Chapter 5 - Kod Dewa Perubatan (1)

"Benua ini dikenali sebagai Long Xiao, ia benua di mana seni mempertahankan diri dihormati, dan sesiapa sahaja yang mengamalkan seni mempertahankan diri dikenali sebagai petapa semangat. Seorang petapa semangat dibahagikan kepada beberapa tahap: awal, pertengahan, tinggi, bumi, langit, tuhan dan pendeta. Setiap tahap dibahagi kepada pangkat rendah, pangkat pertengahan, pangkat maju, dan pangkat puncak! Namun, dalam Kerajaan Longyuan, orang paling kuat ialah pada tahap tinggi, dan hanya dua orang di peringkat petapa semangat tahap tinggi. Seorang ialah datuk kedekut saya, dan seorang lagi pakar dari keluar empayar."

Di atas katil, seorang gadis muda membuka matanya. Dia menyusun maklumat yang telah dikumpul, mengeluh perlahan. "Malangnya, ini tubuh yang lemah dan berkualiti rendah, saya tidak mungkin akan menjadi petapa; di benua ini di mana seni mempertahankan diri dihormati, sesiapa sahaja yang tidak boleh bertapa dikenali sebagai sampah."

Bukan kerana tuan asal tubuh ini tidak pernah cuba untuk bertapa, tapi setiap kali dia cuba menyerap tenaga di sekelilingnya, tubuh ini akan mula berasa kesakitan yang mencucuk dan peluh dingin akan keluar, jadi dia telah berputus asa.

Berita baiknya, Yun Luofeng yang sebelumnya telah mengkaji dengan dalam pelbagai teknik bertapa, dan sekarang ia akan berguna untuk dia.

Hiss!

Semasa Yun Luofeng cuba menyedut tenaga di sekelilingnya, tubuhnya tiba-tiba terasa satu letupan kesakitan yang mencucuk, terlalu sakit sehingga tubuhnya menggigil dan peluh dingin mula membasahi tubuh.

"Tidak, saya tidak akan mengaku kalah! Jika tiada cara lain untuk bertapa di benua ini di mana mereka yang kuat dihormati, selain hidup dalam penghinaan, saya hanya boleh tunggu untuk mati! Saya tidak akan sanggup menjadi sampah!"

Di pintu, semasa Jeneral Yun Luo berfikir untuk menolak membuka pintu, dia terasa sesuatu. Tangan yang memegang pintu terhenti. Dengan pantas, satu suara perempuan bergema menembus masuk telinganya, seperti satu tangan sedang memulas hatinya.

"Aah."

Yun Luo menarik semula tangannya. Dalam matanya, selain rasa bersalah, sekarang ia menunjukkan petanda kesedihan yang bertambah.

Gadis ini begitu berusaha untuk bertapa, tapi dia boleh percaya khabar angin luar dan telah salah faham kepadanya; bukan sahaja dia tidak pulang dan tidak mengambil berat kepadanya, tetapi dia telah menyoal siasat dan melukakan hatinya.

"Tuan Jeneral."

Baru sahaja Yun Luo berasa bersalah, pembantu rumahnya telah datang dari belakang, menunduk sambil mengepalkan tangan, dan berkata: "Baginda Putera Mahkota telah datang mencemar duli. Baginda sekarang sedang menunggu Jeneral di dewan utama."

"Putera Mahkota datang mencemar duli?" Yun Luo berfikir sejenak di hadapan pintu tertutup. Dalam nada berat, dia berkata: "Pergi dan beritahu semua orang untuk tidak dibenarkan mengganggu Anak Perempuan Sulung."

"Baik, Tuan."

Sebelum ketibaan Yun Luo, Yun Luofeng sudah tahu. Tapi pada ketika itu dia tidak boleh tidur kerana kesakitannya - bagaimana dia ada mood untuk melayan Datuknya?

Jika ada sesiapa di situ, mereka pasti akan takut melihat Yun Luofeng.

Kerana mereka akan melihat seorang gadis muda berpakaian putih yang dipenuhi darah. Pori di tubuhnya telah terbuka dan terus-menerus merembes manik-manik darah. Dia seperti sedang mandi dalam takungan darah. Ia kelihatan sangat menakutkan.

"Ugh!"

Sebelum Yun Luofeng mahu pengsan kerana hipovolemia, satu bunyi meletup dalam mindanya, dengan segera memulihkan semua derianya.