Chereads / DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 512 - Pengekor Kecil di Sebalik Bayang (3)

Chapter 512 - Pengekor Kecil di Sebalik Bayang (3)

Kening Jun Wu Xie terangkat sedikit. Kambing biri-biri kecil itu tiba-tiba menundukkan kepalanya, membuka mulutnya dan mula mengunyah-ngunyah rumput di sekeliling kaki Jun Wu Xie. Nampaknya binatang kecil ini amat menikmati rumput-rumput itu.

"Binatang Roh ini tak takut dengan manusia? Mungkinkah kerana grednya terlalu rendah?" kata Qiao Chu sambil ketawa sehingga berair matanya. Inilah kali pertama dia melihat Binatang Roh yang comel dan dungu seperti ini. Apabila Binatang Roh gred rendah yang lain mengesan kehadiran manusia, binatang-binatang tersebut akan lari dan menghilangkan diri tanpa kesan. Tapi si kecil ini, walaupun telah digomol dengan ganas berulang kali, masih tidak takut dan tetap berada berdekatan dengan mereka.

Malah masih mampu makan dengan gembira!

Si kecil ini tak takut mereka akan membunuhnya?

"Berdasarkan saiznya, nampaknya kambing biri-biri ini masih kecil dan baru lahir. Si kecil ini masih belum begitu berhati-hati dengan keadaan sekeliling dan tidak menyedari bahaya yang ada," kata Rong Ruo yang merasakan kambing biri-biri kecil ini agak comel.

"Pernah ke kamu lihat kambing biri-biri baru lahir yang berbulu tebal seperti ini?" Qiao Chu membantah sambil mengangkat keningnya. Rong Ruo tidak dapat memberikan jawapan.

Kambing biri-biri kecil itu nampaknya tidak dengar apa yang Qiao Chu katakan dan terus mengunyah, nyam, nyam, nyam….. Sekalipun tidak mendongak.

Jun Wu Xie beralih sedikit, memberikan lebih ruang pada kambing kecil itu untuk terus makan. Namun dia tidak menyangka selepas dia beralih dua langkah, si kecil itu terus mengekorinya sambil berlari-lari anak.

Jun Wu Xie berhenti bergerak dan si kecil itu turut berhenti lalu menundukkan kepala, menyambung makan rumput.

"….. Maksudnya si kecil ni sukakan Jun Wu Xie? Saya tahu burung ada melalui peringkat duduk dalam sarang, tapi kambing biri-biri….pun sama?" tanya Qiao Chu sambil menggaru-garu kepalanya.

"Tidak." Hua Yao menegaskan dengan yakin.

Hari semakin gelap dan suhu di sekeliling Tasik Bulan Roh mula menjadi sejuk. Jun Wu Xie dan kumpulannya sudah keletihan sepanjang hari dan mereka perlu berehat. Mereka kemudiannya mengulangi langkah yang sama seperti sebelum ini dan memanjat pokok yang tinggi!

Kambing biri-biri kecil yang tadinya makan rumput di sekeliling kaki Jun Wu Xie terlihat yang gadis itu tiba-tiba bergerak. Si kecil itu berhenti makan dan bergerak mengekori Jun Wu Xie.

Malangnya…..

Si kecil itu memandang pokok-pokok yang kelihatan setinggi langit lalu merenung Jun Wu Xie yang memanjat naik dengan pantas. Mata kambing biri-biri kecil itu mula bergenang air mata dan kelihatan sedih.

"Embek~ Embek~"

"Nak bawa naik?" Qiao Chu memandang ke bawah, melihat titik putih yang hampir tidak kelihatan di pangkal pokok yang tinggi itu. Si kecil itu memang tidak mudah berputus asa.

"Tak perlu," kata Jun Wu Xie dengan dingin. Sewaktu menarik bajunya untuk menyelubungi dirinya sebelum berbaring, Jun Wu Xie membiarkan satu botol porselin jatuh ke tepi pokok itu. Botol tersebut mengandungi ubat yang boleh menghalau Binatang Roh. Kambing biri-biri kecil itu terkejut dan melompat ke tepi. Apabila tidak melihat sebarang reaksi lain, si kecil itu memberanikan diri dan menghidu botol kecil itu sebelum menolak botol tersebut beberapa kali dengan hidungnya.

"Kamu risau si kecil itu akan dimakan oleh Binatang Roh lain?" Qiao Chu menyedari tindakan Jun Wu Xie lalu bertanya sambil tersenyum lebar.

Jun Wu Xie menyuruh Qiao Chu tidak ambil peduli tentang si kecil itu. Tetapi dia sendiri dengan lembut hatinya menjatuhkan botol tersebut. Namun begitu….

Qiao Chu terfikir, si kecil itu agak dungu. Adakah ia akan sedar yang botol itu boleh menyelamatkan nyawanya dalam keadaan bahaya?

"Tidurlah." Jun Wu Xie memusingkan badannya dan menutup matanya untuk berehat. Qiao Chu dan yang lain tidak menyuarakan apa yang mereka fikirkan lalu terus tidur sambil menahan ketawa.

Di bawah pokok itu, kambing biri-biri kecil itu masih tidak berputus asa dan masih mengembek perlahan. Selepas beberapa ketika, kegelapan malam menyelubungi mereka. Kambing biri-biri kecil di bawah pokok itu nampaknya sudah letih dan berhenti mengembek. Si kecil itu mula bergerak lalu bersandar di akar pokok untuk berehat. Selepas baring, si kecil itu tidak lupa untuk makan rumput hijau di sekelilingnya. Tetapi kali ini, kambing biri-biri kecil itu tidak menelan rumput tersebut. Wajahnya berkerut dengan jijik dan ia cepat-cepat meludahkan semua rumput yang dimasukkan ke mulutnya tadi.

"Embek….."

[Tak sedap, tak sedap langsung.]

Kambing biri-biri kecil yang sedih itu merungut-rungut di dalam fikirannya. Si kecil itu menutup matanya dan tidur dalam keadaan sedih. Setitis air mata bersinar di tepi matanya.

Related Books

Popular novel hashtag