Si Cilik nyenyak tidur apabila Ning Xi bangun dari katil perlahan-lahan untuk memeriksa apa yang telah berlaku.
Sebaik sahaja dia membuka pintu bilik, dia ternampak Lu TIngxiao menuangkan dirinya segelas air. Satu tangan memegang perutnya dan wajahnya sangat pucat.
Ning Xi bergegas ke sisinya. "Encik Lu, kamu okay?"
"Tiada apa-apa."
"Kamu sakit perut?"
Lu Tingxiao senyap.
Ning Xi tahu dia membuat tekaan yang betul.
Lu Tingxiao tidak tahan makanan yang pedas. Tetapi jika dia tidak tahan, kenapa dia masih makan tadi?
"Tunggu sebentar. Biar saya cari ubat,"
Nasib baik, rumahnya penuh dengan bekalan ubat.
Ning Xi bergegas kembali dengan ubat sakit perut. "Kamu perlu makan kedua-dua pil ubat ini."
"Terima kasih." Lu Tingxiao mengambil pil-pil tersebut dari tapak tangannya. Kesejukan kulit Lu Tingxiao bergesar di tangannya dan memberinya kejutan yang terus terpahat di dalam hatinya.
Sekarang sudah lewat malam. Seorang lelaki tampan berdiri depannya, dalam keadaan yang sukar dan membahayakan, memang mudah untuk menyalakan api!
Ning Xi membacakan persamaan matematik di dalam mindanya untuk menenangkan hatinya. Setelah dia melihat Lu Tingxiao makan ubatnya, dia merasa tidak sesuai untuk terus beredar ketika itu. Dia memutuskan untuk menemaninya buat sementara waktu.
"Lebih baik sekarang? Mahu pergi hospital? Saya minta maaf kerana tidak tahu kamu tidak boleh makan pedas…"
Pada mulanya, dia bimbang tentang Si Cilik yang makan terlalu banyak makanan pedas. Namun akhirnya, Si Cilik tiada masalah. Sebaliknya, Lu Tingxiao pula yang sakit. Apakah keadaan ini…
"Ia bukan masalah besar."
Mereka tidak berkata apa-apa untuk seketika sebelum Lu Tingxiao akhirnya membuka mulut. "Malam ini kami datang mengganggu kamu kerana Si Cilik ingin melihat kamu."
Ning Xi berasa terkejut. "Si Cilik ingin melihat saya?"
"Oleh kerana kamu telah menyelamatkan dia dari bilik stor bar yang menakutkan, Si Cilik kini sangat bergantung pada kamu." jelas Lu Tingxiao.
Ning Xi perasan bahawa setiap kali Si Cilik berada berdekatan atau apabila topik Si Cilik dibincangkan, sifat dingin Lu Tingxiao yang tidak mudah difahami itu akan menjadi lembut. Dia tidak begitu menakutkan seperti pagi tadi di hospital.
"Oh macam tu…" Ning Xi menganggukkan kepalanya.
Suasana yang terbentuk disebabkan mereka terjaga pada waktu lewat malam cenderung menjadikan orang lebih terbuka untuk beritahu kebimbangan mereka. Oleh itu, Ning Xi bertanya satu soalan yang dipendam dalam hatinya. "Izinkan saya bertanya. Adakah Si Cilik tidak tahu bercakap?"
Dia tidak pernah mendengar Si Cilik mengucap satu perkataan sampai sekarang. Budak kecil itu cuma tahu mengangguk atau menggelengkan kepalanya.
"Bukan dia tidak tahu. Dia cuma tidak mahu bercakap." jawab Lu Tingxiao.
"Jadi itu isu psikologi?" Ning Xi mengerutkan keningnya.
"Ya." Lu Tingxiao tidak berniat menyembunyikan apa-apa.
"Ini…" Ia hampir sama dengan tekaannya.
Ning Xi tidak berani bertanya lebih lanjut mengenai punca yang telah mencetuskan trauma dalam budak kecil itu.
"Cik Ning." Lu Tingxiao tiba-tiba menumpukan perhatian kepadanya. Pandangannya dingin. Namun ia memberi Ning Xi perasaan hangat yang menyeronokkan dan meletihkan dia.
"Ya?" Ning Xi tergamam di bawah pandangannya.
"Adakah kita pernah berjumpa sebelum ini?" Lu Tingxiao bertanya.
Sekiranya orang lain bertanyakan soalan ini, Ning Xi pasti menyangka bahawa orang itu hendak memikatnya dengan menggunakan 'pick-up line' yang sudah lama dan membosankan. Namun, ini adalah Lu Tingxiao. Tambahan pula, air mukanya serius dan jujur.
"Saya rasa tidak pernah. Sekiranya saya pernah melihat orang seperti kamu sebelum ini, Encik Lu, tidak mungkin saya dapat lupakan. Ada masalah?" Nada Ning Xi tegas. Walaupun dia merupakan anak gadis sulung keluarga Ning, dia tidak mungkin pernah bertembung dengan Lu Tingxiao dari kelas yang jauh lebih tinggi dan berbeza.
"Tiada apa-apa." Lu Tingxiao mengarahkan pandangannya, gelap umpama malam ke luar tingkap. Dia kelihatan sayu.
Jika keadaan ini berterusan, suasana akan bertukar buruk!
"Encik Lu, kalau kamu tiada masalah lagi, saya kembali ke bilik tidur dulu." Ning Xi bercakap dengan berhati-hati.
Lu Tingxiao mengetahui niat sebenarnya dan melambaikan tangannya sambil berkata, "Jangan tergesa-gesa. Duduk."
Jangan tergesa-gesa! Dia benar-benar tergesa sekarang!