Chereads / Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya / Chapter 3 - Anak Perempuan Sulung Keluarga Yun (3)

Chapter 3 - Anak Perempuan Sulung Keluarga Yun (3)

"Adakah ini sikap awak kepada datuk awak?"

"Datuk?"

Yun Luofeng ketawa sebelum berkata, "Semasa Atuk menjaga sempadan, ada Atuk kisah pasal saya, cucuk Atuk? Apabila saya menderita kerana terlalu malu, siapa yang membela saya? Apabila ada orang merancang rancangan jahat ke atas saya, saya harap ada orang cuba berdiri untuk saya dan melindungi saya, mana Atuk pada masa itu?"

Jika Jeneral Yun Luo tidak menjaga sempadan, adakah Yun Luofeng yang sebelum ini akan hidup sengsara? Atau dituduh dan dihancurkan?

Oleh itu, dia memendam perasaan benci kepada datuk ini yang meninggalkan rumah sejak dia berumur empat tahun dan tidak pernah kembali selepas itu.

Kerana kebencian dari tuan kepada badannya sebelum ini, dia bertutur begini kepada orang tua ini.

Namun, selepas sahaja Yun Luofeng selesai bercakap, dia merasakan tubuhnya begitu tenang seperti sesuatu telah berjaya meninggalkan tubuhnya. Dia tahu apa yang dia ucapkan ialah apa yang tuan badan sebelum ini mahu katakan, menyebabkan sisa-sisa sesalan yang terakhir dalam tubuh ini hilang.

Suara tuduhan gadis muda itu menyebabkan Yun Luo yang sedang marah menjadi tenang. Tubuhnya tua terbaring lemah keletihan di atas kerusi dengan senyuman pahit di wajah.

Dia tahu dia telah banyak berhutang dengan cucunya selama ini.

Terutama kata-katanya sebentar tadi, seperti ada sebatang kayu yang sedang memukul hatinya tanpa ihsan, membuatkan hatinya perit. Akhirnya, apa yang dia boleh buat hanyalah mengeluh berat.

Sejak berkurun lamanya, sukar untuk kasih sayang dan tanggungjawab untuk wujud bersama- sama juga dengan kesetiaan dan keluarga. Demi kesetiaannya kepada Maharaja, dia telah mengetepikan cucunya, pada masa itu hanya berusia empat tahun, dan pergi ke sempadan. Dia telah pergi untuk sepuluh tahun lamanya, bagaimanakah kehidupan yang dilalui oleh Yun Luofeng selama tempoh sepuluh tahun ini sebagai seseorang yang tidak boleh bertapa?

Tetapi, sebaik sahaja dia pulang, dia telah mengabaikan apa yang betul dan salah, dan terus mengkritik cucunya untuk semua khabar angin itu.

"Feng'er…" Yun Luo mengangkat tangan kematunya dan dihulur dengan menggigil kepada Yun Luofeng sebelum akhirnya diletakkan semula ke bawah dengan lemah. "Atuk telah buat salah kepada awak dan juga kepada seluruh keluarga Yun. Ibu bapa awak telah mengorbankan diri untuk negara ini, tapi Atuk tidak menjaga awak dengan baik."

Pada masa itu, Jeneral Yun Luo yang selalunya bersemangat tinggi itu kelihatan lebih tua dari biasa.

Sebelum ini, dia terlalu marah kerana dia kecewa dengan Yun Luofeng! Tetapi dia terlupa yang Yun Luofeng telah ditinggalkan yatim piatu sejak berusia tiga tahun, dan dirinya sendiri telah meninggalkan rumah ini sejak dia berusia empat tahun. Tiada siapa yang mendisiplinkan dia sejak dia kecil, jadi bagaimana mungkin dia boleh mencapai jangkaan datuknya?

Dia masih lagi ingat apabila dia perlu meninggalkan rumah pada masa itu, bagaimana si kecil Xiao Luofeng berumur empat tahun ketika itu, menarik-narik bajunya, merayu supaya tidak meninggalkannya.

Akhirnya, untuk keselamatan Kerajaan Long Yuan, dia tanpa hati perut tetap meninggalkan Yun Luofeng.

"Jika tiada apa-apa lagi, saya nak balik rehat," mata Yun Luofeng berkelip mengantuk dan berkata malas.

Melihat sikap acuh tidak acuh gadis muda itu, satu rasa bersalah menyentuh mata Yun Luo. Dia membuka mulut untuk mengatakan sesuatu, tetapi semua perkataan tersekat di kerongkongnya. Jadi dia tidak boleh menyuarakan apa-apa.

"Pergilah."

Akhirnya, dia mengeluh perlahan dan dengan lemah menyuruh dia pergi dengan tangannya. Satu perkataan ini seperti telah menggunakan kesemua tenaganya untuk dituturkan, dan dia bersandar ke belakang dengan mata tertutup.

Jeneral Yun Luo pada masa ini tidak seperti dia yang bertenaga di medan perang. Dia kelihatan sungguh lemah, seperti lilin dirinya telah dipadam angin. Yun Luofeng tidak berdaya melihat datuknya seperti itu, tapi akhirnya, dia mendiamkan diri dan berpaling meninggalkan bilik bacaan itu.

Setelah susuk tubuh putih itu tidak lagi kelihatan, barulah Yun Luo membuka matanya semula. Dengan wajah sugul, dia merenung ruangan kosong di dalam bilik bacaannya dan bertanya, "Qingya, betulkah saya salah?"