Chereads / Perkahwinan Tersembunyi Markah Penuh / Chapter 15 - Tidur Nak, Kahwin Tak Nak?

Chapter 15 - Tidur Nak, Kahwin Tak Nak?

Ning Xi duduk dengan patuh, seperti seorang pelajar di dalam kelas. Wajahnya mahu menangis.

Lu Tingxiao merehatkan kepalanya atas satu tangan. "Kamu takut pada saya?"

Sikap Lu Tingxiao lebih terbuka pada lewat malam jika dibandingkan dengan sikapnya pada siang hari. Jadi, dia lebih berbahaya.

Ning Xi menggelengkan kepala, tetapi kemudian mengangguk. "Kamu seorang raja. Siapa yang tak takut pada kamu?"

Lu Tingxiao mengacau air di dalam gelasnya lalu dengan bersahaja berkata, "Jadi, kerana ramai orang takut pada saya, kamu juga begitu? Tetapi, semua perempuan lain mahu mengahwini saya. Kenapa tidak kamu?

Soalan ini menakutkan Ning Xi sehingga dia hampir jatuh dari kerusi. Dia ingat peluru ini berjaya dielak siang hari tadi, tetapi dia terlalu naif.

Soalan ini menyebabkan dia berasa seperti seribu pisau sedang diarahkan kepada dia. Bagaimana dia patut jawab?

Ning Xi mengangkat tangan yang menggeletar. "Sebelum saya menjawab soalan ini, boleh saya tanya satu soalan dulu?"

Lu Tingxiao mengangguk. "Sudah tentu."

"Kenapa pilih saya? Kerana Si Cilik bergantung pada saya? Saya rasa ini hanya untuk sementara waktu. Apabila emosi dia lebih stabil nanti, dia pasti tiada masalah. Walaupun dia tidak akan berubah, kamu tidak perlu...kamu tidak perlu memaksa diri kamu…" Ning Xi cuba nasihat dan memujuk Lu Tingxiao.

Lu Tingxiao menurunkan gelas di tangan dan mengangkat matanya untuk bertemu dengan mata Ning Xi. "Cik Ning, saya percaya saya telah menjelaskan dari mula : kerana kamu telah menyelamatkan Si Cilik, saya telah memutuskan untuk membalas kebaikan kamu dengan tubuh saya."

Penjelasan ini amat pelik, ia membutakan saya. Tidak mungkin saya dapat menerima semua ini! Ning Xi melolong di dalam hatinya.

Ning Xi berasa dia tidak akan boleh memujuk Lu Tingxiao jika dia berterusan ke arah ini. Jadi, dengan rasa bersalah dia berkata, "Encik Lu, saya sangat menghargai niat kamu. Tapi, saya tidak mahu berkahwin, jadi…"

Lu Tingxiao mengerutkan keningnya. "Jadi kamu hanya mahu tidur dengan saya? Kamu tidak mahu mengahwini saya?"

"Ya, betul...pah! Tidak, tidak, tidak...Itu bukan maksud saya!" Ning Xi sudah bersedia untuk melutut di hadapannya. Boleh tak kamu jangan cakap perkara yang begitu menakutkan?

"Ini menyesalkan. Saya hanya menerima hubungan seksual dengan perkahwinan sebagai syarat."

"Siapa akan percaya…" Ning Xi tidak dapat menahan diri daripada berkata begitu. Bukankah kamu mempunyai anak di luar perkahwinan?

Lu Tingxiao memandang jauh ke luar tingkap. "Si Cilik ialah satu kemalangan. Saya juga tidak tahu siapa ibunya."

"..." Kenapa bunyinya sangat teruk?

"Adakah kerana saya ada seorang anak?" tiba-tiba Lu Tingxiao bertanya.

"Mustahil!" Seperti yang dikatakan Lu Tingxiao, jika kamu membuka otak setiap wanita yang tinggal di bandar ini, kamu pasti tahu mereka semua mahu menjadi ibu tiri Si Cilik. Dia sudah tentu tidak kisah perkara sedemikian!

"Jadi kenapa?"

Melihat riak wajahnya, Ning Xi sedar Lu Tingxiao tidak akan lepaskan dia pergi tanpa menjawab soalan itu.

Ning Xi mengangkat kepala dan menghela nafas yang dalam. "Encik Lu, perkahwinan bukan satu permainan. Sama ada untuk membalas kebaikan saya ataupun untuk alasan lain, sekurang-kurangnya kita perlu lebih mengenali satu sama lain. Awak tahu diri saya yang sebenar? Kamu tahu tentang kisah silam saya?

"Orang yang saya mahu kahwini ialah kamu yang sekarang. Kisah silam kamu tiada kena-mengena dengan saya." Sudah tentu Lu Tingxiao akan jawab begini. Jawapan itu terlalu kejam dan sombong.

Riak wajah Ning Xi bertukar dingin. "Namun pada saya, kisah silam saya sebahagian dari diri saya. Saya tidak boleh membuang sebahagian dari diri saya untuk mengahwini kamu. Encik Lu, tak guna untuk bersama dengan seseorang yang mengamalkan prinsip yang berbeza. Seikhlas hati, saya nasihati kamu untuk mengambil balik tawaran kamu yang tidak masuk akal."

Pernyataan dia diikuti dengan kesunyian hening.

Sebaik sahaja Ning Xi merasakan lelaki itu marah kerana malu, Lu Tingxiao membuka mulut dan berkata dengan tenang, "Saya faham."

Dengan lega Ning Xi menjawab, "Baiklah saya balik tidur dahulu. Selamat malam."

"Selamat malam."

Lelaki itu menatap bayangannya yang kelihatan rapuh. Pandangan dia tidak dapat diduga seperti lautan. Satu-satunya perkara yang tidak berubah ialah haba mendidih di dasar laut.