik melepaskan diri daripada tangan ayahnya dan mula menghentam pintu bilik stor tersebut dengan cemas.

"Apa tu, Si Cilik? Ada apa dekat dalam?" Dahi Lu Jingli's berpeluh-peluh.

Tanpa sebarang ekspresi, Lu Tingxiao mengarah, "Buka pintu ini."

"Ya, ya, ya!" Pemilik bar itu mengangguk kepalanya berulang kali. Dia berpusing ke pengurus wanita yang berdiri di tepinya dan mengarah, " Pengurus Ye, kenapa awak masih berdiri di sini? Buka pintu dengan segera! Mana kuncinya?"

"Ah… buka… buka pintu itu?" Pengurus wanita itu terkejut.

Nasib malang sunggu! Perempuan yang bernama Ning Xi itu masih terkurung di dalam! Dia telah berjanji dengan Chang Li untuk mengurungnya di dalam bilik stor itu sampai uji bakat berakhir!

Namun, kedua-dua tuan keluarga Lu dan bosnya sedang menunggu dia membuka pintu. Dia tidak boleh menolak permintaan itu. Dengan tangan yang menggigil, dia mengeluarkan kunci untuk membuka pintu itu.

Sebaik saja pintu terbuka, semua ternampak seorang wanita yang tidak sedarkan diri terbaring di atas lantai.

"Apa ini? Kenapa ada seorang wanita di sini?" Pemilik bar menjerit dengan marah.

"Aku… Aku tidak tahu! Aku dah periksa kawasan sebentar tadi. Tiada siapa pun di sini!" Pengurus wanita itu cuba menyembunyikan kesalahan sambil mempertahankan dirinya.

"Cepat! Mari kita selamatkan dia dulu. Hal ini boleh dibincang kemudian!"

Pada masa itu, seseorang telah lari ke sisi Ning Xi. Si Cilik meletakkan dirinya ke sisi tubuh Ning Xi. Riak wajahnya garang. Dia tidak mengizinkan sesiapa pun menghampiri Ning Xi.