Chereads / DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 846 - Doktor Genius yang Tiada Tandingan (2)

Chapter 846 - Doktor Genius yang Tiada Tandingan (2)

Lei Chen terkaku seketika. Perasaan terkejut di matanya beransur hilang dan digantikan dengan pandangan penuh tanda tanya.

"Istana Lin? Istana Lin yang berkuasa ke atas Tentera Rui Lin?" Walaupun Negara Yan adalah negara paling besar, selama bertahun-tahun ini mereka tidak berani bertindak terburu-buru ke atas Kerajaan Qi. Kerajaan Qi adalah sebuah negara yang kecil. Baik daripada segi ekonomi serta kekuatan ketenteraan, negara ini tidak setanding dengan Negara Yan yang hebat. Dalam tempoh satu dekad kebelakangan ini, satu-satunya sebab mengapa tak ada negara lain berani bertindak ke atas Kerajaan Qi yang kecil itu ialah Tentera Rui Lin yang terkenal dengan keganasan.

Kemasyhuran Tentera Rui Lin juga telah sampai ke telinga Lei Chen.

"Betul tu." Qiao Chu mengangguk sambil tersenyum lebar hingga ke telinga.

Mata Lei Chen dipenuhi perasaan hormat sewaktu dia memandang Jun Wu Xie, "Salam hormat, Cik Jun."

Jun Wu Xie mengangguk.

"Tuan Muda Qiao, kamu kata tadi nak perkenalkan doktor genius. Maksud kamu…" Mata Lei Chen menunjukkan perasaan ragu-ragu.

Qiao Chu membalas dengan bangga, "Inilah dia."

"….." Lei Chen tiba-tiba tercengang. Dia benar-benar fikir Qiao Chu akan memperkenalkan doktor genius padanya tapi dia tak sangka… doktor itu ialah gadis muda ini yang mempunyai latar belakang luar biasa. Jelitawan yang membuatkan semua bunga-bunga lain kelihatan suram. Lei Chen terus berasa amat kecewa.

"Tuan Muda Qiao, ini bukan masa yang baik untuk bergurau," Lei Chen menegur lembut.

"Saya tak bergurau. Kemahiran perubatan Wu Xie memang hebat. Percayalah. Saya jamin kamu tak akan kecewa," kata Qiao Chu.

Lei Chen benar-benar mahu menangis. [Budak Qiao Chu ni memang lurus dan suka berterus-terang, tapi ini bukan masa yang sesuai untuk menimbulkan masalah. Kecederaan Qu Ling Yue amat parah. Tabib-tabib terkenal dari seluruh Negara Yan sedang berada di sisinya pada ketika ini. Malah Tabib Diraja juga juga berada di sisinya siang dan malam, sedikit pun tak berani menunjukkan Qu Ling Yue terabai. Namun tidak ada siapa yang dapat menstabilkan keadaan Qu Ling Yue. Mereka bingung tentang cara merawatnya.]

[Sekarang ini Qiao Chu pula membawa seorang gadis cantik, jauh lebih muda daripadanya. Dia mendakwa gadis ini adalah doktor genius.] Lei Chen hampir tak mampu menitiskan air mata pun di hadapan Qiao Chu.

[Kalau Lei Chen mahu meneka umur Jun Wu Xie, dia merasakan gadis itu berusia empat belas atau lima belas tahun. Kalau Jun Wu Xie telah belajar ilmu perubatan daripada usia muda sekalipun, macam mana dia boleh menandingi Tabib-tabib Diraja dari Istana?]

Lei Chen benar-benar terpempan. Identiti Jun Wu Xie sahaja yang menghalang Lei Chen daripada berterus-terang. Dia hanya mampu memandang Qiao Chu yang terburu-buru ini dengan kecewa.

Jun Wu Xie menyedari kebimbangan Lei Chen lalu berkata dengan nada yang lembut, "Tuanku ragu-ragu dengan kemahiran perubatan saya?"

Lei Chen tersenyum kekok.

"Dalam kesusahan yang Tuanku hadapi sekarang, saya rasa tak perlulah Tuanku terlebih risau tentang hal-hal sebegini. Hakikat yang saya dah mendedahkan latar belakang keluarga saya ni menunjukkan yang saya ada keyakinan. Kalau tak, bukankah saya dianggap bertindak dengan tidak masuk akal dengan menarik dua musuh yang hebat untuk menentang Istana Lin?" 

Lei Chen terkejut dan teragak-agak seketika sebelum memandang Qiao Chu tanpa sedar.

Qiao Chu menyentuh hidungnya dan berkata, "Jun Xie yang suruh saya bawa dia ke sini. Dia kata, Cik Jun akan dapat menyelesaikan krisis ini sepenuhnya." Sebenarnya, Qiao Chu masih tidak faham mengapa Jun Wu Xie mahu muncul di hadapan Lei Chen dengan identiti sebenarnya. Tapi berdasarkan keadaan sekarang, Jun Wu Xie melakukannya untuk menyingkirkan sebarang keraguan Lei Chen. Lagipun, kalau seseorang yang sebegini muda mahu orang mempercayai kemahiran perubatannya, dia memerlukan sokongan yang kuat.

Seluruh reputasi Istana Lin adalah sokongan paling kuat yang dapat Jun Wu Xie berikan.

"Adik Jun yang aturkan semua ni?" Kening Lei Chen yang berkerut ketat itu akhirnya tenang. Dia sememangnya amat mempercayai Jun Xie.

"Ya."

Lei Chen menggigit bibir sambil mempertimbangkan keadaan. Dia berpaling untuk memandang sekilas pada Jun Wu Xie sebelum berkata, "Kecederaan Qu Ling Yu merupakan satu hal yang serius dan implikasinya amat meluas. Tapi memandangkan Adik Jun memilih untuk percaya pada kamu, Beta akan lakukan apa yang dia rasakan betul. Beta mohon Cik Muda Jun untuk menstabilkan kecederaan parah Qu Ling Yue dan bantu kami menyelesaikan krisis buruk ini."