"Perdana Menteri Mu, anak kamu bersikap kurang ajar kepada Cik keluarga saya ketika mereka bertemu di jalanan, dan cuba untuk memperkosa Cik Muda di hadapan orang ramai. Saya menerima arahan dari jeneral untuk melindungi dia, jadi sudah pasti saya tidak boleh membiarkan sesiapa sahaja menyakiti Cik Muda! Tapi bagaimana Cik Muda kami mampu menangani pengalaman ngeri seperti ini? Kini mindanya trauma. Oleh itu, kami ingin memberitahu Perdana Menteri yang jeneral kami akan datang untuk membincangkan hal pampasan nanti."
Mu Xingchou begitu marah sehingga hampir tersembur darah tuanya, terhuyung hayang jadinya sehingga dia perlu menyokong badannya supaya tidak terjatuh.
Dia menggigil kemarahan ketika dia menuding jarinya ke arah pengawal Keluarga Yun yang berdiri setegap gunung di hadapannya, suaranya bergetar ketika dia berkata, "Kamu tunggu sahaja - saya tidak akan biarkan hal ini!"
Orang-orang ini memang tidak tahu malukah?
Cucunya sendiri telah dibelasah, dan mereka mahu dia menawarkan pampasan?
Tambahan pula, dia tidak percaya Yun Luofeng dalam ketakutan. Wanita itu lebih berani daripada syurga, jadi bagaimana sesuatu seperti ini boleh menakutkannya?
"Saya telah sampaikan pesanan, dan sekarang saya perlu kembali untuk buat laporan. Tidak akan lama sebelum Tuan Jeneral sendiri melawat untuk menuntut keadilan buat Cik!"
Kata-kata pengawal itu dipenuhi kebenaran yang hebat, hampir membuatkan Mu Xingchou pengsan akibat marah. Dia mengetap giginya dan tanpa belas kasihan mengatakan, "Baiklah kalau macam tu! Saya akan melaporkan hal ini kepada Maharaja sekarang. Biar Baginda yang menentukan siapa benar dan siapa salah! Hmph!"
Setelah berkata begitu, dia dengan kasar menebarkan jubahnya, berpusing dengan tangannya di belakang, lalu pergi. Sekarang dia perlu ke istana berjumpa dengan Maharaja.
Selepas pengawal-pengawal menghantar Mu Shen kembali ke Kediaman Perdana Menteri, salah seorang daripada mereka pulang ke Keluarga Yun secepat mungkin untuk melaporkan hal berkenaan.
Ketika Yun Luo mendengar laporan dari anak buahnya itu, dia terpegun sejenak, kemudian mula ketawa dengan sepenuh hatinya.
"Hahaha! Bagus! Sangat bagus, macam itulah cucu saya! Cucu saya memang harus berani seperti ini, tidak takut pada sesiapa! Tapi saya kenal sikap pencuri tua Mu Xinchou itu, dia tidak akan lepaskan hal ini! Mari bantu Jeneral ini bersiap. Jeneral ini perlu ke mahkamah dan berjumpa Maharaja!"
--
Tanah Besar Longxiao terkenal dengan kepakaran perubatan penduduknya.
Ada yang mengatakan kuasa paling hebat adalah Pavilion Perubatan. Pavilion Perubatan ini bukan sekadar menjual pelbagai jenis herba perubatan, tapi juga dihuni oleh tabib-tabib yang sangat berkebolehan! Namun, tabib-tabib ini tidak akan keluar untuk menyelamatkan orang. Walaupun menawarkan mereka sejuta emas, mungkin masih tidak cukup untuk menarik perhatian mereka.
Yun Luofeng tidak teragak-agak untuk masuk ke dalam Pavilion Perubatan itu.
Nasib baiklah mereka yang datang ke Pavilion Perubatan ini bukanlah orang biasa-biasa. Tetamu-tetamu sedang sibuk menyelesaikan masalah masing-masing, jadi tiada siapa yang perasan akan kehadirannya.
"Cik?"
Ketika Yun Luofeng sedang bersiar-siar di dalam medan perubatan itu, seorang lelaki memakai jubah biru menghampirinya dan dengan sopan berkata, "Maafkan saya, adakah cik datang ke Pavilion Perubatan kami untuk membeli herba?"
Yun Luofeng mengangguk sedikit lalu mengeluarkan secebis kertas yang dibawa bersamanya, "Saya mahu herba dalam senarai ini. Tolong bawakan kepada saya."
Lelaki berjubah biru itu masih tersenyum dan mengambil kertas itu dari Yun Luofeng lalu berkata, "Baiklah, sila tunggu sebentar, saya akan bawakan herba-herba ini untuk kamu sebentar lagi."
Setelah berkata begitu, lelaki berjubah biru itu pergi untuk mendapatkan herba yang Yun Luofeng inginkan.
Yun Luofeng mengambil kesempatan itu untuk menilai Pavilion Perubatan.
Oleh kerana ramai tabib yang datang ke Pavilion Perubatan itu, di dinding bangunan itu ditampal beberapa masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh pelbagai tabib dan mahu dibincangkan dengan tabib-tabib lain.