Chereads / DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 445 - Perburuan Roh (1)

Chapter 445 - Perburuan Roh (1)

Ning Xin berada dalam kereta kuda yang sama dengan Yin Yan. Kereta kuda itu mula bergerak. Ning Xin memerhatikan pemandangan yang berlalu dengan pantas di luar tingkap, lalu bertanya, "Kamu yakin Jun Xie ada di sini?"

Yin Yan membalas, "Ya. Saya suruh orang memerhatikan Fan Jin dengan teliti. Walaupun Jun Xie tiba lewat sedikit, dia masuk ke kereta kuda terakhir bersama-sama Fan Jin."

"Oh?" Ning Xin berpaling. Rupa parasnya yang cantik itu kelihatan ingin tahu. "Dia benar-benar muncul. Nampaknya, bagus juga tindakan kamu sehingga berjaya membuatkan dia datang."

Yin Yan tersenyum tetapi tidak membalas. Hatinya membara dengan kemarahan.

Dia tidak lupa tentang kata-kata yang diberitahu oleh para pelajar itu sewaktu mereka pulang dari bertemu dengan Jun Xie tempoh hari!

Jun Xie menggelarnya manusia jahanam!

Penumbuk yang tersembunyi di sebalik lengan bajunya itu digenggam erat dan mata Yin Yan bersinar ganas.

Dia akan membiarkan Jun Xie itu berlagak untuk beberapa hari lagi. Sebaik mereka berada di dalam Hutan Roh Pertempuran, Jun Xie akan sedar yang dia tidak akan dapat keluar dari hutan itu hidup-hidup!

"Walaupun Jun Xie itu akan membebankan Fan Jin, jangan pandang rendah pada kebolehan Fan Jin. Kita patut suruh beberapa orang menguji mereka sedikit." Ning Xin memberikan amaran. Selepas diam seketika, dia menyambung, "Li Zi Mu yang tak guna tu pun ada di sini. Dia tu bangga sangat dengan dirinya sebelum ini, jadi biar dia serang mereka dulu. Dia tu mungkin tak berguna, tapi roh berkontraknya boleh tahan juga. Roh berkontrak gred lima…. Hai, membazir betul roh berkontrak tu pada sampah tak guna sepertinya."

"Baik! Saya akan beritahu dia tentang hal ini. Senior Ning dah lama tak pergi berjumpa dia dan budak tu agak gelisah." Yin Yan dalam berasa bangga, tetapi dia menyembunyikan perasaan ini sewaktu meluahkan kata-katanya. Dia memang tidak serasi dengan si sampah dungu itu selama ini. Selepas begitu lama berada di fakulti Pemulih Roh, Li Zi Mu itu masih tak dapat menangkap asas Pemulihan Roh sekalipun. Dia memang betul-betul tak guna.

Sampah tak berguna seperti ini sudah lama Ning Xin abaikan.

Ning Xin ketawa dingin dan berkata, "Dia tu tak guna dan bodoh. Ada hati mahu saya bertemu dengannya?"

"Jangan lupa. Sepanjang perjalanan kita ke Hutan Roh Pertempuran, suruh mereka uruskan Jun Xie. Lagi bagus kalau mereka boleh paksa Fan Jin keluar mempertahankan Jun Xie. Biar reputasi Fan Jin menjunam lagi." Ning Xin memberikan arahan dengan kejam.

"Baik, Senior Ning!"

…..

Konvoi Akademi Zephyr sudah mengembara sepanjang hari dan akhirnya berhenti setelah menjelang senja. Mereka sudah sampai pada separuh perjalanan ke Hutan Roh Pertempuran. Dijangkakan mereka memerlukan sekurang-kurangnya satu hari lagi sebelum tiba ke destinasi.

Semua pelajar keluar dari kereta kuda masing-masing. Setelah menempuh perjalanan di dalam kereta kuda tersebut sepanjang hari, badan mereka semua sakit-sakit.

Unggun api dihidupkan dan para pelajar yang keletihan ini duduk di sekelilingnya. Mereka berada dalam kumpulan kecil seramai tiga hingga lima orang sambil memegang hidangan panas dan menghirup minuman hangat.

Selepas kereta kuda terakhir berhenti, dua susuk tubuh keluar darinya. Pelajar-pelajar lain yang berdekatan memerhatikan susuk tubuh yang lebih kecil di antara kedua-duanya.

"Cis! Macam mana orang seperti ini masih tak malunya terus berada di Akademi Zephyr? Saya dah lama tak nampak dia. Ingatkan dah lama pergi dari sini!" Salah seorang pelajar itu memaki dengan bisikan yang kuat.

"Dia buat apa di sini? Dia tak tahu ke Perburuan Roh ini berbahaya?"

"Berbahaya? Kamu patut risaukan orang lain, bukan dia! Tak nampak ke siapa yang ada bersama dengannya? Itu Fan Jin! Dia mendapat kedudukan keempat di Kejohanan Pertempuran Roh yang lalu! Mudah saja untuk dia membawa budak tak guna tu bersama-sama dengannya di dalam Hutan Roh Pertempuran selama beberapa hari. Lagipun, selepas membunuh Binatang Roh, kamu akan mendapat batu rohani. Dengan adanya Fan Jin yang mengetuai serangan di depan, budak tu cuma perlu mengikut dari belakang dan kutip saja batu rohani tanpa banyak berusaha. Kenapa pula budak tak guna tu enggan mahu ke sini?"

"Entah apa yang Senior Fan nampak pada budak kecil itu agaknya. Jelas sekali yang budak tu memang tak tahu malu. Tapi Senior Fan pula sangat melindungi dia."

Related Books

Popular novel hashtag