Chereads / Perkahwinan Tersembunyi Markah Penuh / Chapter 7 - Ban Besar Mahu Bayar dengan Tubuhnya

Chapter 7 - Ban Besar Mahu Bayar dengan Tubuhnya

Lu Tingxiao cuba menilai wanita yang terbaring di atas katil hospital itu. Dia meneliti riak wajahnya untuk melihat adakah dia seorang jujur atau penipu.

Setelah sekian lama, akhirnya dia percaya bahawa wanita itu memang tidak mengetahui identiti dan latar belakang Si Cilik. Dia berkata dengan tenang, "Sila nyatakan permintaan kamu."

"Huh, permintaan apa?" Ning Xi tidak memahami langsung maksudnya.

"Abang saya ingin menunjukkan tanda terima kasih kepada kamu kerana kamu telah menyelamatkan Si Cilik. Jadi, dia ingin tahu jika anda mempunyai sebarang permintaan! Lu Jingli memandang Ning Xi seolah-olah hendak memberitahu, anda terkena durian runtuh!

Ning Xi mula mempertimbang tawarannya. Kemudian, dia menjawab dengan serius. "Sebenarnya kamu tidak perlu ucapkan terima kasih kepada saya. Memang saya telah selamatkan Si Cilik, tapi dia juga telah selamatkan saya. Sekiranya Si Cilik tidak berjaya mencari orang lain untuk melepas dan menyelamatkan saya, saya mungkin masih akan terperangkap di dalam bilik stor itu. Oleh itu, kita seri dalam hal ini."

Walaupun dia telah menyelamatkan tuan muda, dia tidak berani meminta sebarang ganjaran. Semakin banyak harta benda dan wang yang dipunyai seseorang, semakin besar kemungkinan orang tersebut curiga pada niat orang lain terhadapnya. Lagipun, mereka ini dari keluarga Lu, salah satu keluarga yang paling kaya dan dikenali ramai. Ia sudah mencukupi sekiranya mereka tidak menganggap dia yang telah merancang semua ini. Lihatlah betapa berwaspada Lu Tingxiao kepada dia.

Untuk mengelak sebarang masalah, cara yang paling baik ialah mengakhiri segala hubungan dengan mereka di sini sekarang.

Ning Xi fikir tiada masalah dengan jawapannya, namun Lu Tingxiao masih nampak tidak berpuas hati. Tiba-tiba, dia terasa takut.

Adakah dia salah cakap? Kenapa wajahnya begitu menyeramkan?

"Abang, riak wajah kamu terlalu menyeramkan. Kalau saya tidak memahami niat kamu untuk membalas kebaikan Ning Xi, sudah tentu saya ingat kamu ingin membalas dendam!" Lu Jingli tidak sampai hati melihat wanita cantik itu begitu takut. Dia berpusing ke arah Ning Xi dan berkata, " Abang saya ini tidak suka terhutang budi. Jadi, mintalah apa sahaja daripada dia! Tidak perlu terlalu sopan!"

Ning Xi hairan kerana tidak pernah berjumpa dengan orang yang memaksa orang lain untuk membuat permintaan terhadapnya.

Dia senyum sambil bercakap. "Saya bukan hendak bersopan. Tetapi memang tidak perlu. Saya cuma beritahu kebenaran. Kalau kamu masih tak percaya pada saya, kamu boleh periksa..."

"Tidak perlu!" Lu Tingxiao berkata dengan ringkas, riak wajahnya tidak sabar.

Lu Jingli membuka mulutnya. "Kami telah memeriksa kamera keselamatan di dalam bilik stor ba' itu. Si Cilik telah lari ke dalam dengan sendirinya. Tentang kamu pula, pengurus bar telah mengaku dengan tindakan mengunci kamu di dalam bilik itu. Jadi, kamu jangan bimbang. Kami tidak curiga kepada kamu. Kamu memang telah selamatkan Si Cilik. Jadi, mintalah apa sahaja!"

Bagus, sekarang kita mula dari awal balik!

Akhirnya, Ning Xi kehabisan idea. Di bawah tekanan dari kedinginan riak wajah Lu Tingxiao, dia berserah dan berkata, "Kalau begitu, kamu bagi saya duit?"

Bukankah semua orang kaya suka menyelesaikan masalah mereka dengan duit?

Lu Tingxiao sudah tentu memikirkan perkara yang sama!

Jika Ning Xi tidak meminta duit, sebaliknya mereka mungkin akan ingat dia mahukan salah seorang tuan muda.

Ning Xi mengagak dia telah membuat permintaan yang betul. Namun, riak wajah Lu Tingxiao bertukar menjadi lebih seram apabila mendengar jawapannya.

Ning Xi mahu menangis. Kenapa dia terlalu berat mulut? Kenapa dia tak boleh cakap sahaja apa yang dia mahukan? Boleh matikah kalau bercakap?

Lu Jingli menggosok hidung sambil menterjemahkan reaksi abangnya kepada Ning Xi. "Abang saya percaya bahawa perbuatan memberi duit sebagai ganjaran adalah penghinaan kepada orang itu."

Hati Ning Xi's melolong, "Tiada masalah, hinalah saya!!!"

Keluarga Lu ini terlalu berbeza. Dia tidak dapat berfikir langsung permintaan yang munasabah sekarang. Ketika dia sedang kebuntuan idea, Lu Tingxiao membuka mulutnya —

"Kahwini saya."

Ning Xi kaku seketika, lalu mula batuk dengan teruk. Dia hampir mati akibat tercekik air liur sendiri. "Uhuk uhuk uhuk...apa kamu cakap tadi?"

Apabila dia berjaya menghentikan batuknya, dia segera melihat Lu Jungli.

Tuan Muda Kedua, sila terjemah!!!

Namun kali ini, orang yang terkejut bukan sahaja Ning Xi, malah Lu Jingli juga turut tercengang. "Abang, apa maksud kamu? Kali ini, saya memang tidak boleh terjemah!"

Tiba-tiba, Ning Xi sedar. Dia bertanya dengan was-was, "Adakah ini kerana saya telah selamatkan anak kesayangan awak. Oleh itu, kamu telah memutuskan untuk membalas kebaikan saya dengan tubuh kamu?"

Lu Tingxiao mendongak kepalanya sedikit. Dia berfikir sebelum mengangguk. "Awak boleh kata begitu."