Chereads / Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya / Chapter 25 - Yun Luofeng Ditekan Ke Bawah

Chapter 25 - Yun Luofeng Ditekan Ke Bawah

"Tuan, seseorang mengekori kita dari belakang."

Di jalanan, Yun Luofeng baru sahaja hendak menuju ke arah Kediaman Jeneral, tiba-tiba suara yang lembut dari rohnya terdengar terus dalam mindanya...

"Itu pengikut Mu Wushuang."

Jelas Xiao Mo lagi.

Yun Luofeng mengerutkan mukanya, badannya yang lincah terus meluru ke lorong di tepi. Kemudian, dia melihat beberapa bayangan meluru ke jalan di mana dia berdiri sebentar tadi.

Sambil berjalan, mereka mencari sesuatu di celah-celah orang ramai.

"Nampaknya saya harus meningkatkan kekuatan saya secepat mungkin."

Kening Yun Luofeng berkerut, dan matanya bersinar dengan keazaman.

Di tanah besar ini, hanya kekuatan seseorang yang akan menjadi keadilan sebenar. Apabila kekuatan seseorang itu hebat, Maharaja juga perlu mendengar arahannya!

"Baiklah, mereka sudah pergi. Saya perlu kembali sekarang."

Setelah melihat bayangan itu hilang sepenuhnya dari jalan itu, Yun Luofeng menepuk tangannya lalu berjalan ke depan. Sebaik dia hendak keluar dari lorong itu, satu bayangan hitam melompat dari atas tembok. Yun Luofeng tidak bersedia, jadi dengan bunyi kuat, bayang itu terhempas ke atasnya.

Secara kebetulan, ketika bayang hitam itu terjatuh, wajahnya berada tepat di hadapan wajah Yun Luofeng. Maka secara logiknya, bibir bayang itu bertemu dengan bibir wanita muda itu.

Sama dengan badannya yang menekan tubuh wanita itu ke tanah. Kedua-dua badan mereka sangat rapat. Posisi ini boleh membuat orang lain berfikir yang bukan-bukan.

Yun Luofeng mengecilkan matanya, dan kilauan bahaya bersinar dari anak matanya.

"Berambus!"

Lelaki untuk masih memberi apa-apa reaksi dan masih menekan wanita itu ke tanah. Pada masa itu, wanita muda dapat merasakan nafas lelaki itu lemah.

BANG!

Memandangkan lelaki itu masih lagi menekannya ke bawah, renungan Yun Luofeng menjadi lebih berbahaya. Dia mengangkat tangannya dan menggunakan tenaganya untuk menolak lelaki itu. Dengan kekuatannya, kepala lelaki itu tidak dapat dihalang dari terhantuk ke dinding. Lelaki itu menjerit dengan lemah.

Pada masa yang sama, topeng lelaki itu terjatuh...

Walaupun Yun Luofeng pernah melihat ramai lelaki tampan, dia betul-betul terkejut melihat lelaki itu. Dia tidak memiliki gaya penampilan kacak Gao Ling atau keanggunan memegunkan seperti Yun Qingya, tidak juga sikap yang ramah seperti Gao Saochen.

Namun, dia sangat sempurna. Jika penampilan lelaki ini didedahkan di kawasan umum, ia akan menyebabkan kekecohan akibat jeritan wanita-wanita yang melihatnya.

Keningnya sangat tajam, dia juga memiliki wajah yang gagah dengan bahagian muka yang sempurna bagai diukir dengan teliti. Bentuk badannya pula, jubah hitamnya yang terbuka mendedahkan perutnya yang berotot sasa. Mana-mana wanita yang melihat tubuh ini pasti akan terliur.

Bibirnya kemerah-merahan, kelihatan sangat lembut. Pada masa itu bibirnya terlipat ke dalam, menunjukkan yang dia sedang merasa sakit.

"Tuan, resam tubuhnya ini sama seperti entiti rohani!"

Di dalam ruangan Kod Dewa, Xiao Mo menjadi sangat teruja. Dia terlupa tuannya baru sahaja diganggu oleh lelaki itu.

"Cepat bawa dia balik bersama tuan. Dia akan berguna untuk tuan."

"Entiti rohani?" Yun Luofeng mengerutkan muka. Yun Luofeng memandang lelaki yang tidak sedarkan diri itu dan bertanya, "Apa tu?"

"Tuan, bukankah saya pernah beritahu? Resam tubuh Tuan ialah tubuh rohani yang kosong, jadi badan Tuan sangat lemah, yang mana menyebabkan pendarahan tanpa henti ketika bertapa! Hanya dengan cara istimewa saya Tuan boleh bertapa! Tubuh entiti rohani ini sama seperti Tuan. Cuma tubuhnya tidak boleh bertapa sebelum berumur sepuluh tahun. Selepas berumur sepuluh tahun, kekuatannya akan meningkat dengan cepat."

Biasanya, di Tanah Besar Long Xiao, ahli hikmat akan mula berlatih dari umur yang sangat muda. Entiti rohani ini lain, tiada cara untuk dia bertapa sebelum berumur sepuluh tahun.

Setelah mencecah umur itu, dia akan dapat bertapa dengan sangat pantas.