Chereads / DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 409 - Fitnah (1)

Chapter 409 - Fitnah (1)

Kata-kata itu jugalah yang menolak Jun Wu Xie ke tengah-tengah ribut taufan itu.

"Lupakan sajalah, tak perlu panjangkan lagi hal ini. Saya tak kisah pun." Li Zi Mu berkata dengan bangga, menunjukkan dia baik hati. Namun raut wajahnya tidak menunjukkan dia ikhlas mahu menenangkan orang ramai di situ.

"Zi Mu, kamu ni terlalu baik dan bermurah hati. Sebab itulah ada orang yang licik hampir mencuri tempat kamu di fakulti Pemulih Roh." Para pemuda di sekeliling Li ZI Mu terus memuji-mujinya. Mereka cemburu dengan dia, tapi mereka tahu yang berbuat baik dengan bakal Pemulih Roh langsung tak akan merugikan mereka.

Personaliti Li Zi Mu lebih mudah diterima dan dia agak mesra dengan rakan-rakan sebayanya. Ini bertentangan dengan Jun Xie yang kelihatan dingin dan tak mudah didekati. Malah sewaktu ada yang mahu rapat dengannya sekalipun, usaha mereka itu tidak dibalas.

"Ish, saya tak sangka pelajar yang sama-sama mendaftar masuk dengan kita boleh buat sesuatu seperti ini. Kalau Tuan Guru tak cari saya, pasti saya terus berada di fakulti Roh Binatang bersama saudara yang lain." Li Zi Mu menyambung lagi dengan keluhan yang berat.

Kata-kata ini mungkin diucapkan secara bersahaja, tetapi membuatkan para pelajar lain menyedari sesuatu yang mereka tidak fikirkan.

Kalau bukan kerana Gu Li Sheng "berkeras" mahu memperbetulkan perkara yang salah, bukankah Jun XIe yang dengan bangganya mencuri tempat yang layak untuk Li Zi Mu terima itu di hadapan mata semua orang? Kebanyakan pelajar yang datang ke Akademi Zephyr mahu masuk ke fakulti Pemulih Roh. Kalau peluang yang jarang diperolehi ini dicuri oleh orang lain, setiap seorang dari mereka pasti sudah naik gila akibat terlalu marah.

Kumpulan pemuda yang bersemangat ini merasakan kemarahan mereka meluap-luap sekali lagi setelah memikirkan hal ini. Mereka kini amat membenci Jun Xie. Ditambah pula dengan niat mereka mahu berbaik-baik dengan Li Zi Mu, tindakan mereka menjadi semakin tidak terkawal.

"Zi Mu, kamu ni baik sangat. Tapi kami sebagai saudara kamu tak akan benarkan kamu dibuli seperti ini." Para pemuda itu saling berpandangan sewaktu kata-kata ini dinyatakan dan satu idea tercetus di minda mereka sebelum mereka berjalan menuju sudut di dewan makan itu.

Jun Wu Xie sedang makan menundukkan kepala sewaktu dia terdengar ada orang menghampirinya. Dia mendongak untuk melihat siapa orangnya. Meja di hadapannya tiba-tiba diterbalikkan sehingga semua sup dan minuman tertumpah ke lantai. Mangkuk-mangkuk serta sudu dan garfu jatuh terhempas ke lantai.

"Kau ni memang betul-betul tak malu, masih duduk makan di sini! Kau tak tahu ke selepas dihalau keluar dari fakulti Pemulih Roh, kau tak ada hak lagi untuk berada di Akademi Zephyr?" Seorang pemuda bertubuh sasa memijak meja yang sudah terbalik itu dan menggunakan susuk tubuhnya yang tinggi untuk memberi ancaman pada pemuda bertubuh kecil yang masih kekal duduk di kerusinya dengan wajah yang tidak berperasaan.

Wajah Jun Wu Xie masih kelihatan dingin sewaktu dia merenung pemuda yang mencari pasal dengannya ini.

"Perbuatan keji kau tu dah tersebar ke telinga semua orang. Macam mana Akademi Zephyr boleh menerima pelajar yang jahat macam kau ni? Ini hanya akan menjatuhkan nama kami! Kau tak ada hak berada di sini dan sebelum kau keluar dari akademi ini, kau patut minta maaf dengan Li Zi Mu." Para pemuda itu mengelilingi Jun Xie, jelas sekali tak berniat mahu melepaskannya dengan mudah.

Li Zi Mu memerhatikan kejadian yang berlaku di depan matanya ini dan hatinya melonjak kegirangan. Namun begitu, raut wajahnya menunjukkan dia tidak setuju dan dia berkata dengan mesra, "Kita semua kan sama-sama pelajar di sini. Kalau Jun Xie hampir berjaya mencuri tempat saya di fakulti Pemulih Roh sekalipun, saya rasa dia tak sengaja lakukannya."

"Tak sengaja? Macam mana pula tak sengaja? Hakikatnya Tuan Guru Gu tak pilih dia dan dia tak sedar pun tentang hal ni? Dia ni cuma berharap, berdasarkan pertemuan kebetulan semasa pendaftaran masuk tu, dia boleh melangkah lebih jauh! Zi Mu, jangan masuk campur. Kalau budak tak guna ni tak minta maaf dengan kamu di sini hari ini, kami tak akan biarkan saja hal ini." Kumpulan pemuda itu berkata dengan marah.

Kekecohan itu menarik perhatian pelajar-pelajar lain di dalam dewan itu. Mata para pelajar senior juga tertumpu di situ kerana mereka berasa ingin tahu setelah mendengarkan khabar angin yang tersebar mengenai pelajar baru tersebut. Kebetulan pelajar-pelajar baru ini membuat huru-hara pula, jadi para pelajar senior ini terus berdiri dan mencari tempat paling baik untuk menonton kejadian ini.

Related Books

Popular novel hashtag