Chereads / Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya / Chapter 24 - Tok Ketua Rong yang Teruja

Chapter 24 - Tok Ketua Rong yang Teruja

Namun begitu.

Ketika lelaki berjubah biru itu lalu di hadapan dinding yang dipenuhi kertas-kertas soalan itu, langkahnya tiba-tiba terhenti.

Matanya bulat dan dalam keadaan menggigil, tangannya mencapai salah satu daripada kertas-kertas soalan itu.

"Ada orang benar-benar telah menjawab persoalan tentang racun Man Luo? Mustahil, saya kena cepat cari Tok Ketua Rong. Cuma dia yang tahu jawapan ini benar atau palsu."

Pada masa itu, lelaki berjubah biru itu tidak dapat melayan Gao Shaochen, dia bergegas lari ke dewan dalam Pavilion Perubatan itu.

Di dalam dewan.

Tok Ketua Rong, yang Penjaga Kedai Lin katakan tidak berada di sini, tanpa mempedulikan apa-apa, sedang perlahan-lahan menghirup teh di tangannya. Keresahan jelas terlukis pada wajah tuanya, sementara seorang lelaki pertengahan umur berdiri di hadapannya.

Berbanding dengan keresahan orang tua itu, wajah lelaki pertengahan umur itu menunjukkan rasa hormat.

"Masih belum ada orang menulis cara menyahtoksikkan racun Man Luo?

Tok Ketua Rong meletakkan cawan di tangannya, lalu mengeluh sedikit.

"Tok Ketua Rong," lelaki pertengahan umur itu termenung sekejap lalu membalas, "Tabib terhebat dalam Pavilion Perubatan juga tidak tahu. Malangnya, saya rasa orang lain juga tidak faham cara menyahtoksik racun bunga Man Luo.

Tuan Tua Rong tertawa perit, "Saya cuma ingin mencuba. Kalau tiada siapa yang dapat menjawabnya, saya tidak salahkan kamu. Cuma saya terlalu memandang tinggi terhadap tabib-tabib di Long Yuan."

Sebaik ayat itu dilafazkan, bunyi tapak kaki yang terburu-buru bergema diluar pintu, kemudian pintu bilik itu tiba-tiba dibuka.

Lelaki pertengahan umur itu berkerut dan memandang dingin lelaki berjubah biru yang menolak pintu tadi untuk masuk, "Lin Xiao, Tok Ketua Rong dan saya sedang berbincang, siapa yang membenarkan kamu mengganggu kami? Kamu masih tidak bergegas pergi dari sini."

Lin Xiao terperanjat lalu melutut. "Tuan Murong, orang bawahan tuan ini mendapati seseorang telah mengisi cara menyahtoksikkan racun Man Luo. Sebab itu saya bergegas ke mari untuk melaporkannya. Harap Tuan dapat memaafkan kesalahan saya."

Swoosh!

Kali ini, tanpa menunggu lelaki pertengahan umur itu membuka mulut, Tok Ketua Rong yang tadinya duduk menghirup teh tiba-tiba berdiri. Nafasnya semakin laju.

"Apa kamu kata? Betulkah ada orang telah mengisi cara menyahtoksik racun bunga Man Luo? Cepat! Cepat berikan kertas itu pada saya!"

"Baik, Tok Ketua Rong."

Lin Xiao dengan penuh hormat menyerahkan kertas itu, dan hatinya juga teruja seperti pergerakan Tok Ketua Rong.

Tok Ketua Rong menahan nafasnya, tangan yang memegang kertas itu menggigil, "Benar, ini ialah cara menyahtoksik racun Man Luo! Kajian kita sebelum ini dan apa yang ditulis cuma berbeza satu langkah sahaja. Patutlah kita gagal, kita terlepas satu langkah. Ini tidak boleh jadi, saya perlu berjumpa dengan insan misteri ini. Lin Xiao, kamu pergi cari siapa yang menjawab persoalan ini segera! Dia sangat penting untuk Pavilion Perubatan kita!"

"Saya menurut perintah!" Lin Xiao menggenggam tangannya lalu bangun dari lantai. Ketika dia hendak pergi, dia baru teringat lalu bertanya, "Oh ya, Tok Ketua Rong, Mu Wushuang dari Kediaman Perdana Menteri Mu datang lagi untuk berjumpa tuan. Saya tidak tahu jika tuan..."

Tanpa menunggu Lin Xiao habis berkata, Tok Ketua Rong memotong percakapannya.

"Adakah dia yang menjawab persoalan ini? Jika tidak, suruh dia berambus!"

"Baiklah."

Lin Xiao sedikit gementar, tetapi dia masih menjawab dengan hormat.

Dia faham tiada yang lebih penting sekarang bagi Tok Ketua Rong selain dari hal penyahtoksikan racun Man Luo.

Yun Luofeng tidak pernah menyangka hanya kerana dia meninggalkan sedikit contengan secara suka-suka, ini meninggalkan kesan yang besar di Pavilion Perubatan! Dan ini juga menyebabkan Pavilion Perubatan bergerak untuk mencarinya ... ...

Kalaulah dia tahu perbuatannya tadi akan membawa kesan sebegini, dia pasti tidak akan meninggalkan nota itu.