Chereads / Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya / Chapter 4 - Anak Perempuan Sulung Keluarga Yun (4)

Chapter 4 - Anak Perempuan Sulung Keluarga Yun (4)

Pintu rahsia dalam bilik bacaan itu terbuka, dan seorang lelaki berkerusi roda bergerak perlahan-lahan ke sisi Yun Luo.

Lelaki ini seorang yang elegan dan sopan. Wajahnya tersembunyi kesedihan. Kulitnya sangat pucat dan putih - seperti putih orang sakit yang boleh pengsan pada bila-bila masa sahaja. Melihatnya, sesiapa sahaja akan berasa kasihan. Malangnya, lelaki elegan dan bersikap acuh tidak acuh ini duduk di atas kerusi roda; sakit dan cacat fizikal, membuatkan dia tidak boleh mengharungi sebarang beban berat.

"Ayah, Ayah tinggalkan rumah ini semasa dia berusia empat tahun, jadi Ayah tidak tahu penghinaan yang dia alami selama ini. Dan saya, sebagai seorang pak cik, tidak dapat untuk berdiri dan membela atau melindunginya, menjadikan apa diri dia hari ini: seorang gadis muda yang tidak ambil peduli."

Suara lelaki itu seperti mata air yang manis, sungguh menyegarkan.

Tapi, jika ada orang dengar bagaimana lelaki ini memanggil Yun Luo, mereka pasti akan terkejut.

Semua orang tahu Jeneral Yun Luo mempunyai dua orang anak lelaki. Di masa dahulu, seorang anak lebih berkebolehan daripada seorang lagi. Dia ialah anak lelaki kedua dari keluarga Yun, Yun Qingya. Semasa dia berumur lima belas tahun, dia sudah mencapai kemuncak petapa semangat tahap sederhana dan hanya satu langkah dari menembusi petapa semangat tahap tinggi.

Di dalam Longyuan, terdapat hanya dua semangat pertapa tahap tinggi, seorang adalah Jeneral Yun Luo, dan manakala seorang lagi pakar keluarga empayar.

Ia mengambil masa selama empat puluh tahu untuk kedua-dua mereka mencapai ke batasan tahap tinggi semangat bertapa.

Namun, ketika itu, Yun Qinya hanya berusia lima belas tahun.

Menjadi seorang bertahap sederhana, semangat bertapa tahap puncak di usia 12 tahun ialah satu perkara yang membanggakan. Namun, Yun Qingya yang dahulu, yang telah mencapai impiannya di usia yang muda, terlupa yang gajah empat kaki lagikan tersungkur.

Di pertengahan satu perlawanan, dia telah menumbangkan pihak lawan dan telah mencetus kemarahan dari keluarga pihak lawan. Akhirnya, dia jatuh dari puncak gunung. Tiada siapa sangka, Yun Qingya yang sepatutnya sudah mati sebenarnya masih hidup!

"Qingya, awak juga telah menderita selama ini." Yun Luo ketawa pahit; rasa bersalah bercampur dalam suaranya ketika berkata, "Jika bukan kerana Keluarga Yun, awak tak akan perlu bersembunyi. Kuasa itu terlalu kuat. Jika mereka tahu awak masih hidup, mereka pasti tak akan lepaskan awak dan tidak akan memaafkan Keluarga Yun."

Yun Qingya merendahkan pandangannya sedikit, menyembunyikan matanya yang dipenuhi kesedihan. Dia berkata seperti tidak kisah, dan dengan nada tenang: "Walaupun saya hidup, jadi? Keadaan saya sekarang tak jauh beza daripada mati. Kekuatan saya telah dibazirkan, saya hanya mampu membawa tubuh cacat saya ini dan hidup dalam persembunyian. Anak saudara saya sendiri merana kerana penghinaan dari luar, dan saya tidak boleh keluar untuk membantu dia. Walaupun ia sepuluh tahun yang lalu, walaupun Ayah dan saya tiada di rumah, tiada siapa akan berani mencederakan Si Kecil Feng'er kita. Tapi sekarang, demi Keluarga Yun, saya tidak boleh beritahu sesiapa yang saya masih hidup."

Pada tahun dia dikejar oleh kuasa yang mahu membunuhnya, dia telah mengheret tubuhnya yang cedera teruk dan melarikan diri. Tidak sampai sehari, berita kematiannya tersebar, tetapi kuasa itu tidak percaya dia telah mati. Jadi mereka akan menghantar seseorang untuk meninjau Keluarga Yun setiap hari. Akhirnya, dia telah bersembunyi dalam satu bilik rahsia. Bermula dari itu, dia telah menyembunyikan diri lebih dari sepuluh tahun.

Tinggal di dalam kegelapan tanpa cahaya tidak membantu kesihatannya. Ia hanya menjadi lebih teruk.

Apa yang lebih teruk dari hilang harapan ialah, semasa dia melarikan diri, Alam Jiwanya telah musnah. Kekuatannya hilang, dan dia tidak boleh lagi bertapa.

Jika bukan kerana ayahnya telah kehilangan Abangnya dan tidak sanggup membiarkan ayahnya mengebumi seorang lagi anak, mungkin, dia sudah lama menamatkan penderitaannya sendiri dan meninggalkan dunia ini.

"Qingya," mendengar kata-kata Yun Qingya, Yun Luo senyap untuk seketika sebelum berkata, "Walaupun berita awak masih hidup tidak boleh diketahui dunia luar, Si Kecil Feng'er masih lagi anak saudara awak. Sekarang dia sudah dewasa, sudah sampai masanya untuk dia tahu tentang kewujudan awak, bapa saudaranya."