Chereads / DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 708 - Bersedia untuk Membalas (7)

Chapter 708 - Bersedia untuk Membalas (7)

Wen Xin Han berkata sambil tersenyum mesar, "Wen Xin Han selalu berpegang pada kata-katanya."

Jun Wu Xie mengangguk, berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.

"Saya tak perlukan nyawa kamu. Saya perlu gunakan kamu untuk mendapatkan nyawa orang lain untuk saya," kata Jun Wu Xie sambil mengecilkan matanya.

"Beritahu saja apa yang perlu dilakukan," pinta Wen Xin Han tanpa teragak-agak. Dia langsung tidak ambil peduli untuk bertanya lebih lanjut dan terus bersetuju. Tindakannya ini jelas menggambarkan bagaimana Keluarga Wen mendapat reputasi sebagai orang yang taat setia.

Status dan kuasa Wen Xin Han membolehkan dia memilih untuk memungkiri janjinya dengan Jun Wu Xie. Kekuatan dan kuasa pemilik roh ungu sebenar, tidak terhitung hebatnya. Malah Istana Lin pun mungkin tidak boleh mendesaknya. Namun Wen Xin Han tetap memilih untuk berpegang pada janji.

Sikap inilah yang Jun Wu Xie amat hormati. Jun Wu Xie berasa lega kerana datuknya tidak salah menilai Han Wen Xin waktu itu. Ahli Keluarga Wen sememangnya memiliki integriti.

"Tak perlu terburu-buru. Ada beberapa perkara yang saya perlu tanyakan pada kamu." Setelah mendengar jawapan Wen Xin Han yang meyakinkan, Jun Wu Xie tidak lagi berasa gelisah. Kini setelah memastikan Wen Xin Han berada di pihaknya, apa yang tinggal hanyalah mengumpul maklumat tentang musuh dan menunggu peluang untuk menyerang!

"Tanyalah," balas Wen Xin Han dengan sabar.

Gu Li Sheng memerhatikan semua ini dari sisi tanpa mampu berkata apa-apa. Tidak syak lagi, Jun Wu Xie adalah anak muda paling tenang yang pernah ditemuinya. Ketika berdepan dengan pemilik roh ungu, Jun Wu Xie tanpa teragak-agak telah menerima penghormatan daripada Wen Xin Han. Malah kata-katanya turut membuatkan Wen Xin Han tunduk pada permintaannya. Berdasarkan sikap Wen Xin Han, nampaknya dia tidak ragu-ragu dengan permintaan Jun Wu Xie. Gu Li Sheng mendapati dirinya menjadi kagum dengan kebolehan mendominasi Jun Wu Xie yang mampu menundukkan seseorang seperti Wen Xin Han.

"Emm… Apa kata kita semua duduk dulu?" Gu Li Sheng bertanya dengan berhati-hati setelah berdehem.

Entah mengapa Gu Li Sheng tiba-tiba berasa amat kerdil di hadapan Jun Wu Xie dan Wen Xin Han.

Kalau dengan Wen Xin Han, penjelasannya mudah sahaja kerana dia adalah pemilik roh ungu. DI seluruh dunia ini, hanya ada beberapa orang sahaja yang mampu berunding secara setaraf dengan Wen Xin Han. Tapi Jun Wu Xie hanyalah seorang anak muda. Gu Li Sheng mendapati selama ini dia tidak mampu berlagak seperti orang yang lebih tua di hadapan Jun Wu Xie.

Jun Wu Xie dan Wen Xin Han mengangguk pada satu lain sebelum duduk. Tanpa berlengah, Jun Wu Xie terus berkata, "Sepanjang tempoh Senior Wen berada di dalam Akademi Zephys, pasti Senior Wen sudah jelas faham apa yang sedang berlaku di sini. Senior Wen tentu sudah menyedari bahawa orang yang berdiri di luar pintu itu memiliki kuasa yang amat kuat dan bukan sekadar pemuda biasa. Saya mahu tanya, sepanjang berada di sini, Senior Wen ada tak menyedari kehadiran orang lain yang memiliki kuasa yang sama atau lebih tinggi daripada orang itu?"

Wen Xin Han terkejut kerana dia tidak menyangka Jun Wu Xia akan bertanyakan soalan seperti ini. Dia berfikir seketika sebelum menggelengkan kepala.

"Anak muda bernama Gu Ying itu memiliki kuasa roh yang agak pelik di Akademi Zephyr. Saya hanya pernah lihat kuasa tersebut padanya dan tidak pernah melihatnya dalam kalangan orang lain di sini."

Kata-kata Wen Xin Han itu bertepatan dengan apa yang Ye Sha sudah perhatikan di Akademi Zephyr sejak beberapa hari yang lalu. Jun Wu Xie mahukan kepastian daripada Wen Xin Han. Lagipun, Wen Xin Han sudah berada di Akademi Zephyr selama lebih dua minggu. Jadi apa yang dia tahu pasti lebih banyak daripada maklumat yang Ye Sha kumpulkan selama berberapa hari ini.

Setelah mendapat pengesahan Wen Xin Han tentang hal ini, sinaran niat membunuh yang membara di mata Jun Wu Xie tidak perlu lagi disembunyikan.

"Cik Muda Jun… jangan kata yang Cik Jun berniat… untuk bertindak ke atas Gu Ying?" Riak wajah Wen Xin Han menunjukkan perasaan berat hati sewaktu memandang Jun Wu Xie.

Jun Wu Xie bari sahaja mahu mengatakan sesuatu apabila terlihat wajah Wen Xin Han yang kelihatan pelik. Dia menelan kembali kata-katanya dan sebaliknya berkata, "Ada sesuatu yang mengganggu fikiran Senior Wen?"

Kening Wen Xin Han berkerut dan dia merenung Jun Wu Xie dengan bimbang. Lama juga Wen Xin Han teragak-agak, tetapi dia akhirnya membuka mulutnya.

"Cik Muda Jun tahu tak tentang Tiga Alam?"

Jantung Jun Wu Xie tersentak.