Apabila orang tua mereka telah beredar, Lu Jinglli mencari abangnya untuk mendapatkan ganjaran, seperti seekor anjing menggoyangkan ekornya. "Abang, saya hebat kan? Saya hebat kan?
Abangnya melemparkan satu benda kecil kepadanya.
Lu Jingli menangkapnya dengan satu tangan. "Apa mainan ini?"
Apabila dia menatap benda itu dengan teliti, matanya terbuka besar.
Ia ialah kunci kereta. Kunci kepada kereta lumba dari ulang tahun ke-100 Bugatti yang telah lama dia inginkan, satu-satunya yang pernah dibuat!.
"Oh, sayangku!" Lu Jingli memeluk kunci kereta itu dan menciumnya seperti orang gila. "Abang, saya sayang kamu!"
Lu Tingxiao tidak pernah mengalah tidak kira bagaimana Lu Jingli telah merayu kepadanya sebelum ini. Siapa dapat meneka abangnya akan terus beri kepadanya hanya kerana dia mengucapkan beberapa perkataan di depan ibu bapa mereka?
Nampaknya Ning Xi lebih penting kepadanya dari apa yang dia sangka!
Semakin banyak Lu Jingli memikirkan perkara itu, dia menjadi semakin cemas. "Abang, kamu pasti berkenaan Ning Xi? Kamu tidak main-main dan memang mahu berkahwin?
"Berkahwin." Suara Lu Tingxiao tegas dan tidak memberi ruang untuk keraguan atau kemungkinan lain.
Lu Jingli mengeluh. Oleh sebab dia mempunyai pengalaman, dia terpaksa memberikan sedikit nasihat. "Kalau begitu, saya kena ingatkan kamu untuk bersedia. Cara memikat gadis seperti ini macam bermain permainan video. Ada beberapa tahap yang berbeza iaitu, mod mudah, mod biasa, mod sukar dan mod neraka. Ning Xi ini mod neraka!
Wanita biasanya mempunyai banyak kelemahan. Namun, dengan Ning Xi, kamu mahu gunakan wang? Walaupun dengan penampilan yang cantik, dia masih tidak berjaya dalam industri hiburan. Jadi, sudah tentu dia bukan jenis menerima penaja kewangan atau tawaran yang mencurigakan. Kamu mahu gunakan cinta? Lihatlah betapa banyak bekas kekasihnya ketika dia berada di luar negara. Bekas kekasihnya ada di mana-mana sahaja dalam industri hiburan. Setiap satu daripada mereka adalah luar biasa. Bila saya mula melihat senarai itu, saya sungguh kagum, dan saya tidak pernah begitu kagum seperti ini sebelum ini!
Kalau kamu mahu dia mengandung anak kamu? Tidak akan berjaya kerana dia mahu menumpukan perhatian pada kerjayanya sekarang. Dia tidak berminat langsung untuk mempunyai anak. Walaupun saya sendiri mahu cuba, kemungkinan 80% saya akan gagal. GAME OVER. Kamu sebagai orang baru dalam permainan ini pasti akan mengorbankan diri sendiri untuk meraih 'Mata Pengalaman'!"
Lu Tingxiao merenung dia dengan dingin. "100%."
Lu Jingli mencebik. "Okey. Okey. Okey. 100% GAME OVER untuk saya. Jangan besarkan perkara kecil macam ini, boleh? Maksud saya, saya yakin Ning Xi seperti saya, seorang yang tidak mahu berkahwin atau mahu mempunyai anak. Mereka selalunya ragu-ragu kepada hubungan dan percintaan. Kebebasan amat penting kepada mereka. Kalau kamu cuma mahu bermain? Itu senang sahaja. Sekiranya kamu ingin berkahwin? Ia sangat susah!"
"Kerana kamu belum lagi bertemu dengan orang yang tepat."
Wajah Lu Tingxiao yang biasanya dingin kelihatan lembut di bawah cahaya bulan dari tingkap.
Lu Jingli mengira berapa banyak perkataan yang ditutur oleh abangnya dengan rasa tidak percaya. "Ah, orang yang dilamun cinta memang berbeza, sehingga saya dinasihat oleh orang yang tiada pengalaman! Tapi apa yang kamu cakap memang masuk akal! Jadi, bagaimana sekarang? Kamu perlukan pertolongan adik kesayangan kamu ini?
Lu Tingxiao menjawab ringkas, "Tak perlu."
Lu Jingli berasa bimbang. "Apa maksud kamu 'tak perlu'? Cara memikat perempuan tidak sama dengan berbisnes. Baik kamu fikir dengan teliti. Kamu tak perlu seorang jurulatih pemikat perempuan bertahap dewa yang bijak lagi tampan…"
Lu Jingli berusaha mempromosikan dirinya apabila pintu bilik bacaan itu dibuka.
Kedua-dua adik beradik menoleh ke arah pintu.
Si Cilik berdiri di depan pintu.
Lu Tingxiao terkejut.
"Ah, Si Cilik…" Lu Jingli turut terkejut.
Si Cilik tinggalkan bilik tidur pada waktu ini?