Chereads / Perkahwinan Tersembunyi Markah Penuh / Chapter 4 - Menyelamatkan Ban Kecil

Chapter 4 - Menyelamatkan Ban Kecil

Ban Kecil amat takut pada Ning Xi, sehingga seluruh wajahnya bertukar putih pucat kerana ketakutan.

Melihat ketakutannya, Ning Xi duduk di sebelah Ban Kecil dan tidak melakukan apa-apa selain menutup matanya untuk tidur.

Sepanjang malam, Chang Li telah mengheret Nang Xi untuk minum dengan ramai orang. Tidak hairan jika kepalanya sakit sebegitu sekali.

Sebaik saja bangun dari tidur sejenak, Ning Xi berasa kakinya panas. Dia memandang ke bawah dan terlihat Ban Kecil memaut padanya dan jari kecilnya mencengkam pakaiannya.

Ning Xi tidak dapat mengawal dirinya daripada tertawa.

Semasa dia tinggal di desa pada suatu masa dahulu, dia pernah memelihara seekor kucing. Kucing itu memang pengecut dan takut pada orang. Sebaik sahaja ia melihat sesiapa pun, kucing itu akan melarikan diri. Namun, sekiranya anda tidak beri perhatian kepadanya, ia akan mula percaya pada anda dan faham bahawa anda tidak bermaksud untuk mencederakannya. Kucing itu akan mula dekat dengan anda dan juga akan memanjat lutut anda untuk tidur. 

Ban Kecil perasan pandangan Ning Xi. Wajah kecilnya menjadi merah kerana berasa malu. Namun, dia tidak lagi menunjukkan rasa takut macam dulu. Sebaliknya, mukanya penuh dengan rasa ingin tahu.

Dia memang benar menyerupai kucing itu, sehingga riak wajahnya pun sama.

Ning Xi tersenyum dan merasa gatal di tangannya, sehingga dia tidak dapat menahan dirinya, dia terus menggosok rambut budak kecil itu.

Sebaik sahaja menyentuh budak kecil itu, dahi Ning Xi berkerut.

Kenapa dahinya begitu panas?

"Kamu demam?"

Chang Li akan mengurungnya di sini sekurang-kurangnya sampai esok, apabila uji bakat itu telah berakhir. Tetapi mungkin juga mereka akan dikurung di sini lebih lama dari itu.

Kalau budak kecil ini terus demam panas, kemungkinan ini akan membawa maut.

Dalam keadaan panik, dia menyedari sesuatu tidak betul. Walaupun lampu dalam stor itu telah rosak tadi, tetapi mengapa masih ada cahaya di dalam bilik stor ini? 

Dia mengangkat kepalanya dan terlihat satu lubang jendela kecil di atas yang membiarkan cahaya masuk. Ning Xi mencari seluruh bilik stor itu. Akhirnya, dia terjumpa sebuah tangga, lalu meletakkannya di bawah tingkap itu.

"Ban Kecil, mari sini! Mak Cik akan tolong kamu larikan diri!"

Budak kecil itu memberi reaksi buat kali pertama. Dia menggelengkan kepala kecilnya, seolah-olah bertekad untuk tinggal bersama-sama dengannya.

Ning Xi melihat mukanya. Dia faham niat baik budak itu, dan tersenyum sambil mencubit pipinya.

"Adakah ini kesetiaan awak? Kamu mahu tinggal di sini dan menderita dengan Mak Cik? Naik ke atas. Tingkap ini terlalu kecil untuk Mak Cik. Mak Cik tak boleh pergi dengan kamu. Jadi, bila adik keluar nanti, carilah sesiapa saja untuk datang selamatkan Mak Cik."

Melihat keraguan budak itu, Ning Xi memikulnya dan meletakkannya di atas tangga.

"Cepat. Kamu sudah besar, tunjukkan kelelakian kamu. Jangan ragu-ragu. Mak Cik akan tunggu di bawah untuk jaga kamu!"

Selepas budak kecil itu keluar dengan selamat, Ning Xi mula turun dari tangga. Tiba-tiba, kepalanya pening. Dia tergelincir dan jatuh ke bawah.

Ban Kecil yang berdiri di luar tingkap amat terkejut menyaksikan kejadian itu. Riak wajahnya yang asalnya tidak menunjukkan apa-apa reaksi, kini bertukar seram.

Ning Xi cuma mampu berkata, "Pergi…"

Di bawah cahaya bintang, wajahnya pucat dan rapuh. Namun tidak menyuramkan kecantikannya yang ada pada wajahnya. Mata, terutamanya mempunyai keanggunan yang berkilau dan berjiwa bak lautan yang penuh dengan bintang-bintang.

Dia bukannya lagi gadis desa yang hodoh dan bodoh dari masa dahulu.

Namun, apa gunanya semua ini?

Ning Xi tersenyum pahit. Dia belum lagi sempat membalas dendam. Sekarang, dia akan mati akibat jatuh dari tangga itu.

Sekurang-kurangnya sebelum dia mati, sempat juga dia berbuat baik. Dia berjaya menyelamatkan Ban Kecil.

Sekiranya anaknya sendiri tidak meninggal dunia pada tahun itu, mungkin dia seusia dengan Ban Kecil.

Lima tahun lalu selepas kemalangan kereta itu, keluarga Ning amat malu dengannya. Mereka telah menghantar dia ke negara M. Dia telah dihantar ke sebuah universiti untuk anak-anak orang kaya generasi kedua dan ditinggalkan untuk menjaga dirinya sendiri.

Dia telah menarik diri dari universiti itu lalu memohon masuk ke Universiti Nanjia. Dia berjaya masuk dan cuba belajar apa-apa saja yang dia boleh dalam tempoh masa pengajiannya.

Semua ini dilakukan demi mengalahkan Ning Xueluo, dan menuntut semuanya yang patut menjadi miliknya!

Paling penting, dia bertekad untuk mencapai impiannya untuk menjadi seorang pelakon.

Selepas kembali ke negara ini, dia telah menggunakan penampilan dan bakatnya untuk mendapatkan perhatian Chang Li. Dengan itu, dia berjaya menyertai salah satu syarikat hiburan yang terbesar di industri ini, Hiburan Cahaya Bintang.

Pada mulanya, masa depannya di bawah syarikat ini sepatutnya penuh dengan kemungkinan untuk berjaya. Namun, tidak lama kemudian, Ning Xueluo juga menyertai syarikat yang sama. Selepas itu, dia telah menyogok Chang Li untuk selalu menghadkan kejayaan Ning Xi…