Chereads / Perkahwinan Tersembunyi Markah Penuh / Chapter 11 - Ban Besar dan Ban Kecil

Chapter 11 - Ban Besar dan Ban Kecil

Selepas pulang dari sesi uji bakat, Ning Xi menyegarkan diri sebelum keluar ke pasar raya untuk membeli bahan untuk masakan periuk panas, beberapa hidangan dan bir.

Setelah menghadapi pengalaman demikian, sudah tentu dia ingin meraikannya dengan masakan periuk panas di rumah!

Menikmati periuk panas seorang diri ialah tahap kesunyian paling tinggi.

Namun, dia memang seorang diri selama ini. Jadi, dia sudah biasa dengan kehidupan seperti ini.

Sebaik sahaja dia memanaskan periuk dan menghabiskan penyediaan hidangan lain, loceng pintunya berbunyi.

Siapa yang datang melawat pada waktu ini?

Ning Xi dengan perasaan ingin tahu membuka pintu depan dan terkejut dengan apa yang dilihatnya.

Lu Tingxiao berdiri di depan pintunya dengan berpakaian sut kemas, di bawah kot hitam besar. Dia sedang mendukung Si Cilik. Di tangan kecilnya, Si Cilik membawa sebuah bakul buah-buahan yang berwarna-warni.

Ini…pasangan yang ganjil?

"Encik Lu?" Ning Xi berasa amat takut. "Kenapa encik datang ke sini? Sekarang sudah agak lewat. Adakah sesuatu telah berlaku?"

"Untuk memeriksa kesihatan awak." Lu Tingxiao menjawab dengan ringkas.

Perisa kesihatan saya?

Dia datang ke rumahnya seorang diri lewat malam, malah membawa Si Cilik datang bersamanya?

Dia hanya cedera ringan. Dia masih boleh berlari dan lompat.

"Ah, Encik Lu, kamu terlalu baik. Silakan masuk. Saya minta maaf jika rumah saya tidak terlalu kemas." Ning Xi tidak dapat proses keadaan ini dengan cepat. Dia sangat cemas ketika menjemput mereka masuk ke dalam. Dengan tergesa-gesa dia mengemas barangnya. Dia menyembunyikan majalahnya di bawah sofa dan pakaiannya ke bawah katil.

"Jemput duduk. Kamu nak minum apa-apa? Teh dan susu boleh?" Dia cuba meneka minuman apa yang Lu Tingxiao suka, tetapi lelaki itu terlalu bermisteri.

"Boleh." Lu Tingxiao mengangguk kepalanya. Riak wajahnya seperti askar yang sedang melapor kepada pegawai atasannya.

Ning Xi memasak air untuk menyediakan teh Lu Tingxiao. Dia juga menuangkan segelas susu untuk Si Cilik.

Tubuh Lu Tingxiao panjang dan langsing membuatkan dia terhimpit dengan Si Cilik di sebelahnya.

Pasangan bapa dan anak ini bukan sahaja berkongsi ciri-ciri tenang dan tampan, malahan riak wajah mereka turut kelihatan serupa.

Wajah mereka berdua tiada ekspresi.

Dan tidak mahu bercakap.

Ini menyebabkan suasana menjadi dingin dan sunyi.

Apabila Ning Xi melihat situasi ini, dia mahu menangis, tetapi tiada air mata yang keluar.

Kenapa dua orang ini datang ke sini sebenarnya?

Pada masa ini, periuk sudah mula keluarkan bunyi. Bau pedas yang sedap memenuhi udara.

Untuk memecahkan kesunyian, Ning Xi bertanya dengan tenang, "Kamu berdua sudah makan malam? Saya sudah sediakan periuk panas. Mahu makan sama-sama?"

Lu Tingxiao menjawab. "Baiklah."

Si Cilik mengangguk kepalanya.

Dia hanya bertanya untuk menunjukkan kesopanan. Mengapa mereka begitu cepat menerima pelawaannya?

Seorang CEO yang besar dan penting, seorang pula seorang tuan muda kecil. Sudah tentu mereka pernah merasai semua makanan yang lazat lagi sedap. Kenapa pula mereka lari ke rumah orang biasa sepertinya untuk makan periuk panas pedas?

Ning Xi berasa malu untuk menghidangkan makanannya.

Tapi, dia telah menawarkan kepada mereka. Dia dengan muka tebal mempelawa mereka ke meja makan lalu mengeluarkan dua set penyepit dan mangkuk.

"Sup yang saya beli ini agak pedas. Kamu boleh tahan makanan pedas?" Ning Xi bertanya kepada mereka.

Lu Tingxiao menjawab. "Boleh."

Si Cilik mengangguk kepalanya sekali lagi.

Baiklah…

Ning Xi membawa masuk bahan-bahan makanan yang disediakan.

Lu Tingxiao tidak makan banyak. Dia hanya memasak sayur-sayuran untuk mereka. Namun, Si Cilik sangat suka pada makanan pedas, sama sepertinya. Mereka berdua tidak berhenti makan walaupun kepedasan terasa di dalam mulut mereka.

Setelah sekian lama, Ning Xi berasa sedikit bimbang. "Bolehkah budak kecil makan makanan pedas dengan banyak?"

Sekiranya sesuatu terjadi pada putera kecil ini, dia tidak mampu menanggung padahnya.

"Dia tidak selemah itu." Lu Tingxiao menjawab.

Mendengar itu, Ning Xi tidak mengatakan apa-apa lagi.

"Bagaimana sesi uji bakat tadi?" Mesin senyap dan dingin, Lu Tingxiao, akhirnya mengambil inisiatif untuk memulakan perbualan.

Ning Xi terkejut, tetapi dengan cepat and menjawab. "Saya berjaya. Periuk panas ini untuk meraikan kejayaan saya!"

Lu Tingxiao menaikkan cawannya sambil menyahut, "Tahniah."

Siapa dapat menduga bahawa orang pertama untuk mengucapkan tahniah kepadanya ialah Lu Tingxiao?